SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bagi ibu-ibu yang hamil dan sedang berpuasa dinasihatkan agar mengikut serba sedikit tips ini agar puasa yang dijalani setiap hari dapat diteruskan dengan sempurna dan tiada bermasalah..jika masih tidak boleh menjalani ibadat puasa itu eloklah berbuka segera agar bayi dalam kandungan kita mendapat tenaga yang seharusnya yer...

Tipsnya:
1-Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila berbuka puasa dan semasa bersahur.

2-Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma dan kekacang untuk berbuka puasa.

3-Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat ia juga akan turun dengan cepat dan ini akan membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.

4-Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang,daging,telur dan lain2 yang dimasak sepenuhnya.Protein penting untuk anda dan ianya akan membantu bayi anda membesar dengan sihat.

5-Minum air yang banyak pada waktu malam dan anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadhan.