04 July 2013

# info sihat

Nak Pi Klinik Pergigian Takut Ke??

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Masa BW ke rumah jiran-jiran tadi mama terbacalah satu n3 dari teman blogger kita ini menceritakan pengalaman beliau semasa ke klinik pergigian...sebut jer nak pergi klinik gigi mesti ada kekawan mama kat sini yang rasa berat hati sangat nak ke sana...

kenapa ek kalau sebut aja nak pi klinik gigi pasti ramai yang merasa takut...kekadang tu ada yang sanggup menahan kesakitan dari pergi mendapatkan rawatan...apakah yang menyebabkan kekawan merasa takut hendak ke klinik pergigian ni ek...?

Entahlah susah juga mama nak menjawab bagi soalan ini hanya kekawan yang ada perasaan itu je la yang boleh menjawabnya...ada tak kekawan mama kat sini yang takut ke klinik pergigian ni???kalau ada boleh bagitahu tak kenapa dan bagaimana perasaan kekawan bila nak ke klinik pergigian tu dan apakah yang membuat kekawan berasa takut sangat ...
Semasa mama bekerja sebagai pembantu doktor pergigian dulu memang ramai pesakit yang datang semasa gigi mereka sudah mula merasa sakit...sebenarnya gigi kita ni kalau dah sakit baru hendak pergi berjumpa doktor memang lambat sikitlah nak hilang rasa sakitnya tu...doktor akan bagi ubat penahan sakit dahulu bila dah hilang rasa sakit baru boleh datang semula untuk proses membuang gigi yang tak elok tu....

doktor gigi sendiri akan menasihatkan pesakitnya yang sedang menderita sakit gigi itu supaya tidak mencabut gigi mereka ketika gigi itu sedang sakit sebabnya akan timbul banyak masalahnya nanti kalau diteruskan juga mencabut gigi yang sedang sakit tu tapi kalau berani nak cuba apalah salahnyakan... 

Pada mama klinik pergigian ini adalah salah satu klinik yang boleh membuatkan gigi kita akan sentiasa kelihatan cantik,sihat dan inshaAllah jika kita selalu menjaga gigi kita masalah untuk mengalami kesakitan gigi pasti berkurangan...itupun jika kita selalu pergi membuat pemeriksaan gigi kita mengikut masa yang sepatutnya...oleh itu kekawan janganlah takut-takut nak pergi berjumpa doktor gigi tu yer...

p/s seronok pula masa jadi misi gigi dulu...
  

16 comments:

  1. Saya salah seorang yg takut jumpa dentist. Tak tau kenapa ☺☺

    ReplyDelete
  2. seriously dari kecik sampai besar sampai nak jadi mak budak ni mama, farah memang takut gi dentist...

    ReplyDelete
  3. Takut tu bukan apa mama. Sebab ada dentist yang kasar. Ganas kemain dia kerjakan gigi dan gusi kita. Sebab tu org jadi fobia.

    ReplyDelete
  4. Memang betul ma, kalau dah sakit gigi nak pergi ke dokter. . . padahal memeriksa gigi sebelum sakit itu juga perlu. . .

    ReplyDelete
  5. salam mama,sy memang takut dengan doktor gigi

    ReplyDelete
  6. ooo rupanya mama pernah bekerja di klinik pergigian rupanya, mesti mama tahu tentang kod-kod pergigian yg sy tulis dlm entri br ni...hehehe

    ReplyDelete
  7. hahahaha. itu mind set lah mama saya rasa. sebab kebanyakan kita ni dah sakit baru nak ke hospital atau klinik.

    ReplyDelete
  8. aah kan masa..yumida sokong
    lega bila gigi dah kena cabut

    ReplyDelete
  9. enam bulan sekali kena pi klinik gigi..sakit atau tak.... biar doctor periksa.....

    ReplyDelete
  10. hehehe..sy pon salah sorang yg tkt nk p klinik pergigian jgk..entah ler nape, sbb pengalaman masa kena cabut gigi taem kecik2 dulu sakit kot..bila da besar jd serik..hehe

    ReplyDelete
  11. memanf ramai yang takut. Ros pun jenis yang takut. buka takut bak cabut gigi. tapi takut nak jumpa doktor.hihi

    ReplyDelete
  12. first time pergi klinik gigi masa gigi tumbuh kat lelangit belah depan...masa tu doc tolak sebab nak kasi ke depan huhu mmg terangkat badan...sejak tu gigi Oshin berlapis-lapis..masa nak pakai braces baru rasa pengalaman cabut gigi hehe sedapppp :p ...skrg tengah tunggu masa nak bukak braces raya nanti hee

    ReplyDelete
  13. Ramai juga yg takutkan? Tak maulah takut2. Tak sakit pun. Kalau takut lg sakit nanti :)

    ReplyDelete
  14. dulu takut, tapi sekarang dah suka. tapi mula2 duduk atas kerusi tu memang kejung jugalah badan.. hihihihi...

    btw salam kenal ya :)

    ReplyDelete