19 July 2013

# Ramadhan

Harus Menjaga Tutur Kata Di Bulan Ramadhan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ini dah masuk hari ke 10 kita berpuasakan
semoga ibadah puasa kita hari ini mendapat
nikmatnya yang berkali ganda...
Di dalam bulan puasa ini banyak perkara yang
perlu kita jauhi perkara2 yang kurang elok
itu dapat kita hindari dan tidak dilakukan 
sesuka hati kita....

Di bulan puasa ini kita perlu bercakap perkara2 yang perlu jer
nilaikan dahulu sebelum kata-kata itu kita lafazkan.
Di dalam hal rumahtangga ini banyak yang harus kita
fikirkan dan perlulah fikirkan 
kata-kata yang remeh yang boleh menyinggung perasaan suami 
merupakan dosa yang boleh membawa kepada pergaduhan.
Kita hendaklah mengelakan dari bertanya urusan orang lain
yang tiada berkaitan dengan diri kita sendiri atau pun orang lain.



Sewaktu suami pulang misalnya,isteri bertanya

''Abang dengar tak,kawan abang tu dah kahwin lagi satu?"

Cakap-cakap begitu boleh meretakkan hubungan suami isteri.
Ujudkan suasana yang saling mempercayai antara satu
dengan lain, isteri haruslah cuba berbaik sangka
dengan suami janganlah sikap tuduh menuduh boleh menjadi punca
suami tidak selesa berada di rumah.

Bila berada di rumah gunakanlah kata-kata yang lembut
dan isteri yang menghormati suami akan menggunakan
bahasa yang baik dan lemah lembut pertuturannya.
Suami yang pada mulanya mungkin mempunyai masalah
di tempat kerja sedikit sebanyak berasa tenang apabila balik ke rumah 
dan mendengar suara dan bicara isteri yang lembut.

Elakkan perkataan bernada menghina dan mengejek
sebelum suami atau isteri marah dan bertindak
menghemburkan kata-kata yang tidak baik 
perlulah merehatkan diri dan bertanya apa punca suami
atau isteri melakukan perkara yang kita tidak suka itu.

Oleh itu hendaklah kita jauhi segala-gala perkara 
yang akan mendatangkan
punca pergaduhan suami isteri...
Di bulan yang baik ni bulan Ramadhan eloklah kita jauhi
segala perkara yang tidak elok dan tidak
berfaedah dari situlah dapat kita membersihkan
hati  dan fikiran dengan segala amal ibadat yang baik...
InshaAllah...



12 comments:

  1. Sebaiknya gunakan akal sebelum tercetus kata-kata ye Mas. Walau sekadar inform kawan abang kawin lagi satu tapi bagaikan kawan abang tu tak baik kan... so hati-hati nak bercakap betul tu Mas.

    ReplyDelete
  2. kadang kala tanpa di sedari kata2 yang lahir dari bibir kita mengurangkan pahala puasa kita kan mama?

    ReplyDelete
  3. kurangkan bercakap lg bagus.. hehehe

    ReplyDelete
  4. ramadhan terakhir tahun ni bergelar pelajar, inshaallah tahun depan dah bergelar jutawan, eh pekerja.. hehe ^^

    ReplyDelete
  5. yee... betul tu.... bulan mengawal perilaku....

    ReplyDelete
  6. betul tu mama..nice sharing...sebagai panduan yumida dlm melayari bahtera perkahwinan

    ReplyDelete
  7. Insha Allah, akan sentiasa melatih diri menjaga tutur kata.. =)

    ReplyDelete
  8. Setuju sgt. Malah... Hari2 lain pun kita patut menjaga tutur kata kita :)

    ReplyDelete
  9. bagus sekali perkongsian ni mama. patut dijadikan renungan kepada semua :)

    ReplyDelete
  10. yang mana boleh kita elak...kita elakkan kan mama... thanks berkongsi tip mama....

    ReplyDelete