24 June 2013

# cerita grandmama

Rezeki Jangan Di Tolak...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Semalam sebelum pergi mengambil anak mama yang ke dua tu balik dari kerja sempat juga mama menyinggah sekejap ke rumah kakak..saja je mama nak melawat kakak mama tu rasanya macam dah lama tak menyinggah ke rumah beliau..memandangkan keadaan yang tak mengizinkan mama memang jarang ke sana selalu...

bila singgah ke sana semalam memang seronok rasanya disebabkan dah lama mama tak berjumpa dengannya...bising juga akak mama tu disebabkan dah lama tak bertandang ke rumahnya...kiranya dapatlah berjumpa sekejap dan berborak sambil minum petang bersama-sama memang cukup menyeronokkan...


yang paling excited adalah hubby mama... sampai di hadapan rumah jer beliau dah terpandang akan pokok buah ciku yang banyak buahnya di hadapan rumah kakak tu...apa lagi sibuklah hubby dan kakak menjolok buah ciku tu untuk di bawa balik nanti...hubby mama memang suka sangat makan buah ciku ni..satu beg plastik buah ciku yang dapat dipetik oleh hubby mama semalam...


 inilah buah ciku yang sudah siap dibasuh oleh hubby mama semalam...kena peram dulu bila dah masak baru la boleh dimakan...

p/s rezeki tu singgah sekejap jer dah dapat buah tangan...

12 comments:

  1. Mamaaaaa.. nak sikit ..waa sedapnyaa

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. lma x mkn ciku... kami panggil buah sawa...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Mama

    sedapnyaeeeerrrr

    ReplyDelete
  4. Kakak pun suka ciku Mas. Ada petua nak cepat masak masuk dalam tong beras kita. Rumah kg kakak kan banyak sebab itu kakak tahu:)

    ReplyDelete
  5. alahai sedapnya..lama rsenye tak mkn ciku...ni yg rse nk cri ciku balik kang..hihi

    ReplyDelete
  6. Suka ciku kampung macam ni. Selalunya yang ada jual tu semua ciku masu yang kecil dan berbentuk bujur.

    ReplyDelete
  7. sedapnye buah ciku ni mama mz
    alhamdulillah..dah berbuah..rezeki

    ReplyDelete
  8. Rezeki. Sedap juga buah ciku ni. Jarang jumpa skrg

    ReplyDelete
  9. meriahhhhhnyer buah dia..geram tgk menjadi camtu hehehe

    ReplyDelete
  10. Ciku...makanan kegemaran saya..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah murah rezeki kan..tp knp kena basuh eh buah ciku tu then peram..mcm sama kaedah dgn arwah atuk SA dulu....

    ReplyDelete