24 June 2013

# gaya hidup

Dekoder Astro PVR

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Dapat juga dekoder PVR baru dari Astro ni...sebenarnya anak mama yang beria-ia sangat nakkan dekoder PVR ini...bila dah tambah dengan dekoder PVR ini tambah jugalah bil bulanannya...nasib baiklah anak mama yang hendak menolong membayar bil tambahannya tu kalau ikutkan mama cukup jer la apa yang ada...

Dekoder PVR ini kegunaannya adalah untuk merakam rancangan yang best di channel yang lain...kat rumah mama ni kekadang memang menjadi satu masalah bila sesuatu rancangan kegemaran anak-anak dan hubby disiarkan pada waktu yang sama...


kalau ada siaran langsung bola satu channel jer yang dapat ditonton oleh hubby mama jadi dengan adanya dekoder PVR ini ianya boleh merakamkan cerita yang anak-anak nak tonton tanpa mengacau siaran bola yang hubby mama tengok tu... kiranya dapat jugalah anak-anak menonton semula rakaman yang telah dibuat menggunakan dekoder PVR ini...tak adalah masalah lagi nak berebut remote Astro sesama sendiri kali ni...

sekarang ni anak-anak dah pandai menggunakan jadual Astro tu mereka akan terus merekodkan rancangan kegemaran mereka sendiri hanya setkan masa, channelnya dan tekan punat rekodnya...semua masalah hilang dan semuanya gembira dapat menonton rancangan kegemaran masing-masing bersama-sama akhirnya...

Dekoder ini juga boleh detect Wi Fi yang sedia ada di rumah mama ni dan kita boleh membeli movie2 terbaru di sini dengan bayaran RM 10 saja....dekoder ini boleh juga menggunakan USB yang ada di  tepi dekoder itu...kiranya banyak jugalah fungsi yang ada kat dekoder PVR ini...

12 comments:

  1. bila ntah nk pakai...kak amik pakej?

    ReplyDelete
  2. Setel masalah tapi duit bil kena tambahlah ye Mas.

    ReplyDelete
  3. anum pun teringin tp x pe la nk jimat skit

    ReplyDelete
  4. Wauu bestnya dekoder ni..byk kelebihan..

    ReplyDelete
  5. ooooo.... tapi masih x perlu lagi kot nak tukar dekoder pvr ni sebab boleh tengok citer kat internet je,.. layan unifi lajuuuu

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Mama

    canggeh la mama...he he

    ReplyDelete
  7. salam mama,seronok jugak ye ade PVR nie...Xpayah nak gaduh2 hehehe

    ReplyDelete
  8. Ooo... baru tau PVR ni apa. Astro patut bagi komisen kat mama sebab promote ni.

    ReplyDelete
  9. Memang mudah ada PVR ni kan mama...tak perlu risau kalau takut terlepas rancangan tv yg nak ditengok..nak berjalan2 hujung minggu pun tak perlu nak terkejar2 nak balik rumah semata2 nak tgk tv..sekarang ni record je...hee

    ReplyDelete
  10. jika anda berminat untuk mendaftar astro PVR atau BYOND boleh terus menghubungi saya ditalian 017-7072792 (FHALIQ)

    ReplyDelete