SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bagi penduduk di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak lama lagi akan menggunakan nombor plat yang baru disebabkan nombor pendaftaran kereta di masa kini telah mencapai WYK xxxx dan ianya akan berakhir dengan WYY 9999 dalam masa terdekat ini..

Kenyataan berikutan telah diberitahu oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Dr.Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam..penggunaan nombor plat kereta yang baru ini akan bermula dalam bulan Julai nanti...

"Saya dimaklumkan hari ini (semalam)dalam keputusan mesyuarat bahawa siri nombor pendaftaran baharu bagi Kuala Lumpur adalah W 1 sehingga 9999 dan dihujungnya ada A dan nombor berikutnya W1B sehinggalah W9999B diikuti seterusnya"

kata beliau selepas menghadari sidang taklimat tugas di Kementerian Pengangkutan semalam.

Wah !!! selepas ni pada kekawan yang berada di Kuala Lumpur yang baru ingin membeli kereta bolehlah mendapatkan nombor pendaftaran plat kereta yang baru ini...sudah semakin banyak jumlah kenderaan di Kuala Lumpur sekarang ini dan dengan itu semakinlah bertambah keadaan jammed dan kesibukan di Bandaraya Kuala Lumpur nanti...


sumber info...