SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila bawa Awisy jenjalan ke Sutera Mall tempohari kami sekeluarga telah membawa Awisy masuk ke salah satu kedai yang memang menjadi perhatian Awisy...kedai yang menjual barang-barang permainan...semua mainan ada dijual di kedai tu dari yang kecil hinggalah ke yang besar...


tengok la tu kalau bagi mainan lain Awisy tak pandang pun tapi bila bawa ke bahagian kenderaan kecik-kecik macam ni cepat jer Awisy nak pegang...nasib baik tak boleh naik kalau boleh mesti Awisy dah duduk dalam kereta mainan control tu...


kesian Awisy tak dapat nak bawa balik kereta tu yer..tak apa lain kali bila Awisy dah boleh berjalan barulah grandma belikan tau...sementara ni kita tengok jer dulu yer...



seronok betul jadi budak-budak zaman sekarang ni semua mainannya memang dah canggih-canggih...masa dulu manalah ada mainan yang macam ni ! hanya ada mainan yang biasa-biasa di kampung...kanak-kanak zaman sekarang ni memang beruntung semua kemudahan telah tersedia ada hanya sediakan je lah duit untuk membeli dan mendapatkannya...


inilah mainan semasa anak mama kecik-kecik dahulu...lama juga la permainan ini dah ada di pasaran...