31 May 2013

Samsung Digital Camera Giveaway By Nabeel Fikree

May 31, 2013 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...






Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013





Kalau Ikutkan Memang Malas

May 31, 2013 13 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


sakitnya mata bila pandang baju yang dah diangkat ni....rasa memang nak biarkan aje tapi bila dah angkat terasa dah bersepah pula untuk dibiarkan macam tu...ikutkan hati memang rasa malas juga nak melipatnya tapi kalau tak dilipat segera baju tu akan jadi berkedut-kedut pula...


itulah rutinnyakan ! dah basuh nak menyidainya ! dah sidai bila baju kering perlu diangkat pula ! bila dah angkat nak lipat pula juga ! bila dah lipat nak susun kat tempat masing-masing pula aduh!! memang dah rutin orang perempuan ini semua perkara tu kena dan perlu dilakukan juga...pahalakan seorang isteri melakukan tugas-tugas seharian begini setiap hari...

p/s buat dengan ikhlas yer jangan tak buat..

Hadiah Buat Aiman Farish

May 31, 2013 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pada 18 Mei tempohari adalah ulangtahun kelahiran cucu saudara mama yang pertama Aiman Farish..sekejap jer masa berlalu dah setahun rupa-rupanya Aiman hadir ke dunia ini...nak tahu cerita Aiman Farish tekan sini...

inilah hadiah buat Aiman sambil bermain boleh belajar..

ingatkan nak bagi hadiah pada hari lahir Aiman hari tu rupa-rupanya Aiman menyambut ulang tahun di kampung halaman ibunya di Felda Trolak...jadi tak dapatlah mama nak memberikan hadiahnya tu terpaksalah menunggu Aiman dan keluarganya balik dari kampungnya dulu...


sebenarnya mama terpaksa belikan 2 set mainan ini... satu set untuk Aiman dan satu set lagi untuk Awisy...boleh juga Awisy belajar sambil bermain permainan itu...
Aiman Farish selamat hari lahir moga membesar menjadi anak yang soleh yer...

Pahala Untuk Seorang Isteri

May 31, 2013 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pahala-pahala yang bakal diperolehi oleh seorang isteri adalah...
1-Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.

2-Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah

3- Mandi junub isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin

4-Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.

5-Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng nereka pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)

6-Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

7-Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga..(hadis Riwayat Tarmizi)

"Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya,berpuasa pada bulan Ramadhan,menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka..."


Awisy Dah Tumbuh Gigi

May 31, 2013 5 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Awisy dah tumbuh gigi yer !!! patutlah suka sesangat gigit-gigit tangan grandma ni rupa-rupanya dah nak tumbuh gigi...bila Awisy ketawa dah mula nampak giginya yang dah tumbuh tu...comel jer bila dah ada gigi kat atas tu...


 grandma nak ambil gambar gigi Awisy pun bukan main susah lagi ! bila suruh buka mulut  jer dia mulalah kemam-kemamkan bibir tu... takut sangat grandma nak ambil gambar gigi Awisy yang baru tumbuh 2 batang tu...

ini dia kena geletek dulu baru boleh nak ambil gambar giginya tu... 

betul ke cakap orang tua dulu-dulu kalau budak tumbuh gigi atas dulu budak tu akan jadi sombong?tak tahulah mama betul ke tidak kebenarannya tu...ada juga yang cakap budak tu akan jadi bijak bila besarnya...kita tengok jer nanti moga Awisy bila besar nanti akan jadi anak yang soleh yer..

p/s semuanya atas didikan ibubapa mencorakkan hidup anak2 merekakan...

Spontan Khamis : Tips Mudah Buat Para Isteri

May 31, 2013 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Buat isteri-isteri di rumah walaupun anda mempunyai pembantu rumah pastikan juga nasi yang dimakan oleh suami dan anak-anak itu dimasak dengan tangan isteri sendiri kerana 'Air tangan isteri itu ada barakahnya'...

Pastikan ketika membasuh beras tangan hendaklah sentiasa berpusing arah lawan (arah tawaf) dan ketika bilasan air beras yang akhir selawat 7x dan niat di dalam hati mohon kepada ALLAH SWT supaya lembut hati suami dan anak-anak rukun damai serta dengar kata..InshaAllah akan bertambahlah kasih sayang suami terhadap isteri dan anak-anak...




30 May 2013

Beli Juga TV Baru

May 30, 2013 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Dah dapat pun tv baru untuk bilik bagi menggantikan tv yang rosak semalam klik sini..nak beli tv ganti tu pun cukuplah beli yang kecik dan murah jer..kat bilik tak payah la nak gunakan tv yang besar-besar ! kecik pun dah cukup rasanya asalkan dapat tengok tv tu sebelum tidur...

sebenarnya perangai hubby mama ni memang dah jadi kebiasaannya sebelum tidur mesti nak tengok tv dulu apa orang kata nak layankan mata tu dulu sebelum tidur...kekadang kalau tak disetkan timernya pasti tengah-tengah malam tv tu dok bercakap sendirian...



inilah dia tv barunya..akhirnya dapat juga tv yang baru bagi menggantikan tv yang dah rosak semalam..kami hanya membeli tv yang murah dan kecik jer ! walaupun murah harganya tapi tetap ratus-ratus juga..dah puas la hati hubby mama tu bila dapat tv yang baru ni...malam ni dah boleh lena yer...

Kotak Komen Yang Lama Juga Diperlukan

May 30, 2013 13 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Baru tadi mama bertanya kekawan tentang kotak komen google diblog mama ni...banyak juga yg datang mengomen memberikan pendapat tapi ada juga kekawan mama yang tidak dapat memberikan komen kerana tak boleh menggunakkannya dan ada juga yang tak biasa...

oleh sebab itu mama terpaksalah menukarkan kotak komen itu kepada bentuk yang asalnya...kesian kekawan yang tak dapat memberikan pendapatnya di ruangan komen gooogle itu tadi...mohon maaf pada kekawan mama yang tak dapat memberikan komen mereka di sini yer dan di harap kekawan yang datang tadi tidak akan kecewa untuk datang menyinggah kembali ke sini nanti...

penggunaan kotak komen google ni memang ada juga sedikit kerumitannya...kalau tak ada google+ memang tak boleh nak meninggalkan komen di setiap entri mama..demi menjaga hati kekawan yang tiada google+ terpaksalah mama menukarkannya semula agar kekawan dapat datang dan akan terus meninggalkan komen disetiap entri mama nanti..


p/s susah juga ada masalah begini yg lama juga diperlukan...

Kotak Komen Google

May 30, 2013 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Kat sini mama nak tanya pendapat kekawan tentang kotak komen mama kat bawah ni...elok ke tidak bila mama menggunakan kotak komen google macam ni ? senang tak bagi kekawan untuk meninggalkan komen kat entri mama ni?? kalau ada masalahnya bolehlah bagitahu mama yer akan mama tukarkan balik pada yang asalnya jika ada sebarang masalahnya...  

29 May 2013

Wordless Wednesday # 347...10 Petua Ceria

May 29, 2013 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Wordless Wednesday # 346...Ingat Selalu

May 29, 2013 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Wordless Wednesday # 345...Apa Kembang Buat Ni

May 29, 2013 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...





Wordless Wednesday # 344...Tiada Yang Sempurna

May 29, 2013 3 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..





28 May 2013

Games Tangguh TV Di Bilik Pula Rosak

May 28, 2013 0 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Memang dugaan betul la hari ni rosak pula tv kat bilik ni !! ingatkan nak tengok bola kat dalam bilik je tapi tak boleh pula tv buat hal terpaksa la juga tengok bola kat bawah...games ni pula masih tak mula-mula lagi banyak pula masalahnya hari ni...

bila la nak mula games Pahang vs JDT ni...hura hara dah jadinya keadaan kat Stadium Pahang hari ni...kenapalah jadi macam ni sekali ! silap-silap hari ni games ini pun terpaksa dibatalkan disebabkan huru-hara di stadium kali ni...


tv pula buat hal masa-masa macam ni pula...tv dah lama inilah jadinya minta ganti yang baru ke ni...tv ke mana bola pun entah ke mana juga...???tangguh juga games hari ni... 

p/s esok hubby ajak pi survey tv pula...

Akhirnya Dapat Juga

May 28, 2013 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wah!! mama pula yang teruja sangat pula bila dah dapat kamera baru ni memang macam budak-budak je gayanya...sebenarnya bukan apa nak juga tahu akan kelebihan yang ada pada kamera ni...tengok jer memang nampak canggihnya ! boleh terus onlinekan gambar ke facebook tu...

dah terlampau banyak betul gajet yang baru-baru di pasaran sekarang ni...bila keluaran baru je pasti nak mencubanya..barangan gajet macam ni memang cepat pengeluaran barunya semakin lama semakin banyak...semuanya ada bermacam-macam paten terbaru hanya kena menyediakan duitnya jer la jika kita nakkan sesuatu tu kan...

sebenarnya anak mama yang sibuk hendak membelinya ! nak merasa guna Samsung galaxy kamera yang baru ni katanya nak juga tahu keistimewaanya...lihat dari gambar yang pernah diambil menggunakan kamera ni memang cantik dan menarik gambarnya..

dengan setiap pembelian samsung galaxy kamera ni anak mama dapat percuma prepaid dari maxis lagi..senang boleh terus online jer...nantilah jika ada masa dan dah tahu banyak kelebihan kamera ni mama bolehlah updatekan entri mengenai kelebihan kamera samsung galaxy ni yer...

p/s nak try amik gambo guna kamera baru...

27 May 2013

Pinjam Kereta Mainan Aiman Farish

May 27, 2013 11 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Awisy dok mengidam nak naik kereta mainan Aiman Farish...tapi Aiman tak bagi lalu Awisy menangis sebab kena marah dengan Aiman...biasalah budak-budak kecik macam ni  kalau bergaduh pasti yang kecik kena buli...

kesian Awisy tak dapat meminjam kereta mainan tu...bila Aiman diambil ibunya untuk mandi mama Awisy ambil kesempatan la untuk menaikkan Awisy atas motor mainan Aiman tu...bukan main sukanya Awisy dapat juga merasa sekejap untuk menaikinya..


tengoklah kekawan bukan main suka lagi Awisy dapat menaiki kereta mainan Aiman tu...


 kesian nyer cucu grandma ni dah pandai rupa-rupanya dia nak naik mainan ni yer...nanti grandma belikan satu untuk Awisy tau..


okay Awisy kita bersiap boleh jenjalan dengan kereta ni...tak boleh jauh-jauh tau ! ni kereta pinjam jer nanti marah lagi Aiman tu...


muka dah bonyok bila diajak balik sebab baru saja dapat merasa naik motor mainan Aiman ni...jangan risau sayang nanti kita beli yang baru yer...

p/s kesian tengok cucu grandma sorang ni...


26 May 2013

Resepi : Popia Sardin Goreng

May 26, 2013 11 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Berjaya juga untuk menghasilkan sesuatu untuk minum petang nilah dia hasilnya"Popia Sardin Goreng"...kiranya dapat juga berehat sambil makan popia petang ni bersama teh o panas...resepi yang simple tapi enak untuk dimakan...jom kita tengok resepi simple mama ni...

bahan-bahannya..
kulit popia
sardin 1 tin
bawang besar 1 ulas
daun sop/bawang
kobis (jika suka)
cili merah(jika suka)
mayonis 3 sudu
sedikit butter
minyak untuk menggoreng
Cara-caranya...
1-Keluarkan kuah sardin dan hancurkan isi sardin dengan garpu tambah garam sedikit dan mayonis gaulkan semuanya...
2-Ambil kulit popia sapu butter kemudian letakkan sardin yang telah dihancurkan tadi diatasnya dan gulung.Bubuh sedikit butter untuk melekatkan hujungnya nanti.
3-Lakukan sampai habis,panaskan minyak untuk menggorengnya hingga kekuningan.
4-Angkat toskan dan boleh dihidangkan selesai.

Duo Big Giveaway

May 26, 2013 5 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



"Duo Big Giveaway!
Due Date 8 Jun 2012
Click Banner!

Big Thanks To :
Nabila Medan, Shafawi, Mizna Online Shop, Zuwairish Shophouse Page, Easy Boutique, Fizgraphic, Faizah Wahab, Norbai'ah, Addin Aisyah, Mahirah, Dyba, Salamah Qalish

Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2

May 26, 2013 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...






Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Jun dan Julai iaitu pencarian bermula dari 26 Mei 2013 dan berakhir pada jam 11:59 malam 30 Mei 2013 nanti. 20 orang yang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Nabeel Fikree bermula 1 Jun nanti.


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog NabeelStories.com.
  2. Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja

Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.





.

Resepi : Kerang Goreng Berempah

May 26, 2013 20 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


 Resepi Kerang Goreng Berempah..

Bahan-bahannya..
1 kg kerang
sedikit cili kering
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit rempah ketumbar
sedikit jintan manis
sedikit jintan putih 
2 batang serai
sebiji buah keras (kalau suka)
sedikit air asam jawa
santan (kalau suka)
garam,perasa,gula sedikit
minyak untuk menumis

Cara-caranya..
1-Bersihkan kerang sebersih-bersihnya yer..
2-Blender semua bahan-bahan yang telah disediakan..
panaskan minyak, tumis bahan yang dah diblender tu hingga garing..
3-Masukkan kerang itu tunggu hingga masak...
pada yang suka boleh gunakan santan sikit pada mama tak gunakan pun cukup dengan sedikit air asam jawa masukkan garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa..biarkan pekat kemudian boleh diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas..Selamat Mencuba..


25 May 2013

DIY : Dah Siap

May 25, 2013 13 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Diy ni dah lama mama siapkannya tapi masih mama tak postkan entri ni...inilah hasilnya diy yang dapat mama buat tempohari tekan sini.....hanya dapat menyiapkan cover pemegang peti ais,alas peti ais dan pemegang periuk...


alas peti aisnya tempohari tak sempat mama nak memgambil gambarnya sebab anak mama sudah bawa balik ke Pahang...hanya ada gambar pemegang peti ais itu saja...cover peti ais dapat 4 pasang pemegang periuk tu pun dapat 4 pasang...2 pasang mama dah bagi untuk anak mama bersama dengan alas peti aisnya...:)


walaupun hasilnya tak seberapa tapi mama merasa puas hati dapat menjahitnya sendiri dan melakukannya ikut kreativti mama sendiri...reben tu pun dah sedia ada jadi mama gunakannya semula jer...

p/s buat sendiri lebih jimat cos..

24 May 2013

Tugasan Kedua Calon Protege MiaLiana

May 24, 2013 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Hari ini mama terpaksa menyiapkan tugasan kedua untuk menjadi calon protege blogger MiaLiana dan seorang lagi calon yang pertama iaitu blogger Eraz Fadli dan beliau juga adalah  calon protege MiaLiana yang pertama dulu ..cabaran demi cabaran yang terpaksa dilalui terasa macam tidak boleh nak meneruskan cabaran ini disebabkan kesuntukan masa tapi dicubakan juga sedikit demi sedikit untuk meneruskannya bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada mama dan juga calon-calon protege yang lain...


Setakat ini hanya ini saja yang termampu mama lakukan pada blog mama dan Alexa ranking blog mama pun tak seberapa dibandingkan dengan blogger yang lain-lain...blog mama ini hanyalah satu blog berkisarkan hal-hal kekeluargaan yang hanya mencoretkan cerita biasa-biasa mama saja...


ini pula Google pagerank blog mama hanya setakat 2/10 jer...hanya inilah yang termampu dilakukan buat blogger biasa-biasa macam mama ni...


Bila sebut follower pula setakat hari inilah follower kat blog mama seperti di atas tu..blog masih baru follower pun masih kurang tak ramai yang mengikuti tapi mama tetap bersyukur kerana mempunyai follower yang sedia ada dan mereka tetap sanggup singgah ke blog mama meninggalkan jejak dan membaca setiap entri mengarut mama di sini...


ini pula adalah printscreen berat blog mama...Tak tahu la mana dah okay ke tidak beratnya...cuba juga nak diringankan lagi kalau boleh tapi tak tahu bahagian mana yang harus dikeluarkan...semua blogger pasti akan mahu blog mereka lebih ringan dan lagi cepat loadingnya...tengoklah bagaimana nanti akan mama cuba untuk lebih meringankannya lagi...


setakat entri hari ini Jumaat inilah dia printscreen jumlah komen dan entri yang telah mama buat..banyak komen yang masih belum dipublishkan tetapi akan mama usahakan juga untuk membalas setiap komen-komen yang diberikan itu...

 inilah printscreen keseluruhan blog mama dan ini saja yang dapat mama letakkan disini...tak tahulah betul ke salah apa yang mama buat ini tapi itu semuanya adalah dari tutorial yang telah disediakan oleh mentor MiaLiana...blogger macam mama ni orang lama yang sedang belajar buat blog macam ni la gayanyakan...harap mentor akan berpuas hati dengan setiap printscreen yang mama letakkan di sini yer...

semoga apa yang mama lakukan ini berbaloi-baloi juga hasilnya nanti itupun kalau ada rezekinya...susah juga nak belajar melalui jarak jauh melalui online ni tapi mama tetap ingin juga mencuba..al-maklum la bila dah jadi orang lama ni susah juga nak menerima pembelajaran macam ni otak pun dah makin tepu jadinya...walau macam mana pun akan mama lakukan juga semoga ilmu yang dipelajari nanti akan dapat digunakan di blog mama nanti inshaAllah..

dulu susah juga nak up-date entri diblog setiap hari sebab ada saja yang menghalangnya tapi sekarang ni kalau sehari tak ada entri rasa macam terkilan la sangat rasanya...kekadang tu ada juga sesekali mama mengup-date entri menggunakan tab bila mama terpaksa keluar ke mana-mana..jika ada peluang nanti teringin juga nak mempunyai domain sendiri dan akan terus memberikan komitmen pada blog mama ni..

biasalah teguran yang membina memang harus diterima jika ada sedikit kesilapan yang kita lakukan dan kita harus pandai menghadapinya janganlah kita simpan di dalam hati jika nak menambah dan nak dapatkan ilmu haruslah kena berkorban sedikit...bukan senang ye kekawan nak dapat mentor yang mempunyai banyak ilmu ingin menunjuk ajar kita...oleh itu bila dah dapat peluang macam ni eloklah kita belajar dengan bersungguh-sungguh...

Biasanya setiap masa mama nak berblogging tapi memandangkan kesuntukan masa kekadang itu ada juga mengambil masa untuk menyediakan satu-satu entri...walaupun begitu setiap hari pasti ada juga entri terbaru dari mama buat kekawan alam maya ini...sebenarnya kekawan alam maya inilah yang membuatkan semangat berblogging mama lebih kerap lagi...walaupun hanya 1 entri sehari tetapi kekawan alam maya ni tetap datang dan meninggalkan komen membina disetiap entri mama itu...

kekadang tu ada juga komen kekawan yang mama balas di blog tapi kalau yang tidak ada tu janganlah berkecil hati yer...semenjak kebelakangan ini memang tak sempat untuk berblogwalking dan juga nak membalas setiap komen tu..hinggakan banyak lagi komen pun masih mama tidak dapat publishkan lagi dan ianya masih banyak lagi tertinggal dalam inbox komen tu...

bila menulis entri di blog ini mama akan menulis setiap entri tu tak mengira keadaan atau dengan apa jua gajet pun asalkan boleh mengupdate blog setiap masa...bila keluar kemana-mana tab mamalah yang jadi penemannya terpaksa mama angkut juga untuk memudahkan mama membuat entri2 terbaru dimana jua mama berada..kalau berada di rumah mama lebih senang menggunakan laptop je..

antara banyak-banyak blog otai mama suka ke blog mereka ini dan juga kekawan alam maya yang lain juga..

Biasanya setiap blogger akan menginginkan blog mereka sentiasa mempunyai sesuatu ciri-ciri yang menarik begitu juga mama...ciri-ciri blog yang mama inginkan adalah sesuatu blog yang disukai kekawan alam maya ini...kalau boleh biarlah ianya bercirikan kekeluargaan dan santai...

semoga di masa depan nanti blog mama boleh menjadi satu blog yang menarik buat semua teman dan kekawan alam maya singgah ke sini...biarlah blog mama ini menjadi satu blog pilihan kekawan semua untuk datang ke sini membaca entri terbaru dari mama setiap hari inshaAllah...mama berharap semoga mentor MiaLiana dan blogger Eraz akan berpuas hati dengan entri yang tak seberapa dari mama ini yer...gud luck juga buat dua lagi blogger Farah dan Paly...

p/s maaf terlambat publishkan entri ni tadi...

Nombor Plat Kereta Baru Bagi Kuala Lumpur W1A Mulai Julai

May 24, 2013 11 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bagi penduduk di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak lama lagi akan menggunakan nombor plat yang baru disebabkan nombor pendaftaran kereta di masa kini telah mencapai WYK xxxx dan ianya akan berakhir dengan WYY 9999 dalam masa terdekat ini..

Kenyataan berikutan telah diberitahu oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Dr.Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam..penggunaan nombor plat kereta yang baru ini akan bermula dalam bulan Julai nanti...

"Saya dimaklumkan hari ini (semalam)dalam keputusan mesyuarat bahawa siri nombor pendaftaran baharu bagi Kuala Lumpur adalah W 1 sehingga 9999 dan dihujungnya ada A dan nombor berikutnya W1B sehinggalah W9999B diikuti seterusnya"

kata beliau selepas menghadari sidang taklimat tugas di Kementerian Pengangkutan semalam.

Wah !!! selepas ni pada kekawan yang berada di Kuala Lumpur yang baru ingin membeli kereta bolehlah mendapatkan nombor pendaftaran plat kereta yang baru ini...sudah semakin banyak jumlah kenderaan di Kuala Lumpur sekarang ini dan dengan itu semakinlah bertambah keadaan jammed dan kesibukan di Bandaraya Kuala Lumpur nanti...


sumber info...

23 May 2013

Spontan Khamis : Nak Cantik Kena Rajin

May 23, 2013 23 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Ikutkan memang malas nak patahkan ekor tauge ni tapi terasa pemalas la sesangat bila memikirkan bila tengok ekor tauge tu nanti melingkar bila dah dimasak...macam tak sedap jer nak dimakan...pada mama memang seronok sebenarnya kalau dapat mematahkan ekor tauge ni lebih-lebih lagi kalau dapat tauge yang segar-segar tu... 

walaupun lambat sedikit bila nak memasaknya sebab kena settelkan ekornya dulu tapi terasa berpuas hati dapat lihat keelokkan tauge yang dah siap dihidangkan nanti...betulkan kekawn kalau nak sesuatu tu cantik kenalah rajin melakukan sesuatu juga dahulu barulah akan mendapat hasilnya yang menarik juga...  

22 May 2013

Wordless Wednesday # 343...Hutang Wajib Di Bayar

May 22, 2013 17 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Wordless Wednesday # 342...Jaminan Syurga

May 22, 2013 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..




Wordless Wednesday # 341...Ingatlah Wahai Anak-Anak

May 22, 2013 9 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Wordless Wednesday # 340...Penyakit Hati

May 22, 2013 12 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




21 May 2013

Doakanlah Untuk Ibubapa

May 21, 2013 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Orang kata kalau dah rezeki kita tak akan ke manakan...mudah-mudahan ada rezeki jugalah akhirnya...semuanya itu adalah pemberian dari Allah jika Dia berkehendakkannya maka akan adalah akhirnya...

Kata-kata hikmah dari Dato Dr.Fadzillah Kamsah
"Setiap pagi sedekahkanlah al-fatihah kepada kedua ibubapamu (tak kira masih hidup atau yang telah tiada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu"

Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW..
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa untuk kedua orang tuanya dalam sehari"



20 May 2013

Menang Topup Dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI

May 20, 2013 11 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 2.30 Petang pada hari Isnin - 20 Mei 2013 hingga pukul 2.30 Petang Rabu 22 Mei 2013.. 2 Hari!

DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org.. Manakala SEORANG blogger akan direview blognya juga pemilihan melalui Mr. Random.org..
Syarat : -
  1. Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli.. 
  2. Buat tajuk entri Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI..
  3. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..

Hutang Lagi Ni

May 20, 2013 36 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Hari ni mama masih berpuasa di bulan Rejab dan juga seterusnya akan terus berpuasa ganti pula...mama masih kurang berblogwalking sekarang ni tapi akan tetap menjengah ke blog kekawan nanti yer.. mama berhutang blogwalking la lagi nampaknya ni...

Sekarang ni mama sedang menyiapkan entri untuk calon protege kedua mialiana..semoga semuanya akan dapat mama lakukan dengan baik dan sempurna nanti..doakan untuk mama yer kekawan agar mama dapat menyempurnakan tugasan yang telah diberikan itu dengan lancar...inshaAllah..


19 May 2013

Sultan Johor : Koleksi Kereta Baginda

May 19, 2013 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum... 
Jom kekawan kita tengok antara koleksi kereta yang dimiliki oleh Sultan Johor Darul Takzim...mama sebagai rakyat Johor hanya mampu melihat je la nak pakai kereta-kereta macam ni memang tak mampu la jawabnya...Daulat Tuanku..










inilah kereta Bugatti Veyron merupakan kereta paling laju di dunia setakat ini (pengiktirafan daripada Guinness Of World Record)ini baru sampai masih tak buka pembalutnya lagi...


 




ini hanya sebahagian dari koleksi kereta belum termasuk lagi motosikal berkuasa tinggi juga jet peribadi baginda...
"Daulat Tuanku"