JIRAN TETANGGA

Saturday, March 30, 2013

Cara Elok Ibu Berpantang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Tadi cara-cara yang elok bagi ibu-ibu yang dalam berpantang lakukan dan kali ini pula sambungan perkara-perkara yang elok bagi ibu yang berada di dalam masa berpantang...

Cara mandi
daun nangka,daun pandan,daun inai hendaklah direbus untuk mandian bagi ibu yang baru lepas melahirkan.Seelok-eloknya hendaklah duduk dibangku tidak boleh bediri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu yang dalam berpantang.

sebelum mandi hendaklah mencebuk dengan air rebusan daun sirih.Gunanya untuk menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan.Jirus dari kepala dengan air rebusan daun-daun tadi ratakan air diseluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan pula.Mandilah pada setiap pagi dan petang selama seminggu.

Cara Berbaring / Tidur
Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu yang di dalam pantang gunakan bantal tinggi adalah digalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

Lain-lain Amalan Semasa Berpantang
Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 minggu adalah digalakan untuk menjaga kesihatan.Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang.Cara ini untuk mepercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan lebih baik.

Berbedak
Berbedak juga dapat menjaga kesihatan selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas tidak dimasuki angin lakukan selama 1atau 2 bulan.Gunakan selimut jika cuaca sejuk biar keadaan lebih baik bila bangun pagi.


Perkara-perkara yang perlu dalam berpantang...
1-Minum pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

2-Bertungku adalah amalan baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang kerana dengan bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut.Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari pagi petang selama sebulan.

3-Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa dan ianya adalah dilarang memakannya kerana ianya akan boleh menyebabkan turun darah dan bentan.

4-Lobak merah elok dijadikan sayur bagi ibu berpantang kerana ianya mengandungi vitamin.Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu berpantang kerana ianya elok untuk merawat vagina dan penyakit dibahagian vagina.Makanlah 2 kali sehari.

5-Buah anggur amat berkhasiatdan ianya panas dan elok dimakan oleh ibu di dalam masa berpantang.

6-Sayur seperti kangkung,petola,terung dan cili tidak boleh dimakan kerana ianya sejuk dan tidak elok untuk ibu di dalam pantang boleh menyebabkan kembung dan sakit badan.

7-Selain sayur sejuk,buah-buahan seperti nenas,limau dan buah lai tidak boleh dimakan semasa dalam pantang kerana buah ini berbisa dan sejuk dan jika dimakan boleh menyebabkan bentan dan turun darah.

9 comments:

  1. alamak terung ngn cili tu fevret. cili tu memang fevret gegila. nanti berpantang tak bleh makan la nih. heeeee

    jom join GA nina
    http://danishninaaz.blogspot.com/2013/03/giveaway-1-ole-ole-thailand-mari.html

    ReplyDelete
  2. Thanks mama kerana kongsikan petua nie..sangatlah penting for me to know..:)

    ReplyDelete
  3. Banyak kebaikan berpantang yek Mama...

    ReplyDelete
  4. ske tengok ibu2 berpantang ni
    bau2 herba

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ... saya ada tgk kakak mandi herba nih . mak saya ada masukkan sekali daun jambu batu , daun serai wangi ... 2 tu jer yg saya ingat ... heheheee

    ReplyDelete
  6. info yg baik tuk dya coming soon ni..^^

    ReplyDelete
  7. Asalamualaikum kak. bagus ni tips ni. bolehlah refer kalau dah bersalin :)

    ReplyDelete
  8. best tips ni. petua org lame ni. ;)

    ReplyDelete

DUIT TABUNG