28 February 2013

Opick - Tiada Duka Yang Abadi

February 28, 2013 12 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Di Hello Kitty Town Park Part 2

February 28, 2013 20 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Dalam n3 yang lepas mama dah cerita taman tema Hello Kitty ni dan inilah sambungan dari n3 yang lepas tu pada kekawan yang belum tahu tekan sini yer...kali ini mama nak tunjukkan gambar-gambar ketika kami berada di tingkat 2 nyer yer...


Naik ke tingkat 2 bangunan ini memang banyak gambar-gambar kartun kelihatan di dindingnya...memang nampak menarik sekali...



berehat sekejap di bilik kartun Barney dan kemudian melihat anak mama pekena pakaian dari kartun Ballerina...


cute je masing-masing dengan memakai skirt untuk menari ballet tu... sempat lagi posing bersama-sama.. 



   inilah gambar-gambarnya ketika kami berada di tingkat ke2 ni...


kurang menarik jugalah berada di tingkat ni tapi nasib baik ada persembahan yang di adakan semasa kami berada di tingkat ini...


persembahan dari watak kartun Barney...



Pengalaman Menaiki Project X Di Legoland

February 28, 2013 6 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Segmen : Siapa Blogger Bertuah By Anak En.Yusni"

February 28, 2013 20 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Mekacih Dayah sebab pelawa mama join segmen ini...okay mama join sekali harap mama pun boleh dapat tuah yang best ni...pada kekawan jomlah kita sokong blogger Dayah dalam segmen beliau ni...pada yang nak join tekan sini yer...
 
mama nak tag RemyHazza,Eraz Fadli dan Kakizan..


"Topap Giveaway By Cik Yaya"

February 28, 2013 13 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

 

Jom kekawan join segmen ini ....mama di tag oleh teman RemyHazza pada yg nak join tekan sini...
mama nak tag Gadis dan Pen Biru...

Steamboat Di Rumah Sendiri

February 28, 2013 25 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Kali ni kami sekeluarga malas nak keluar untuk mencari kedai makan steamboat yang best...oleh itu kami berpakat bersteamboat di rumah saja..lebih baik jugalakan sekali sekalakan....

oleh itu mama dan family mencari bahan-bahan yang perlu untuk kami bersteamboat sendiri di rumah rasanya lagi banyak bahan2 yang kita suka boleh diletakkan...


otak-otak pun kami beli yang belum dibakar lagi dan hubbylah yang membakar otak-otak itu diatas dapur lebih senang,mudah dan ringkas...bersteamboat di rumah juga lebih senang dan boleh makan sebanyak mana pun makanan yang ada...

seronok juga sesekali buat sendiri di rumah jimat masa,jimat tenaga dan jimat minyak kereta juga...jom kekawan kita bersteamboat di rumah sendiri kali ini yer...


27 February 2013

Opick - Bila Waktu Tlah Berakhir

February 27, 2013 6 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Pengalaman Menaiki Tower Di Legoland

February 27, 2013 17 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Pengalaman Menaiki Roller Coster Di Legoland

February 27, 2013 13 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Pengalaman Menaiki Dino Island Di Legoland

February 27, 2013 14 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



26 February 2013

Rapuh - Opick

February 26, 2013 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Selamat Malam Kekawan Semua....jom layan lagu ni  yer... 


Seronoknya Sekeluarga Di Legoland

February 26, 2013 12 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Sehari suntuk kami sekeluarga penat berjalan dan berseronok di Legoland....semua ride di sana anak-anak mama jelajahi hanya mama dan hubby saja yang kurang sedikit hanya menaiki menaiki permainan yang tidak memerlukan tekanan yang tinggi nanti sakit jantung dibuatnya..


 kami berdua hanya dok leka menjaga Awisy saja nasib baik Awisy tidak banyak ragamnya hari itu...tetapi terasa juga kepuasannya dapat berjimba bersama-sama family mama semasa di sana..
  

berehat2 sebentar sambil melihat pemandangan di sana dan memang terdapat banyak kerusi yang disediakan disana untuk semua pengunjungnya...nasib baik pada hari kami ke sana keadaan cuaca redup jer jadi tidaklah terlalu keletihan sangat...


ride yang memang menguji ketahanan mental dan fizikal...pada yang tidak mampu ada sakit jantung memang dinasihatkan janganlah menaiki rollercoaster ini... 


menaiki tower ini pun best tak terlampau ada tekanan sangat menaikinya pun relax jer...seronok dapat tengok pemandangan Legoland yang luas dari atas tower ini...


teater 4D yang seronok...ramai yang beratur panjang untuk melihatnya tapi kalau pergi pada hari biasa memang kurang ramai orang yang datang....senang je nak masuk...


jangan risau di Legoland ini ada disediakan tempat riadah bagi ibu-ibu yang membawa baby dan juga disediakan juga surau tempat untuk kita bersolat bila sampai waktu solat...satu surau ada dibahagian belakang dan satu lagi surau itu terdapat di bahagian hadapan kiri pintu masuknya ...

Persembahan Bunga Api Tahun Baru China Di Legoland

February 26, 2013 15 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pada cuti tahun Baru China yang lepas mama dan keluarga sempat lagi pergi ke Legoland untuk melihat persembahan bunga api di sana... 


 memang menyeronokkan sekali dapat melihat persembahan bunga api ini dan setiap pengunjung diberikan satu cermin mata untuk dipakai semasa melihat bunga api itu meletup di udara... 


apabila kita memakai cermin mata yang diberikan itu haruslah dipakai semasa melihat persembahan bunga api itu...disitulah nanti kita akan dapat melihat serpihan bunga api itu terbentuk seperti brick2 lego itu berteraburan di udara...


inilah sebahagian dari gambar-gambar yang sempat diambil semasa mama dan keluarga melihat persembahan bunga api itu...





  

Pengalaman Menonton Filem 4D Di Legoland

February 26, 2013 13 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Sebenarnya inilah pengalaman pertama mama melihat dan menonton filem berbentuk teater 4D di pawagam mini Legoland ni...seronok juga dapat merasai pengalaman menonton teater 4D ini...


terdapat 3 cerita menarik yang akan sentiasa ditontonkan buat pengunjung-pengunjung yang datang ke Teater 4D Legoland ni...


semua yang ingin menontonnya pasti kena bersedia di hadapan pintu masuk untuk masuk ke dalamnya bila pintu itu terbuka nanti....sebelum masuk diwajibkan mengambil setiap seorang satu cermin mata 4D yang disediakan disitu...baru terasa feelnya bila menonton teater 4D ini menggunakan cermin mata itu...


pilihlah tempat duduk yang paling disukai...depan atau belakang tak payah mengikut nombor macam kita selalu menonton wayang di pawagam tapi keadaan suasana di dalamnya serupa jer macam di dalam pawagam tu...


tu dia setiap seorang ada satu cermin matanya termasuklah Awisy sendiri...lihatlah tu Awisy sibuk bermain dengan cermin matanya tu...


hahahaha inilah dia pengalaman yang best menonton teater berbentuk 4D ini...bila masuk ke Legoland mama dan hubby suka sangat dok menonton di sini dan ianya memang tak membosankan... satu lagi sambil menonton 4D boleh juga merehatkan diri di sini...

yang paling bestnya pengalaman menonton teater 4D ini adalah keadaan di dalamnya itu...bila berada di dalam suasana berangin kita akan terasa akan kehadiran angin disitu begitu juga kalau ada air pasti kita pun turut merasa akan semburan air di dalam teater ini...

memang seronok oleh itu bila masuk di sini mama dan hubby akan memilih tempat duduk yang dibelakang sekali kerana tidak mahu terasa sangat air yang akan disemburkan nanti...

pada kekawan yang ingin ke Legoland cubalah merasai sendiri suasana berada di dalam teater 4D ini memang best dan ianya memang tidak merugikan bila menontonnya...



Hadiah Dari Blogger PCL

February 26, 2013 18 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semalam mama baru saja menerima hadiah pemberian dari blogger PCL...gembiranya mama sebab berjaya mendapat satu lagi hadiah untuk "Pengomen Terbanyak Di Blog PCL"...terimakasih mama ucapkan buat beliau kerana telah bersusah payah menghantar semuanya itu...

hanya ucapan terimakasih saja yang mampu mama ucapkan...semoga ikatan ukhwah sesama blogger akan tetap kekal di hati kita semuanya yer...marilah kita selalu menyokong antara satu sama lain...


Segmen Blogwalking Oleh Eraz Fadli

February 26, 2013 42 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli.. 


Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..



25 February 2013

Resepi Rendang Ikan Tongkol

February 25, 2013 29 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni mama nak bagi resepi yang biasa kita dengar dan mungkin ada juga yg pernah membuatnya..jomlah kita tengok resepinya yang simple ni "Rendang Ikan Tongkol"...baha- bahan2nya seperti kita membuat rendang daging juga senang dan simple...


Bahan yang diperlukan..
1 ekor ikan tongkol ( ikan lain pun boleh)
1/2 cawan santan
1/2 peket kerisik
5 batang serai-dikisar
10 biji cili api kalau suka pedas -dikisar
(tambah lagi cili yang dah diblender)
1 biji bawang besar-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
sedikit kunyit hidup-dikisar
halia-dikisar
sedikit buah keras-dikisar
sehelai daun kunyit-dihiris halus2
sedikit minyak
garam dan serbuk perasa

Cara-caranya...
1-Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi
2-Biarkan naik baunya dan sehingga garing dahulu.
3-Bila garing barulah dimasukkan santan,garam dan serbuk perasa secukup rasa.
4-Biarkan mendidih sekejap dan barulah dimasukkan ikan tongkol tadi.
5-Biarkan sehingga kuahnya kering.
6-Setelah siap rendang bolehlah diangkat dan dihidangkan selamat mencuba..

Hidup Lawannya Mati

February 25, 2013 11 Comments
SALAM 1MALAYSIA
Assalamualaikum....
Hidup di dunia ini sememangnya hanya sementara saja bila dah sampai waktu tetap pergi jua...semalam hubby dapat berita tentang kemalangan yang meragut nyawa kawan baiknya...begitu mengejutkan berita itu kerana baru saja bertemu beliau beberapa hari lalu tiba-tiba dikejutkan dengan berita ini...

Tergamam sebentar bila tahu berita ini..sungguh tak disangka itulah hari terakhir bertemu arwah tiba-tiba telah dikejutkan dengan berita ini memang sungguh terharu hati kami...memang tak disangka-sangka arwah pergi dahulu meninggalkan dunia ini... itulah dia jika dah sampai ajal malaikat tetap akan datang menjemput kita dan itu semua memang tidak boleh dipersoalkan lagi....

tiada apa yang kekal di dunia ini hanya yang beriman dan beramal soleh saja yang mampu tersenyum takkala ajal menghampiri diri...tiada seorang insan di dunia ini yang akan kekal hidup selama-lamanya...

hanya amalan yang baik akan mampu kita bawa ke sana kelak oleh itu ingatlah ajal atau kematian itu tetap akan datang menghampiri kita hanya masanya yang tidak kita jangkakan bila dan dimana jua...al-fatihah buat arwah dan semoga beliau ditempatkan dan di dalam golongan orang-orang yang beriman...amin

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari,Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa,Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini sedangkan aku diutuskan oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya tetapi dia masih berseronok bergelak ketawa."sabda Nabi Muhammad SAW

 

24 February 2013

"Misi Bloglist By Cik Zara"

February 24, 2013 15 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Jom kekawan kita join bloglist dari blogger Cik Zara ni...mama pun baru tahu tadi kerana mama telah di tag oleh blogger MiaLiana untuk menjoinkan diri...okay kekawan kita join segmen ini pada yang nak join tekan sini..
 mama pun nak tag 2 orang teman blogger iaitu
Ena dan Yumida

Top Comentators Blog Papa Mifz

February 24, 2013 17 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Terimakasih mama ucapkan buat blogger Papa Mifz kerana telah memilih mama sebagai pengomen terbanyak di blog beliau tekan sini...tahniah juga pada pengomen-pengomen yang lain juga yer.. marilah kita sama-sama menyokong semua blog dan membantu sesama blogger semua..  

   

inilah gambar yang mama ambil dari blog Papa Mifz tadi yer...jom kekawan kita ke blog Papa Mifz seorang blogger yang rajin singgah ke blog mama juga dan beliau juga seorang papa yang ceria...

Hepi Belated Day Cikgu Ma

February 24, 2013 8 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Seminggu bercuti banyak hal terpaksa dilupakan sementara waktu rupa2nya ada juga entry yang mama berhutang dan mama terpaksa lunaskan hari ini juga...sepatutnya n3 ini pada hari lahir blogger ini tapi sori yer mama tak dapat nak sediakan tempohari...

Di sini mama mohon maaf terlebih dahulu pada Cikgu Ma kerana kelewatan n3 ini yer...di sini mama ingin mengucapkan selamat hari lahir pada Cikgu Ma tapi terlewat sedikit yer...sebenarnya hari lahir Cikgu Ma ini pada 19 Februari yang lepas...

selamat hari lahir semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,moga berjaya dalam apa jua kerjaya yang diceburi,berbahagia di samping insan tersayang dan ingatilah kedua-dua ibubapa cikgu kerana mereka berdua Cikgu Ma berada di dunia ini yer...



Alhamdullilah !! Kembali Berblogging

February 24, 2013 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Syukur alhamdullillah !! kesakitan itu penghapus dosa2... Allah telah memulihkan kesakitan demam yang mama hadapi ini...seminggu dah dok terperam jer blog ni dan dah naik berabuk agaknya... 

rindunya rasa di hati ini nak kembali berblogging dan berblogwalking ke blog kekawan semua....lama juga mama tak dapat nak melawat kekawan semua...inshaAllah ada masa mama akan singgah ke blog kekawan semua nanti yer...

terimakasih pada semua kekawan yang telah singgah ke sini dan juga yang telah mendoakan kesihatan mama pulih kembali...komen pun dah semakin bertambah inshaAllah akan mama publishkan semuanya nanti yer...



18 February 2013

Demam

February 18, 2013 33 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....
Sori yer kekawan mama tak dapat nak BW sekarang memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan...InshaAllah jika demam mama ni dah pulih akan mama terjah ke blog kekawan semua nanti..

Sebenarnya memang rindu sesangat nak terjah blog kekawan semua dan nak baca cerita yang menarik diblog kekawan semua tapi apakan daya memang tak berdaya nak BW...doakan kesihatan mama kembali pulih yer...

inipun sempat juga buka sebentar blog ni.. nak lihat blog mama ni macam dah lama rasanya ditinggalkan!..dan terdapat banyak sangat komen dari kekawan semua... nantilah jika kesihatan mama kembali pulih akan mama publishkan komen2 tu semua yer...

Okay la kekawan badan pun dah rasa seram sejuk jer ni..inshaAllah kita jumpa nanti yer....

17 February 2013

Legoland Dairy Cantik

February 17, 2013 15 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Anak mama baru sahaja mendapat dairy tahun 2013 Legoland dari office HR semalam...suka mama tengok dairynya yang berwarna keemasaan diluarannya itu dan di dalamnya pula penuh dengan gambar yang berwarna-warni...


inilah gambar-gambar yang terdapat di dalam dairy ini...memang menarik nak gunakan dairy ni pun terasa sayangnya dan dairy ini memang ada di jual di kedai-kedai cenderahati disekitar Legoland dengan harga RM99 dan sekarang harganya hanya RM44 kalau tak silap mama sebab promosi tahun baru china.. 


pada kekawan mama yang ingin memiliki diary Legoland ini bolehlah membelinya sendiri di kedai-kedai cenderahati di Legoland...

16 February 2013

Kelas Robot Dr.HeartBeat Di Legoland

February 16, 2013 24 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pada kekawan yang sudah pergi ke Legoland pasti dah tahu ada kelas menjalankan robot menggunakan Bluetooth di sana...kanak-kanak yang berumur 7 tahun hingga 17 tahun yang boleh mengikuti kelas ini...tempat ini di namakan "MindStorm" pada yang belum tahu dan ingin tahu cuba baca entry ni yer...



sempat menantu dan mentua bergambar dihadapan pintu masuk "MindStorm" ni..


kelas untuk mengendalikan robot ini dibahagikan kepada 2 kelas...satu dari kelasnya ialah kelas "Dr.Heartbeat" dan satu lagi kelas ialah kelas "Adventure Bot"..


lihatlah gambar-gambar di atas inilah dia kelas Adventure Bot...guru yang ada akan memberikan sedikit penerangan apa yang perlu dilakukan oleh student2 itu setelah student itu memahaminya guru hanya perlu memerhatikan kanak-kanak itu menggunakan sendiri program komputer yang telah disediakan itu...jika ada masalah student itu boleh juga bertanya pada guru-guru yang ada di situ..


kelas "Adventure Bot" ini simple sedikit tiada pakaian khasnya hanya perlu memprogramkan robot itu dikomputer...bila sudah diprogramkan robot itu bolehlah mencuba menjalankannya di atas meja khas yang telah disediakan di dalam kelas ini...


di bawah ini pula adalah gambar-gambar kelas "Dr.Heartbeat" pula...


setiap kanak-kanak yang memasuki kelas ini akan diberikan sehelai baju kot putih (baju ala2 doktor)baju ini hanya akan dipakai semasa kanak-kanak itu menjalankan sesi kelas Dr.Heartbeat ini sahaja...



setelah itu setiap student diberikan satu peralatan komputer sendiri...penerangan apa yang perlu akan dimulakan pada sesi permulaan kelas...student itu akan menggunakan komputer itu sendiri untuk menjalankan robot yang ada di meja masing-masing...

jika kurang faham akan apa yang perlu dilakukan boleh bertanya pada guru yang mengajar di situ...


inilah salah seorang tenaga pengajar guru yang mengajar student2 di situ(anak mama la tu hehehe) dialah yang mengajar student-student yang datang menghadari kelas Dr.Heartbeat ini...

itulah serba sedikit yang mama tahu tentang tugas yang dilakukan oleh anak mama ditempat kerjanya ini dan di sinilah juga dia mengajar kanak-kanak itu memprogramkan robot itu...  


p/s ke Legoland lagi...