JIRAN TETANGGA

Monday, December 31, 2012

Aksi Awisy Dan Si Kembang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Letih sungguh melayan kerenah cucu mama yag seorang ni asyik nak dipegang jer...bila dah letih baring mula la dia menjerit minta diangkat bila dah dipegang barulah Awisy suka yang teramat sangat habis terjerit-jerit dok mendengar suaranya jer... 


tengok la kekawan gambar keletah Awisy dengan si Kembang tu...
si kembang tu pun satu diam jer bila mama Awisy letakkan Awisy atas badannya...


sedih si Kembang tu..Awisy dah 
macam naik kuda dibuatnya si Kembang tu... 


tengok la sampai terbaring-baring si Kembang tu..Awisy selamba jer duduk kat atas 
badan si Kembang tu... 

p/s esok bermula n3 baru tahun 2013 yer...

Selamat Tinggal Biki

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Sedihnya hari ni last day mama menjaga anak jagaan mama si Biki tu...selama 8 bulan mama dah menjaga Biki dan akhirnya Biki akan tinggal bersama neneknya pula..nak buat macam manakan Biki perlu berpisah dari mama... 


sayu rasanya melepaskan Biki pulang tadi...walaupun berat hati terpaksa juga mama melepaskan Biki...semoga Biki seronok dan gembira tinggal bersama-sama neneknya nanti yer...moga Biki akan membesar dan menjadi anak yang soleh yer...bye !!! Bye !!! Biki....



Kembang Pun Layan Juga

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila mama layan cerita Korea kat tv ni si Kembang pun turut menyibuk jer...macam la dia faham apa yang orang Korea dalam tv tu cakapkan...tengok je la tu dok kat sofa bukan main best je layan cerita Korea tu...mama pun sama juga layan cerita Korea tu sebab Kembang pun nak layan cerita Korea juga...


Sunday, December 30, 2012

Berhutang Blogwalking

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum... 

Sori la pada kekawan mama yang datang singgah ke sini mama tak boleh nak BW ke blog kekawan buat sementara waktu ini sebab sibuk melayan si kecik Awisy mama yang ada di rumah buat masa ni...jika mama ada masa terluang nanti mama akan singgah BW ke blog kekawan semua satu persatu yer....jika ada n3 selepas ni adalah n3 yang mama autopublishkan yer...



p/s berhutang BW ni ...

Saturday, December 29, 2012

Budak Kecil Mengamuk

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Kesian Awisy hari ni mama dia dah janji nak bawa keluar jenjalan tapi janji mamanya pada sebelah petang lepas Asar baru boleh keluar...budak-budak sekarang ni memang cukup pandai dan sensitif belum petang lagi dah sibuk mengamuk ajak keluar...

sebenarnya mata Awisy dah mula mengantuk jadi mama dia nak tidurkan dia dulu sebelum keluar tapi Awisy yang tak mahu tidur mulalah dia mengamuk dan menangis.....puas mama dia pujuk tapi tak mahu juga akhirnya mama dan atuk membawa Awisy pusing-pusing sekejap dalam taman menaiki kereta...

baru sekejap pusing mata Awisy dah pun terlelap jadi itulah sebenarnya kemahuan yang Awisy mahukan untuk membawa dia keluar jenjalan menaiki kereta barulah dia boleh tidur...memang bertuah betul budak kecik sorang ni...

budak-budak sekarang ni memang dah semakin cerdik walaupun hanya baru beberapa bulan dah pandai sesangat merajuk dan mengamuk...pandainya macam budak yang dah besar jer lagaknya....tu la kekawan banyak juga sebab kenapa anak-anak kita boleh berkelakuan begitukan...

sebab-sebab yang boleh buat kanak-kanak mengamuk dan merajuk berkemungkinan...
1-Kurang mendapat perhatian dari ibu atau
 bapa dengan berkelakuan begitu boleh mendapat perhatian  
2-Berkemungkinan mengantuk atau keletihan
3-Inginkan sesuatu tapi tidak berjaya mendapatkannya
4-Tidak sihat atau sakit
5-Keadaan cuaca persekitaran yang membuat dia tidak selesa
6-Atau sengaja memang nak mengamuk (kebiasaan)

semoga kita dapat mengawal sikap buruk anak-anak kita itu dari kecil lagi yer dan semoga ianya tidak akan berlarutan berperangai begitu sehingga besar...peribahasa orang tua2 dulu pernah berkata "hendak melentur buluh itu biarlah dari rebungnyakan kalau sudah menjadi buluh memang susah jadinya...oleh itu ajarlah anak-anak kita perkara-perkara yang baik semasa ianya masih kecil lagi..."



Friday, December 28, 2012

Cerdiknya Budak Ni

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Bukan main lagi si kecik Awisy ni letakkan jer dia depan laptop cepat jer jejari comelnya menekan keyboard laptop tu...memang nampak budak2 sekarang ni memang minat kearah alam cyber ni...

bagi mainan lain Awisy tak suka tapi bila letakkan dia didepan laptop atau handphone bukan main lagi sukanya dia...bila mamanya sibuk memegang handphone mulalah dia mengapai-gapai untuk mencapainya..tengok la tu sukanya Awisy melihat gambar dia kat facebook tu...

Thursday, December 27, 2012

Ya Allah Permudahkanlah Semuanya

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Lamanya nak tunggu Awisy ni kenapalah lama sangat nak sampai ke Jay Bee ni..??? apalah mama ni asyiklah membebel dari tadikan ! sabar yer mama sabar tak lama lagi smpai la tu...

Buat anak menantu dan cucu mama :

"Ya !! Allah lindungilah anak menantu dan cucuku dalam perjalanannya...semoga perjalanan mereka sentiasa dibawah lindungan Mu Ya Allah...Kau berikanlah mereka keselesaan dalam perjalanan itu dan berjayakan mereka sampai kepangkuanku...Amin "

Buat hubby mama..

"Ya !! Allah lindungilah perjalanan suamiku ke Kajang ! moga perjalanan pergi dan baliknya di dalam keadaan yang selamat...permudahkanlah,tenangkanlah suamiku ketika menghadapi mesyuaratnya di sana..semoga Kau berkatilah segala apa yang suamiku lakukan dan berikanlah suamiku kejayaan yang diharapkannya... Amin "


Rindu Sangat Kat Awisy

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Gembiranya rasa di hati mama hari ini sebabnya adalah kerana sekecik yang comel kat bawah ni...Yeahhh !!! Awisy nak balik Johor hari ni ! mama amat seronok sekali menanti kepulangan cucunda tersayang sampai dan terasa lambat masa berlalu untuk bertemu cucu kesayangan hati mama ni ...


 Sayang cucu grandma ni
MUHAMMAD DARWISY ZULKARNAIN..

Wednesday, December 26, 2012

Wordless Wednesday # 195...Amalkan Surah Ini

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Wordless Wednesday # 194...Bijak Juga

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wordless Wednesday # 193...Awisy Nak Balik Jay Bee

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Tuesday, December 25, 2012

Segmen Eyriqazz : Ada Apa Dengan Nama Blog?

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Memang mama tertarik dengan segmen yang blogger Eyriqazz adakan ini terasa ingin juga sesekali dikomen oleh blogger femes macam beliau ni jadi di sini mama ingin menjoinkan diri dalam segmen yang diadakan oleh Eyriqazz ni yer...


di sini mama ingin sekali menjemput blogger femes Eyriqazz datang melawat ke teratak mama yang biasa-biasa ni ! itupun jika beliau sudi memberikan pendapat dan komen yang membina yer...moga dengan komen dan pendapat dari Eyriqazz itu nanti akan dapat mama praktikkan dengan sebaik-baiknya.. 


Monday, December 24, 2012

Kuantan Banjir

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Dalam mama BW tadi terjumpa satu n3 tentang banjir telah melanda bandar Kuantan Pahang...di sini mama ingin kongsikan gambar-gambar yang mama share dari blogger ini kalau nak tahu lebih lanjut tekan sini...









Pemenang Yang Berjaya

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pada kekawan yang meninggalkan komen kat n3 mama tu terimakasih yer... di sini terdapat 2 orang yang menjawab jawapan yang paling hampir tapi mama akan memilih seorang yang jawapan nyer paling hampir sekali...

jawapan sebenar harga beg itu adalah di bawah ini...


Inilah harga sebenar beg ni selepas ditolak diskaunnya...dan pemenangnya adalah Pen Biru...sila bagi no telefon di ruangan komen ini yer..jgn takut mama x akan publishkn no phone tu nanti...

pada kekawan yang tidak berjaya jangan berputus asa nanti mama adakan giveway yang lain pula terus menyokong mama yer... terimakasih mama ucapkan sebab sudi menjawab teka teki tadi...


Giveaway : Teka Harga Beg Ini Yer...

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...

Ni dia n3 yang mama janjikan tu...pada kekawan yang nak join boleh join sekali yer...hanya teka jer berapa harga beg yang anak mama belikan untuk mama tempohari...harga yang sebenarnya mama tak tahu la tapi harga inilah yang mama beli di Outlet Al-Ikhsan tempohari.. 


jom kekawan teka berapa harganya dan siapa yang berjaya meneka dengan tepat dan hampir tepat akan mendapat topup bernilai RM5 jer yer...

segmen bermula dari jam 12.30tgh ni hingga 4.30 ptg ni pada yang berjaya mama akan umumkan namanya pada petang nanti...jom kekawan join giveaway yang simple dari mama ni yer...


Bershopping Di Al-Ikhsan Taman Universiti

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Dulu semalam mama dan hubby pergi menemani anak-anak pergi ke Outlet Al-Ikhsan di Taman Universiti...tujuan kami ke sana adalah kerana anak mama ingin mencari kasut sukan untuk kegunaan beliau nanti... 


Di outlet ini selalunya memang ada jualan murah dan banyak jugalah kasut-kasut sport berjenama yang dijual dengan harga yang berpatutan...



Ramai juga pelanggan yang datang membeli pada hari itu penuh sesak juga la kedai tu tapi mama hanya ambil gambar tempat yang kurang ramai orang...malu nak snap sebenarnya...


tengoklah dua beranak ni sibuk memilih kasut yang mana berkenan di hati...mama jadi pemerhati dan tukang ambil gambar jer...


mula-mula berkenan dengan kasut yang ini dan harga biasanya adalah dalam seratus lebih kalau tak silap mama la ! tak ingat pula mama harga sebenarnya tapi bila dah ditolak dengan diskaun harganya dah tinggal hanya RM 55 sahaja...last-last sekali lain pula yang jadi pilihannya......


dalam dok pilih-pilih tu terpandanglah yang lebih cantik lagi ! test lagi pastu dah jadi banyak kasut kat atas tu...last-last sekali dah tak tahu nak pilih yang mana satu...dah banyak2 kasut tu semuanya dah jadi cantik ! mata pun dah jadi rambang nak pilih...


Bila dah ada yang berkenan di hati tu terus amik dan bayar terus di kaunter kalau dok pilih-pilih lagi memang sampai esok pun tak terpilih kasut yang berkenan tu...inilah tukang bayarnya anak mama sendiri hehehee... 


inilah dia kasut yang menjadi pilihan di hati anak-anak dara mama tu...yang hitam tu adik punyer dan yang putih pink tu anak mama yang bongsu punyer...sebenarnya mama pun dapat juga satu barang juga ! seronoknya ada orang nak belikan apa lagi sambar jer la beg Umbro yang kat belakang tu..nak tahu berapa harga beg tu tak? nantilah mama bagitahu di n3 seterusnya atau mama adakan segmen teka harganya yer...tunggu n3 seterusnya tau...


Sunday, December 23, 2012

Wajibkah Membasuh Telur Dahulu

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Hukum Perempuan Mewarnakan Rambut

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Penghujung Cintaku - Pasha Ungu Ft Adelia

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



L-Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah tak ada yang miliki

P-Tiba diriku
Di penghujung mencari cinta 
Diri ini tak lagi sepi 
Kini aku tak sendiri

L-Aku akan menikahi mu
Aku akan menjaga mu
Ku kan selalu disisimu
Seumur hidupku
 
P-Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepada mu
Ku kan selalu disisi mu
Seumur hidup mu

L-Tiba diriku
Di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri


"Happiest Country" Malaysia Tempat Ke 11

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..

"Happiest Country"memang bestkan kalau negara kita ada tersenarai sebagai salah satu negara yang paling happy di dunia...ini adalah kajian yang telah dilakukan oleh salah satu syarikat antarabangsa Gallup.

 Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam ranking yang ke 11..pengundian ini telah dilakukan dan hasilnya telah diterjemahkan melalui penilaian terhadap emosi positif penduduk di 148 negara dan kawasan.

Malaysia telah berkongsi kedudukan ke 11 dengan Kanada,Colombia,Belanda dan Ireland dengan respon positif sebanyak 80% untuk 5 soalan serius.Manakala Panama dan Paraguay terikat bersama dikedudukan pertama dengan 85%.

Singapura merupakan negara yang paling tidak happy dengan mengutip 46% sementara Thailand dan Filipina berada dikedudukan ke 6 dengan 83% dan ke 8 dengan 82%. 

Gallup, menerusi panggilan telefon dan temubual secara terus, telah menanyakan kepada lebih 1000 orang dewasa yang berumur 15 tahun ke atas di setiap negara dengan soalan-soalan seperti:
  1. Adakah anda berasa lebih dihormati semalam?
  1. Adakah anda dilayan dengan hormat sepanjang hari semalam?
  1. Adakah anda senyum atau ketawa banyak semalam? Adakah anda berjaya belajar atau melakukan sesuatu yang menarik semalam?
  1. Adakah anda mengalami sebarang perasaan sepanjang hari semalam?
  1. Adakah anda gembira menikmati? 
Di seluruh dunia 85% orang dewasa merasakan mereka gembira tersenyum dan ketawa, 73% pula merasai keterujaan sepanjang hari dan 72% akan merasakan mereka lebih relaks.walaubagaimana pun hanya 43% yang mengalami atau melakukan sesuatu yang menarik pada hari sebelumnya.

sumber info - my.news.yahoo.com



Saturday, December 22, 2012

Majlis Pernikahan Anne Ngasri Dan Mohd Sumali Reduan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Tahniah !! buat pasangan Anne Ngasri 28 atau nama sebenarnya Nasriah Hj.Ngasri dan pasangannya Mohd Sumali Reduan 40 kerana telah selamat bernikah pada pagi tadi dan majlis pernikahan itu telah dijalankan di Kampung Sg.Pinang Pontian Johor pada jam 11.00 pagi .

Mohd Sumali Reduan Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno yang telah dinikahkan oleh Ustaz Abdul Mutalib Abdul Rahim berwakil wali bapa pengantin Hj.Ngasri Bin Sain dengan mas kahwin RM22.50 berserta hantaran berjumlah Rm11,111.

 ingin tahu lebih lanjut klik sumber http://www.ohbulan.com









Segmen Sabtu By Emas Putih

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Jom2 kekawan kita join segmen dari EmasPutih (Uzu)ini yer...pada yang nak join tekan sini tau...mama nak tag besday blogger hari ini Eraz Fadli harap dia sudi join sekali hari ini...

Selamat Hari Lahir Eraz Fadli

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Di awal pagi sabtu ini mama ingin mengucapkan selamat hari lahir buat blogger Eraz Fadli...hari lahirnya jatuh pada hari ini dan ulangtahun yg ke berapa itu mama kurang tahu la yer...nanti kita tanya kat Eraz Fadli sendiri kalau dia sudi memberitahu kita semua....

Di kesempatan ini mama ingin mendoakan semoga Eraz Fadli dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang dilakukan,bahagia bersama-sama keluarga dan akhir sekali ingatlah kedua-dua orang tua Eraz Fadli yer kerana mereka lah Eraz dapat melihat dunia dan membesar dengan penuh kasih sayang dari mereka... Amin



Friday, December 21, 2012

10 Raja Paling Kaya Di Dunia

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

N3 yang lepas mama bagi info tentang raja ke dua terkaya di dunia iaitu Sultan Brunei tapi kali ni pula mama nak berkongsi info tentang 10 Raja Terkaya Di Dunia pula yer..sumber info yang mama perolehi dari sini...


1-Raja Thailand Raja Bhumibol Adulyadej ( $30 Billion )


 2- Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah ( $20 Billion)


3-Raja Arab Saudi Raja Abdullah Bin Abdulaziz Al-Saud ( $18 Billion)


4-Presiden UAE Sheikh Khalifa bin Zayed al-Nahayan ($15 Billion)


5- Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum ( $4.5Billion)


6-Liechtenstein Prince Hans-Adam II ($ 3.5 Billion)


7-King Morroco King Mohammed VI ($2.5 Billion)


8-Qatar Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani ($2.4 Billion)


9-Prince Albert II of Monaco ($1 Billion)


10-His Higness the Age Khan ($800 Billion)


GRANDMA ON PAPER

GRANDMA ON PAPER