info

10 Sahabat Yang Harus Dihargai

Monday, April 30, 2012 Mas Zull 8 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum....

Mari kita lihat 10 sahabat yang harus kita hargai dan senangi selalu....

1-Sahabat yang ceria dan menceriakan
2-Sahabat yang memberikan ketenangan
3-Sahabat yang suka berbaik sangka
4-Sahabat yang tidak suka mengata
5-Sahabat yang jujur
6-Sahabat yang ikhlas
7-Sahabat yang baik tutur katanya
8-Sahabat yang berfikiran positif
9-Sahabat yang baik hatinya dan niatnya
10-Sahabat yang suka menjadi pendengar yang baik

8 000 jiran datang mendoakan mama:

petua dapur

Petua Lagi

Monday, April 30, 2012 Mas Zull 5 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua....
Dah lama rasanya mama tak bagi petua kat kekawan semua jadi hari ini mama nak bagi lagi satu dua petua yang mama ketahui...

1-Kempiskan perut
petua orang lama-lama yang ingin perut kelihatan kempis,hanya perlu mengambil limau nipis yang telah dicampurkan dengan teh tanpa gula untuk diminum setiap hari.Amalkan meminum air ini dan insyaAllah peru yang buncit akan menjadi kempis.Petua ini baik bagi orang-orang yang tiada sebarang penyakit dan selamat mencuba ye....

2-Daun Labu Atasi Rambut Gugur
Masalah rambut gugur memang sering terjadi biarpun telah menggunakan banyak syampu atau produk kecantikkan,untuk mengatasinya masalah tersebut apa kata kita rebus segenggam daun labu muda dengan minyak kelapa sehingga lumat.Bila sudah sejuk usapkan ke kepala dan lakukan petua ni setiap hari insyaAllah rambut tidak akan gugur lagi.

3-Rawat Keputihan
Sbagai wanita kita sering mengalami masalah ini apa kata kita cuba petua tradisional ini.Ambil 2 biji buah delima putih yang masih muda kemudian ditumbuk sehingga halus dan dicampur dengan segenggam daun delima putih direbus dengan 2 gelas air.Minumlah air rebusan tadi selama 7 hari berturut-turut insyaAllah masalah akan hilang dan juga dinasihatkan mengelakkan makanan seperti daging,nanas,air kelapa dan ikan laut selamat mencuba...


5 000 jiran datang mendoakan mama:

besday blogger,

Hepi Besday My Sweet Caney....

Monday, April 30, 2012 Mas Zull 7 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum ....


Baru bulan Februari lalu sambut hari kelahiran puteri mama yang kedua minggu lepas kelahiran puteri mama yang pertama dan kali ini adalah hari kelahiran puteri mama yang bongsu pula  NURUL SYAZWANE BINTI DZOLKARNINE yang ke 16 tahun atau panggilan manjanya Caney.....


dulu sebelum alongnya berkahwin mama selalu sambut hari lahir mereka serentak disebabkan tarikhnya yang berdekatan tapi sekarang setelah alongnya dah berkahwin terpaksalah sambut hari lahir berasingan....walaupun sama bulan kelahiran tapi perangai kedua-dua anak mama ni berbeza  sekali, alongnya peramah manakala adiknya Caney pendiam orangnya sesekali saja bersuara...


semoga Caney menjadi seorang anak yang solehah,berjaya dalam hidup dan akan sentiasa mendengar kata-kata mak dan ayah juga kata-kata along dan adik ye...Setiap ibubapa akan sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka tiada sedikit pun perbezaan di antara ketiga-tiganya dan doa dari kami akan sentiasa mengiringi kamu wahai puteri-puteriku...


Happy 16th Birthday My Sweet Girl....
Love u my dear muahhh ....

7 000 jiran datang mendoakan mama:

Mutiara Kata

Mutiara Kata # 4

Monday, April 30, 2012 Mas Zull 3 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua....



"Sesiapa suka memberi maaf atas dosa penganiayaan kecil atau besar maka pahalanya tersedia di sisi Allah,maka dia termasuk golongan mereka yang dihampiri oleh Allah,yakni mereka yang akan masuk ke dalam syurga dari jurusan pintu mana saja yang dia suka"

3 000 jiran datang mendoakan mama:

puisi

Ujian Kehidupan

Sunday, April 29, 2012 Mas Zull 8 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...

Sahabatku sekelian yang dikasihi selalu,
Kenapakah kita bersedih bila 
insan yang kita kasihi pergi meninggalkan kita?
Kenapakah kita bersedih bila
 insan yang kita kasihi sakitkan hati kita?
Kenapakah kita bersedih
 bila putus cinta?
Kenapakah kita bersedih 
bila gagal dalam peperiksaan?
Kenapakah kita bersedih 
bila dimarahi?
Kenapakah kita bersedih
bila perniagaan yang diusahakan rugi?
Kenapakah kita bersedih bila ditipu?
Kenapakah kita bersedih bila
ditimpa musibah?
Kenapakah ? Kenapakah ?
Semuanya itu pasti akan ada jawapannya
Tepuk dada tanya pada diri
Apa dan kenapa?
Marilah kita semua bermuhasabah diri
dan moga kita akan temui
   semua jawapannya....

8 000 jiran datang mendoakan mama:

tips cinta

7 Sebab Kenapa Cinta Tidak Dihargai

Sunday, April 29, 2012 Mas Zull 5 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua dan selamat pagi minggu....
Memang susah untuk kita menduga hati seseorang mengenai cinta pada mereka dan kita juga tidak akan tahu bagaimana untuk menyelami perasaan di lubuk hati mereka.....ikutlah kata hati kita sendiri untuk menilaikannya dan janganlah mengikut fikiran kerana hati tidak akan mampu membohongi diri kita sedangkan fikiran mempunyai bermacam2 alasan...

Mari kita cuba semak 7 sebab kenapa CINTA kita tidak dihargai..

1-Tidak Tahu Apakah Maknanya Cinta
Ada yang ingin bercinta tapi tidak tahu apakah maknanya sebuah percintaan.Sebelum bercinta selidiki dulu adakah kita benar-benar memahami konsep cinta atau pun kita perlu mempelajari makna disebalik cinta dulu.

2-Tidak Tahu Menghargai Nilai Sebuah Cinta
Bukan semua orang tahu menghargai nilai sebuah percintaan kerana mereka sering menganggap cinta sebagai bahan kajian oleh itu janganlah memperlekehkan perasaan cinta yang ada kelak ianya akan membakar diri kita sendiri.

3-Hanya Sekadar Suka-Suka
Sekadar suka-suka ini sering terjadi pada seseorang yang sering bertukar pasangan.Bila suka didekati bila sudah jemu ditinggalkan dan bermulalah semua perkara yang membuat mereka menjauhi dirinya dan membenci....kenapa perkara beini boleh terjadikan...

4-Terpengaruh
Terpengaruh dengan janji manis membuatkan mereka mudah menyerahkan cinta pada si dia tanpa terfikir apa yang akan berlaku di belakang hari.....adakah itu caranya bahawa kamu benar-benar mencintainya?tepuk dada tanya selera ye...

5-Teman Kesunyian
Setelah putus cinta  mereka akan lekas-lekas mencari pengganti untuk menghilangkan bosan dan mahu sentiasa membuatkan seseorang itu mudah meraih cinta.Cinta begini hanya sementara sahaja kerana mereka tidak begitu mengenali si dia dalam jangka masa yang lama dan terus mengikat janji akhirnya kamu juga yang menyesal kerana tersalah pilih.

6-Saingan Orang Lain
Semata-mata mahu menyaingi orang lain terutamanya teman rapat.Bila sudah ada kekasih bolehlah menunjuk-nunjuk saham kamu juga laku.Adalah point kamu untuk berkata pada kawan2 yang kamu sudah ada pak we atau mak we.  

7-Berpura-Pura
Berpura-pura menyayangi si dia atas dasar kasihan atau simpati.Mereka akan mempergunakan si dia untuk kepentingan sendiri contohnya mendampingi si dia kerana wang,paras rupa ataupun atas desakan keluarga ingin menjodohkan kamu.Itu semua membawa kita kepada sikap hipokrit yang bodoh.

5 000 jiran datang mendoakan mama:

info agama

Manusia Yang Dijabat Tangan Oleh Malaikat

Saturday, April 28, 2012 Mas Zull 6 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya adalah:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

6 000 jiran datang mendoakan mama:

info agama

Roh Menuju Ke 7 Tempat

Saturday, April 28, 2012 Mas Zull 6 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...



Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu akan menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

6 000 jiran datang mendoakan mama:

segmen Ben ashaari

SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI

Friday, April 27, 2012 Mas Zull 30 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum dan selamat malam...

Satu lagi segmen dari En.Ben kita hari ini ...
jom2 cepat join masa penamatnya jam 9 malam ni...
lawat jer blog mama ni dan tinggalkan komen
best atau tidak blog mama ni
dari komen tu nanti mama boleh perbaiki blog mama ni ye...

30 000 jiran datang mendoakan mama:

info agama

Pesan Roh Kepada Manusia

Friday, April 27, 2012 Mas Zull 3 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:  "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku".Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: 
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: 
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


3 000 jiran datang mendoakan mama:

follower

Follower Mama Yang Ke 1717

Friday, April 27, 2012 Mas Zull 7 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua.....



Follower mama yang ke 1717 tapi sayangnya mama tak dapat nak cari link blog nyer...sori yer
AyueJean mama tak dapat nak backlink blog Ayue...
 mama ingin ucapkan terimakasih pada Ayue kerana jadi follower mama yang
ke 1717...

p/s ini link ayue mama baru dpt tadi jom follow ayue yer....AyueJean

7 000 jiran datang mendoakan mama:

puisi

Kata-Kata Hikmah

Friday, April 27, 2012 Mas Zull 6 Comments

SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum semua....

:♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.

:♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.

:♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI.

:♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN.

:♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA.

:♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.

:♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita.


6 000 jiran datang mendoakan mama:

puisi

Sedih Bila Lihat Binatang Ini Di Dera

Friday, April 27, 2012 Mas Zull 6 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua....


Wahai manusia !!
Izinkanlah aku biarkanlah aku hidup
berikanlah sedikit simpati naluri mu
berikanlah aku sedikit belas kasihan mu
bukan aku meminta kasih sayang mu
bukan aku menagih simpati mu
hanya perlu kau lakukan 
berikanlah aku sinar cahaya
menghadapi dunia kehidupanku
izinkanlah aku lepaskanlah aku
dari dunia seksaan mu
dari dunia kekejaman mu 
Wahai manusia durjana
lepaskanlah aku !!!....

sumber gambar..

6 000 jiran datang mendoakan mama:

Ben ashaari,

First Time Datang Mengomen

Friday, April 27, 2012 Mas Zull 7 Comments

SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum...
Wah !!! best n seronoknya mama kerana dapat komen balas dari blogger otai kita iaitu En.Ben Ashaari papa kepada Muhammad Qhaliff si kecik comel tu....

mekacih En.Ben sebab datang membalas komen kat blog mama yang biasa-biasa jer ni...mula-mula dulu mama teringin juga bila la blogger otai ni jadi follower kat blog mama.....tup2 tak lama selepas tu En.Ben singgah ke sini dan menjadi follower mama yang ke 238 pada kekawan yang nak lihat klik kat sini...

wah !!! sukanya hati mama blogger otai sanggup datang dan terus jadi follower kat blog mama yang biasa-biasa jer ni....lepas tu tertanya-tanya juga bila la lagi blogger otai ni nak datang mengomen kat blog mama ni tapi mama tak kisah sebab faham situasi seorang blogger tu tak semua bogger boleh singgah ke blog kita kan...

terlebih2 plak mama ni kan orang dah datang jadi follower pastu nak suruh komen plak banyak songeh nyer mama ni... En.Ben dah jadi follower kat blog mama ni dah kira bersyukur dah...jangan nak melebih2 lagi mama hoi !! tapi apa-apa pun mekacih mama ucapkan pada blogger otai ni kerana peramah dengan semua blogger dan sudi datang mengomen kat blog mama ni....


p/s pas ni nak tunggu En.Ben like blog mama maszull kat fb plak heheehe..

7 000 jiran datang mendoakan mama:

segmen Ben ashaari

BEN ASHAARI DAN BLOG AKU

Friday, April 27, 2012 Mas Zull 25 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...

Segmen dr En.Ben kita ni selepas bergelar "Papa"....j
jom join cepat segmen tutup jam 3 petang ni nak join klik jer...
nak kata sama tak la sama.... 
tak boleh lawan blog otai kita ni mungkin blog mama ni santai jer kot 
tak ada yang menarik nyer pun tapi "biasa-biasa jer.."

25 000 jiran datang mendoakan mama:

info agama

Kelebihan Bersedekah

Friday, April 27, 2012 Mas Zull 6 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....


“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkankedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )

Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. 

Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.

Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah

Berikut adalah lapan buah hadis, diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan bersedekah, mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.

Hadis-1
[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka. 
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-2
[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain. 
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Hadis-3
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana. 
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)

Hadis-4
[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah." 
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Hadis-5 
[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya. 
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-6
[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi." 
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-7
[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala. 
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)

Hadis-8 
[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu. 
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)


6 000 jiran datang mendoakan mama:

VCO

Produk Catalyst...Cubalah Rasai Perubahannya

Thursday, April 26, 2012 Mas Zull 7 Comments

SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum semua...
Hari ini mama ingin mempromosikan produk VCO (Virgin Coconut Oil) ini pada kekawan semua....Pada sesiapa yang mengalami masalah sakit semasa datang bulan atau senggugut eloklah mencuba produk ini.... 

Setiap bulan mama akan mengalami masalah kesakitan semasa datang bulan..Allhamdullilah semenjak mama menggunakan dan memakannya selama sebulan produk VCO(Virgin Coconut Oil) ini terdapat perubahan ketara pada mama kerana kesakitan yang selalu mama alami setiap bulan mula berkurangan..

baru sebulan mama mencubanya dan hasilnya menunjukkan perubahan yang amat ketara sekali....Pada yang ada masalah yang sama haruslah mencubanya dan kita akan dapat merasakan perubahannya nanti...Pada sesiapa yang sudah menggunakannya silalah bagi pendapat anda di sini dan ceritakanlah masalah anda sebelum anda menggunakan produk VCO ini...

pada sesiapa yang ingin mencuba dan membeli produk ini bolehlah menghubungi mama atau e-mailkan pertanyaan ke e-mail mama maszull@yahoo.com atau ke Facebook Nurul Ain....



7 000 jiran datang mendoakan mama:

Cerita Biki

Kenapalah Budak Ni Angin Tiba-Tiba Pecah Semuanya...

Thursday, April 26, 2012 Mas Zull 9 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua....
Tiba-tiba plak hari ni angin puting beliung dia datang tiba-tiba......habis meja di terbalikkan dan barang kat atas meja tu jatuh dan pecah.... nasib baik la tak kena kat dia tadi biki!! biki !!  mengucap panjang mama di buatnya....

pada kekawan mama yang ingin mengetahui si kecik ni boleh la baca dan lihat siapa dia kat sini...nak amik gambo kameranya plak tak ada hubby bawa kedua-dua kamera tadi,nak guna handset kelam gambar jadinya handset murah la katakan jadi gambarnya pun jadi tak cantik oleh itu tak dapat la nak letak gambonya tadi kat sini... 

Biki ! Biki ! menguji kesabaran mama betul la budak tecik ni tapi alhamdullilah dapat diatasi dengan segera...dah sejuk hati lepas buka air-cond kuat-kuat...


p/s  itulah budak tecik namanya kena sabo....

9 000 jiran datang mendoakan mama:

pregnant

Spontan Khamis.....Mengidam Yer...

Thursday, April 26, 2012 Mas Zull 31 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Kesian cucu grandmama teringin nak makan masakan grandmama dia....nak poskan jauhnya nak masakkan pun jauh juga senang cite balik je lah ke bandar opss bukan bandar tapi kampung Johor Baharu....kampung dalam bandar la katakan jadi kenalah balik kalau nak makan masakan grandmama yer...

jom layan gambar masakan yang diidamkan oleh anak mama dan cucu grandmama yg kat dalam perut tu yer....

ni lah dia siput masak lemak  
 asam pedas ikan pari...

 sambal sotong kembang

 mee bandung

mee goreng mamak tapi tak nak yang mamak goreng nak mee goreng masakan
ayahandanya (atok zola)...

31 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 73....Empty Full

Wednesday, April 25, 2012 Mas Zull 8 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum kekawan...

8 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 72....Istimewa

Wednesday, April 25, 2012 Mas Zull 10 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua....

10 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday,

Wordless Wednesday # 71...Solat

Wednesday, April 25, 2012 Mas Zull 5 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Mudah aje solat 6 minit bagi yang nak cepat,10 minit bagi mereka yang tawadhu,20 minit bagi mereka yang merintih jom kita bersolat.....


"Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amalah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."(Al-Baqarah :45)

sumber fb

5 000 jiran datang mendoakan mama:

besday blogger,

Hepi Besday Along.....

Wednesday, April 25, 2012 Mas Zull 6 Comments

SALAM 1 MAlAYSIA


Assalamualaikum semua....
Hari ini genaplah 25tahun mama telah melahirkan seorang puteri perempuan yang pertama mama....tidak dapat dibayangkan betapa gembiranya mama dan hubby ketika itu.....puteri yang dilahirkan atas dasar cinta kami berdua ini dilahirkan di Kuala Lumpur pada jam 7 pagi dan puteri itu telah diberi nama dengan nama "NURUL AIN BINTI DZOLKARNINE" yang membawa maksud "Cahaya Mata"...

walaupun ketika mama melahirkannya mama masih terlalu muda untuk menimang cahaya mata dan juga mengalami kesempitan hidup diketika itu tapi mama masih juga dapat bertahan demi anak yang dikandung....walaupun begitu kami dapat juga menjalani kehidupan itu dengan seribu kepayahan dan kesengsaraan untuk membesarkan mu wahai anakku...

Mama di sini hanya dapat mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan along dalam melayari bahtera kehidupan berumahtangga dan semoga bakal cucu mama yang bakal lahir nanti akan mendapat kehidupan yang lebih sempurna dan moga ianya menjadi seorang anak yang soleh solehah nanti....

"Selamat Hari Lahir Sayang"
Mama Di Sini Akan Sentiasa Mendoakan Kebahagiaan Along dan Suhaimi.. 
Walaupun Kami Semua Jauh Di Mata Tapi Kami Akan Tetap Mengingati Along Selalu...
Mak Saaayangggg Along Sangat-Sangat
Jaga Baby Baik-Baik Yer...
-buat baby-
dok diam-diam dalam perut mama tu yer
jangan nakal-nakal tau...



6 000 jiran datang mendoakan mama:

info

Khasiat Memeluk Isteri

Monday, April 23, 2012 Mas Zull 12 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...

Inilah khasiatnya kalau selalu memeluk isteri kita di rumah,nak ke tempat kerja,kemana2lah dan bila2 masa yang terluang oleh suami2 semua...jangan suami je yang berusaha tanpa dorongan dan usaha dari isteri semua ini tidak akan menjadi...moga kita semua akan mengingatinya setiap masa...


1-Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan ubuh badan kita.


2-Suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya selalu.


3-Hubungan intim dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berterampilan menarik sekali.


sumber Dr.fadzilah Kamsah

12 000 jiran datang mendoakan mama:

info agama

Tidur Yang Sunat Dikejutkan

Monday, April 23, 2012 Mas Zull 11 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan orang itu tidur dalam keadaan berikut:

1-Seorang yang tidur di masjid dan waku solat sudah tiba.Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra,beliau berkata :
"Aku keluar bersama Nabi SAW untuk menunaikan solat subuh.Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya"(Hr Abu Daud 1246- semua perawinya thiqah)

2-Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menganggu orang yang solat.


3-Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang 9dari jatuh bangunan),sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak(sekiranya jatuh)
(Hr Abu Daud- semua perawinya adalah thiqah)


4-Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi idak kena.Nabi SAW bersabda:
"Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari,kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh terkena pancaran matahari dan sebahagian yang lain tidak kena,hendaklah dia beredar"(Hr Abu Daud-semua perawinya thiqah)


5-Tidur waktu subuh 
Nabi SAW bersabda:"Tidur di waku subuh menegah rezeki"(Hr Ahmad -sanad lemah) Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh beliau mengejutkannya dan berkata "Rezeki dibahagi-bahagikan ketika engkau tidur"


6-Tidur sebelum Isyak kerana makruh tidur waktu itu.Ini disebut dalam hadis yang panjang,riwayat dari Abi Bakrah ra di mana beliau berkata "Baginda tidak suka tidur sebelum  solat Isya dan sembang-sembang selepasnya."(Hr Bukhari -sahih)


7-Tidur lepas solat Asar
Nabi SAW bersabda :"Sesiapa yang tidur selepas solat Asar dan hilang akalnya,janganlah dia mencela melainkan dirinya."(Hr Abu Ya'la -sanad lemah)


8-Tidur berseorangan di rumah
Hukum ini disebut oleh Al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu'abil Iman


9-Perempuan yang tidur melentang.Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang idur sedemikian.


10-Seseorang yang tidur meniarap.Baginda melihat seorang lelaki meniarap lalu baginda bersabda" Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya"(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)


Abu Umamah r.a berkata: Nabi SAW lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di masjid lalu Baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya:"Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah ssungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahanam."(Hr Ibnu Majah)


11-Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi bersabda :"Allah merahmati lelaki yang bangun malam,menunaikan solat dan mengejutkan isterinya.Sekiranya isterinya enggan,dia akan merenjiskan air ke muka isterinya.


"Allah merahmai wanita yang bangun malam,menunaikan solat dan mengejutkan suaminya,Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjiskan air ke muka suaminya"(Hr Abu Daud 1308-perawi-perawina thiqah)


12-Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.Nabi SAW bersabda:"Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan subuh."(Hr Muslim)

11 000 jiran datang mendoakan mama:

follower,

Follower Mama Yang Ke 1700

Sunday, April 22, 2012 Mas Zull 16 Comments

SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum kekawan...
Hari ni mama nak perkenalkan follower mama yang ke 1700...klik jer ke blog beliau terpandang mama headernya yang menarik hati mama... cute sesangat doddle tu dengan spec beso nyer...sori la supergirl nasib baik ada tinggalkan jejak kat shoutbox mama kalau tidak tak tahu mana mama nak cari link  SUPERGIRL...

Jom kekawan kita jadi follower MeeSuperGirl ini kita tambahkan frenz di blog beliau...mekacih ye sebab jadi follower mama yang ke 1700 ini...


p/s lepas ni kalau ada nak cari follower  "SUPERMAN" plak la...

16 000 jiran datang mendoakan mama:

info,

10 Fakta Tentang Kelahiran Yang Kita Patut Tahu....

Sunday, April 22, 2012 Mas Zull 3 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Jom kita lihat fakta tentang kelahiran ini yang begitu menarik dan sepatutnya kita ketahui....

1-Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date)mereka.Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2-Sehingga bersalin rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3-Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4-80% wanita mengalami sindrom "Baby Blues"semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5-Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum bersalin bermula.Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6-Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami 57Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7-Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin tercatatlah pahala jihad baginya.

8-Apabila seorang ibu melahirkan  anak terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9-Ibu bersalin akan dapat pahala 70 ahun sola dan puasa.

10-Setiap kesakitan pada satu uranya,Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.



 

3 000 jiran datang mendoakan mama:

blog

Dah Kembali Semula Ke Page Yang Lama

Saturday, April 21, 2012 Mas Zull 10 Comments

SALAM 1 MALAYSIA



Asalamualaikum semua....
Terimakasih kekawan mama semua atas tunjuk ajar yang telah diberikan pada mama dan link 2 untuk memulihkan kembali page blog mama yang baru ini ke page yang lama....


memang pening betul menggunakan page blog yang baru itu dan mama pun dah jadi kelam kabut dibuatnya sampaikan nak cari post yang dah di draffkan pun tak jumpa-jumpa nasib baik ada kekawan yang sudi menolong mama tadi...


antara kekawan yang datang memberikan panduan dan tunjuk ajar tadi :
Ezad Skytech
Mohd Alwi
Arelan
Gadis
Asyraf
Cik Nisa
Zizie's
Santri Alumni Nurul Iman
Reenapple
Arisyah Jahirah
Atiey Eykuu
Cute Mama
Haruno Hana
dah kembali seperti sediakala senang sikit..

p/s biasakan sesuatu yang baru akan susah dan lambat untuk mempelajarinya....

10 000 jiran datang mendoakan mama:

blog

Pening !!! Page Blog Pula Bertukar Yang Baru....

Saturday, April 21, 2012 Mas Zull 16 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Pening !! Pening kepala ni blurr jadinya !! buka2 je dah berwajah baru page blog mama ni...alamak terpaksalah mama belajar lagi benda-benda baru kat blog ni....kena buka satu persatu page baru blog ni dan kena belajar lagi semula semuanya....

macam mana blog kekawan mama semua dah berubah ke page yang baru atau masih gunakan yang lama lagi..??pada kekawan yang dah bertukar pada page yang baru tolong bagi tahu mama yer sebab kalau ada masalah atau sesuatu yang mama kurang faham nanti,bolehlah mama jadikan tempat rujukan...

inilah page baru blog mama yang buat kepala jadi pening...


 inilah page yang mama nak cari tadi x jumpa2....

p/s kena lebihkan belajar lagi ni...

16 000 jiran datang mendoakan mama:

kawin n hantaran

Kad Nikah Pintar

Friday, April 20, 2012 Mas Zull 25 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum kekawan semua....
Pada pasangan pengantin pasti ada yang dah tahu mengenai kad nikah pintar ini dan sudah pasti ada yang sudah memilikinya...mama baru saja dapat tengok kad nikah pintar ini kerana kami pengantin lelama ini, dulu-dulu manalah ada kad kawin pintar macam sekarang ni setakat surat nikah je lah yang kami dapat untuk pengesahan....

tapi semasa hubby pergi ambilkan kad nikah pintar anak mama ini pegawai agama kat situ ada menyatakan bahawa pasangan yang dah lama berkahwin pun boleh membuat kad nikah pintar ni hanya bawa gambar terbaru,sijil kawin dan bayar Rm 50 untuk duit pemprosesannya selepas tu  tunggu je surat dari pejabat agama...

kad pintar ini sebenarnya adalah kepunyaan anak perempuan mama yang berkahwin pada tahun lepas dan baru sekarang boleh diambil di Pejabat Agama Johor...masa permohonan kad pintar ini dulu pasangan pengantin kena hadir sendiri untuk mengisi borang-borang yang perlu tapi bila dah siap wakil bagi pihak boleh terus mengambilnya tapi sudah semestinya disertakan dengan sijil nikah yang original,resit pembayaran dan surat pengesahannya sekali....

zaman sekarang ni memang sudah semakin canggih manggih, semuanya akan menggunakan banyak kemudahan yang menarik, senang dan mudah disediakan.... kalau berlaku perkara-perkara yang memerlukan surat nikah ni tak payah la susah-susah lagi membawa sijil nikah yang besar tu ke mana-mana hanya gunakan kad nikah pintar yang kecil macam IC ni je rasanya itu lebih menyenangkan semua pasangankan.... 



25 000 jiran datang mendoakan mama:

info agama

Kesabaran

Friday, April 20, 2012 Mas Zull 4 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....

Bila ALLAH datangkan UJIAN
-Itu bukan satu BEBANAN...
-Kita mesti boleh BERTAHAN...
-Ada HIKMAH di sebalik UJIAN itu...
-Ada KESEMPITAN dalam KELAPANGAN...
-Ada KEMUDAHAN dalam KESULITAN...

Bila ALLAH datangkan UJIAN...
-Pujuklah HATI pujuklah IMAN...
-Tanpa KECEWA putus HARAPAN...
-Setiap KESABARAN ada GANJARAN...
-Setiap PENGORBANAN ada KEBERHASILANNYA...


4 000 jiran datang mendoakan mama:

info agama

43 Perkara Menyekat Rezeki

Thursday, April 19, 2012 Mas Zull 17 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semuanya...
Jom kekawan mari kita lihat apa dia perkara-perkara yang menyekat rezeki kita  selama ini dan marilah kita cuba seelok-eloknya tidak melakukan perkara-perkara seperti itu lagi...


1-Tidak sembahyang atau solat
2-Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan
3-Makan atas pinggan yang terbalik
4-Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri
5-Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan
6-Berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil
7-Suka bersandar pada pintu rumah
8-Suka duduk di atas tangga
9-membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan
10-Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung
11-Tidak membersihkan rumah
12- Membuang sampah atau menyapu dengan kain
13-Suka membersihkan rumah pada waktu malam
14-Suka tidur di atas muka
15-Membakar kulit bawang
16-Menjahit baju yang sedang di pakai
17-Mengelap muka dengan baju
18-Berdiri sambil bercekak pinggang
19-Tidur tidak memakai baju
20-Makan sebelum mandi hadas
21-Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh
22-Pergi ke pasar sebelum matahari terbit
23-Lambat pulang dari masjid
24-Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak
25-Kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan
26-Suka memadam pelita dengan nafas
27-Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup
28-Membasuh kaki dengan tangan kanan
29-Membuang air kecil pada air yang mengalir
30-Memakai seluar sambil berdiri
31-Memakai serban sambil duduk
32-Mandi junub ditempat buang air dan atau tempat najis
33-Makan dengan menggunakan dua jari
34-Berjalan diantara kambing
35-Berjalan di antara dua perempuan
36-Suka mempermainkan janggut
37-Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut
38-Meletakkan tapak tangan pada hidung
39-Suka mengigit kuku dengan mulut
40-Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan
41-Menghadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil
42-Menguap ketika solat
43-Meludah di tempat membuang air besar atau air kecil



17 000 jiran datang mendoakan mama: