JIRAN TETANGGA

Saturday, March 31, 2012

Earth Hour

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua....
Haiii kekawan dah tutup lampu x? pada yang belum tutup tu cepat-cepat tutup lampu tu yer sbb dengan berbuat begitu kita akan dapat menyelamatkan bumi kita ini..cuma 1 jam je yer kita dok bergelap lepas tu boleh la sambung kembali yer..mama pun bergelap ni tapi laptop masih dok pasang juga...sempat lagi tulis n3 ni heehhehe...jom padammm lampu tu ye....bye semua....



p/s sayangilah bumi kita...

Hormati Dan Sayangilah Ibubapa Mu...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Di manakah nilai-nilai kasih sayang kita pada kedua-dua ibubapa kita tanpa mereka siapalah kita kerana merekalah kita lahir ke dunia ini..seorang ibu itu boleh membesarkan dan menjaga 10 orang anaknya tapi belum tentu seorang anak itu akan dapat menjaga dan menyayangi seorang ibu mereka...
masih terdapat segelintir anak-anak yang mudah melupakan segala jasa kedua-dua ibubapa mereka,setiap kata janji yang dilafazkan pada ibubapa mereka hanyalah satu perbuatan yang akan melukai hati dan perasaan kedua-duanya.

Begitukah sikap seorang anak yang dibesarkan oleh ibubapa mereka dengan penuh kasih sayang? mereka langsung merasa tidak memerlukan ibubapa mereka lagi setelah mereka berjaya dalam hidup,begitu mudah sekali anak-anak melupakan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka dalam membesar dan mendidik mereka.

Setiap ibubapa itu akan sentiasa memikirkan kesejahteraan,kebaikan anak-anak mereka, tidak sedikit pun terlintas di hati mereka untuk membenci anak-anak walaupun anak-anak mereka sudah melupakan dan tidak memerlukan mereka lagi.

Pada siapakah akan diletakkan kesalahan itu jika anak-anak tidak lagi menghormati ibubapa mereka dan tidak lagi menghiraukan mereka..?Walau belajar setinggi mana pun jika tiada restu dari ibubapa mungkin tiada keberkatan hidup yang akan mereka perolehi di dunia ini.

Setiap asuhan,didikan,kasih sayang semuanya telah diberikan pada anak-anak mereka dan setiap ibubapa akan merasa amat gembira bila anak-anak mereka mula meningkat dewasa dan berjaya di dalam hidup mereka..Itulah harapan ibubapa ingin melihat anak-anak mereka berjaya di dalam kehidupan mereka...

Tiada harta yang lebih bernilai yang dapat menggantikan kasih sayang dan tempat kedua-dua ibubapa kita di dunia ini..kita akan merasa kehilangan mereka setelah mereka sudah tiada lagi di dunia ini dan di saat itulah nanti baru kita sedar bahawa tiada sesiapa jua yang dapat menggantikan mereka walaupun dengan berjuta-juta harta kemewahan yang mereka ada.




p/s sayangilah mereka ketika mereka masih hidup...

Friday, March 30, 2012

Gambar TMJ Bersama Fazura Di Universal Studio Singapore

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua....
Dalam berjogging pagi-pagi tadi terjumpalah mama akan gambar-gambar yang menarik sekali...kelihatan sungguh romatik sekali pasangan TMJ ini dengan artis manis kita Fazura gambar-gambar ini mama kreditkan dari blog terjah nak tengok gambar yang lain klik je kat blog tu yer....


15 Azab Allah Yang Menunggu Bagi Orang-Orang Yang Meninggalkan Sembahyang Fardhu

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua....
Marilah kita tengok azab bagi orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu di harap dapat peringatan untuk diri mama sendiri juga untuk semua...

6 AZAB DI DUNIA (KETIKA HIDUP)
1. Allah menghapuskan tanda-tanda orang yang soleh dari wajahnya
2. Allah akan menyempitkan rezekinya
3. Allah akan mengurangkan keberkatan atas umurnya
4. Segala amal kebajikan yang dilakukannya tidak akan dikurniakan pahala
5. Doanya tidak akan dimakbulkan
6. Tiada doa dari para solehin untuknya

3 AZAB KETIKA HAMPIR MATI
1. Kematiannya penuh dengan kehinaan
2. Kematiannya dalam keadaan sangat lapar dan dahaga
3. Keluar rohnya dari jasad tanpa iman

3 AZAB KETIKA DI DALAM KUBUR
1. Allah akan menyiksanya berterusan sehingga ke hari kiamat
2. Akan dihimpitkan serapat-rapatnya liang kubur sehingga bertemu rusuk kiri    dan kanannya
3. Dinyalakan api di dalam kuburnya khas untuk membakarnya

3 AZAB BERTEMU ALLAH
1. Allah tidak memandangnya dengan pandangan belas kasihan
2. Tiada rahmat serta keampunan daripada Allah untuknya
3. Malaikat akan menyeretkannya ke neraka dengan penuh kekasaran


Mengingati Allah Sentiasa Allah Akan Selalu Ada

SALAM 1MALAYSIA

Assalamualaikum semua berjumpa lagi dipagi hari Jumaat yang mulia ini....Oklah tak ada apa entry yang menarik pun untuk mama lakarkan di sini,cuma mama hanya ingin mengisi ruang-ruang kosong di blog mama ini, sambil melepaskan apa yang jejari ini ingin lakarkan, luahan hati dan perasaan....


Allah itu sentiasa ada  untuk kita semua di dunia ini,terpulanglah pada kita semua bagaimana untuk merasakan akan keujudanNYA...Allah juga yang membukakan pintu rezeki kepada kita sehingga kita dapat hidup bernafas di muka bumi,beroleh kerjaya yang baik,dapat memberikan keluarga makan pakai dan dapat pula menyumbang pada orang lain.Namun, sebagai hamba Allah kita juga harus menyempurnakan beberapa perkara agar rezeki kita akan terus murah dan melimpah-ruah.......


1-Bertakwalah kepada Allah,iaitu dengan beriman bersungguh-sungguh,melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan.Allah berfirman dalam surah an-Nahl: 97 yang bermaksud,

"Sesiapa yang beramal soleh,sama ada dari kalangan lelaki dan wanita, maka sesungguhnya Allah akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas yang lebih baik daripada yang mereka kerjakan."(SURAH AN-NAHL: 97)


2- Bersyukur kepada Allah atas segala kurnia-Nya.Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Ibrahim: 7 yang bermaksud,

"Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar,sesungguhnya azab-Ku amatlah berat."


3- Bertaubat,membanyakkan istighfar,memohon keampunan kerana itulah yang menyebabkan kita akan dikasihi Allah dan seterusnya dibukakan lebih pintu rezeki.


4- Melazimkan diri membaca surah al-Waqiah yang terdapat dalam juzuk 20.Surah ini mengenai kejadian hari kiamat,mengenai tiga puak manusia di sana,iaitu puak kanan yang beroleh bahagia,puak kiri yang dimasukkan ke neraka dan puak tiga yang mendahului dalam kerja kebajikan yang beroleh kedudukan mulia di sisi Allah,Rasulullah bersabda yang diriwayatkan al-Baihaqi daripada Ibnu Mas'ud,

"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam,nescaya tidak ditimpa kemiskinan selama-lamanya."


SENTIASALAH INGAT PADA ALLAH HANYA PADANYA LAH TEMPAT UNTUK KITA MENGADU..




'JANGAN' Dalam Islam

SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum semua...
Dalam blogwalking tadi mama terbacalah satu n3 yang mama rasa amat menarik hati mama dan mama mohon izin dari tuan punyer untuk dkongsikan bersama-sama kekawan semua di hari Jumaat yang indah ini.Marilah kita lihat apa yang di maksudkan dengan perkataan 'JANGAN'  dalam ini...sumbernya dari CX'S klik sini...

1-Jangan tidur selepas solat subuh
    Nanti rezeki Mahal kerana pagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

2-Jangan Makan Tanpa Membaca Bismillah dan Doa makan
    Nanti rezeki kita dikongsi syaitan

3-Jangan tambah perhiasan di badan
    Kerana Allah telah menjadikan manusia makhluk yang paling sempurna

4-Jangan keluar rumah tanpa niat.
    Ianya adalah untuk kebaikan takut-takut kita mati dalam perjalanan.

5-Jangan memakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan.
    Makruh dan mewarisi kepapaan

6-Jangan biar mata liar di perjalanan.
    Nanti hati kita gelap diselaputi dosa

7-Jangan menangguhkan taubat.
    Cepat bertaubat setelah berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa

8-Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa.
    kalau sememangnya kita yang bersalah

9-Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
    Nanti rosak persahabatan kita juga hilang kebahagiaan

10-Jangan lupa bergantung pada Allah.
      Sentiasa mengingati Allah dalam setiap kerja kita nanti kita sombong apabila berjaya dan
      kalau gagal kecewa pula.

11-Jangan Bakhil untuk bersedekah.
      Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita

12-Jangan banyak ketawa
      Nanti mati jiwa kita

13-Jangan biasakan berbohong
      Ianya adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang pada kita.

14-Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan
      Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.

15-Jangan selalu susah hati dalam urusan dunia
      Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

16-Jangan mempertikaikan kenapa islam itu berkata 'JANGAN'
      Sebab semuanya untuk keselamatan kita umat manusia sekalian.



Thursday, March 29, 2012

Akhirnya Liyana Jasmay Pula Bertunang

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Tahniah buat pasangan yang sama cantik sama padan Liyana Jasmay yang telah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya semalam pada tarikh hari lahir Liyana...mereka dijangka akan berkahwin pada 24 Januari 2013 setelah Liyana menghabiskan kursusnya di luar negara.

Pasangan Liyana, Fathuddin Mazlan merupakan jiran bersebelahan rumah Liyana dan telah ditakdirkan jodoh mereka berdekatan...moga pertunangan mereka berakhir ke jinjang pelamin dan berkekalan hingga ke akhirnya...


p/s ramai artis hendak menamatkan zaman bujang mereka...

Petua Lagi

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua..
Hari ini marilah kita lihat petua apa yang boleh kita gunakan dalam masalah seharian kita di rumah...jika ada petua yang boleh digunakan marilah kita mencubanya bersama-sama....

Rawat Tumit Pecah
Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning,potong pada bahagian kepalanya hingga keluar getahnya.Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit.Amalkanlah selalu untuk melihat
perubahannya InsyaAllah.

Lemah Badan
Ambilkan daun pegaga dan campurkan dengan air suam.Setelah direndan beberapa ketika perahkan daun pegaga ambil air perahan itu kemudian dicampurkan dengan kuning telur ayam kampung dan sedikit madu kemudian diminum dan anda akan merasa kesegarannya semula.

Buang Air Besar Berdarah
Ambilsesudu jintan hitam dan tumbuk sehingga lumat kemudian campurkan denganair suam dan terus diminum.Amalkan setiap pagi dan malam sehingga masalah itu tiada lagi.

Demam Selsema
Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa ramas-ramas di dalam semangkuk air sapukan air ramasan tadi ke dahi dan ubun-ubunnya.Sapukan hingga demam itu kebah dan anak menjadi selesa InsyaAllah kesannya kembali memuaskan.

Wednesday, March 28, 2012

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...


Kenapa tiba-tiba segmen En.Ben muncul malam ni yer apa-apa pun jomlah kita menjoinkan diri sesama kita...ada soalan plak tu dan terus jawab je...

Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai,kemudian anda
menyapanya.Soalannya, apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan?

Jawapan mama : Assalamualaikum Ani !! makan seorang je yer hari ni boleh mama join sekali ...!!  


p/s lama x join segmen En Ben...

Wordless Wednesday # 62...Mas Kahwin

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...



InsyaAllah Ada Jalannya...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
YA ALLAH...
Di kedinginan hari yang suram ini
Aku menadah tangan memohon dari Mu
permudahkanlah jalan hidupku
berikanlah aku sinar cahaya Mu
berikanlah aku keindahan dunia ciptaan Mu
berikanlah aku jalan menuju Nirwana Mu
berikanlah aku doa restu Mu
berikanlah aku haruman syurga Mu
berikanlah aku penawar dari Mu

YA ALLAH..
Tunjukkan aku arah KIBLAT Mu
Tunjukkan aku keindahan sinar syurga Mu
Tunjukkan aku jalan kebenaran Mu
Tunjukkan aku jalan mana yang harus ku tuju
Tunjukkan aku kebesaran takdir dari Mu
agar dapat ku rasai kenikmatan hidup ini
agar dapat ku mengenali diriku sendiri
agar dapat ku kecapi sisa hidup ku yang berbaki ini
menghadap Mu menadah tangan ku
memohon rahmat dari Mu
permudahkanlah jalan ku nanti
  datang menemui Mu
menuju alam kekal abadi....

YA ALLAH...
Di kala hati gundah gulana ini
menghadap Mu memberi aku ketenangan sejati
Hanya pada Mu aku mohon perlindungan hati
hanya pada Mu tempat ku mengadu merayu
Moga aku diberikan petunjuk dari Mu
Jalan mana harus ku turuti
Moga aku bertemu jalan yang Kau redhai
INSYAALLAH akan ku temui jalannya nanti..


Wordless Wednesday # 61...Mahram Bagi Wanita

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua....


Tuesday, March 27, 2012

Follower Mama Yang Ke 1666...


SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua....
Wah dah lama juga mama tak buat n3 review follower mama yang terkini...terimakasih pada semua yang sudi singgah ke sini dan juga sudi jadi follower di blog mama yang tidak seberapa ini....

Hari ini mama nak review follower mama yang ke 1666 tapi mama minta maaf sebab tidak dapat meletakkan link blog beliau ...follower mama kali ini adalah seorang perempuan bernama Nurul Akmal ...maaf yer Nurul Akmal mama tidak dapat  berbuat apa-apa sebab mama tidak ada link blog Nurul jika Nurul singgah ke blog mama tolong bagi tahu mama ye...


Sakit Ketika Datang Haid

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Pasti ramai kekawan perempuan mama yang sering juga mengalami kesakitan ketika datang haid ataupun datang bulan ini..pada sesiapa yang tidak pernah mengalami sakit ketika datang haid ini alhamdullilahlah.....inilah masalah yang sering mama hadapi setiap bulan moga dengan info ini kita semua akan mendapat kebaikannya...

pada sesiapa yang setiap bulan mengalaminya pasti akan merasa begitu sengsara untuk menghadapinya dan keadaan ini dikenali sebagai dismenorhea atau kekejangan haid....Amalkanlah selalu cara-cara mengatasinya di bawah ini jomlah kita tengok ye semoga kekawan dapat info yang sepatutnya..

Apakah penyebabnya ?
-Biasanya ia berlaku ketika pengovulan (telur dikeluarkan dari ovari)
-Apabila seseorang wanita itu memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostagladin yang dkeluarkan oleh rahim semasa haid.

Gejala-gejala biasa.
-Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit belakang
-Kelesuan
-Loya dan muntah
-Sakit kepala
-Keletihan dan pening
-Dalam beberapa kes kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam.

Jenis-Jenis Sakit Haid (Dismenorhea)
Primer
-Berlaku dikalangan remaja yang baru mula datang haid,Ianya akan berkurangan apabila umur mereka meningkat atau selepas melahirkan anak.

Skunder
-Disebabkan  oleh masalah-masalah sistem pembiakan seperti pembiakan seperti jangkitan kuman, endometriosis (kehadiran bahan berselaput dalam rongga pelvis)

Penjagaan sendiri boleh dilakukan...
-Baring melentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda sebagai pengampu / penyokong
-Letakkan pad panas atau botol air panas di atas abdomen anda atau di bahagian bawah belakang anda.
-Mandi dengan air suam
-Urut di bahagian yang sakit.
-Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
-Teknik-teknik relaksasi
-Banyakkan berehat
-Atasi stress anda katakan 'tidak'pada tekanan
-Dapatkan tidur yang berkala / tetap ketika hendak datang haid
-Pengawalan pemakanan
-Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih air untuk mencegah sembelit.
-Minum secawan teh pudina panas untuk melegakan kesakitan anda.

Rawatannya yang boleh didapati termasuklah:
-Ubat penahan sakit seperti parasetamol, salisilat, ubat asid mefenamik atau ibuprofen.Walau bagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat dokor untuk rawatan ini.
-Pil-pil perancang keluarga atau kontraseptif yang diambil secara oral (menelan ) boleh mengurangkan kesakitan naid primer.
-Sakit haid sekunder memerlukan nasihat doktor untuk rawatan yang berkesan.
-Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.
-Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada.
-Lakukan akitiviti lain yang boleh mengelakkan diri dari ingat terhadap kesakitan.
-Letakkan haiwan seperti kucing diatas perut pastikan dia diam kerana getaran dari kucing tersebut membantu merehatkan otot anda manakala haba darinya dapat mengurangkan kekejangan.
-Urutan dibahagian perut boleh melancarkan aliran darah yang akhirnya akan membawa darah berasid yang dihasilkan oleh otot yang bekerja disitu
-Aromaterapi memberikan rasa yang amat menyenangkan campurkan minyak aromaterapi dalam mandian atau sapukan minyak aromaterapi.


Monday, March 26, 2012

Beli Lelayang Baru Lagi Layan Jer La Faveret Hubby Ini...

SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum semua...
Hubby mama setiap hujung minggu inilah aktivitinya pergi bermain layang-layangnya...pada mulanya mama ni malas juga nak menjoinkan diri tapi bila dah kebiasaan setiap minggu dok ikut bersama bermain lelayang ni terasa plak keseronokkannya jadi sekali sekala mama turut bermain jugalah layang-layang tu....bila dah terasa sekali bermain layang-layang ni semakin terasa ketenangannya dan keseronokannya..

semalam hubby mama beli lagi satu lelayang yang baru dan jumlah kesemuanya dah ada lima jenis lelayang yang dia ada....oleh itu kami anak beranak semua menggunakan setiap seorang satu lelayang itu...senangkan setiap seorang ada satu lelayang masing-masing termasuklah hubby mama sekali.... selepas ni tak payahlah nak berebut-rebut nak bermain layang-layang tu...
nak tahu lebih lagi tekan di sini...

 bersantai bersama -sama bermain lelayang

inilah lelayang yang baru dibeli semalam

Sunday, March 25, 2012

Selamat Hari Lahir Buat Kancil8349....

SALAM 1 MALAYSIA 
Assalamualaikum semua...
Hari ini mama ingin mengucapkan selamat hari lahir buat teman blogger mama iaitu Kancil8349...
mama doakan moga segala yang Kancil idamkan atau inginkan akan berjaya diperolehi dan moga Kancil sentiasa dibawah lindungan Allah selalu,dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta yer...




Saturday, March 24, 2012

Akele Hum Akele Tum

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...
Jom kekawan semua di petang Sabtu ini kita layan cite Hindustan di TV3 "Akele Hum Akele Tum"...jalan cite nyer yang menarik lagu yang best dan penuh dengan adegan yang sedih dan menyayat hati...para pelakonnya terdiri dari Amir Khan dan Manisha Koirala..jom kita layan sesama yer...Bye..



Friday, March 23, 2012

Nak Menegur Biarlah Kena Caranya


SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...
Entry mama kali ini hanya nak meluahkan sedikit ketidakpuasan hati mama pada guru di sekolah anak mama belajar...sebagai seorang guru di sekolah yang bertaraf kluster seharusnya tidak boleh berlaku perkara sebegitu memarahi seorang pelajar di hadapan semua kekawan pelajar itu dengan nada yang terjerit-jerit...bukankah itu satu perbuatan yang amat memalukan murid dan juga guru itu sendiri....

di harap kekawan mama yang menjadi seorang guru faham akan situasi ini yer...bukan niat mama nak memburuk dan membesarkan isu ini tapi hanya ingin memberikan sedikit nasihat pada guru-guru semua agar berhati-hati dalam isu menegur pelajar-pelajar mereka.... semua manusia di bumi Allah ini mempunyai hati dan perasaan...

tugas seorang guru bukan sahaja mendidik anak muridnya tapi memberi nasihat yang berguna dan menegur mereka jika ada perkara yang kurang elok...dalam memberikan teguran pada mereka tu biarlah dengan cara yang berhemah,penuh tolenrasi dan dengan cara begitu mereka akan lebih menghormati guru itu sendiri...

tugas sebagai seorang guru memang satu tugas yang amat berat dan mama tak boleh menyangkalnya kerana guru-gurulah yang mengajar anak-anak murid mereka supaya berjaya dan menjadi seorang insan yang berguna di masa akan datang ...dari ajaran guru itu jugalah akan membuatkan mereka respect pada guru mereka tapi bila guru pun dah berkelakuan kurang elok begitu membuatkan murid hilang rasa percaya pada guru-guru mereka...

bukan ke tidak elok menegur seorang pelajar dengan cara menjerit-jerit di hadapan semua pelajar-pelajar lain selepas perhimpunan..kan lebih baik menasihati pelajar itu dengan cara yang paling sopan agar tidak menjatuhkan maruah atau memalukan pelajar itu sendiri...

sebagai seorang guru haruslah ada sikap pemimpin dan prihatin terhadap perasaan anak-anak muridnya janganlah menegur mereka membabi buta je cuba la bercakap dengan cara yang paling efiksen dan tertib...tidak kira la kesalahan itu kecil atau pun besar tegurlah mereka dengan cara yang boleh diterima oleh pelajar itu....

jika guru menegur murid mereka dengan cara yang kurang elok mungkin akan timbul satu perasaan benci dari jiwa murid itu pada guru mereka sendiri dan mungkin akan timbul masalah yang lain pula...jadilah seorang guru contoh dan kekalkanlah sikap profesional seorang guru itu pada anak-anak murid mereka semua....

oleh itu pada guru-guru semua jadikanlah tugas seorang guru ini sebagai satu tugas yang baik dan lakukanlah tugas sebagai seorang guru itu dengan hati yang ikhlas dan amanah agar kebaikan itu akan terserlah dengan sendiri pada jiwa seorang guru...

TUGAS ITU SATU IBADAH


Bila Usia Menjelang 40....

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...

Waktu berlari dengan pantas. Detik, jam, hari, minggu, bulan dan tahun terus beredar dalam kealpaan insan atau sedar. Waktu yang berlalu tidak pernah menunggu persetujuan kita, atau menunggu sambutan tahunan.

Samada ia disambut, atau ia tentang tiada siapa dapat menghalang perjalanannya. Ia terus datang dan pergi. Berlari tanpa henti. Dalam setiap nafas insan yang disedut atau dihembus keluar, waktu terus beredar.

Waktu tidak pernah hirau yang mati atau yang hidup. Waktu terus datang tanpa diundang, dan ia akan berlalu tanpa dihalang. Waktu adalah makhluk makhluk Tuhan yang paling ajaib. Berulang kali dalam al-Quran yang suci, Allah bersumpah dengannya; Demi masa! Demi waktu fajar! Demi waktu malam! Demi waktu dhuha! Demi waktu subuh dan seterusnya. Ciptaan yang maha ajaib.

Tiada raja, tiada penguasa yang mampu menghalang waktu dari beredar. Kita adalah makhluk Allah yang dipenjara dalam ikatan waktu. Tidak mampu keluar dari sistemnya walaupun sedikit, melainkan dengan izin Allah jua. Jika Allah mahu, nilaian dan kadar waktu kita akan berbeza atas kurniaan keberkatan dari Pencipta waktu iaitu Allah Yang Maha Agung!

Saya menulis tulisan ini ketika melihat tanpa mampu menghalang usia sendiri yang makin bergerak menuju 40 tahun. Tak berapa lama lagi, angka itu akan menjelang. Ramai orang berfalsafah tentang usia empat puluh.

Ada yang berkata ia permulaan ‘kenikmatan hidup’, ada pula yang berkata ia adalah permulaan tarikh luput kehidupan. Ada yang berkata ia detik untuk mula berpesta dengan hidup. Ada yang kata usia empat puluh mula jadi ‘orang tua’. Ya! empat puluh juga menamatkan usia ‘pemuda’ dalam banyak organisasi.

Usia 40 Dalam Al-Quran
Jika kita kembali kepada Allah, Tuhan yang mencipta usia insan, Yang menentukan panjang atau singkatnya, maka kita dapati Al-Quran memberikan ingatan tentang usia 40 tahun dengan penuh makna dan menusuk jantung hati.

Demikian Allah berfirman: (maksudnya)
“dan Kami berpesan kepada insan agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan kepayahan dan melahirkannya dengan kepayahan, dan tempoh mengandung beserta menceraikan susunya ialah tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat matang yang sempurna dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, maka dia berdoa: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah untuk kebaikan dalam zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)” (Surah al-Ahqaf: 15)


Bagi yang dapat memahami bahasa Arab, dapat merasai keindahan bilah-bilah ayat di atas. Ia tersusun dengan cantik, indah dan penuh kerohanian. Ia menusuk kalbu, menusuk rohani yang lesu lantas mengheret insan ke dataran Tuhan. Ia mengingatkan tentang perjalanan insan; dari hari dia dalam kandungan ibunya, sehingga dilahirkan, sehingga matang, sehingga berusia empat puluh.

Lalu dia diajar agar berdoa untuk dirinya, untuk keturunannya dan agar dia bertaubat atas segala dosa yang dilalui sebelum menjelang empat puluh. Maka dia pun menjadi insaf yang benar-benar menyerah diri atau muslim. Dengan ayat ini, insan yang insaf tersentuh jantung hatinya, perasaannya tersentak, rohaninya sebak lalu dia terduduk insaf, taubat, ibadat dan terus membasahi perjalanan hidupnya dengan linangan airmata takwa sehingga bertemu Allah.

Keinsafan
Allah dalam ayat di atas mengingatkan insan tentang sejarah hidupnya yang pernah dikandung ibu, agar dia tidak lupa setelah lama hal itu berlalu. Insan diingat tentang payahnya pengorbanan tersebut. Setelah dia dilahir dalam keadaan yang sukar itu, dia mula melalui perjalanan hidup sehingga ke usia matang. Al-Quran tidak pula menyebut tentang berapakah usia matang tersebut.

Para mufassirin berbeza pendapat. Namun, ia barangkali sekitar antara 30an ke 40an. Ada yang lebih awal, dan ada pula yang mungkin terlambat. Apapun, insan apabila sampai usia empat puluh maka itu adalah tarikh yang wajib untuk dia mengingati dan menginsafi hakikat kehidupan yang dilaluinya selama ini.

Perjalanan hidup; pahit manis, suka duka, cubaan dan kurniaan, halangan dan laluan kesemuanya menjadi bekal untuk dia meneliti dan memahami ‘apakah makna sebuah perjalanan hidup dan ke mana jalan yang hendak dituju?’. Dalam suasana keinsafan itu, dia lantas berdoa dengan penuh harap agar Allah memberikannya kurnia perasaan ‘kesyukuran’ atas segala nikmat yang diperolehi selama ini. ‘Syukur’ adalah tanda atas keinsafan terhadap hakikat diri bahawa segala nikmat ini hanyalah dari Allah. Maka, hilanglah bongkak, hilanglah sombong, hilanglah bangga diri dan terasa kerdil atas segala yang dinikmati.

Kesombongan
Kesombongan atau bongkak adalah musuh insan. Kesombonganlah yang menimbulkan pemusuhan antara Iblis dan Adam, kesombonganlah yang menjadikan Iblis dilaknat. Kesombongan juga yang menyebabkan Firaun dan Qarun menolak dakwah. Kesombonganlah yang menyebabkan ada insan yang dihina kerana kekurangan yang ada padanya. Kesyukuran membunuh kesombongan.

Usia 40 tahun, usia yang menghalau kesombongan, bukan usia untuk mendabik dada dengan menyatakan ‘aku, aku dan aku..’ tetapi usia yang mengingatkan insan untuk berkata ‘segalanya nikmat Allah’. Hilang bongkak, lalu nikmat ibadah pun menjelang dan insan memohon kurnia agar dia dapat terus beribadah dengan cara yang diredhai Allah.

Pada usia ini, teringat pula tentang zuriat yang bakal muncul dalam kehidupan, lantas insan pun berdoa untuk zuriatnya seperti yang Allah ajar dalam ayat di atas.

Selepas itu, menginsafi perjalanan hidup selama empat puluh tahun, insan pun berkata “Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)”. Bergabunglah keinsafan, taubat dan penyerahan. Maka berdasarkan ayat dalam Surah al-Ahqaf ini, kita diajar untuk BERTAUBAT APABILA MENJELANG USIA 40 TAHUN.

Kata al-Imam Ibn Kathir (w. 774H:(
“Ayat ini memberikan petunjuk bahawa insan apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah, serta bersungguh-sungguh mengenainya” (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 7/281. Saudi: Dar al-Tibah).


Ganjarannya..
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya)

“mereka (yang bersifat seperti itu) itulah orang-orang yang Kami (Allah) terima dari mereka amalan yang baik yang mereka telah amalkan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahan mereka; (mereka akan dimasukkan) dalam ahli syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka”. (Surah al-Ahqaf: 16).

Indahnya janji dari Yang Maha Benar. Diterima segala kebaikan, diampun kesalahan dan dimasukkan ke dalam syurga. Alangkah indahnya. Soalnya, mampukah diri memulakan azam baru dan beristiqamah atasnya?! Berikanlah pertolonganMu Ya Allah!

Kematangan
Usia 40 tahun adalah usia yang mengajakkan kita untuk bersungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kedangkalan ketika usia muda yang lepas, lebih santun, lebih berhati-hati, melempar jauh kegopohan lepas, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian.

Usia 40 adalah usia matang yang berbekalkan pengalaman empat dekad. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (Riwayat al-Bukhari).

Usia 40 usia adalah tanda aras usia insan yang insaf, syukur, merendah diri, ibadah, harapan, taubat dan penyerahan. Usia 40 adalah usia bersungguh-sungguh dalam memikul amanah, membuang kedangkalan, mengambil iktibar dari pengalaman dan bertindak dengan hikmah dan kebijaksanaan.

Ya Allah! Selamat kami pada usia ini sehingga kami bertemuMu!




Thursday, March 22, 2012

20 Perkara Yang Berubah Bila Sudah Mempunyai Anak

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...

Sering kali rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan 
anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan? Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. 


Kita akan mempunyai masalah wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku dan semua masalah hilang begitu sahaja.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!!


Spontan Khamis Lawak # 13....Lucut Pakaian

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Seorang konduktor bas memberikan arahan agar pemandu bas bergerak.

"Jalan ! Jalan ! Jalan daa..."
"Tunggu , tunggu dulu ! " terdengar suara seorang perempuan dari tempat duduk belakang bas itu.
"Tunggu la sampai semua pakaian saya turun..." kata perempuan itu.

Semua kepala penumpang menoleh ke arah perempuan itu,dengan harapan setinggi gunung Kinabalu yang perempuan itu akan melucutkan pakaiannya.

"Kenapa bang ! semuanya dok asyik pandang-pandang saya je bukannya nak tolong saya pun..." sambil perempuan itu menurunkan satu persatu beg-begnya dari bas tersebut.

Rupa-rupanya perempuan itu turun dari bas sambil membawa dua bungkus beg plastik besar berisi cucian pakaiannya yang baru diambil dari kedai dobi.

Semua penumpang tersengih sendiri,malu dan ada yang dok menelan air liurnya.

"Tak dapat tengok free show la, ingatkan ada pertunjukkan free show tadi..." kata seorang pakcik berkaca mata hijau sambil memandang keluar tingkap dengan perasaan frust.

"Kepala otak kuning betul la pakcik ni...lain kali tengok dulu jangan terus berfikiran yang tak senonoh memalukan aje.." kata perempuan tu berlalu turun dengan cepat dari bas itu.


Oleh itu jangan selalu berfikiran buruk sangka pada orang lain,kita sepatutnya melihat dahulu apa yang orang lain lakukan dahulu baru boleh menilaikannya...




p/s tak semua orang mempunyai otak kuning mcm tu...
                                                                        

Wednesday, March 21, 2012

Tahniah Buat Pelajar Yang Cemerlang Dalam Keputusan SPM

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua....
Di sini mama ingin mengucapkan tahniah pada adik-adik yang baru saja mengambil keputusan peperiksaan SPM tengahari tadi dan pada yang berjaya dalam peperiksaan itu alhamdullilah dan yang kurang mendapat keputusan yang cemerlang jangan bersedih hati ye masih ada lagi jalan untuk kita berjaya....

Keputusan SPM tahun 2011 amat membanggakan semua ibubapa kerana ramai anak-anak mereka berjaya mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran...pada ibubapa yang mempunyai anak yang berjaya pasti sekali merasa amat bangga akan keputusan yang diperolehi oleh anak-anak mereka..itulah hasil titik peluh anak-anak mengulangkaji pelajaran mereka selama ini dan doa dari ibubapa membuatkan mereka berjaya mendapat result yang memuaskan hati..

selepas ini anak-anak yang berjaya akan ke peringkat yang seterusnya dan moga mereka semua akan berjaya di masa-masa yang akan datang...moga mereka semua akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi di IPTA atau IPTS untuk berjaya mencapai cita-cita yang dihajati... 

pasti ada di antara follower mama yang mengambil result SPM mereka tadi dan jika ada di antara mereka mama doakan yang terbaik buat mereka dan kalau sudi sharelah dengan mama di sini ye berapa result yang diperolehi...


Tahniah Buat Mereka !!!



Wordless Wednesday # 60.....Cinta

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...


Wordless Wednesday # 59.....Cinta Atau Benci

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....



Tuesday, March 20, 2012

Anda Stress....??

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua....
Adakah kekawan semua pernah mengalami gejala STRES ini atau lebih senang pada kita tekanan perasaan atau gangguan perasaan...pada sesiapa yang pernah atau belum pernah mengalaminya di sini mama nak bagi tahu bagaimana caranya nak menangani gejala stres ini..

gejala STRESS ini haruslah kita cepat-cepat mengatasinya agar ianya tidak akan menjadi satu masalah pada jiwa dan tubuh badan kita...moga kita semua dapat mengatasinya dengan cara yang betul dan sentiasalah membuatkan jiwa dan minda kita di dalam situasi yang relax...jom kita merehatkan minda kita dari semua yang di bawah ini dan cara mengatasinya ye...

Punca-punca STRESS
1-masalah kewangan
2-menunggu sesuatu terlalu lama
3-konflik rumahtangga
4-selalu dibuli
5-bebanan kerja terlalu banyak
6-mengalami penyakit fizikal
7-rasa rendah diri
8-kesesakan lalu lintas
9-persekitaran yang tidak selesa
10-trajedi yang melanda

Gejala-gejala akibat STRESS
1-Gelisah selalu
2-kerisauan yang keterlaluan
3-gangguan semasa tidur
4-kurang memberikan tumpuan kerja
5-selalu cepat marah

Marilah kita amalkan selalu plan10B ini ye...
1-bertenang sentiasa walau dalam apa jua keadaan
2-bernafas dengan dalam
3-berkata selalu di dalam hati 'RELAKS LA'
4-beribadatlah
5-bercakaplah dengan seseorang
6-berurut juga baik
7-berehat selalu mendengar muzik atau ayat-ayat al-Quran
8-beriadah setiap petang bersama keluarga
9-bersenam selalu
10-berfikiran positif selalu

p/s moga kita sentiasa dapat mengurangkan stress ini...



Monday, March 19, 2012

Boring Sebab Terlampau Panjang...

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semuanya...
Boring betul bila menonton cite sinetron "Puteri Yang Tertukar" ni asyik la berbalik-balik kat situ juga...bila la nak habis cite ni tak tahu la episodnya punyalah lama tapi tak juga habis-habis....tapi nasib baik mama hanya menontonnya sekali sekali je malas betul nak mengikuti semua episodnya yang panjang tu dan mama hanya nak tunggu episod akhirnya je...

kalau nak tengok kat Youtube agak-agak ada tak episod lastnya..?ingatkan mama nak cari je episod lastnya kat youtube minta-minta adalahkan boring nak tunggu lama-lama kat tv3 ni...

Jenjalan Di Puteri Harbour Nusa Jaya

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Hari minggu adalah hari kami sekeluarga keluar berjimba-jimba dan lokasinya adalah ke Puteri Habour Nusa Jaya...pada warga Johor pasti ada yang dah pernah pergi ke sana dan tentu ada kekawan mama yang dah tahu di mana letaknya Puteri Habour ini... 

hari minggu ramai juga pengunjung ke sana menikmati suasana damai, tenang dan juga terdapat beberapa pasangan pengantin datang ke sini untuk menjalani photoshoot gambar perkawinan mereka di sini...jom kekawan kita layan gambo-gambo yang sempat diambil....









Sunday, March 18, 2012

Menghadiri Majlis Perkahwinan

SALAM 1 MALAYSIA 
Assalamualaikum semua...
Semalam mama ke Batu Pahat menghadiri majlis perkahwinan anak saudara mama anak kakak ipar.... kiranya majlis menyambut menantu la ni dan majlis ini dibuat sederhana sahaja tapi majlis itu dapat juga berjalan dengan lancarnya dan sempurna sekali...moga jodoh dan perkahwinan anak saudara mama ini berkekalan hingga hujung nyawa dan berbahagia sentiasa...jomlah kita layan gambar-gambarnya...







GRANDMA ON PAPER

GRANDMA ON PAPER