SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Baru sebentar tadi mama baru bertemu dengan blogger yang mempunyai trademark blognya Smile...Smile...Smile....pasti kekawan dapat meneka siapa gerangan blogger tersebutkan beliau ialah blogger Mialiana...

sungguh mama tak menyangka dapat bertemu beliau ditempat kerjanya di Bandar Baru Uda tadi..sebenarnya mama sedang menunggu hubby yang pergi membeli borang tender di tempat kerja Mialiana tu dan kebetulannya pula Mialiana baru pulang dari bank atas urusan pembayaran yuran untuk konvo beliau minggu hadapan..

kiranya dapatlah kami berbual-bual sebentar bertanya perkembangan masing-masing dan masa tidak mengizinkan kami berbual lebih lama lagi dan berjanji akan berhubungan lagi..satu yang buat mama terkilan ialah kerana sudah dua kali mama dapat bertemu Mialiana tapi masih terlupa hendak meminta no phone beliau..semoga kita akan selalu bertemu lagi yer Mialiana..