SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Selamat pagi semua kekawan mama apa cerita yang menarik pada pagi ni ek? tadi semasa mama BW ramai yang bercerita tentang kesibukan membuat biskut2 untuk hari raya...mama hanya dapat melihat keenakan biskut2 yang dibuat oleh kekawan semua ...memang seronokkan semuanya sedang sibuk dengan persiapan untuk hari raya nanti...mama pun hanya tinggal sedikit jer persiapan yang perlu dilakukan..

mama tahun ni sebenarnya tiadalah sibuk sangat untuk membuat biskut-biskut raya ni...tahun ni mama hanya membeli je biskut2 untuk hari raya nanti serba sedikit (biskut tunjuk2)jer...memandangkan ada budak kecik Biki tu timbullah rasa malas nak membuatnya beli jer la serba sedikit untuk hari raya nanti jangan orang kata tiada kuihnyakan..sebenarnya hari raya ni eloklah kita membeli ikut kemampuan kita dan tak payahlah nak berbelanja berlebih-lebihankan,mama pun berbelanja mengikut kemampuan mama je janji kita dapat merayakan hari raya dengan cukup rasa gembira... 

baju-baju raya pun mama hanya beli yang ready made je untuk hubby dan anak-anak semuanya dah siap disediakan..biskut-biskut raya pun dah dibeli beberapa jenis,langsir pun dah siap di jahit dan hanya ada sedikit saja persiapan yang belum disediakan...bahan-bahan masakan untuk hari raya nanti masih belum di beli dan mungkin pada hari Jumaat mama akan mula la sibuk ke pasar untuk mencari barang-barang untuk dimasak dan untuk juadah pada hari raya nanti...

tentu kekawan mama sekarang ni sedang dalam mood nak berayakan (holiday mood la katakan)...berkemungkinan hari Ahad kita semua umat islam akan merayakan hari raya pada yang akan pulang ke kampung mama doakan moga selamat sampai ke kampung dengan selamatnya dan yang memandu kenderaan tu berhati-hatilah semasa memandu yer...