SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Alhamdullilah !! hari ini dah masuk hari yang ke 22 kita semua umat islam berpuasakan dan tak lama lagi hari raya akan menjelang tiba...mungkin ada jiran-jiran mama yang sudah sibuk membuat biskut2 raya agaknya memandangkan hari ini dan pada cuti hujung minggu begini...

okay la hari ini mama nak bagi petua la sebabnya dah lama mama tak keluarkan petua2 yang ada semasa pembacaan mama atau yang mama tahu sendiri... marilah kita lihat apa petua harian yang boleh kita gunakan di rumah...

1- Atasi bibir pecah
bagi yang berpuasa untuk mengatasi masalah bibir kering dan pecah ini sapukan bibir dengan susu sejuk.Lakukan urutan ringan pada bahagian bibir lepas tu bilas dengan air kita akan lihat bibir akan lembut dan halus.

2-Menghilangkan bengkak dan hitam bawah mata.
Jika kita mengalami tanda ini cuba parut timun dan sengkuang Cina hingga hancur lepas tu rendamkan dalam serbuk teh.Sapukan di bawah mata dan lakukan dalam masa 1 minggu dan lihatlah hasilnya.

3-Gambir Atasi sakit tumit
Untuk masalah ini kawan mama pernah mencubanya dan alhamdullilah berkesan.Caranya ambil sedikit gambir dan tiga helai daun sirih ramaskan dan sapukan pada tumit kita 2 kali sehari insyaAllah sakit di bahagian tumit itu akan hilang.

4-Menaikkan seri muka
Daun teh boleh menghilangkan kedut di wajah.Caranya dengan membersihkan wajah dengan daun teh yang telah direndam terlebih dahulu.Bilas selepas 10minit dan selain teh boleh juga digunakan dengan putih telur dan sapukan ke wajah bilas dan lakukan seminggu sekali.

5-Delima muda menurunkan berat badan
Bagi yang ingin menurunkan berat badan ambil buah delima muda dan kikis kulitnya kemudian kisarkan bersama garam dan sedikit air.Tapis air itu dan sejukkan di dalam peti ais dan minum air kulit buah delima itu selepas makan tengahari dan lakukan seminggu sekali insyaAllah berat badan akan berkurangan.