SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Dalam belek-belek majalah Maskulin ini mama terpandangkanlah satu ruangan yang penuh dengan info-info menarik yang mungkin berguna pada kekawan semua...jadi di sini mama nak kongsikan info-info ini buat pengetahuan semua...

1-Memakai Headphone hanya dalam masa satu jam ianya boleh meningkatkan kewujudan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda.

2-Jantung manusia mampu mengepam darah dan memancutkannya setinggi
30 kaki.

3-Ikan keli mempunyai lebih daripada 27,000 liang deria rasa.

4-Seekor kutu boleh melompat 350 kali melebihi panjang badannya.Ia seperti
manusia mampu melompat seluas padang bola.

5-Seekor lembu mengeluarkan secara purata 200,000 gelas
susu sepanjang hayatnya.

6-Gajah adalah satu-satu haiwan yang tidak boleh melompat.

7-Mentadak jantan tidak boleh melakukan hubungan seks selagi kepalanya
melekat di badan...jadi mentadak betina akan mencabut kepala pasangan  jantannya
sebelum berhubungan seks.

8-Kebanyakkan singa boleh mengawan lebih dari 50 kali dalam sehari.

9-Model yang digunakan dalam filem asal King Kong 1933
hanya berukuran 18 inci tinggi..

10-Hampir 25 peratus mereka yang hidup di Monaco 
berusia 65 tahun ke atas.