SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Nama saya Normas Binti Mohd Noah.Saya telah dilahirkan di Hospital Besar Johor Baharu dan telah dibesarkan di Daerah Muar Johor dan sekarang saya sudah berusia 17 tahun. 
Saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Bakri Batu 2 dari darjah 1 hingga darjah 6.Selepas peperiksaan Penilaian Darjah 6 saya bersekolah pula di Sekolah Menengah Dato Sri Amar Di Raja Muar Johor pula.


Di sekolah saya memang terlalu aktif dengan aktiviti sukan di sekolah semua acara pasti ada muka saya yang gelap ini.Setiap petang saya akan menjalani latihan sukan di padang sekolah.

Setelah mewakili sekolah saya mendapat tawaran pula untuk mewakili Daerah Muar dalam MSSD (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah).Semakin gelaplah kulit muka saya masa itu tapi disebabkan minat dalam sukan ini saya turutkan juga menjalani latihan sukan itu.


Kalau difikir-fikirkan balik kenapalah saya suka sangat dengan aktiviti sukan ini jawapannya adalah saya sendiri pun tidak tahu.Nasib baiklah kulit muka saya tidak selama-lamanya hitam dan selepas habis sekolah barulah saya belajar memulihkan kulit muka saya yang hitam itu semula agar ianya kembali secerah dan dijaga sebaik mungkin semula.

Inilah sahaja karangan pendek dari saya untuk kali ini dan saya sangat berharap saya akan mendapat markah yang baik pada ujian kali ini.

"Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan  Zarul Umbrella"
dan disponsor oleh Azri [dot] My..

p/s jom kekawan kita join contest ni..