31 July 2012

# Aidil Adha # Kad Raya

Memori Kad Hari Raya

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila nak cerita bab2 kad raya ni memang seronoknyakan...apa tidaknya bila kita mendapat kiriman kad hari raya dari seseorang memang terasa teramat2 gembiranya di hati...kad hari raya ni sememangnya telah menjadi salah satu pengantaraan di masa dulu-dulu lagi...tapi sekarang ni terasa kekurangan sedikit la...

Sekarang ini terdapat banyak talian mudah alih,telefon,internet dan banyak lagi yang membuatkan orang-orang sekarang ini lebih gemar menggunakan pengantaraan yang mudah begini hantar kad raya guna internet,gunakan telefon bimbit je dan nostalgia menghantar kad melalui pos sudah berkurangan...

mereka lebih gemar menggunakan kemudahan baru ini walaupun alat-alat kecanggihan zaman ni hanya sementara saja...jika kad hari raya tu pasti boleh dijadikan kenang-kenangan ...itulah yang membuatkan mama masih terasa kekurangan budaya menghantar kad-kad hari raya seperti dulu-dulu...

Kad hari raya inilah sebagai pengganti diri di antara kekawan,kekasih atau suami isteri yang terpaksa menjalankan tugas di hari raya...juga untuk kedua ibubapa dimana kad raya inilah sebagai pengganti diri mereka jika mereka tidak dapat pulang berhari raya di kampung halaman..

Terimbau kembali nostalgia dulu2 bila terpandangkan kad-kad hari raya yang sudah banyak terjual di pasaran sekarang ini... teringat kembali kad-kad hari raya yang banyak pernah mama terima dulu memang sungguh menyeronokkan waktu itu...

Bila dah mendapat banyak kad hari raya mulalah mencari idea untuk melekatkan atau menggantungkannya di dinding2 rumah untuk dijadikan perhiasan untuk menyambut syawal yang mulia nanti..boleh tak sekarang ni mama nak buat begitu lagi entahlah terasa sekarang ini sudah kekurangan rasanya tradisi menghantar kad hari raya kepada sanak saudara atau sahabat handai ni...

Pada anak-anak muda sekarang ini janganlah lupa dan tinggalkan tradisi atau budaya menghantar kad-kad hari raya ini pada teman,kekawan,saudara mara dan ibubapa...kalau boleh cubalah kekalkannya moga kita masih ada ciri-ciri keistimewaan pada hari raya setiap tahun dan biarlah generasi baru pun tahu menghargainya nanti...  

kad pengganti diri di jadikan hiasan pada hari raya..

p/s nak-anak sekarang makin malas nak menghantar kad hari raya..

13 comments:

  1. thn ni xdpt bg kad raya.. huhu..

    dulu suke gntung kt rnting kayu...

    ReplyDelete
  2. sy selalu buat kecik2 dulu..

    ReplyDelete
  3. teringat zaman remaja dulu..saya mmg suka gantung kad raya kt dinding umah..abah n maam tgk sambil geleng2 kan kepala

    ReplyDelete
  4. betul tu. budaya memberi kad raya dh semakin berkurangan skang ni. huhuhu

    ReplyDelete
  5. kalau remy dulu...kak raya bertempek kat dinding.... pastu gantung kat pokok dlm rumah...letak lampu liplap...pergh!!!! meriah.....

    ReplyDelete
  6. hehe dedulu yang dni dapat, dni gantung dalam bilik dni.. malam raya semangat nak raya :D

    ReplyDelete
  7. dah lama tak dapat kad raya. huhu

    ReplyDelete
  8. mmg susah betul nak dpt kad raya zaman skrg ni kan

    ReplyDelete
  9. uhuhuh!!!dh bnyak tahun tak dapat kad raya..dapat 1 je pn dr 3,4 thn lepas,dr company..itu jela :(

    ReplyDelete
  10. waaa rindu kngan berebut2 nak gantung kad raya..skang kurang dh dpt kad raya..:)

    ReplyDelete
  11. hee..dulu2 kitaorang pun suka gantung kad raya buat hiasan :)

    ReplyDelete
  12. Masa zaman remaja dulu, M suka sangat kumpul kad raya then wat hiasan masa raya...

    ReplyDelete
  13. baru dapat satu kad raye tahun ni. hehe.

    ReplyDelete