SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Semalam mama dah buat n3 mengenai makanan yang berasaskan ayam yang mama kurang gemari jadi kali ni mama nak tunjukkan makanan apa yang menjadi makanan feveret mama...


pinjam gambar dari Che Mat Gebu yer...
1-Asam Pedas Ikan Parang /Asam Pedas Ikan Tengiri Lobak Asin
Nak meleleh rasanya air liur ni bila sebut je asam pedas ikan parang ini lauk feveret yang selalu lekat di hati....bila masak je pasti kena letak lobak asin atau sawi asin tu kalau tak letak memang kekurangan rasanya, orang Johor la katakan....

2- Daging Masak Merah....
Pantang ada je daging dalam stok simpanan pasti lauk ini yang menjadi kegemaran mama untuk dimasak, kalau kami sekeluarga makan di luar pun pasti itu lah makanan yang akan mama order terlebih dahulu...hubbynya lain plak ! dia memang tak suka dengan hidangan lauk ini manis katanya....

3-Lemak Rebung Daging / Ikan
Satu lagi menu yang best, teringat masa dulu-dulu arwah mak selalu masakkan lauk rebung ni masa tu mama kecik2 lagi,sememangnya masakan dari air tangan ibu itulah yang terasa sedapnya tapi sekarang ini masakan mak hanya tinggal memori je ! sekarang ini dah kenalah masak sendiri ...


4-Lemak Siput Sedut
Masakan yang agak susah sikit nak menyediakannya tapi tetap menjadi menu masakan,sebenarnya tak lah sesusah mana pun tapi yang payahnya terpaksa memotong dahulu hujungnya, agak merumitkanlah sedikit tapi itu semua mama tak kisah janji dapat memakan masakannya itu sudah puas rasanya....

5-Sambal Sotong Kembang/Sotong Biasa
Menu yang menjadi kegemaran seisi keluarga...sedap dan enak dimakan dengan nasi panas dan ikan masin....terangkat betul bila dapat menjamahnya hingga menjilat jari...

6-Nasi Bryani
Ini pun salah satu makanan kegemaran mama...bila rasa teringin nak makan masak sendiri je kat rumah,lebih puas makan dan jimat sikit kos nyer tapi kalau dah malas nak memasaknya mama beli je kat kedai...

7- Ketam Sambal /Ketam Masak Lemak
Ini juga satu lagi menu yang menjadi kegemaran mama tapi 
kekadang memikirkan juga bagaimana susah nak memakannya tapi 
itu semua tak akan jadi masalah pada mama yang pentingnya dapat masak dan makan bersama keluarga itu sudah cukup puas pada mama kerana semua anak-anak mama memang menyukai menu ini.

Okay la hanya ini yang dapat mama tunjukkan kalau ikutkan ada lagi makanan dan menu2 yang mama sukai tapi cukuplah setakat ini dulu, nanti dah jadi panjang plak n3 ni dan buat kekawan terliur plak tengok gambar2 menu tu..