29 February 2012

28 February 2012

Beli Borang Tender

February 28, 2012 15 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

 
Assalamualaikum kekawan...
Hari ini mama dan hubby ke Pejabat Aset Dan Perolehan di Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk tujuan membeli borang tender pembersihan dan pemakanan..nasib baik la awal-awal pagi lagi kami dah sampai ke pejabat tu..

sampai di kaunter penyambut tetamu hubby pun menulis nama di buku lawatan yang disediakan dan bertanya pada pekerja di kaunter penyambut tetamu tu sama ada perlu membuat pembayaran dulu di kaunter pembayaran atau terus saja bawa money order tu ke Pejabat Aset Dan Perolehan...

penyambut tetamu tu pun tidak berapa pasti tapi dia menyuruh kami naik dulu ke atas di tingkat 3 dan bertanya sendiri di kaunter aset dan perolehan itu....sampai di tingkat 3 hubby terus je ke kaunter tu dan bertanya pada pekerja di situ dan jawapannya sememangnya kami terpaksa pergi dahulu membuat pembayaran di kaunter pembayaran di Bahagian Akaun di tingkat 4 bangunan bersebelahan..nasib baik bila  kami sampai masih belum ramai orang jadi mereka sempat menunjukkan arah yang cepat untuk ke bangunan bersebelahan itu...

sampai di kaunter akaun jabatan pun masih belum ramai yang datang jadi kami dilayan dengan mesra dan cepat,sekejap je proses pembayaran itu dilakukan...kemudian barulah borang-borang itu dibawa kembali ke Kaunter Aset dan Perolehan tu untuk pemberian borang-borang tender tu....

nasib baik ada lif di bangunan tu boleh la digunakan jadi kes turun naik ni tak jadi hal la ! kalau turun naik tangga memang tak larat rasanya apa tidak nya terpaksa turun tingkat 2 dan terpaksa berjalan menyeberangi laluan untuk ke bangunan bersebelahan yang berada di tingkat 4 untuk sampai ke bahagian akaun jabatan plak...

mama bukan apa sepatutnya ada la arahan yang diberikan di kaunter penyambut tetamu tu ! jadi pada sesiapa yang datang untuk pembelian borang tender tu cuba pastikan mereka sudah membuat pembayaran atau belum ! pada yang sudah membuat pembayaran terus saja ke kaunter aset dan perolehan sementara yang belum membuat pembayaran bagi tahu mereka bahawa mereka haruslah membuat pembayaran di bahagian akaun dahulu...jadi tak payahlah mereka terus pergi ke kaunter aset dan perolehan tu....

bila ada arahan barulah kerja-kerja pembayaran dan pembelian borang tender itu dapat berjalan dengan mudah dan sistematik...semasa mama balik tadi masih ada lagi yang menggunakan jalan bawah untuk ke kaunter akaun di bangunan bersebelahan dan mereka terpaksa menaiki tangga untuk ke tingkat 4...mungkin mereka tidak tahu bahawa ada jalan lebih senang untuk ke kaunter akaun di bangunan bersebelahan itu melalui laluan dari tingkat 2 tadi...


p/s lepas ini buat lawatan tapak plak...

Taklimat Tender Pembersihan Dan Pemakanan

February 28, 2012 18 Comments
SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Hari ini mama nak cerita tentang kisah mama semasa memghadiri taklimat tender pembersihan dan tender pemakanan tempohari..punyalah ramai orang yang berpusu-pusu memasuki kawasan tempat mengambil borang lawatan tu ! nasib baik la masing-masing masih tahu beratur dan menunggu giliran masing-masing kalau tidak parah juga la...


kawasannya dahlah kecil ramai orang plak tu rasa nak pitam dibuatnya melihat gelagat bermacam-macam orang !...ramai juga petender-petender yang datang untuk mendengar taklimat kali ini..penuh sesak Dewan Pusat Islam itu dikerumuni dengan ribuan petender-petender dari dalam dan luar negeri Johor.


kali ini pusat taklimat diadakan di Pusat Islam Johor Bahru selalunya taklimat berkaitan dengan Kementerian Pelajaran taklimatnya pasti akan dilakukan di Jabatan Pelajaran tetapi kali ini telah ditukarkan ke Dewan Pusat Islam itu kerana keadaan dalam dewannya yang lebih luas dan besar...


Walaupun luas tetapi masih lagi kekurangan kerusi untuk petender-petender itu duduk ada yang duduk di tangga susur jalan dewan tu...sebenarnya mengikut kiraan kerusi-kerusi itu semuanya
mencukupi untuk menampung petender-petender tu semua tapi dek kerana masing-masing tak  
mahu beralah untuk duduk di line tepi membuatkan banyak kerusi yang kosong di tengah2 membuatkan yang lain tidak boleh duduk.... tanpa arahan masing-masing dengan kedegilan mereka aje...


Tapi setelah diberikan arahan dari pihak penganjur agar memenuhkan kekosongan kerusi di ruangan tengah membuatkan keadaan jadi teratur dan tersusun..sebenarnya arahan itu haruslah
didengar dan dipatuhi dahulu barulah masing-masing bergerak mengikut arahan yang sudah diberikan jadi tidaklah keadaan menjadi huru hara...jika arahan diikuti dengan baik semua orang akan mendapat tempat duduk masing-masing dan taklimat dapat di jalankan dengan segera...


Kita sebagai manusia ni haruslah mengikut arahan dan panduan apabila ingin melakukan sesuatu perkara tu jangan ambil mudah je setiap apa yang hendak dilakukan...sesuatu perkara yang bermasalah itu pasti akan ada jalan penyelesaiannya...kita perlulah berfikiran terbuka mengikut setiap arahan yang diberikan itu...


masih terdapat kerusi kosong ditengah2 tu ...sebelum taklimat

selepas taklimat  

27 February 2012

Selamat Hari Lahir Buat Saffiya Aleesya @ Ecah

February 27, 2012 23 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum kekawan...
Seorang lagi blogger kita yang menyambut hari lahirnya hari ini...beliau juga adalah salah kawan mama di alam maya ini yang sering singgah mengomen di blog mama ini.... 

di sini mama ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Saffiyah Aleesya @ Ecah moga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,menjadi anak yang solehah,bahagia di dunia dan di
akhirat dan juga tak lupa bila nak makan nasi minyak yer...

jom kekawan kita singgah dan terjah ke blog beliau dan marilah kita mendoakan yang terbaik buat Saffiyah Aleesya @ Ecah.... blog beliau Biarkan Blog Ini Berbicara....


Sama Cantik Sama Padan...

February 27, 2012 9 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Pasangan pengantin yang cantik dan kacak iaitu Yusry Dan Lisa Surihani...suka mama tengok pasangan ini selamat mendirikan mahligai bahagia mereka semoga bahagia selamanya dan marilah kita mendoakan agar rumahtangga yang mereka bina akan kekal hingga hujung nyawa...InsyaAllah...







Anak Kesayangan Mama Sakit Mata

February 27, 2012 25 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Hari ni mama sedih anak comel kesayangan mama sakit mata ...hari ni masuk hari yang kedua Kembang sakit mata ingatkan sekejap jer dah baik rupa2nya masih sakit lagi..


kesian mama tengok Kembang, matanya merah, berair dan sepit je....kalau tak baik juga esok mama akan bawa kembang jumpa doktor dan ambil ubat kat klinik veterinar yer...

26 February 2012

Sifat Wanita Melalui Unsur

February 26, 2012 43 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Ada beberapa faktor yang mungkin akan kita ketahui melalui seorang wanita itu dan diantaranya adalah sifat mereka yang akan dipengarui dari unsur-unsur alam semulajadi seperti tanah,air,api dan angin.


Jadi n3 hari ini mama nak kemukakan unsur-unsur zodiac kita yang akan menentukan unsur mana diri kita melalui tarikh lahir.Maklumat ini akan mendedahkan sedikit sebanyak maklumat ini untuk anda semua terutamanya wanita yer..
sumber yang diperolehi dari http://hazzdeath.blogspot.com


Wanita Berunsur Tanah.

Wanita tanah dilahirkan dibawah zodiak Taurus (21 April - 20 Mei ),Virgo ( 24 Ogos - 23 September ) dan Capricorn ( 22 Disember - 20 Januari )

Tanah yang subur mampu membuatkan tanaman yang hijau dan mekar.Wanita bersifat tanah biasanya memiliki sifat-sifat berikut :
      - seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal
      - penyabar dan boleh bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan
        material
      - semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita     
        tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
      - Kebijaksanan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi 
        yang pendiam dan tenang.
      -Sifat marah yang terkawal serta sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat 
        konservatif, serius dan sederhana.
      -Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah kekasih yang setia           
        dan berwibawa.
Wanita Berunsur Api



Wanita api dilahirkan dibawah bintang Aries ( 21 March - 20 April ), Leo ( 24 Julai - 23 Ogos )
dan Sagittarius ( 23 November - 21 Disember ). 

Api pula sifatnya panas dan membakar tapi mampu menerangi dalam kegelapan malam.Ia juga
menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak.Wanita berunsur api pula:
       - Dilahirkan sebagai pemimpin
       - Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun
         kekadang bernas.
       - Seorang yang artistik dan sukar dijangka tetapi biasanya romantik dan tidak pemalu.
       - Mempunyai personaliti suka menguasa dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat
         sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam 
         terhadap sesuatu yang disukainya
       - Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi berasa
         sedih kadang-kadang terluka.
       - Jujur dan mahu perhubungan berjalan dengan lancar.
       - Wanita api haruslah diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan hubungan itu terus
         berkesan.
       - Tidak keberatan beralih arah jika berasa tertekan.


Wanita Berunsur Angin

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini ( 22 Mei - 21 Jun ) , Libra (24 September - 23 Oktober ) dan Aquarius ( 21 Januari - 19 Januari ).
Angin meredakan kehangatan ,menjadi sumber tenaga dan wanita yang berunsur angin ini :
      - Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek 
         kehidupan 
      - Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif , bagi mereka segalanya boleh
        dicapai.
      - Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk meng-
        amalkan sikap diplomasi dan saling berkerjasama serta bersungguh-sungguh.
      - Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian
        dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
      - Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang unggul untuk berkonfrantasi.
      - Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan yang sebenar yang terpendam dalam
        hati mereka 
      - Dikenali dan diingati kerana sifatnya yang manja dan romantik.


Wanita Berunsur Air

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir dibawah zodiak Cancer ( 22 Jun - 23 Julai ), Scorpio ( 24 Oktober - 22 November ) dan Pisces ( 20 Februari - 20 Mac )
Air sifatnya bersih dan suci ,sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga.Air juga sifatnya mencambahkan benih,menyuburkan serta menyergarkan.Wanita bersifat air menpunyai ciri-ciri 
berikut :
       - Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
       - Mereka ini dipandukan oleh perasaan dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya
         imaginative,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan sentiasa berhati-
         hati.
       - Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan 
         mudah,cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
       - Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan diri sendiri.
       - Sentiasa bertanggungjawab dan berusaha dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.





25 February 2012

Layan Gambar Semasa Pesta Layang-Layang Di Pasir Gudang Tempohari..

February 25, 2012 25 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Hari ini mama nak letakkan gambar semasa "Pesta Layang-Layang Sedunia Di Pasir Gudang" minggu lepas...nak buat n3nya hari tu mama terlupa jadi hari ni mama letakkan gambar2 yang dapat diambil sehari sebelum majlis pembukaannya tempohari...masa pembukaannya sabtu lepas mama sekeluarga tak dapat pergi sebab hujan lebat...jom kita layan gambar-gambarnya ye...













Booth ASTRO

pakcik n makcik RELA yang menjaga keselamatan dan tempat letak kereta

Amalan Memakan Telur Untuk Sarapan Adalah Baik

February 25, 2012 23 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...
Telur adalah satu jenis makanan yang popular di dunia kerana dengan telur berbagai-bagai makanan boleh disediakan dengan menggunakan bahan ini.Sarapan pagi,makan tengahari,makan petang mahupun makan malam.Ada juga dijadikan sebagai makanan pendamping.

Hal ini tentu sahaja menambahkan sejumlah kajian tentang khasiat telur untuk kesihatan.Di dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal America College Of Nurition orang yang mengambil telur ketika bersarapan akan berasa kenyang lebih lama dan pada akhirnya memilih makanan dengan jumlah kalori yang sedikit ketika makan tenghari tiba.

Bukan hanya sarapan kajian yang diterbitkan di dalam The Times Of India menyatakan bahawa mengambil telur setelah melakukan latihan fizikal yang berat mahupun olahraga akan membantu menperbaiki jaringan dan pertumbuhan otot tubuh.Untuk mendapatkan khasiatnya elakkan daripada membuang atau mengenepikan bahagian kuning telur.

Sebahagian orang kerap menyingkirkannya kerana bahagian ini dianggap memiliki lemak yang banyak.Meskipun begitu dalam kajian juga didapati bahawa kuning telur menyediakan separuh kandungan protein telur iaitu sebanyak enam gram.Oleh itu pemakanan telur semasa sarapan adalah baik untuk sesi diet bagi mereka yang berdiet.


p/s sumber dari majalah wanita..

Petua Istimewa Dapur Lagi...

February 25, 2012 18 Comments
SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum semua dan selamat pagi sabtu...
Hari ini mama sediakan lagi petua-petua yang perlu kita tahu buat kekawan semuanya ! Antara petua-petuanya pasti ada yang sudah atahu dan pada yang belum mengetahuinya cubalah lakukannya sendiri di rumah yer...

1-Melebatkan Bulu Kening
Bulu kening yang lebat dan hitam menaikkan seri wajah dan untuk tujuan itu ambil isi kelapa tua sebesar dua jari kemudian bakar di atas api sederhana sehingga menjadi hitam.Sapukan pada seluruh bulu kening itu dan lakukannya selalu sehingga bulu kening menjadi hitam.


2-Halba Atasi Demam Kuning
Bagi mengurangkan demam kuning bayi yang baru ambil segenggam halba dan rendamkan semalaman di dalam air.Mandikan bayi dengan air rendaman itu bersama air yang suam.Halba tadi boleh digunakan untuk rendaman keesokkannya.Boleh diamalkan sehingga demam kuning itu berkurangan.



3-Tembakau hilangkan kesan cela
Sekiranya anda ingin menghilangkan kesan cela dan parut yang terdapat pada wajah,ambil sedikit tembakau dan campurkannya bersama air.Selepas itu gosokkan terus pada bahagian berparut.Amalkan setiap malam sebelum tidur.InsyaAllah hasilnya pasti tidak akan mengecewakan tapi tembakau ni susah hendak dicari melainkan yang menghisap rokok ....


4-Lemon Cerahkan Wajah.
Cerahkan wajah dengan menggunakan masker ini.Ambil susu tepung dan campurkan dengan perahan buah lemon.Kacau kedua-duanya sehingga sebati tetapi pastikan ia tidak terlalu cair.Sapukan keseluruh muka dan biarkan selama satu jam.Kemudian bersihkan dengan air suam.Lakukan sekali dalam masa dua minggu kulit yang gelap dan kusam akan cerah berseri.

5-Cengkih Atasi Sakit Gigi
Jika mengalami sakit gigi ambil bunga cengkih dan sumbat di bahagian gigi yang sakit.Ini dapat mengurangkan kesakitan dan nafas berbau segar.

6-Cermin Mata Bersih Berkilat
Bagi anda yang bercermin mata boleh membersihkan cermin mata dengan menggunakan petua berikut.Ambil sebiji limau nipis lalu dibelah dua.Kemudiaan gosokkan limau nipis pada kaca mata.Bilas dan lap dengan kain atau tisu.Pastinya cermin mata anda bersih dan penglihatan anda lebih jelas.


24 February 2012

Selamat Hari Lahir Buat Shark

February 24, 2012 23 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Selamat hari lahir Shark !!! moga tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang sebelumnya yer mama doakan moga panjang umur,murah rezeki,hidup di dalam kebahagian dan moga cepat-cepat bertemu jodoh ye...

Jom kekawan kita singgah blog citershark.blogspot.com dan marilah kita ucapkan reramai pada Shark...!!!!

"SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 24 MOHD SHAKIR RAZALI"
( Shark )


13 Rahsia Solat

February 24, 2012 17 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Semalam dalam mama BW terbacalah mama satu n3 yang menarik ini dah mama sudah memohon keizinan dari tuan punyer blog untuk mama share n3 beliau dan buat bacaan dan tatapan kekawan semua dan mama mengubahsuaikan cara penulisannya tapi dengan maksud yang sama...nak tahu sumbernya di sini ...

N3 ini adalah mengenai rahsia solat yang kita lakukan setiap hari itu dan ianya sebagai ingatan
pada yang dah tahu juga sebagai panduan pada yang tidak tahu...

1-Niat Sembahyang
Sebenarnya memelihara taubat kita di dunia dan di akhirat.

2-Berdiri Betul 
Meluaskan tempat kita di dalam kubur bila kita mati nanti.

3-Takbir-ratul Ihram
Untuk cahaya pelita kita semasa berada di alam kubur nanti.

4-Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur

5-Ruqu'
Sebagai tikar alasan kita di alam kubur

6-I'tidal
Sebagai air minuman dari telaga al-kautsar ketika di alam kubur

7-Sujud
Menjadi pagar kita semasa kita menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM

8-Duduk Antara 2 Sujud
Akan menaungkan panji-panji nabi kita di alam kubur


9-Duduk Antara 2 Sujud Akhir
Menjadi kenderaan kita ketika berada di padang Mahsyar

10-Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh malaikat Munkar dan Nankir di alam kubur.

11-Selawat Nabi
Pendinding api neraka di alam kubur

12-Salam
Memelihara kita di alam kubur

13-Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah SWT


23 February 2012

Al-Fatihah Buat Adik Faris Nur Daniel

February 23, 2012 22 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Dalam mama BW tadi terbacalah mama satu n3 yang menyayat hati ini dari pengacara TV3 iaitu
Mazidul Akmal Sidik mengenai cerita tentang pemergian adik Faris Nur Daniel yang telah menghembuskan nafasnya pada jam 10 pagi tadi.

Adik Faris Nur Daniel disahkan menghidap sakit HLH barah darah dan selama 3 minggu dia bertarung nyawa di hospital Sime Darby Medical Centre,Subang Jaya dan akhirnya Allah lebih sayangkan adik Faris ini.

Pada sesiapa yang ingin mengetahui kisahnya lebih lanjut klik di sini...terdapat banyak gambar-gambar adik Faris semasa di hospital dan semasa adik comel ini menghembuskan nafasnya...sedih mama nak menceritakannya jadi lawat je blog Mazidul Akmal Sidik ini dan hayati kesedihannya yer...

Di syurga Allah ditempatkan mu wahai adik Faris


p/s kisah adik Faris ini akan di siarkan pada MHI Malaysia Hari Ini esok...

Spontan Khamis Lawak # 9...Doktor Pakar

February 23, 2012 31 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia.Untuk mengenangkan jasa,keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung.Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.

Sebelum kemudian seorang doktor pakar mata pula meninggal,seperti yang sudah ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenangkan jasa beliau.Upacara pengkebumian beliau juga berjalan dengan lancar.

Setelah selesai para hadirin berangkat pulang hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu.Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.

"Sudahlah,yang berlalu biarlah berlalu.Tak usah engkau fikirkan lagi,"kata si doktor.
"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan,"kata lelaki itu.
"Mengapa pula?Mana tahu mungkin saya dapat membantu..."jawab si doktor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti,"kata lelaki itu.
"Mengapa pula...?"tanya doktor tersebut.
"Saya seorang doktor pakar kelamin..."jawab lelaki itu sugul.
"Oh ye juga apa yang patut kita buat pada tugu peringatan awak nanti..."jawab si doktor.
"????......."



21 February 2012

BLOGGER INI SUNGGUH SPORTING

February 21, 2012 36 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua....


Wah best juga segmen dari blogger kita ini kan, pada sesiapa yang ingin turut serta jom kita menjoinkan diri dalam segmen Mak Dara ini dan tekan sini terus ke blog beliau...

Baru tadi mama ketahui segmen Mak Dara ini bila dia datang ke blog mama dan meninggalkan jejak komen beliau dan ramai kekawan blogger yang lain dah pun menjoinkan diri...

Okay mama nak berikan 10 link blogger yang paling sporting yang selalu singgah dan meninggalkan komen-komen di blog mama...sebenarnya ramai lagi yang selalu singgah ke sini tetapi kerana Mak Dara meletakkan syaratnya hanya 10 link saja jadi mama akur,pada kekawan yang tidak tersenarai jangan berkecil hati yer... semuanya yang hadir ke blog mama ini mama mengucapkan ribuan terimakasih atas sokongan kekawan semuanya pada blog mama ini....

Di harap yang tiada  link anda di atas kamu semua masih lagi pengomen no satu di hati mama yer....Terimakasih semua kekawan mama yang sudi hadir ke sini jasa anda tidak dapat dilupakan kerana menyokong blog mama ni...

20 February 2012

Al-Fatihah Buat Seniman Kita Latiff Ibrahim

February 20, 2012 45 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Al-Fatihah buat arwah seniman negara kita Latif Ibrahim, berita kematian beliau hari ini adalah benar.Beliau menghembuskan nafasnya pada pukul 6 petang tadi.

Berita ini telah disahkan oleh adik beliau Datuk Khatijah Ibrahim di Suria FM lewat petang tadi.Sebelum ini arwah telah diserang sakit jantung dan telah dimasukkan ke wad Institut Jantung Negara.

Jenazah telah dibawa pulang kediamannya di Keramat dan akan dikebumikan pada malam ni juga.Semoga Allah akan mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman...Amin Al-Fatihah...


Sinopsis Filem "Puss In Boots"

February 20, 2012 30 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Assalamulaikum semua..
Satu lagi filem yang dah di tonton iaitu "Puss In Boots"...dari mula lagi memang terasa nak tonton cerita kucing ni tapi x ada kesempatan jadi semalam dapat juga di realisasikan menontonnya...Satu cerita yang menarik juga dan mama seronok menontonnya cerita mengisahkan kucing Puss tu sapa la yang tak suka tengok yer tak !

Kisahnya adalah persahabatan antara Puss dan Humpty sejak kecil lagi di rumah anak-anak yatim dan mereka berjanji akan bersama selama-lamanya.Namun persahabatan mereka diduga apabila Puss menjadi hero setelah menyelamatkan seseorang.Humpty merasa tersisih dan bertambah kecewa lagi apabila Puss tidak menyelamatkannya ketika dia ditangkap ketika merompak bank.

Humpty berdendam pada Puss kerana kejadian itu dan dia mengambil keputusan untuk menjatuhkan Puss.Akhirnya puss tertipu dengan helah Humpty dan rancangannya untuk memerangkap Puss berjaya.

Tapi akhirnya kejahatan tetap tewas mengatasi kebaikan dan Humpty sedar ,insaf dengan semua yang dilakukan pada Puss dan Humpty kembali menghargai erti persahabatannya dengan Puss.Tali persahabatan itulah yang telah mengubah Humpty menjadi baik dan mengorbankan dirinya sendiri demi kebahagian yang lain...

kalau menonton di pawagam pasti kita akan dapat melihat cerita ini melalui cermin mata 3D tapi kalau kat rumah tengok macam biasa jer la tak ada 3D pun...


Nak ! Nak ! Nak Lagi Sekali Tak Puas...

February 20, 2012 24 Comments
SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
Jangan salah faham bila baca tajuk n3 mama ni yer sebenarnya bila buka laptop ni asyik jer dengar lagu yang sama... mama rasa macam tak puas mendengarnya hanya sekali ianya akan diulang2 berkali-kali....kekadang anak-anak pun dok tegur mama yang asyik dengar lagu yang sama berulang-ulang kalinya...kalau dah suka nak buat macam manakan kekawan...

Sebenarnya lagu yang mama dok pasang selalu tu adalah lagu"Di Atas Satu Cinta"nyanyian penyanyi dari seberang Indonesia iaitu Indah Dewi Pertiwi...mama suka mendengar lagu ni semenjak dia menjadi salah satu lagu wajib pada cerita drama TV3 "Tentang Dhia"...dari situlah mama menyukainya...indah bait-bait ayat dalam lagu ini dan melodinya pun sedap didengar.. 

pada sesiapa yang teringin nak dengar lagu ni pergi jer ke laman You Tube klik sini...ianya juga adalah lagu tema bagi drama "Syurga Untuk Mu" di Indonesia...

jejak-jejak langkahku bagaikan
lembaran waktu 
apakah ku bisa masih terus melangkah
Serpihan hidupku
kan ku bangun di atas satu cinta

subhanallah 
aku mencintai mu
subhanallah
aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hati ku
selalu di hati ku...