cerita artis

Kesiannya Pak Nil Kita Ni....

Tuesday, January 31, 2012 Mas Zull 37 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Walaupun mengalami masalah kakinya Pak Nil atau Aznil Hj.Nawawi masih juga menghadirkan diri walau dalam keadaan berkerusi roda untuk ke uji bakat On-Air sebagai juri...Pak Nil masih tidak melupakan tanggungjawabnya walaupun dalam keadaan sakit.

Kaki beliau mengalami kecederaan semasa beliau ke bilik air di lapangan terbang sebelum berlepas ke Sarawak sebagai juri On-Air terbitan Astro...di harap Pak Nil cepat-cepat sembuh yer...ingin tahu kisah selanjutnya klik jer sumber ini...


37 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita lucu.lawak

Lawak 6 # Nyonya Oh Nyonya

Tuesday, January 31, 2012 Mas Zull 27 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...
Pada suatu hari, seorang nyonya bernama Nyonya Mei Lee datang ke Kuala Lumpur untuk kali 
yang pertama selepas menang loteri.Beliau check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee.

Nyonya Mei Lee dengan girangnya mengikut langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu lif, Nyonya Mei Lee melihat ke sekeliling.Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

"Eksekius mi,lu jangan ingat wa tua,mali dari kampung,tatak tahu duduk hotel...sudah baya latut,
lu kasi ini bilik ka???! Kicik !! Tatak tibi, tatak lemari, tatak apa pun???! Katil mau titun pun tatak?????!! Haiyyaaa.....mau tipu olang ka ????!!.

Lalu pelayan itu pun menjawab dengan bengangnya, "Sabar Nyonya, ini baru lif aja maaa...!"
"Lain kali mau marah-marah ke apa ke tanya gua dulu jangan ikut suka lu...!!! Haiyyaaa Nyonya !! Nyonya...."

"Oh ya ka ni bukan bilik titun kaa.. ! soli...soli wa tatak tahu maaa..."



p/s lain kali tanya dulu jangan terus jer nak marah-marah...

27 000 jiran datang mendoakan mama:

info,

15 Maksiat Yang Menurunkan Bala

Tuesday, January 31, 2012 Mas Zull 19 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Di sini mari kita renungkan 15 maksiat yang menurunkan bala dan sumber ini mama perolehi kat myIbrah...jom kita tengok kengkawan apa dia 15 maksiat yang boleh menurunkan bala dan marilah kita renung-renungkan bersama yer...

Daripada Ali Bin Abi Thalib r.a rasulullah S.A.W bersabda :
"Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka"

1-Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu

2-Apabila amanah dijadikan suatu keuntungan

3-Zakat dijadikan hutang

4-Suami memperturutkan kehendak isteri

5-Anak derhaka terhadap ibunya

6-Sedangkan dia berbaik dengan kawannya

7-Suka menjauhkan diri dari ayahnya

8-Suara ditinggikan dalam masjid

9-Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka

10-Seseorang yang dimulia kerana ditakuti kejahatannya

11-Arak diminum di merata tempat

12-Kain sutera yang banyak dipakai oleh lelaki

13-Para isteri disanjung-sanjung

14-Muzik banyak di mainkan

15-Genarasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) genarasi pertama (sahabat)

"Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau dirubah
menjadi makhluk lain"

(hadis riwayat Tarmizi)



19 000 jiran datang mendoakan mama:

video

Jom Tengok Anak-Anak Kesayangan Mama

Monday, January 30, 2012 Mas Zull 20 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...

video

p/s Bergurau bersama-sama hanya tinggal kenangan...


20 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita lucu.lawak

Lawak 5 # Aduhai Saliha.....

Monday, January 30, 2012 Mas Zull 8 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua..
Satu hari seorang pengawal membuat rondaan di setiap bilik pesakit mental dan dalam rondaannya, dia terdengar nyanyian yang sangat merdu walaupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat mengalunkan lagu "Intifada".

"Tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat.Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain,"bisik pengawal itu sambil melihat dari luar bilik pesakit itu sedang menyanyi sambil terlentang di atas katilnya.

Pengawal itu pun meneruskan rondaannya ke bilik-bilik pesakit yang lain setelah selesai, pengawal itu berpatah balik.Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi, pesakit mental itu masih lagi menyanyi tetapi kali ini lagu yang lain pula "Aduhai Saliha" pulak.

"Dia menyanyikannya dengan hebat sekali, bagus sekali ton suaranya..."kata pengawal itu di dalam hatinya,tapi kali ini dia menyanyikan lagu itu dalam keadaan meniarap pula, lagu "Intifada" tadi dalam keadaan terlentang..."

Pengawal itu merasa hairan dan terus bertanya pada pesakit mental itu...
"Kenapa kamu menyanyi meniarap pulak sedangkan tadi kamu menyanyi terlentang ?"

Jawab pesakit mental itu dengan selamba...
"Tadi SIDE A, ini SIDE B lah pulak...."

Pengawal itu mengaru-garukan kepalanya sambil tersenyum kemudian berlalu pergi...


8 000 jiran datang mendoakan mama:

petua dapur

Petua Dapur Lagi...

Monday, January 30, 2012 Mas Zull 36 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua..

1-Hilangkan pijar tangan akibat cili
   Selepas memotong cili jangan basuh dulu tangan tu tapi sebaiknya rendam tangan di dalam
   beras dan ramas beras tu sehingga hilang rasa panas kemudian barulah di basuh tangan.


2-Elakkan nasi lemak cepat basi
    Bagi mengelakkan nasi lemak cepat basi gunakan air masak ketika memerah kelapa yang
    telah di kukus,setelah itu itu jerangkan nasi pada api yang sederhana dan masak hingga 
    sempurna.Hasilnya nasi lemak itu tidak cepat basi dan tahan sepanjang hari.
3-Ikan goreng tambah sedap.
   Jika mahu ikan goreng bertambah sedap dan lazat gorengkan dulu asam keping ke dalam
   kuali,setelah itu masukkan ikan yang hendak digoreng.Anda pasti akan merasa keenakkan
   ikan yang telah di goreng dan cara ini juga mengelakkan ikan goreng daripada melekat di
   kuali.selamat mencuba.


4-Nasi beriyani lebih enak
   Bagi menyediakan nasi beriyani yang enak dan cantik ikutilah tip ini.Goreng terlebih dahulu
   beras yang telah dibasuh dan ditapis sehingga garing bersama bahan tumisan,kemudian
   barulah dimasukkan sukatan air yang diperlukan.Nasi beryani itu bukan saja cantik tapi lebih
   enak sekali.Selamat mencuba semua...

36 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita artis

Awan Nano Juara AJL 26...

Sunday, January 29, 2012 Mas Zull 16 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua....
Dah terjawab semua persoalan siapa yang bakal merangkul juara AJL 26 ....."AWAN NANO : HAFIZ" persembahannya memang best sekali tahniah buat Hafiz dan penciptanya Dato M.Nasir serta Budi Hikayat.

Persembahan terbaik : Kisah hati ( Alyah )
Vokal Terbaik : Awan Nano ( Hafiz )
Tempat kedua : Tiga Suara ( Jacklyn ,Ning dan Shila )
Tempat ketiga : Karma ( Faizal Tahir )
Juara AJL 26 : Awan Nano ( Hafiz )

   

16 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita artis

Anugerah Juara Lagu Ke 26....

Sunday, January 29, 2012 Mas Zull 12 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Pada kengkawan semuanya jangan lupa yer AJL ke 26 malam ini !! agak-agaknya siapalah yang akan menang AJL malam ni kan ??? kita tunggu jer malam ni...


p/s nak keluar jejalan amik angin sebentar...

12 000 jiran datang mendoakan mama:

segmen

"1st Year Ohsemm Anniversary-Blog RemyHazza

Sunday, January 29, 2012 Mas Zull 8 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Jom kekawan kita join segmen Remyhazza ini sempena ulangtahun yang pertama blog beliau...pada sesiapa yang nak join klik sini...segmen ini akan berakhir pada 10 Feb 2012 pukul 12 malam...

Pada sesiapa yang dah biasa dan kenal dengan blogger ini pasti akan tahu apa yang selalu ada dalam setiap n3 beliau...mama paling suka tengok bermacam-macam jenis makanan yang akan diletakkan dalam setiap n3 beliau...pada yang suka jomlah kita ramai-ramaikan dan jadi follower Remyhazza yer...

mama nak tag kat :

8 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita,

Yatim Piatu Yang Menjadi Pengemis...:(

Sunday, January 29, 2012 Mas Zull 14 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Hidup sebagai anak yatim amat sengsara bagi dua orang adik-beradik ini kerana kematian ibubapa mereka ! mereka terpaksa mengemis untuk meneruskan hidup...begitulah kehidupan mereka di kota Jakarta Indonesia,mengemis memohon simpati orang yang lalu lalang di jalanraya...sumbernya klik sini...

Nasib baik la kat Malaysia anak-anak yatim disediakan satu rumah khas buat mereka dan anak-anak yatim di negara kita masih boleh lagi dapat belajar,bersekolah dan disediakan makanan untuk mereka.





14 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita lucu.lawak,

Lawak 4 # Siput Bakau...

Sunday, January 29, 2012 Mas Zull 14 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua ....
Di tadika waktu rehat dua orang cikgu berbual-bual sambil berjalan ke bilik rehat untuk menjamu
selera ....

Cikgu Lin : "Akak bawa bekal apa hari ini?"
Cikgu Ani :"Akak bawa bekal biasa je Lin siput bakau masak lemak cili api !"
Cikgu Lin :"Siput bakau ? Lin tak pernah tengok dan tak pernah makan la !"
Cikgu Ani :"Oh yer ke !"
Cikgu Lin :"Kalau siput yang sedut tu pernah la makan !"

Mula la mereka berdua membuka bekalan masing-masing....

Cikgu Ani :"Lin ni lah siput bakau tu ! "
Cikgu Lin :"Oh ! macam ni rupanya tapi kak macam mana nak makan ni ! kena sedut juga ke?"
Cikgu Ani :"Tak la ! mana boleh sedut tapi kena pecahkan kaca dia !"
Cikgu Lin :"Pecahkan kaca ? kaca apa kak?"
Cikgu Ani :"Kulit dia la ! akak panggil kaca je sebab kulit dia keras !"
Cikgu Lin :"Macam mana nak pecahkan ni keras bebenor kulit dia ni ?"
  
Cikgu Ani terus membuka begnya dan mengeluarkan sesuatu....

Cikgu Ani :"Ah !! ni dia benda yang boleh buka kulitnya !"
Cikgu Lin :"Hahahaahaa...! akak kenapa sampai bawa batu lesung ni ke sekolah plak?"
Cikgu Ani :"Ah ! Senang Lin ! kulit siput ni keras jadi akak lebih senang guna batu lesung ni !"
                    (sambil mengambil siput tu lalu mengetuk kulitnya menggunakan lesung batu tu)
Cikgu Ani :"Ni dia Lin dah siap cubalah makan siput bakau tu !"
Cikgu Lin :"Akak,akak susah juga nak makan siput bakau ni sampai kena bawa batu lesung   
                   tu ke sekolah !"
                   (ketawa sambil mengambil siput tu dan terus memakannya)
Cikgu Ani :"Makan je Lin kang tersedak asyik ketawakan akak je sebab bawa batu lesung kat
                    sekolah !"
Cikgu Lin :"Okay ! Okay akak Ani ! Lin makan la ni..!"

  gambar goggle 

p/s  sanggup lakukan apa sajakan kalau nak makankan...

14 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita,

Seronok Dapat Menaiki Kereta Lembu Abah...

Saturday, January 28, 2012 Mas Zull 33 Comments

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Haiii !! kengkawan pernah dengar dan tengok kereta lembu tak??? Pada sesiapa yang tidak pernah tengok mama suggestkan pi la ke Melaka pasti dapat tengok kereta lembu tu secara live dan yang dah pernah tengok pasti dah tahu macam mana rupanya kereta lembu itukan macam gambar kat atas ni ! ada sesiapa tak yang pernah ada pengalaman menaiki kereta lembu ni....?

Sebenarnya ada cerita disebalik kereta lembu ni...dulu-dulu kereta lembu inilah yang jadi kenderaan untuk membawa atau menghantar sesuatu barang itu ke tempat yang hendak di tuju...sebenarnya arwah bapa mama dulu selain bekerja sebagai penarik beca dia juga membela lembu untuk digunakan bagi menarik kereta lembu itu...

Masa mama kecil-kecil dulu kereta lembu inilah yang mama naiki untuk pergi ke sekolah tadika setiap pagi...Pengalaman menaiki kereta lembu ini adalah satu pengalaman yang mama tidak akan dapat lupakan seumur hidup mama kerana kereta lembu itulah kenderaan yang kami sekeluarga ada masa tu selain sebuah beca buruk abah...

Terasa seronoknya dapat menaiki kereta lembu tu setiap pagi tiada sedikit pun perasaan malu mama bila menaiki kereta lembu itu...mama sedar akan semua kekurangan keluarga masa itu abah tidak mampu menyediakan kenderaan yang sempurna tapi semua itu mama biarkan je walau apa pun orang nak kata janji mama sekeluarga tidak menyusahkan orang lain... 

Sekarang ni dah tak sama masa dulu-dulu ! sekarang ni zaman dah moden semua orang dah mampu memiliki kereta,motosikal dan basikal sendiri tapi masa zaman mama kecik2 dulu tidak mampu memiliki itu semua...kalau adalah orang kat kampung tu yang berjaya memiliki sebuah kereta pastinya orang itu akan dikenali sebagai orang kaya dan berharta.

Anak-anak kita sekarang ini semuanya memang beruntung nak pergi ke mana-mana pun dah senang ! sudah mempunyai kenderaan sendiri yang boleh membawa mereka berjalan-jalan ke mana-mana..ibubapa zaman sekarang ini pasti mempunyai satu atau dua kenderaan di dalam kehidupan seharian memandangkan arus kemodenan sekarang ini kerana kemudahan itu perlu dalam kehidupan seharian kitakan..

Oleh itu anak-anak zaman sekarang ini hargailah kehidupan kamu sekarang ini yang mana kehidupan kamu semuanya di dalam kesenangan...mama juga seringkali mengingatkan anak-anak mama agar menjalani kehidupan ini di dalam kesederhanan agar mereka semua tidak mudah lupa diri dalam menjalani arus kemodenan kehidupan sekarang ini...pengalaman mama itulah yang mengajar mama akan erti kehidupan yang sebenar-benarnya.


33 000 jiran datang mendoakan mama:

info agama

50 Tanda Orang Munafik

Friday, January 27, 2012 Mas Zull 16 Comments

SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum semua...
Mama perolehi sumber ini dari blogger Syafiq Ahadin seronok baca n3 ni dan mama pun nak sharekan info ni dengan kengkawan semua di pagi hari Jumaat yang mulia ini yer...harap-harap kita tidak tergolong dalam golongan ini dan jika ada cepat-cepatlah kita mulakan perubahan diri dari yang munafik ke yang benar.....di bawah ni terdapat 50 tanda orang-orang munafik menurut Al-Quran dan As-Sunnah....

1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2.Lupa Kepada Allah s.w.t
3.Melalaikan Solat Fardhu
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam JualBeli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t Apabila Melakukan Dosa
31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman cerdik sungguh
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.


16 000 jiran datang mendoakan mama:

segmen

Mama Kena Tag Oleh Cikgu Kancil

Thursday, January 26, 2012 Mas Zull 18 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
Semalam mama telah di tag oleh pengunjung setia mama iaitu Cikgu Kancil8349 dan bermacam-macam soalan yang diberikan oleh beliau untuk mama jawab...terimakasih yer sebab tag mama dan ini saja jawapan yang mampu mama jawab...


11 perkara tentang mama...
Mama berasal dari Johor Bahru / membesar di Muar Johor / berbangsa bugis + jawa + melayu menjadi seorang ibu di usia muda / mempunyai 3 orang anak perempuan seorang sudah berkahwin / suka membaca novel / suka jejalan window shopping / suka menonton drama Korea / tidak suka makan daging ayam / suka makan nasi goreng kampung n daging masak merah / tak lama lagi mama akan menjadi seorang grandmama....

Soalan-soalan Kancil semalam...
1-Siapakah idola anda?
    Idola mama adalah ibu yang membesarkan mama dari kecil hingga dewasa iaitu arwah
    Pn.Banon Binti Omar...

2-Apa sebabnya anda memilih dia sebagai idola anda?
   Sebabnya kerana dia telah bersusah payah membesarkan mama dengan penuh kasih    
   sayang seperti anak beliau sendiri...
    
3-Pandangan anda mengenai Negeri Sabah?
   Sebuah negeri yang indah dan mempunyai banyak pulau-pulau yang cantik teringin gak nak
   pergi ke sana tapi masih tidak kesampaian...

4-Tempat yang paling cantik yang anda pernah kunjungi?
    Pulau Pangkor,Tanjung Piai,Pulau Kapas

5-Nama tempat yang paling pelik pernah anda dengar atau lihat?
   Parit Jepun dan Kampung Menyorok

6-Impian kereta anda?
   Hyundai Sonata

7-Rumah Impian anda?
   Rumah banglo tapi kalau x dapat yang biasa pun dah alhamdullilah...

8-Negara yang ingin anda lawati?
    Dah semestinya teringin nak pi Mekah dan Korea

9-Kenalkan Kancil satu blog yang paling baik?
    Mama nak kenalkan pada Kancil blog Mrs.Secretary...
    
10-Mengapa pilih blog tersebut?
     Sebab blog beliau best banyak cerita n panduan pemilik blognya pun baik...

11-Jika ada lima bintang kamu bagi blog Kancil berapa bintang?
      Dah tentu 5 bintang...

11 soalan dari mama yer...
1-Nama sebenar kamu dan berapa umur?
2-Berasal dari mana dah kawin atau belum?
3-Tarikh lahir kamu dan anak yang ke berapa?
4-Suka memasak atau tidak?
5-Suka pakai jam tangan atau tidak?
6-Binatang apa yang kamu suka dan tidak suka?
7-Makanan dan minuman kegemaran kamu?
8-Peristiwa yang paling anda tidak boleh lupa?
9-Apa warna kegemaran dan terangkan kenapa suka warna itu?
10-Bagi pendapat tentang blog mama ni yer suka atau tidak?
11-Dah like blog mama kat Facebook tak? 

Nama-nama yang mama nak tag...

Itulah antara rakan blogger mama yang mama tag harap mereka akan turut serta ye...hanya
tinggalkan link entry dalam ruang komen mama ni...

Jangan pening-pening kepala buat yang termampu...

18 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita lucu.lawak,

Lawak 3 # Spontan Khamis....Menyampuk

Thursday, January 26, 2012 Mas Zull 18 Comments

SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum semua...
Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, kamal singgah sekejap di KLCC untuk membeli barang.Ketika Kamal sedang mencari barang tersebut tiba-tiba perut terasa memulas.Apa lagi dia terus bergegas ke tandas yang terdekat.Masuk saja ke tandas Kamal tengok ada 3 bilik air.Bilik air yang di tengah bertutup,jadi Kamal masuk yang disebelahnya.Baru saja duduk dia terdengar orang dari bilik air sebelah bersuara.

"Haa...camna sekarang?"
Kamal pun bukan suka nak berbual dengan orang yang dia tak kenal.Entah macam mana untuk tidak menghampakan orang akhirnya dia balas juga.

"Okay gak ler.." Kemudian suara itu bertanya lagi.
"Kau nak gi mana ni?"

"Iskk, Kamal mula rasa musykil....tapi dia balas juga.
"Aku nak balik,singgah sini nak beli barang sikit."

Suara tu bertanya lagi.
"Bila kau nak gerak ni?" Kamal dengan selamba je menjawab,
"Lepas aku sudah ni aku gerak dah abis beli aku chow la."

Kemudian dia terdengar lagi suara orang sebelah itu berkata..
"Hei..aku call kau balik lepas ni..tiap kali aku tanya soalan kat kau mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawab jer !!!!! "

Kamal terdengar dan terus terdiam ...berkata-kata dalam hati,
"bodoh juga aku ni yang dok pi menyampuk orang bercakap kat telepon tu apa hal..."


p/s dah dok dalam toilet tu diam-diam sudah...

18 000 jiran datang mendoakan mama:

spontan khamis

Spontan Khamis....Cross Stitch Atau Silang Pangkah

Thursday, January 26, 2012 Mas Zull 22 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...


Mari kita lihat apa yang istimewanya tentang gambar di atas ni... itu adalah corak atau gambar untuk jahitan cross stitch yang perlu disiapkan....pada sesiapa yang berminat membuatnya pasti akan gembira melakukannya dan amat puas hati sekali bila cross stitch itu siap sepenuhnya...
menjahit cross stich ni sebenarnya memerlukan ketekunan yang tinggi dan penglihatan yang tajam agar jahitannya cantik dan menarik apabila siap nanti...


22 000 jiran datang mendoakan mama:

filem n drama

Best Juga Layan Filem "MANN" Malam Ni

Wednesday, January 25, 2012 Mas Zull 20 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua..
Haiii jom kita layan cerita hindustan "Mann" malam-malam ni jiwang karat betulkan...best ceritanya walaupun filemnya dah lama tapi masih mantap jiwang...lagunya pun best untuk didengar malam-malam begini merdu, mendayu dan terharu sanubari mendengarnya...

Menjiwang plak mama malam-malam ni... bukan apa layan cerita hindustan mestilah layan jiwang juga la kan mulalah teringat zaman muda2 dulu hehehehe...okay la mama nak sambung balik tonton filem "Mann" ni dan  jom la semua join mama layan cite jiwang karat ni...



p/s perasaan cinta itu sesuatu yang indah...

20 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday

Wordless Wednesday # 39.....Sushi

Wednesday, January 25, 2012 Mas Zull 14 Comments

SALAM 1 MALAYSIA 


Assalamualaikum..


p/s tak suka sushi...

14 000 jiran datang mendoakan mama:

besday blogger

Hepi Belated Day Arelan...

Wednesday, January 25, 2012 Mas Zull 11 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
Hari ni mama nak ucapkan selamat hari lahir yang ke 25 dan dah terlambat plak buat blogger Arelan kerana menyambut hari lahirnya semalam...sorry ye mama baru mula BW hari ini dan dapat tahu hari lahir Arelan semalam.....di sini mama hanya dapat mendoakan Arelan dari jauh agar Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik,dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan apa yang akan dilakukan pada tahun ini akan membawa kebahagiaan buat diri Arelan yer...

                                                 "HEPI BELETED DAY TO ARELAN"


p/s jom sesama kita mendoakan untuk Arelan ( noruazuran.blogspot.com )

11 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday

Wordless Wednesday # 38.....Nyummmmmy

Wednesday, January 25, 2012 Mas Zull 30 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...


p/s jom makan

30 000 jiran datang mendoakan mama:

wordless wednesday kucing

Wordless Wednesday #37.....Tidur Ikut Suka Jer

Wednesday, January 25, 2012 Mas Zull 26 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...

p/s blogwalking sampai terlena...

26 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita kucing,

Si Kecil Datang Bertandang...

Monday, January 23, 2012 Mas Zull 28 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Untuk menghilangkan rindu pada anak mama yang telah mama tinggalkan di rumah ada juga insan kecil ini datang menjengah ke laman rumah anak mama ni...hilang juga rasa rindu mama pada sayang mama kat rumah tu...mama dah janji padanya mama akan balik hari ni tapi disebabkan ada masalah mama tak dapat balik hari ini....

Sayang mama kat rumah tu tunggu mama balik esok yer...Inilah insan kecil yang menghilangkan rindu mama pada anak kesayangan mama tu...kedua-duanya sedang dok bergolek-golek di depan rumah anak mama ni...


p/s cute n comel kedua-duanya...

28 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita,

Selamat Bercuti Semua...

Saturday, January 21, 2012 Mas Zull 22 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
Wah selamat bercuti buat kengkawan kita yang berbangsa Cina yer dan disini mama ingin membuat ucapan awal pada kengkawan yang berbangsa Cina semua "SELAMAT TAHUN BARU CINA" buat mereka...pada yang berbangsa lain cuti tetap cutikan dan berkesempatan bercuti ini mesti semuanya mahu balik ke kampung atau pergi berjalan-jalan ke tempat2 yang menarikkan..

Dalam masa bercuti ini sentiasalah mengutamakan keselamataan yer agar semuanya yang kita lakukan akan sentiasa di dalam keadaan yang selamat dan mama mendoakan agar semuanya berhati2 dalam perjalanan menuju ke destinasi masing-masing yer...Selamat bercuti semua....


p/s bertolak menuju ke destinasi rumah anak mama...

22 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita artis

Al-Fatihah Buat Arwah Izwan Pilus

Friday, January 20, 2012 Mas Zull 24 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Terkejut mama tadi apabila mendengar berita bahawa penyanyi Izwan Pilus telah kembali ke 
rahmatullah beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pikul 6.20ptg tadi di Hospital Ampang.Sumber menyatakan arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman di saluran pernafasan (lung infection).Jenazah akan dikebumikan di kampung halaman beliau di Nyalas 
Permai, Jasin, Melaka.


Al-Fatihah....Moga rohnya ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman...Amin


Gambar akhir arwah semasa di hospital  



24 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita artis

Selamat Pengantin Baru Buat Ally Iskandar Dan Farah Lee...

Friday, January 20, 2012 Mas Zull 18 Comments

SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum semua...
Selamat pengantin baru buat pengacara TV3 Ally Iskandar dengan pasangannya Farah Lee.Pasangan ini telah diijabkabulkan di Masjid Kristal Kuala Trengganu pagi tadi dengan 2 kali lafaz sah Ally menjadi suami kepada Farah Lee...Marilah kita mendoakan semoga perkahwinan pasangan Ally Iskandar dan Farah Lee ini berkekalan hingga hujung nyawa....




sama cantik sama padan...
                                             moga pasangan ini berbahagia hendaknya...

18 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita,

Kisah Cinta Anda Akan Di Kongsikan Di Kaca TV...

Friday, January 20, 2012 Mas Zull 24 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Di sini mama copy pastekan apa yang tercatat di blog blogger KAMIHIDUP dan pada sesiapa yang ingin mengetahui apa rancangan kisah cinta ini baca dengan teliti n3 di bawah dan pada yang ingin mencuba nasib untuk memasuki rancangan ini e-mailkan dan terus klik blog ini

KAMI ada satu hebahan tentang pencarian kisah cinta anda bersama pasangan anda yang akan dimasukkan ke dalam salah sebuah rancangan popular di Malaysia.

Anda akan di 'interview' tentang kisah cinta anda, dan kisah cinta anda mestilah menarik dan unik. KAMI tidak dapat memaklumkan nama rancangan atas dasar privacy, tapi kalau anda tahu, mesti ramai yang nak cuba.

Terbuka kepada semua pembaca, kedua dua pasangan akan di interview dan sanggup meluangkan masa untuk di interview. KAMI akan serahkan no contact anda terus kepada penerbit rancangan. Beliau akan menghubungi anda.

KàMI akan menjaga privacy contact anda dan tidak akan menyebarkannya. Sesiapa yang berminat boleh menghantarkan nama dan no contact ke email :

hidupkami@gmail.com

Mana tahu kisah cinta anda akan menjadi tontonan rakyat Malaysia ye dak? Anda boleh copy entri ini dan bantu KAMI mencari pasangan yang bertuah itu. Terbuka kepada semua pasangan, tidak kira yang bercouple, bertunang, ataupun bernikah, janji kisah cinta anda dan pasangan anda menarik dan unik.

Selamat mencuba.



24 000 jiran datang mendoakan mama:

kemalangan,

Terjumpa 2 Kemalangan Dalam 1 Hari...

Friday, January 20, 2012 Mas Zull 10 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua..
Mama dalam perjalanan pulang ke Johor semalam setelah 2 hari mengikut hubby out station dan dalam perjalanan itu mama terserempak dengan dua kemalangan membuatkan perjalanan
memakan masa sedikit sebab berlaku kesesakan lalu lintas... 


Kemalangan pertama itu berlaku di antara pukul 4 ptg di jalan lama menuju ke Rawang tak dapat mama nak membayangkan bagaimana kemalangan itu berlaku dan nasiblah tiada kemalangan jiwa yang berlaku hanya rempuhan lori treler yang membawa kereta Nissan Livina dengan lori treler yg membawa tiang-tiang batu....tapi tengok dari rempuhan tu macam teruk juga tapi tak tahu macam mana keadaan drivernya...


Di bawah ni mama letakkan gambar2 yang sempat mama ambil....  

                                                                        Di Rawang...





Di Lebuhraya Utara Selatan...Kemalangan kedua yang mama temui yang melibatkan lori dan dua buah kereta dan kemalangan ini berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran R&R Sungai Buluh....








p/s berhati-hati semasa memandu ingat orang tersayang yer...

10 000 jiran datang mendoakan mama:

segmen

Jom Berblogwalking

Thursday, January 19, 2012 Mas Zull 16 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...

Wah dah lama mama tak join segmen la ! terasa nak join la bila terpandang Ezad (Skytechxtreme.blogspot.com ) join segmen ni tadi bila mama pergi lawat blog die...terjah blog Diana tadi terpanggillah mama untuk menjoinkan diri...inilah segeman pertama mama dalam tahun 2012 ini......jom kekawan kita join segmen dari Diana ni kalau nak join klik sini...

16 000 jiran datang mendoakan mama:

sakit

Semoga Adik Soleh Cepat-cepat Sembuh Ye...

Thursday, January 19, 2012 Mas Zull 10 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Dalam mama BW tadi terbacalah n3 dari Lulu Caldina tentang kesakitan seorang adik yang 
menderita akibat penyakit yang dialaminya iaitu ketumbuhan di kepalanya.Sedih rasa di hati mama melihat dan membaca setiap n3 Nora ini.....keperitan seorang ibu apabila mendapati anaknya menghidapi ketumbuhan itu dan jika tidak dibedah adik Soleh hanya mampu bertahan 2 hingga ke 3 bulan saja di sini mama akan sentiasa mendoakan keselamatan Adik Muhammad Irsyad ini selamat menjalani pembedahan itu nanti.

Adik Soleh menderita kesakitan ini dan akan dibedah pada esok hari menurut kata-kata ibunya.Pada kengkawan mama harap dapatlah mendoakan kesejahteraan adik Soleh ini agar dia selamat menjalani pembedahan itu.Pada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut kisah adik Soleh ini klik sini

Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya dan hanya padaNYa tempat kita memohon agar memberikan kesembuhan pada adik Soleh ini...




hilang sudah gelak tawa seorang anak yang ceria ini...
                                                             FaceBook Ibu Soleh

10 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita lucu.lawak,

Lawak 2 # Tumpukan Perhatian Yer..

Thursday, January 19, 2012 Mas Zull 18 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...
Ada sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat.Mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan.

"Dalam bidang perubatan ada dua kualiti yang sangat penting untuk menjadi seorang doktor.
Pertama kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat,"ujur pensyarah tersebut.

Sebagai contoh, pensyarah tu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat kemudian menariknya semula dan menjilat jarinya tu.

"Sekarang,cuba kamu buat," kata pensyarah itu.

Selepas berpandangan sesama sendiri beberapa saat dengan wajah yang ngeri, barulah
pelajar-pelajar perubatan itu mengikut apa yang mereka lihat.Seseorang demi seorang 
memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya dengan perasaan jijik.

Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata,
"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam,seperti tadi saya hanya
memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk !! Sekarang tumpukan perhatian semuanya
faham !!!"

Pelajar-pelajar itu semuanya terkedu sambil membentulkan cermin mata tebal masing-masing
dan ada juga yang nak termuntah dan termuntah.

Walau dalam keadaan macam mana sekali pun tumpuan dan pemerhatian itu sangatlah penting kerana dengan setiap pemerhatian yang kuat itu kita akan tahu apa dan mengapa semuanya akan atau bakal terjadi.Setiap kerja itu harus dilakukan dengan tumpuan dan pemerhatian yang cukup agar kita akan beroleh kejayaan akhirnya.

Apa akan terjadi pada doktor-doktor di atas tadi jika mereka tersilap melakukan sesuatu pada
pesakit mereka pasti masalah yang besar akan timbulkan kerana sikap dan kurang tumpuan dalam pemerhatian kerja mereka.

18 000 jiran datang mendoakan mama: