JIRAN TETANGGA

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday # 22...Sedap Nyer....

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...


P/S terasa nak makan kek la....

Wordless Wednesday #21....Guest Book

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....


Selamat Hari Lahir Buat Blogger Terkenal Ini En.Ben Ashaari....

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum kengkawan semua....
N3 kedua untuk blogger yang menyambut hari lahir hari ini....Pada sesiapa yang tidak tahu hari ini adalah hari lahir blogger terkenal kita semua  En.Ben Ashaari... mama pun baru tahu tadi bila mama pi melawat blog beliau dan terbacalah mama akan n3 beliau semalam. En.Ben akan menyambut hari lahir beliau yang ke 35 tahun hari ini....N3 ini beliau menyelitkan gambar semasa beliau masih kecil dan pada sesiapa yang ingin tahu pi je lawat n3 En.Ben semalam....


Di sini mama ingin mendoakan agar En.Ben Ashaari sekeluarga sentiasa dibawah lindungan Allah,dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan semoga akan menjadi seorang ayah dan suami yang baik pada anak2 dan isteri beliau.Semoga beliau sentiasa selamat di dunia dan di akhirat nanti...Aminnn....



Tuesday, November 29, 2011

Selamat Hari Lahir .....

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua kengkawan mama...
Hari ini mama nak buat n3 buat blogger ni yang menyambut hari lahirnya hari ini kalau mama x blogwalking tadi mesti mama x tahu hari ini adalah hari lahir beliau...Buat blogger ini mama ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran beliau yang ke ??? sori yer Santri mama x tahu...Santri nama panggilan mama buat beliau mama kat sini ingin mengucapkan semoga panjang umur,murah rezeki ,sentiasa berjaya dalam apa jua yang dilakukan dan diinginkan dan akhir sekali semoga hidup bahagia disamping insan tersayang dan menjadi pasangan sehidup semati bersama2 selama2nya....


Pada kengkawan mama semua jom kita mendoakan agar Santri (Alumni Nurul Iman)berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya dan pada sesiapa yang belum menjadi follower beliau jomlah sekarang follow blog beliau kerana beliau adalah seorang blogger yang peramah,merendah diri dan menggunakan bahasa diri sebagai penulis saja....jom2 kita ke blog beliau sekarang dan bacalah n3 beliau tentang tarikh lahir beliau pada bulan November ni....



P/S sori yer santri mama x tahu la kirim salam ngan isteri yer....

Kanta Lekap Gaya Tersendiri....

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Kanta lekap(contect lens)adalah salah satu kegunaan yang kerap digunakan sekarang memang menarik bila kita dapat memakainya...sekarang ini ramai yang menggunakan kanta lekap ini....pada yang bekerja ataupun semasa keluar berjimba dihujung minggu pasti ada yang menggunakannya pada yang dah biasa tentu tidak ada masalah untuk memakainya tapi pada yang belum biasa pasti akan merasa sukar untuk memakainya....marilah kita ketahui segala2nya tentang kanta lekap ini dan mama ingin berkongsikan semua info ini pada kengkawan semua yang mana info ini mama dapati dari pembacaan mama dalam majalah wanita....


Pada sesiapa yang mempunyai masalah penglihatan kaca mata jalan penyelesaiannya yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah pada pemakaian kaca mata tapi agak merumitkan terutama pada mereka yang aktif dalam urusan seharian...dengan adanya kanta lekap ini masalah tersebut dapat kita atasi malah boleh juga bergaya dengan pelbagai corak dan warna kanta lekap itu...


Terdapat beberapa jenis kanta lekap,kanta lekap korektif (corrective contact),kanta lekap kosmetik (cosmetic contact) dan kanta lekap terapeutik (therapeutic contact).Kanta lekap korektif digunakan untuk mengatasi gangguan penglihatan seperti Myopia, Hypermetropia Astigmatism dan presbyopia.


Tip untuk memakai kanta lekap...
1 - Pastikan selalu membasuh tangan sebelum memakai kanta lekap.Bersihkan ia setiap kali selesai digunakan dan simpan di dalam tempatnya bersama larutan khususnya.
2 - Pemakaian kanta lekap dilakukan sebelum anda merias wajah dan jika menggunakan semburan rambut pastikan menutup mata terlebih dahulu atau menyembur sebelum memakai kanta lekap.
3 - Gunakan larutan khas untuk membersihkan kanta lekap berwarna dan jangan sekali memakai larutan dari bahan berasakan peroksida dan jangan menggosok kanta lekap tersebut kerana ini boleh menyebabkan warnanya rosak.
4 - Jangan sesekali menukar atau berkongsi kanta lekap dengan orang lain walaupun sekadar mahu mencuba untuk melihat kesesuaian dengan mata anda.
5 - Jika anda jenis yang sering memakai kanta lekap pastikan anda menggantikan larutan pada tempat menyimpan kanta lekap sekurang-kurangnya satu kali seminggu.
6 - Jangan memakai lensa kontak lebih dari 8 jam dalam sekali waktu bagi memastikan mata anda terhindar dari sebarang masalah atau jangkitan.
7 - Jika mata merah disebabkan iritasi,pandangan kabur dan sensitif terhadap cahaya biarkan mata berehat seketika atau anda boleh menggantikan kanta lekap dengan pemakaian kaca mata.
8 - Biasakan diri memeriksa keadaan kanta lekap bagi memastikan ia tidak mengalami sebarang kerosakan atau masalah lain yang boleh menyebabkan jangkitan pada mata.
9 - Jika kanta lekap terkena sabun atau cecair berulang kali dengan larutannya sehingga sisa sabun tersebut hilang.
10- Sekiranya ada benda asing yang memasuki mata anda cepat2lah tanggalkan kanta lekap itu dan gunakan kapas keluarkan benda asing itu.Bagi yang menggunakan ubat titis untuk jangkitan pada mata sebaiknya tanggalkan kanta lekap sebelum menitiskan ubat titis itu.



Monday, November 28, 2011

Hijrah Ku...

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua.....


Ya Allah..
Indah sungguh dunia ciptaan Mu
Semuanya bak sutera di dataran salju
Walau aku hanya manusia kerdil yang lemah
Manusia yang leka dari mengingati Mu
Leka dek amalan mengejar duniawi dari syurgawi
Lupa diri dari mengingati Mu
Aku alpa aku lemah tanpa senjata amalan diri
Hari ini ku ingin berhijrah menuju jalan Mu...
Tuhanku hanya pada Mu kuserahkan segalanya
Demi hari ini kuserahkan jiwa ragaku
Berhijrah menadah tangan memuji keagungan Mu
Hijrahkan diri ini dari segala yang membelenggu hati
Hijrahkan hatiku ke dunia baru Mu
Berikanlah aku cahaya bak sinar suria mentari
Suria menyinari hati dek hijrah ini....
Akanku hijrahkan hati ini menghadap Mu
Moga doaku dan hijrahku ini dipermudahkan
Doaku menuju ke arah keberkatan Mu selalu
Inilah hijrahku 1433.... 

Sunday, November 27, 2011

BBQ Bersama Keluarga....

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
Selepas majlis kenduri kawen selesai keesokkan harinya kami adik-beradik berkumpul di rumah mak mama dan mama menyediakan semua bahan-bahan untuk kami semua berBBQ....makan-makan begini adalah untuk mengucapkan ribuan terimakasih mama kat mereka semua yang telah bertungkus lumus menolong menjayakan majlis kawen anak mama tempuhari....kami adik beradik berkumpul sambil bersantai bersama2....


Semua bahan2 untuk BBQ itu kena disediakan dan mama seawal pagi telah ke pasar untuk mencari bahan2 untuk malam...di pasar kami mencari daging kambing menu utama untuk bbq pastu udang,sotong,kerang,ikan cencaru,ikan pari dan juga otak2...semua barang dan bahan2 tu mama hantar dahulu ke rumah mak dan mulalah operasi memerap daging kambing,sotong,udang dan ikan...semua telah disediakan dan hanya menunggu malam untuk operasi memanggang dan membakar pula...










Kenangan Peristiwa Pahit Semasa Maal Hijrah 15 Tahun Lepas....

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Sebelum melangkah ke tahun baru masihi esok mama kat sini ingin mengucapkan Selamat tahun baru 1433 Hijrah bersamaan dengan 27 Nov 2011 kepada kengkawan di alam maya ini...Marilah kita perbanyakkan membaca surah yassin dan berdoa agar segala-gala yang kita x dapat lakukn di tahun lepas akan dapat dilakukn di tahun yang akan datang ini dan akan sentiasa mendapat keberkataan dari Allah SWT....InsyaAllah...


Sebenarnya setiap tahun bila menyambut awal Muharram ini mama akan teringat satu peristiwa yang berlaku pada diri mama 15 tahun yang lepas....seingat mama pada hari tu mama dan family akan ke Port Dickson kerana mengikut hubby ke rumah kakaknya yang mengadakan kenduri doa selamat...kami sekeluarga bertolak dari Melaka pada jam 6 petang dan tidak sampai setengah jam dari rumah telah berlaku satu pelanggaran kereta yang dipandu oleh hubby mama ...


Kemalangan itu berlaku apabila kereta dari hadapan yang ingin memotong tidak berjaya dan kereta itu merempuh kereta yang berada di hadapan kereta mama....nasib baik hubby dapat mengelak dan memusingkan kereta ke bahagian kiri jalan tapi terlanggar juga bahagian kiri kereta di hadapan dan kereta dari belakang pula melanggar belakang kereta mama....sungguh mengerikan kemalangan tu kemalangan yang mengakibatkan 4 buah kereta....


Mama masa tu duduk di bahagian belakang bersama-sama anak sulung dan anak bongsu mama yang masih bayi lagi ...nasib baik hubby dan anak mama yang kedua yang duduk di hadapan tiada apa-apa yang berlaku hanya kecederaan kecil jer di bahagian tepi mata anak mama...mama pada masa tu tidak tahu yang diri sendiri dah tercedera kerana masa tu tak terasa apa-apa kesakitan pun tapi bila darah mula menitik di muka barulah mama tahu yang dahi mama dah tercedera masa tu....mama pun masih keliru sampai sekarang bagaimana mama boleh tercedera di dahi masa tu dan mama juga x tahu objek apa yang membuatkan dahi mama tercedera....nasiblah anak mama yang masih bayi tu tidak turut tercedera sama sebab semasa kejadian mama sememangnya sedang memegang anak mama tu....


Ramai yang datang menolong mama dan bayi mama masa tu dan mereka menelefon ambulan untuk membawa mama ke hospital tapi disebabkan mereka bimbang akan kecederaan mama ada seorang pemuda menawarkan diri untuk membawa mama dan family ke hospital menaiki kereta beliau....terimakasih mama ucapkan pada pemuda itu yang sanggup menolong mama dan family...di hospital mama telah dimasukkan ke wad kecemasan dan telah dijahit sebanyak 15 jahitan di dahi...hanya Allah saje yang tahu masa tu bagaimana kesakitan yang mama rasai dan hadapi semasa doktor menjahit dahi mama yang terluka itu.... malam tu terpaksalah mama bermalam di hospital...


Setahu mama kemalangan itu terjadi adalah kerana pemandu kereta seorang pemuda berbangsa cina yang ingin memotong tapi tidak berjaya dan dia baru saja mendapat lesen P...oleh itu pada sesiapa yang baru saja mendapatkan lesen baru janganlah memandu dengan berbahaya tapi pandulah kereta itu dengan berhemah dan berhati-hati sebab kemalangan ini tidak berbau...


Kemalangan itu akan sentiasa jadi ingatan mama setiap tahun bila menyambut Maal Hijrah ini dan ianya akan sentiasa menjadi kenangan di dalam hidup mama ini.Walaupun kejadian itu dah lama berlalu tapi tanda di dahi mama inilah yang makin menguatkan ingatan mama pada kejadian kemalangan itu dan tanda itulah yang akan kekal lekat di dahi mama ini selama-lamanya dan akan lekat menjadi kenangan walaupun ianya hanya tinggal kenangan....


bekas jahitan lama yang masih kelihatan di dahi mama...
  

Saturday, November 26, 2011

Majlis Persandingan....

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum kengkawan semua....
Hari ni mama nak updatekan n3 ketika majlis persandingan anak perempuan mama tempuhari...diharap kengkawan mama kat alam maya ini dapat mendoakan kebahagiaan anak perempuan mama ini yer dan moga jodoh mereka kekal hingga ke hujung nyawa mereka berdua....InsyaAllah Aminnn...










Friday, November 25, 2011

Majlis Pernikahan....

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
19 Nov (Pagi) - Hari ini sampailah hari yang ditunggu2kan gementar rasanya bila nak menerima menantu ni...terasa macam sekejap jer masa berlalu anak perempuan mama dah besar rupanya dan dah nak bernikah dan bakal menjadi seorang isteri pula....alhamdullilah semoga semuanya selamat dan mama akan sentiasa mendoakan kebahagiaan,kesejahteraan dan moga jodoh mereka berdua akan kekal hingga hujung nyawa....


Dalam menunggu masa untuk bernikah masih ada juga kejadian yang kelakar berlaku pada hari tu...sebenarnya tok kadi yang akan menikahkan anak mama masa tu masih belum sampai tapi kebetulan datang seorang tok kadi lain...ingatkan itu tok kadi ganti menggantikan tok kadi yang sebenarnya tapi rupa2nya tidak.... kami semua sudah bersedia sebenarnya dan bila tok kadi tu menyebut nama pengantin lelaki semua terkejut kerana tok kadi tu telah tersalah menyebut nama pengantin lelaki dan cek punyer cek rupa2nya bukan tok kadi tu yang akan menikahkan anak mama dan pasangannya....


Kebetulan pada hari tu ada 3 pasangan yang akan bernikah di masjid tu dan tok kadi tu pun satu hal bukan nak bertanya dulu terus jer duduk buka fail dan tanpa bertanya nama pengantin terus jer nak menikahkan anak mama dengan pasangannya...Tok kadi tu akhirnya berundur dan digantikan dengan tok kadi yang sebenar yang akan menikahkan anak mama...semua saudara mara mama tergelak dan tersenyum sebab perkara macam ni pun ada berlaku nasiblah tidak tersilap pasangan kalau tidak kes naya jerkan...





Persiapan Terakhir Di Dewan....

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum kengkawan.....
18 Nov - Melihat persiapan mak andam memasang pelamin di dewan...semua peralatannya telah dihantar dahulu dan proses pembikinannya bermula pada sebelah petang hingga ke larut malam....tapi mama dan semua hanya dapat bertahan sekejap jer kat dewan tu sebab semuanya kena berehat dan balik dahulu sebab akan bersiap awal untuk majlis akad nikah di sebelah pagi keesokkan harinya..


Kebetulan malam tu mama alegik lagi sebab tersilap makan ubat jadi muka n badan semuanya bengkak2 dan terpaksalah mama mencari klinik 24jam untuk dapatkan suntikan untuk melegakan kebengkakan itu....doktor yang merawat mama pun gelakkan sebab keesokkannya akan ada majlis perkawenan..... anak nak kawen tapi masih boleh alegik ubat jadi terpaksalah kena dapatkan suntikan tapi nasib baiklah keesokkan harinya bengkak dimuka mama susut kalau tak x tahulah macamanalah rupanya mak pengantin pada hari bersejarah tu....macam2 hal terjadi masa tu tapi nasiblah semuanya dapat diatasi dengan sempurna dan lancar....
pintu utama dewan persandingan

krew2 sedang menyiapkan pelamin dan meja hidangan

Thursday, November 24, 2011

Barang-Barang Hantaran Yang Dah Siap Di Gubah.....

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum ....
16 Nov - Pergi ke kedai pengantin mengambil gubahan hantaran yang sudah siap digubah....Kedua-dua belah pihak perempuan dan lelaki mama buatkan di tempat yang sama sebab senang.... pihak lelaki dari Klang agak jauh dan tak payah susah payah untuk membawa hantaran dari sana cuma bila mereka dah sampai sini hantar jer kat pihak lelaki.....

 hantaran dari pihak perempuan untuk lelaki

hantaran dari pihak lelaki untuk perempuan

Fitting Baju Pengantin

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...


15 Nov.....Pergi ke butik pengantin untuk fitting baju pengantin.... anak mama cuba cari baju yang sesuai dengan bentuk badannya yang sedikit berisi....cuba dan cuba akhirnya dapat juga apa yang diidamkan dan sesuai sangat dengan citarasanya.......anak mama memilih baju pengantinnya untuk persandingan yang berwarna hitam dan ada bunga berwarna gold dibahagian hadapan manakala dressnya pula berwarna putih....


 baju untuk persandingan

baju untuk acara potong kek

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday #20....Berinai

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....



Wordless Wednesday #19.....Shopping Barang Hantaran

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua....


Proses Pembungkusan Cenderahati....

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua kengkawan mama bersua semula kitakan......lama rasanya mama x update blog nikan masih terasa kepenatan dan keletihan selepas majlis kenduri kawen ni tapi x apa hari ini mama akan mulakan satu persatu n3 majlis perkawenan anak mama yer....terimakasih kengkawan mama yang singgah dan mengomen di blog mama ni yer nanti mama akan lawat balik yer....


Hari ini mama nak postkan saat proses pembungkusan cenderahati yang telah  dijalankan pada sebelum hari majlis tersebut....proses pembungkusan ini dilakukan oleh sedara2 sebelah mama dan mama mengucapkan ribuan terimakasih pada kakak adik dan kakak ipar mama yang sanggup datang menolong sampaikan cucu2 yang kecik2 tu pun nak menolong....dalam keadaan begini sedara2lah yang sanggup menolong mama dan family....Sori yer kengkawan n3 ni sepatutnya sebelum majlis lagi tapi x apa lah baru hari ini mama dpt postkan...nanti mama updatekan satu persatu acara majlis kawen anak mama tu yer...





Saturday, November 19, 2011

Jemputan Kawen Buat Semua Kengkawan Alam Maya....Sila Hadir Yer Kalau Sudi.......

SALAM 1 MALAYSIA
(Sticky Post)

Assalamualaikum semua...
Kat sini mama ingin menjemput semua kekawan yang mengenali mama kat
alam maya ini ke majlis perkahwinan anak perempuan kesayangan mama
pada 19.11.2011 (sabtu) jam 12.00 tgh - 5.00 ptg...
Diharap dengan kehadiranan kekawan semua dialu-alukan 
dan akan dapat menyerikan lagi majlis itu nanti...  
Pada yang berhampiran Johor Bahru silalah hadir yer... 
jangan segan2 datang yer dan perkenalkan diri pada mama nanti.... 
Ezad , Citra , Junko , En.Ben Ashaari , Gen2Merah
  Kancil8349 , Santri , CX'S , Kerana Lily (mimi)
Massaari , Iffah Afeefah , Lulu Caldina ,  SunahSukaSakura , Cik May
Cikgu Fad , Niena Pengembara Ilahi ,  Adza Irdawati (mak dara)
HasrulHassan , Mar (musicbrilliant )
Syafiq Ahadin , ZulFattah , Abghani ( bila Pahat Berbunyi )
Papa Hero a.k.a Lyo ( kakimotong ),KAMIHIDUP
Tia ( inikisah Tia) , Genk ( genkcorner )
Wardahalisya , Abg Mat Gebu ( Tiffin Biru)
   redteana  ,  Kakjee , Wardahalisya , Ujang
Zulfattah , Light Shadow , Mizztina , Soliciousstorynory (Soly)
Alumni Nurul Iman ( Santri ) ,Atuk , Fahmi (sireh Putih)
 ailylrozannaPinky Momma , Junko (duniajunko)
 Eddie Yustin ( borak kosong )
CeriteraLiyana
 
Pada yang masih tiada nama di atas dan mama tak tagkan harap mama mohon maaf yer kerana mama tak dpat menulis kesemuanya tapi mama berharap pada
semua agar dapat hadir ke majlis persandingan anak mama ni yer...kedatangan kekawan
amat2lah dihargai dan mama ucapkan ribuan terimakasih banyak2 dan mama mohon doakan 
semuanya akan berjalan dengan lancar dan sempurna...
pada sesiapa yang dapat hadir ke majlis mama nanti tolong memperkenalkan diri pada mama yer...
Terimakasih semua kengkawan mama....

Pada kengkawan yang nak hadir di atas ni terdapat plan ke tempat lokasinya...



Selamat Hari Lahir Buat Anak Perempuan Citra Zaireen Farisha....

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
n3 ni mama dah buatkan awal2 lagi memandangkan hari ni anak mama melangsungkan perkahwinannya jadi n3 ni mama autopublishkn untuk hari ni yer....Buat anak perempuan Citra mama ingin mengucapkan selamat hari lahir kepadanya dan kerana tarikhnya sama dengan tarikh persandingan anak perempuan mama hari ini...buat Zaireen Farisha selamat menyambut hari lahir yang ke 6tahun aunty mama doakan agar Zaireen Farisha menjadi seorang anak yang berguna,anak yang solehah kepada kedua2 ibubapa dan moga besar nanti akan berjaya di dalam hidup.....Amin...


Thursday, November 17, 2011

Telur Oh Telur....

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua..
Proses merebus telur akan dilakukn dan semuanya berjalan dengan lancar 2 biji periuk besar diperlukan dan segeralah kita memulakan operasi merebusnya ....150 biji mama jadikan ia telur pindang orang2 di Johor ni memang popular dengan telur pindangnya...sebenarnya proses membuat telur pindang ni amat2lah rumitnya jadi mama hanya membuatnya sedikit saja dan yang lain nyer mama merebusnya seperti biasa aja senang dan ringkas....kalau semuanya dibuatkan telur pindang alamatnya x siaplah nanti...


Satu periuk  untuk rebus telur biasa jer...

 telur pindang yang sedang direbus

p/s lepas ni proses membungkus pula....

Mencari Follower Bertuah ke 999 Dan Ke 1000....

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum kengkawan semua....
Berkesempatan di sini mama ingin mengucapkan ribuan terimakasih pada semua kengkawan yang sudi hadir ke blog mama dan meninggalkan komen-komen di n3 mama dan pada yang baru memollow blog mama terimakasih juga nanti mama akan jejak balik blog semua yer....buat masa ini mama tidak dapat membalas komen2 dari kengkawan tu dan tak dapat BW kerana mama terlalu sibuk menyiapkan perkara2 yang perlu untuk majlis anak mama nanti....bila ada masa yang terluang nanti mama akan melawat blog kengkawan balik yer....


Di sini mama ingin mencari follower bertuah di blog mama iaitu follower ke 999 dan ke 1000...pada yang memollow blog mama pada angka itu tolong tinggalkan jejak di komen n3 ini yer kerana mama akan menjejaki balik blog follower bertuah itu kerana ada sesuatu dari mama untuk follower tersebut nanti...jangan lupa yer tinggalkan jejak anda kerana buat masa ini mama terlalu sibuk dan tidak ada masa takut nanti mama ketinggalan mengenali blogger yg bertuah itu....buat masa ini semua n3 mama terpaksa mama autopublishkan jer....mama akan kembali normal menulis seperti biasa pada minggu hadapan dan mama akan pastikan n3 yang menarik akan menemui kengkawan seterusnya.....



Wednesday, November 16, 2011

Tuesday, November 15, 2011

Dua Tahun Menunggu Akhirnya Baru Sekarang Nak Timbul.....

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum kengkawan mama semua....


Kenapalah lama sangat nak memunculkan diri tu rasanya selama dua tahun mama dah tunggu baru sekarang kau menampakkan diri dan buktinya sekali....mama ingatkan dah mandul dah tak boleh menjadi-jadi tapi dek kerana rungutan mama selama ini agaknya....alhamdullilah dikurniakan juga pada mama akan hasilnya....mama harap hasilnya nanti akan dapat memuaskan hati semua orang dan hilanglah segala tanggapan buruk terhadapnya....sayang tanaman mama ni pokok pisang kesayangan....hehehehe....


Dengan pokok pisang pun mama dok bercakapkan tapi sebenarnya memang elok kalau kita dapat bercakap dengan tanaman2 yang kita tanam tu sekurang2nya dia dapat mendengar luahan tuannya ni yang nak sangat merasa akan buah pisangnya itu....hasil dari tanaman sendirilah katakn....InsyaAllah x lama lagi dapatlah mama merasa jantung dan buah pisangnya sekali....cepatlah keluarkan buahnya yer wahai pokok pisang kesayangan mama.....


Inilah pokok pisang kesayangan mama besar betul jantungnya
 pasti buahnya nanti pun besar juga...hehehehe....

Kebun mama dulu semasa pokok pisang tu baru mula2 ditanam...
gambar kecik tu lah pokok pisang ni....hasil tanaman jagung yg turut
dapat merasa akan hasilnya dulu....pokok pandan pun kecik lagi masa ni....

ni dia dah besar pokok pandannya...pokok pisang pun dah besar...
dah bersih kebun ni sbb baru lepas pekerja SWM memotong rumputnya....

Monday, November 14, 2011

Habis Satu Part....

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum kengkawan mama semua....
Betul2 penat hari ni kerana mama dok menyiapkan cenderahati buat para hadirin yang akan hadir di majlis perkahwinan itu nanti.....sehari suntuk dok menyiapkan 1000 bekas cenderahati....aduh barulah terasa leganya rasanya tapi hanya tinggal 10% lagi barulah dikira siap ada satu lagi benda yang belum dapat dimasukkan didalam bekas tu jadi bila dah siap nanti barulah boleh dikatakan 100% siap....hanya tinggal telur saja yang belum direbus dan dimasukkan kedalam bekas tu dan itu adalah part yang terakhir sekali.....mungkin proses merebus telur tu akan dilakukn pada hari Khamis ni.....InsyaAllah...


bekas cenderahati yang dibuat sendiri oleh bakal pengantin nyer...

Cerita Grandma

Cerita Grandma