JIRAN TETANGGA

Friday, September 30, 2011

Contest Blog Paling Colorful

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....
 Kali ini mama nak join contest plak...
jom kita menjoinkan diri dalam contest ni
Pada kekawan semua jom join contest blog paling colorful ni
dan sesiapa yang nak join contest ni
Mama nak tag kat blogger ini

Memberi Lebih Baik dari Menerima....

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Hari ini mama dok sibuk menjoinkan diri dalam segmen
yang kekawan rekomen kan dan dalam masa
blogwalking tadi mama terbaca n3 dari blogger ni
kalau nak tahu lebih lanjut
Kesian die sudah jatuh ditimpa tangga plak sedih mama baca
n3 dari kakjee ni 
Setelah kawannya(fija namanya) sakit anak beliau 
pula mengalami penyakit juga..Fija mengalami penyakit
kanser payudara tahap 4 manakala anaknya pula
mengalami penyakit jantung..
Pada sesiapa yang ingin membantu Fija
bolehlah membantu pada insan yang malang begini
segala bantuan dari anda semua amat2lah dihargai semoga
Allah saja yang dapat membalasnya.
"Memberi Itu Lebih Baik Dari menerima"
dibawah ni terdapat no akaun CIMB
PN.NOR FARIZA BT MOHD NOR
CIMB 01220015745524
Dermalah pada orang-orang yang amat memerlukan bantuan dari kita.
Jom marilah kita war-warkan pada semua blogger yang lain yer..
Selamat beramal yer kekawan semua...

Fija ketika rawatan kimoterapi

Anak beliau yang mengalami sakit jantung 

Petua Buat Semua...

SALAM 1MALAYSIA


Assalamualaikum...
  Hari ini mama nak bagi petua pada semua kekawan yer...
Petua orang lama-lama lakukan dan amalkan.
Kita ikutilah petuanya di bawah ini dan kalau suka
amalkanlah selalu ye...


1- UBAT SAKIT KEPALA
Cara tradisional untuk ubat sakit kepala ini 
ialah mendapatkan tiga helai daun sirih, 
tiga ulas bawang merah (jgn buang kulitnya),
satu sudu teh jintan manis,satu sudu besar cuka dan semangkuk air.
 Ramas semua bahan tadi di dalam air dan sapu di kepala.
InsyaAllah sakit kepala akan berkurangan.
Kalau tidak baik juga pergilah jumpa doktor segera.

Daun sirih

2- PEGAGA UNTUK AWET MUDA
Bagi yang mahu kekal muda amalkanlah petua ini.
Ambil daun pegaga yang segar,kisar bersama air hingga lumat.
Tapis dan ambil airnya kemudian 
masukkan sedikit gula dan sedia untuk diminum.
Amalkan yer mama pun amalkannya dan air pegaga ni pun sedap rasanya.

Daun pegaga

3- ATASI BAU BADAN
Masalah ini memang selalu dialami oleh semua 
orang dan memang memalukan.
Cara mengatasinya ialah dengan mengambil 
beberapa kuntum bunga cengkih
 dan rendam sehingga kembang kemudian 
minum airnya selama tiga hari berturut-turut.
Amalkan selalu hingga bau badan berkurangan.

cengkih

4- DAUN BELIMBING RAWAT DEMAM KUNING
Untuk mengatasi masalah demam kuning pada bayi yang baru lahir,
ambil daun belimbing yang berwarna kekuningan.
Rebus dan campurkan ke dalam air mandian bayi.
Amalkan setiap kali tibanya masa untuk memandikan bayi.
InsyaAllah kuning pada bayi akan berkurangan dan beransur pulih.
Itulah saja petua untuk hari ni nanti mama postkan
petua2 yang lain plak yer...

ini buah belimbing bukan daunnya

"Jown Join Bloglist Eyryn Bercerita"

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Satu lagi segmen bloglist jom join2 kan diri pada
yang suka yer...
mama tag dua2 orang anak mama ni...
Gadis dan Lynn

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER LAGI

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Jom kali ni kita join segmen tambah follower lagi 
kali ni mama nak join segmen dari
blogger yang cantik manis ni plak pada sesiapa yang nak menjoinkan diri

Jom Join Bloglist Lighta Shadowee

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Satu lagi segmen bloglist jom2 kita meriahkan segmen ni
kalau nak join terjah tekan sini
tarikh tutup pada 25 Nov 2011

mama tag 

Selamat bersegmen semua...

Keistimewaan Surah Al-Kautsar...


SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum..

SURAH AL KAUTSAR

                       Surah ini paling pendek, hanya  mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga.  Kolam sungai ini diperbuat daripada
batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih  putih daripada
susu
   dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi  iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita  amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan  berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika  sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah  dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir  itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita  akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya,  hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika
   menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya  sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak  bersalah
tetapi
   dizalimi.

Perkara yg baik  kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan

Kasut Pelengkap Perempuan....

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...
Hari ni marilah kita semua berkongsi info ini pula
  setelah membaca n3 ini pasti anda mungkin dapat
panduan yang berguna dan
 boleh dipraktikkan sampai bila-bila.
Hari ini n3 mama adalah tentang kaki dan kasut
      wanita plak...

Kasut adalah pelengkap utama dalam setiap orang,
tidak akan lengkap jika kita keluar kemana-mana tanpa kasut.
Penampilan kita pun akan kelihatan amat janggal
sekali dan untuk bergaya sekurang-kurangnya
kita haruslah memiliki lebih dari sepasang kasut.
Pastinya salah satu koleksi kita ialah kasut bertumit tinggi.

Kasut bertumit tinggi sering menjadi pilihan kerana ada yang beranggapan menyarungkannya membuatkan kamu kelihatan
lebih berkeyakinan dan berketerampilan.
Adakah kasut bertumit ini sesuai digayakan oleh semua orang??
Berapakah ketinggian kasut bertumit yang tidak memberikan kesan
 kepada kaki dan adakah ia sesuai dipakai pada setiap masa??
Penting bagi kamu untuk mengetahui tentang kasut yang sesuai
akan membuatkan kamu lebih selesa dan
mengurangkan risiko kepada penyakit sakit kaki.


Ketinggian kasut
1.Untuk mendapatkan tumit kaki daripada pecah
dan merekah tumit kasut yang paling ideal
adalah dua setengah hingga tiga inci.

2.Jika kamu memang berminat dengan kasut bertumit tinggi,
pastikan kamu tidak memakainya lebih daripada enam jam sehari.
Jadi pastikan kamu mempunyai simpanan selipar di kereta ataupun di pejabat.

3.Bagi kamu yang sentiasa banyak bergerak dinasihatkan
 tidak memakai kasut bertumit tinggi.
Selain memberikan kesan kepada buku lali,
pemakaian kasut bertumit tinggi secara kerap
 membuatkan seseorang itu mengalami sakit belakang.

Bentuk Kaki
1.Bentuk kaki antara yang menyukarkan kamu untuk memilih kasut.
Jadi sebelum membeli pastikan kamu mengetahui bentuk kaki kamu.

2.Kamu yang berkaki lebar perlu memilih kasut dengan depan yang lebar.

3.Ada yang mempunyai masalah gerbang kaki(arch)
tinggi dan disarankan agar tidak memakai kasut bertumit tinggi
 kerana ia akan memberikan kesan kepada tulang kita.

4.Jika kamu mempunyai kaki pengkar atau bengkok ke dalam,
pastikan kasut dipilih tidak memberikan kesan
kepada anggota badan lain dan
dapatkan nasihat pakar kasut sebelum memilih kasut.


Jenis kasut dan Fungsinya.
1.Kasut sandal tumit tinggi.
Kasut ini boleh dipakai tanpa mengira waktu.
Kegunaannya boleh dibezakan mengikut material yang digunakan.
Satin,sutera atau material polos dikategorikan
sebagai 'evening shoes',kulit dan PU untuk kegunaan harian.


2.Kasut bertutup (court shoes) 
Ia biasanya lebih sesuai digayakan untuk ke pejabat.
Selain kelihatan formal ia juga boleh menyerlahkan keyakinan pemakai.


3.Kasut tapak rata(flat) 
Kasut ini sesuai untuk bersantai dan ia sering menjadi pilihan remaja
kerana memudahkan pergerakan selain
mudah dipadankan dengan pelbagai jenis baju.


4.Ballerina,flat court shoes
Kasut jenis ini menyerlahkan keremajaan pemakai.
Ia juga tidak terlalu menyerlahkan kerana
rekaannya lebih ringkas dan sederhana.


5.Kasut baji (wedge)
Jika kamu banyak berjalan sesuai menyarungkan kasut ini.
Kasut ini tidak sesuai untuk dipakai ketika menghadiri majlis formal.
Ia juga selesa kerana mempunyai tumit penuh
yang boleh menampung berat badan anda.


6.Platform.
Kamu yang suka bertumit tinggi digalakkan mencuba kasut jenis ini.
Lapisan tambahan di bahagian hadapan kasut
 menjadikan ia lebih seimbang dengan ketinggian tumit kasut.
Jadi risiko untuk tergelincir amat kurang.
Kasut yang sesuai. 
1.Mungkin ada antara kamu yang gemar menggayakan kasut bertali.
Seelok-eloknya ketika memakai kasut bertali pastikan tiada satu pun
 jari yang terkeluar di antara tali terutama jari yang paling kecil.

2.Jika membeli kasut bertutup beli satu saiz lebih besar
daripada saiz yang selalu dipakai
atau cuba berjalan dahulu sebelum membeli.
Ini penting bagi kamu yang mempunyai kaki lebar
serta berisi kecuali jika kamu bersaiz biasa.

3.Tentukan saiz kasut kamu.
Lebar kaki akan meningkat seriring perubahan usia.
Jika kamu menggunakan saiz 6,
jangan sesekali menggunakan saiz lebih kecil atau
 lebih besar kerana ia memberikan kesan kepada kulit kaki sakit
 dan kesan lain kepada tubuh dalam jangka panjang.

4.Apabila mencuba kasut pastikan ada ruang
untuk jari-jari kaki kamu bergerak.

5.Pilih kasut yang lembut pada bahagian atas,
dibuat dari bahan yang mudah lentur
 agar sesuai dengan bentuk kaki.
Kulit lembut adalah pilihan terbaik kerana
ia tidak menyakitkan kaki.

6.Pilih tapak kasut yang tebal dan lembut daripada buatan yang baik.
Ia dapat mengurangkan tekanan semasa berjalan
 di atas permukaan yang keras.

Thursday, September 29, 2011

Memakai Cincin....

SALAM 1 MALAYSIA



 Assalamualaikum...
Nasihat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali KWJ sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad S.A.W. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di
jari manis dan jari kelingking dan janganlah memakai cincin itu pada jari
tengah dan telunjuk...

Nabi Muhammad S.A.W. melarang adalah kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum 
yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka
di zaman Nabi Lut a.s


     Perhatian...

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
Pada kekawan semua silalah nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara
anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam
kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah S.W.T nabi S.A.W.
memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah nabi S.A.W
senang je kita dapat pahalanya. 

  

 Jom lawat blog ni... klik kat sini

 


 

"Saya Nak Join Bloglist Panggil Aku Han"

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Marilah kekawan semua kita join segmen blogger ini
pada semua yang nak join  tekan sini
Buat pengetahuan Han mama baru jer jadi follower blog
 Han yang simple tapi cantik ini
dan mama ingin menjoinkan diri dalam segmen ini yer
Harap Han dapat menerima mama dalam bloglist Han ini yer....
Thanks yer...

Spontan Khamis.....Akhirnya Konvokesyen

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Anak mama yang kedua telah berjaya menamatkan pembelajarannya
terpulang padanya samada ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya...

Doraemon....Doraemon....

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Jom lihat kegemaran anak mama pada masa lapang
salah satu kegemarannya adalah membaca buku2 Doraemon 
dan majalah lawak kartun Ujang...
siap ada koleksi lagi pasti kekawan semua tahukan kedua2
watak kartun tu...
 Mama x kisah tentang kegemaran anak mama ini janji die
tidak melakukan perkara2 yang bukan2...
Mama tetap akan meyokong minat dan kegemaran beliau membaca 
buku2 Doraemon n majalah Ujang ni walaupun
terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli buku-buku itu
setiap bulan n minggu...


antara koleksi buku Doraemon nyer..

Wednesday, September 28, 2011

Jeragat Oh Jeragat....Susahnya Nak Hilang...

Salam 1Malaysia.
Assalamualaikum...
 Hari ini mama nak berkongsi bersama-sama
 kekawan semua tentang masalah JERAGAT!!!!
Kosmetik yang tidak sesuai boleh menyebabkan jeragat.
Apa yang kita tahu tentang jeragat???
Mungkin ada yang kurang ambil peduli tentang isu jeragat ini
tapi bila ia dah mula melekat dan ada kat muka kita
 barulah terasa nak tercari-cari cara apa yang boleh menghilangkan jeragat itu...

 Mama juga salah seorang yang dah mulai mengalami masalah ini 
oleh itu sebelum ianya melarat eloklah mama 
mula mengambil tindakan yang sewajarnya...
Belek punya belek muka kat cermin barulah nampak 
akan jeragat yang mula melebarkan sayapnya ke kulit muka mama ini...
Pencegahan awal lebih baik kerana
kalau jeragat dah mula ada kat muka susahlah nak menghilangkannya...


Oleh itu marilah kita kongsi bersama-sama 
langkah pencegahan yang perlu kita ambil seterusnya....
Sebenarnya kulit muka kita selalu terdedah kepada sinaran matahari.
Kerapkali selepas kita melakukan aktiviti luar kita lupa 
tentang penjagaan kulit muka kita itu menyebabkan 
ia menjadi punca masalah kulit wajah iaitu jeragat.
Selain itu juga penggunaan bahan kosmetik juga haruslah berhati-hati 
kerana produk yang tidak sesuai boleh juga menyebabkan masalah jeragat.
Jeragat boleh membuat kita merasa malu,
kurang keyakinan diri kerana kulit kita yang kelihatan gelap.

Jeragat adalah bintik hitam atau tompok hitam yang terdapat di bahagian muka.
Jeragat juga boleh tumbuh di bahagian leher dan celah ketiak kita.
Selain terdedah kepada sinaran matahari dan bahan-bahan kosmetik yang tidak sesuai,
faktor genetik dan ubat-ubatan perancang juga boleh menjadi puncanya.
Semua sumber maklumat ini mama dapat dalam satu majalah yang mama baca 
dan ingin mama kongsikan dengan kamu semua di sini,  
iaitu jenis-jenis jeragat dan cara pencegahannya.
Cegah dahulu sebelum ianya melarat menjadi satu masalah yang sukar diatasi.


JENIS-JENIS JERAGAT: 

1- Pigmentasi ialah tompok hitam yang mendatar
 di dalam lapisan kulit.
Masalah pigmentasi adalah seperti melasme,freckles 
atau solar lentigenes.

2- Biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses 
iaitu bintik hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh berkelompok,
actinic keratoses dan skin tag iaitu lebihan daging berwarna coklat 
atau hitam yang biasanya tumbuh pada leher,muka dan celah ketiak.




RAWATAN:
1-Masalah jeragat boleh dirawat sama ada dengan memakai ubat yang disapu 
di kawasan bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan.
Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat.
Masalah pigmentasi seperti melesme,krim daripada kombinasi hydroquinone,tretinoin,steroid,krim isotrenoin 
dan'chemical peeling'atau pengelupasan kimia.
Jika pigmentasinya terlalu tebal mungkin memerlukan
 rawatan fizikal untuk mendapat hasil yang lebih baik.


2-Bagi jeragat timbul seperti seborrhoeic keratoses,actinic keratoses 
dan skin tag rawatan fizikal adalah cara terbaik 
dan penggunaan krim tidak sesuai.
Seborrhoiec keratoses boleh dirawat dengan rawatan fizikal 
menggunakan electrocautery iaitu menggunakan alat cautery
 yang menghasilkan 'heat'(haba) yang berfungsi memusnahkan
 kelompok bintik hitam berkenaan,rawatan cryotherapy 
yang menggunakan cecair nitrogen atau rawatan pembedahan laser.




LANGKAH PENCEGAHAN:
Langkah-langkah pencegahan dan penjagaan yang perlu untuk melindungi jeragat ialah dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar.
Jauhilah cahaya matahari dari 9 pagi hingga
 4 petang bagi yang menghadapi masalah jeragat disebabkan oleh
pemakaian kosmetik yang tidak sesuai anda perlu 
berjumpa dengan doktor pakar kerana jika berterusan 
boleh memburukkan lagi keadaan dan alahan.
Bintik yang disyaki jeragat tetapi membesar,
bertukar warna atau berdarah perlu diperiksa oleh 
doktor bagi memastikan bahawa ia adalah jeragat atau kanser kulit.
Remaja dinasihatkan agar jangan menguntilnya atau
 melakukan sebarang perlakuan fizikal untuk 
membuang jeragat kerana boleh membawa kepada jangkitan kuman,
berdarah dan menjadi parut yang hodoh dan berkekalan.
Kamu perlu berhati-hati kerana masalah jeragat boleh menjadi kanser kulit.
Sebaiknya kamu perlu merujuk kepada doktor untuk mengenal pasti penyebab dan rawatan yang bersesuaian.


Ubat jeragat yang baru mama gunakan elok
 atau tidak masih dalam penggunaannya...


dapatkanlah set produk untuk menghilangkan jeragat.
Terdapat banyak jenama yang terlaris dipasaran.

jerawat atau white head??


Lakukanlah facial di pusat-pusat rawatan 
sekurang-kurangnya sebulan sekali agar kulit muka
sentiasa bersih dan segar.
Kalau tidak lakukan sendiri di rumah itu lebih
menjimatkan.

P/s Alhamdullilah ayahanda mama beransur pulih...

Wordless Wednesday.....

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...


p/s ke hospital ayahanda mama sakit

Lembab Betul Beruk Ni...

SALAM 1MALAYSIA
Assalamualaikum...
  Beruk ni lembab betul hari ini mungkin hujan jap 
tadi kot tu yang lembab semacam jer....
nak loading gambar nak tulis n3 pun susah...tension betul...arghhhhhh
rasa nak buang je beruk  ini memang patutlah orang panggil beruk....
Aduh apa hal lah macam-macam hal timbul....
  nak loading gambar pun x siap-siap asyiklah dok menunggu depan lappy ni
mata dah mula kelat-kelat ni
Tolonglah cepat loading aku dah mengantuk ni..!!!!!
Linenya jap ada jap hilangn boring betul mama... 
Kalau macam ni nak tambah speed yang laju pun was-was kang 
masalah yang sama pasti ada juga...
Tolonglah oh beruk  janganlah buat hal time ni aku nak cepat 
dah jauh malam ni mataku dah mula kecik
dan dah mula stim....
arghhhhhh mulut dah mula menguap mata dah mula mengantuk
mama nak out dulu mata dah mengantuk ....
esok jer lah sambung balik....
alamak esok terpaksa bawa ayahanda ke hospital....
pada kekawan mama yang datang n singgah
nanti mama lawat balik yer tinggalkan link kat shoutbox tu yer...
Okay....Bye

Broadbandku yang lembab hari ini

Tuesday, September 27, 2011

Jom Tambah Follower

SALAM 1 MALAYSIA




Assalamualaikum...
Jom mari kita join segmen Lulu ni yer pada sesiapa yang nak join
tekan sini dan kita boleh tambah follower nanti...

Menghirup Udara Segar Di Tengah Lautan...

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
  Sebenarnya dah lama n3 ni mama dah drafkan cuma 
x dipostkan jer sebab x perasaan masih ada draf yg x dipostkan 
lagi jadi hari ni mama siapkan juga n3 ni untuk
   tatapan kekawan mama semuanya...
 Jom mama nak mengajak semua jejalan melihat
keindahan Benua Penghujung Asia ni...


Nak tahu Pekan Penghujung Asia tu kat mana x?
 pada sesiapa yg berasal dari Johor mungkin dah tahu kot pekan ni...
Pekannya adalah Bandar Pontian dan itulah nama jolokannya....
 Kiranya macam pergi berkelahlah mama hari tu siap  
 bawa bekalan makanan tengahari sekali...  

   Chalet ni dahulunya biasa saja tapi sekarang telah diubah suaikan dan
 telah ditambah dan telah dicat dengan cat yang amat menarik sekali...
Biasanya pada hujung minggu dan masa cuti chalet ini akan penuh 
ditempah oleh pengunjung2 dari semua tempat 
termasuklah negara jiran "Singapura"..
Jom kita layan gambar2nya...

 Di hadapan pintu masuk ke Chalet Tanjung Piai..
siap dengan bekalan makanan tu...
 Pemandangan di hujung jeti 
ditengah laut nyaman sekali ditiup bayu laut...
Memancing di sini amat seronok sekali udaranya sejuk
dan nyaman...
 Pemandangan chalet yang telah di tambah 
dan diubahsuaikan
seronok sekali berada di sini... 
 Posing saja tiga dara pingitan ni....

Aktiviti yang seronok dan sempat 
dilakukan disana adalah memancing ikan
Anak dara ini saja je nak posing ngan batang pancing tu....
Menemani hubby memancing ikan kat tepi jeti,
saja mengacau hubby yang leka memancing
posing jap ya...hehehe...
Beredar mahu pulang, pada sesiapa yang teringin nak datang
ke sini dipersilakan yer Tanjung Piai adalah salah satu
tempat peranginan yang sesuai untuk pengunjung yang suka
berehat di tengah lautan...
Jumpa lagi yer...!!!!

Kasih Sayang Seekor Ibu...

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum....
Dalam blogwalking tadi mama terbaca satu n3 yang menyentuh hati mama
kalau nak tahu cerita2 menarik lawat ke blog blogger ini 
banyak cerita2 menarik terdapat di blog Borakkosong
Manusia pun x begini sikapnya sanggup anak sendiri dibuangkan manakala
  naluri keibuan seekor binatang pula sanggup mengadaikan nyawa
untuk menyelamatkan anaknya yang jatuh ke gaung...  
Jom kita tengok gambarnya...

Si ibu kelihatan gusar bila melihat anaknya terjatuh ke gaung

Si ibu sanggup terjun ke bawah untuk menyelamatkan anaknya

Akhirnya si ibu berjaya menyelamatkan anaknya

Kelihatan kasih sayang ibu pada anaknya terserlah
 apabila anaknya dapat diselamatkan


Monday, September 26, 2011

Segmen Kancil8349 :Pengalaman Semasa Perkhemahan Unit Beruniform

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Kali ini mari kita join segmen blogger ini plak
pada sesiapa yang ingin join 
Segmen ni mengingatkan kembali memori 
dulu2 semasa perkhemahan Pandu Puteri mama di sekolah.
Pada masa tu mama di dalam tingkatan 4 pada tahun berapa ek
mama lupa plak tahunnya sebab dah lama la...


Pada masa itu semua sekolah di daerah Muar menyertainya
mama mewakili sekolah mama iaitu Sekolah Menengah Dato Sri Amar Di Raja
untuk perkhemahan Pandu Puteri.
Perkhemahan itu diadakan di Padang Tanjung Muar selama 3hari 2 malam.
Kami semua dibekalkan dengan semua peralatan yang diperlukan
dan kami semua bermalam di sana beramai-ramai.


Pada hari pertama kami semua pelajar2 sibuk mendirikan khemah masing-masing
dan menyiapkan segala kelengkapan perkhemahan yang diperlukan.
Membuat tanda kawasan masing2,menyediakan dapur untuk memasak
menyediakan jadual untuk semua tugas dan setiap ahli ada tugasnya masing2.
Selama kami semua berada di sana bermacam-macam xtvt kami semua lakukan
acara jungle tracking, acara memasak dan yang paling mama ingat
adalah acara persembahan dari setiap sekolah.


Sekolah mama membuat satu persembahan drama pendek
iaitu drama bertajuk "Romeo N Juliet".
Watak Juliet dilakonkan oleh kawan mama dan mama pula melakonkan
watak sebagai Romeo...memang kelakar betul waktu tu
kerana drama yang dilakonkan oleh kami berjaya mendapat
tempat kedua x sangka plak mama drama spontan macam tu
berjaya mendapat tempat kedua.
Sememangnya masa itu amat seronok sekali dan ia akan sentiasa
menjadi kenangan manis buat diri mama untuk selama2nya.


Malunya mama tunjuk gambar lama2 ni...buruknyerrrrrr hehehe...
jangan gelak yer bila tengok tapi kalau nak gelak juga teruskan...



GRANDMA ON PAPER

GRANDMA ON PAPER