JIRAN TETANGGA

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak...

SALAM 1 MALAYSIA


Di sini mama ingin mengucapkan selamat berpuasa
kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia dan
juga di seluruh dunia juga tak lupa 
pada teman2 blogger semua..
Semoga kita semua di dalam kesihatan yang sihat agar
dpt menjalani ibadah puasa
ini dengan ketenangan, penuh kenikmatan
dan yang paling besar kita dapat menahan dari godaan dan dugaan nafsu kita...
semoga kita mendapat cahaya keimanan yg suci 
dan pahala yang berlipat kali ganda dari Allah 
sepanjang bulan Ramadhan ini...
Salam Ramadhan buat semua umat muslimin muslimat sekalian...
bersiap sedia untuk bangun sahur esok yer...
-AMIN-


Saturday, July 30, 2011

SEGMEN BEN ASHAARI NAK TENGOK GAMBAR....

SALAM 1 MALAYSIA




Wah...!!!En.Ben Ashaari kita adakan segmen lagi
jom2 kita join okay...
Kali ini entrynya bebas dan kalau boleh kena letak
gambar yang menarik jugak...

Kali ini mama nak cite disebalik gambar ni...
Sebenarnya secara spontan gambar ni 
diambil semasa kami semua nak keluar, 
pada hari lahir mama tempohari....
anak2 mama
  nak belanja makan pada hari tu...
Mula-mulanya kami memanglah x tahu
bahawa baju yang kami pakai semuanya
bercolor warna-warni yang terang2 belaka...
 Kami menuju ke Restoran Piza Hut masa tu
  dengan perasaan yang gembira,
tapi bila masuk je kat pintu Restoran Piza Hut tu
seorang pekerjanya telah membukakan pintunya lalu menjemput
kami semua masuk ke restoran tu sambil pekerja tu
memberitahu mama bahawa keluarga kami hari ni kelihatan sungguh
meriah kerana memakai baju yang bercolor warna-warni....
Barulah kami semua perasaan yang sebenarnya
 color baju yang kami pakai hari tu sebenarnya
berwarna-warni dan sebab tu lah ia telah
  menarik perhatian semua krew2 restoran piza hut tu...
Kami semua ketawa bila memikirkan tentang itu bila
menjadi perhatian pekerja2 kat restoran Piza Hut tu...
Dan dek kerana keramahan kami dan pekerja2 tu 
kami jugak diberitahu bahawa color baju kami semua macam color
lampu traffic light cuma yang x ada hanya color hijau saja
kalau x memang dah sama macam lampu traffic light...
Kami semua gelak dek kerana percakapan pekerja piza hut tu
hahaha...
kan dah kena kata mcm trffic light tapi x pe lah
dari situ kami sekeluarga dapat memakan piza yang diorder tu dengan hati 
yang sungguh gembira kerana lawak jenaka dari pekerja2 tu semua...
Sehingga kami hendak beredar pun masih ada lagi 
pekerja di kaunter tu yang menggiat kami  
 sekeluarga.... 
Itulah peristiwa yang mama rasa 
amat mengelikan hati kami sekeluarga....

Al-Fatihah Buat Ashraf Aleesa Farhana....

SALAM 1 MALAYSIA

Kesian mama bila baca dan dapat tahu berita mengenai 
Ashraf  yang dulu ada mama tulis entrynya
tentang permohonannya untuk
pertukaran jantina dari lelaki ke wanita tidak diluluskan oleh mahkamah...
Semua kat sini semestinya dah tahu akan berita tu semalam
 kerana beliau telah dimasukkan ke hospital semalam
kerana penyakit kemurungan setelah permohonannya ditolak baru2 ni...
Beliau meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi(ICU)
Hospital Sultanah Zahirah pada pukuk 5 pagi tadi...
Al-Fatihah dari mama buat keluarga Ashraf
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam 
golongan orang2 yang beriman....




Friday, July 29, 2011

Kesian Nyer Die Kecil2 Dah.....

SALAM 1 MALAYSIA


Bila mama jejalan(blog walking) tadi terjumpalah 
mama tentang kisah budak yang comel ni
 mama pun baca entry ni kat 
blogger ini jadi kat sini mama plak 
nak tulis dan kongsi bersama teman2 semua disini 
Kisahnya mengenai seorang budak kecil yang
hanya berusia 4 tahun telah
menghidap kanser payu dara...
Aleisha Hunter yang berasal dari Kanada ini
terpaksa menjalani pembedahan mastectomy iaitu pembedahan
untuk membuang payu daranya...
 Kalau nak tahu lebih lanjut sila 
Kesian Aleisha walaupun masih kecil lagi telah menghidap penyakit 
yang amat ditakuti oleh kaum wanita diseluruh dunia ini...
Buat kaum wanita ingatlah seringlah buat
check-up supaya segala penyakit yang kita ada dapat dikawal 
dan di berikan rawatan awal sebelum terlambat...
Penyakit ni sebenarnya datang tidak mengenal usia muda atau tua
bila die datang terpaksalah kita redha dengan ketentuanNya..

Inilah si comel tu Aleisha hunter

Kesian die kan masih kecil dah menjalani pembedahan


Harimau Malaya Tumpas...

SALAM 1 MALAYSIA


Frust betul tengok game bola semalam
entah apa-apalah pemain2 Singa semuanya bangang 
dan penuh dengan lakonan semata-mata
Dah lah si boyut tu main lagi la bengang 
penuh dengan aksi yang berlebih-lebih plak...
Harimau Malaya walaupun kamu semua kalah
ditangan Singa kami semua bangga kerana permainan kamu yang amat
bagus sekali dan u all bermain dengan penuh semangat kesukanan yang gitu...
Harimau Malaya u all semua anak jati Malaysia yang bermain dengan
begitu bersungguh2 bukannya macam pemain Singa tu semuanya adalah import...
(janganlah nak berlagak Singa pemain u all semuanya x ori )
Keputusannya Harimau Malaya x dapat menuju ke Piala Dunia 2014
 walaupun begitu perjalanan Harimau Malaya masih panjang lagi
masih boleh memantapkan lagi skil2 yang kurang n latihan
yang mantap dapat membantu Harimau Malaya pergi lebih jauh lagi...
Semoga semuanya lebih bermakna lagi di hari-hari yang mendatang
jangan mudah berputus asa wahai jaguh2 
Harimau Malaya kamu tetap menang di hati kami semua...
Rakyat Malaysia tetap menjadi penyokong2
Harimau Malaya Don't Give Up...


Thursday, July 28, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG...CEPAT !

SALAM 1 MALAYSIA 



Jom-jom join segmen baru En.Ben kita
kali ini En.Ben nak cari blog
dan ada hadiah jugak...
Entry mama kali ini tentang kucing sebenarnya kucing ni adalah
binatang yang sangat2 disayangi oleh Nabi kita
Nabi Muhammad S.A.W...jadi pada sesiapa yang takut dengan kucing
mulai sekarang sayangilah binatang kesayangan Nabi kita ini...
Jangka hayat kucing ini bergantung pada kehidupannya jugak
setahu mama jangka hayat kucing ini adalah antara 10 tahun hingga
ke 15 belas tahun jer...
Kucing yang dijaga dan disayangi manusia akan dpt hidup
hingga 15 tahun lamanya dan kucing yang hidup sendirian jangka hayatnya
hanya boleh bertahan sehingga 10 tahun jer...
Tapi kalau ada yang terlebih hidupnya tu dikira bonuslah untuk
dapat hidup lebih panjang lagi...


Keturunan Jawa Tapi Kat Surat Beranak Melayu....Kenapa Ek????

SALAM 1 MALAYSIA

Semalam mama baru terbaca satu artikal
tentang kisah beliau adalah anak jawa jati Johor...
Best jugak entry mizz semalam sebab die memang anak jawa sejati Johor...
 Syabas orang jawa jati Johor dari Batu Pahat ni  (Mizztina)
Sebenarnya mama pun anak jawa jati Johor 
sebelah mak keturunannya jawa dan sebelah abah plak keturunannya bugis
jadi kalau nak ikutkan mesti berketurunan ikut belah abah mama ( Bugis )
tapi kenapa dalam surat beranak mama tak pun tertulis keturunan
bapa mama tu (Bugis) tapi tertulis melayu jugak...
Pernah tak kita semua terfikirkan tentang kes ini...?
Jadi hari ni mama plak nak tanya pada semua  
  tentang keturunanan u all...
 Pada kekawan pernah tak tengok surat beranak 
u all semua...
ada tak tengok kat ruang keturunan bapa tu
tertulis keturunan apa ek???
  Cuba bagi tahu mama kat surat beranak u all semua
apa yang tertulis pada keturunan bapa u all semua... 
tulis apa ek?
Kalau melayu tu ada banyak type nape x tulis jer
melayu jawa atau sebaliknya kat surat beranak tu
wah confius betul...!!!!

Kat dalam surat beranak keturunan bapa



Wednesday, July 27, 2011

Lihat Gambar Di Bawah Apa Yang Peliknya....

SALAM 1 MALAYSIA

Entry mama pendek jer petang ni
cuba tengok gambar di bawah dan apa
yang peliknya....
Cuba bagi tahu yer...

Nampak x tulisan kat atas tu?


Ni dia mama besarkn tulisan tu sbb kat atas tu kecik



Kenapa Pagi2 Dah Ada Mesyuarat Tingkap Ni...!!!!!!!!!

SALAM 1 MALAYSIA

Selamat Pagi semua...
 Kenapa ek pagi-pagi lagi kaum ibu-ibu  
  dah dok bermesyuarat tingkap(mama x termasuk yer)...
Mama saja jer nak cerita kalau ada yang terasa mama
minta maaf dulu okay....
Adalah sorang ibu ni sibuk jer menceritakan cite2 perihal orang lain 
 Ada jer cite yang nak di citekannya,
 mengenai anak-anak sipolan tu dah nak kawen,  
tanya anak sipolan tu dah abis belajar ke belum,
tanyakan menu masakan apa hari ni,
mengata orang tu mengata orang ni...
bagi tahu husband die tak ada hari ni sebab gi out-station
hubby die naik gajilah,nak tukar kete barulah
hai macam2 lagi citenya.....
Hai...kak2 balik jer la x payah asyik nak dok cite hal orang ni
buat kering tekak n tambah dosa jer....
nak jaga tepi kain orang tepi kain sendiri dah tengok ker takut
dah ada yang terkoyak tu...
aduh sungguh n tak gemar mama ada orang yang macam ni...
  malas nak melayannya kalau dilayan makin menjadi-jadi...
baik mama dok kat rumah ni  buat apa yang patut  
dari dok buat dosa kering macam tu...
Kekadang terasa geram jugak mama pada ibu yang terlebih ni
dah lepas beli ikan n sayur tu 
balik jer la ke rumah, ni tak.. ada jer yang nak di bebelkan lagi...
Alahai mama ni plak yang merungut  
pi lantaklah die orang nak wat apa pun,
 janji mama tak termasuk dalam group tu k...
Dah nak bulan Ramadan ni kak...
x payah lah buat dosa kering lagi
bertaubatlah wahai insan2 terpilih....(perli tu)...


p/s..sediakan stok lauk awal2 dalam peti ais sebab malas nak layan
           mak joyah tu...               

 
Gambar hiasan jer yer x ada kena mengena dengan sesiapa
Mr. Goggle yang bagi....


Monday, July 25, 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU?

SALAM 1 MALAYSIA





Jom2 kita join segmen Ben Ashari 
kali ini pada sesiapa yang datang tolong komen
yang baik yer...
 Kritiklah apa-apa saja yang
 korang rasa kurang kat blog mama ni k..
Bagi tahu mama okay apa yang mama patut ubah n tambah
kat blog mama ni...
Bagi tahu mama kritikan yang membina je
jangan plak komen yang melampau tau...
Akhir sekali selamat mengkritik blog teman blogger yer...!!

p/s gunakan bahasa yg bersopan yer...


Katak yang Pelik....

SALAM 1MALAYSIA

Jom kekawan blogger kita kongsi satu info
 tentang katak
yang ganjil
yang jarang kita tahu dan lihat sebelum ini..
Kalau nak tahu lebih lanjut
nanti kita akan dapat melihat 
katak-katak yang pelik kat sini...
Semoga kita dapat pengetahuan dari 
info yang diberikan oleh penulis entry itu.
selamat berkongsi pengetahuan...


Abah Dan Becanya Dalam Kenangan....

SALAM 1 MALAYSIA


Selamat pagi semua...selamat pagi Malaysia
semoga kekawan semua ceria di awal pagi hari Isnin ini yer...
minggu depan semua umat islam akan mula berpuasa
alhamdullilah bertemu lagi kita dengan bulan 
Ramadhan Al-Mubarak yang penuh dengan
kebaikan dan kemulian ini..
Hari ini mama nak cite sikit tentang kenangan waktu remaja dulu...
tetiba plak teringat akan arwah abah mama dulu dengan becanya (mood sedih)
Mama teringat semasa mama berjaya mengayuh beca roda tiga dulu...
   Beca tu adalah kepunyaan abah mama dan
beca itulah punca mata pencarian abah mama dulu. 
Dan hasil dari
 mengayuh beca roda tiga itulah yang menyara kami anak-beranak...
Pengalaman membaca beca tu adalah pengalaman 
yang begitu berharga bagi mama 
dari situlah mama mengerti bagaimana rasanya susah dan senang
 ketika mengayuh beca roda tiga itu.
Membawa beca roda tiga ini tak lah sesuah mana pun,
sama macamana kita 
mengayuh basikal jugak tetapi mengayuh beca ni agak berat sedikit
pada bahagian kirinya.
Kalau ada orang yang menaikinya lagilah terasa berat
untuk mengayuh beca tu...
Bayangkanlah bagaimana seorang lelaki tua boleh berdaya
mengayuh beca tu dengan penumpang di atasnya...
Bila mama dah merasakan membawanya barulah mama
dapat tahu bagaimanalah, susahnya abah mama yang tua
dulu dapat mengayuhnya dengan penumpang yang berat ada di atasnya.
tanpa merasa penat pun...
Itulah harga diri seorang lelaki untuk mencari rezeki yang halal
sanggup bersusah-payah walau sesusah mana sekalipun
masih tetap dilakukannya...
Tapi mama terasa sedikit kesal kerana tidak dapat membalas segala jasa2
 abah mama kerana beliau telah pergi menemuai Ilahi semasa mama
masih lagi menunggu keputusan SPM.
Di Melaka pun masih ada ramai warga emas yang
mencari rezeki mereka dengan membawa pelancung2 disekitar
Bandar Melaka menaiki beca.
Bila terpandang warga emas di sekitar Bandar Melaka
mengayuh beca teringat mama akan abah mama dahulu.
Sayu rasa hati mama kalau terpandang suasana begitu 
mama lebih rela memberi wang pada mereka tanpa
menaiki beca itu.
Itulah kenangan yang amat bermakna sekali dalam hidup mama
kerana dapat belajar mengayuh beca dan juga belajar dari  pengalaman
hidup ini.
 Memori indah itu akan sentiasa melekat selama-lamanya diminda mama.
Al-Fatihah buat abah...

 Contoh beca abah


Sunday, July 24, 2011

Lulu Caldina Terjah Blog Saya

 SALAM 1 MALAYSIA



Hari minggulah hari yang di tunggu oleh sesiapa yang bekerja 
sebab hari inilah saja mereka dapat bersama dengan keluarga n anak-anak...
pada sesiapa yang tak ada aktiviti hari ni jom kita 
wat segmen ini...
Hari ini mari kita terjah segmen kat 
blogger yang cantik molek ini plak segmennya adalah
jom bersama-sama kita meramaikan follower dari segmen ini...

p/s mama pun seorang peminat Chelsea... :)

Saturday, July 23, 2011

Ya Allah Budak Laknat Sembelih Kucing...!!!!

SALAM 1 MALAYSIA

Ya Allah apa nak jadi dengan dunia ini
ada manusia yang sanggup memperlakukan 
binatang yang digelar "Kucing" sebegini rupa...
Semoga balasan yang budak laknat ini dapat lebih teruk 
 di akhirat nanti...
Mama baru jer terbaca kat blog blogger 
ini ni tadi
kalau rasa kuat semangat pi lah jengah yer...
Kalau kawan-kawan yang boleh tengok pergi je 
kat  sini yer
kesian kucing tu jadi bahan pemujaan syaitan laknat..
mama tak sanggup nak tengok sedih...

 ini bukan kucing nyer ye...
ini kucing kesayangan mama..

Friday, July 22, 2011

Potong...Potong Jangan Tak Potong Atlast......:)

SALAM 1 MALAYSIA


Mama ke Pontian ikut hubby hantar invoice tender sekolah2 
 ke Jabatan Pendidikan Pontian .
Bila dah settel semua kerje hubby we all pun gerak balik
dan dalam perjalanan balik ni adalah sebuah
kereta kancil mengikut kereta mama dari belakang..
Pemandunya memandu semacam jer
macam nak cepat gayanya...
angin jer hubby mama tadi sebab 
kereta tu mengikuti kereta mama terlalu dekat di belakang
tetiba adalah kereta dari arah hadapan memberikan
isyarat lampu kat kami ,
hubby mama bagi tahu mama mesti kat depan 
ada wat speed trap or roadblock polis...
jadi hubby mama terpaksalah mengikut aja lori yang 
berada di hadapan kete mama tu dengan slownya...
tahu2 jer la kalau ikut belakang bontot lori sudah semestinya slowkn...
kereta kancil yang ada kat belakang kete mama tadi 
 rupa-rupanya tak sabo2 nak memotong
sebab kete mama slow agaknya..
tiba je kat jalan yang lebar sikit hanya untuk lorong kete masuk
ke kanan kete kancil tu dengan bangganya memecut dengan laju
dan memotong kete mama n lori tu sekali...
yang sakit hatinya semasa die memotong tu siap
boleh toleh ke kiri menghala ke arah kami ..
berlagak betul rupanya sabo jer la....
tapi  yang syoknya tiba2 mama terpandang   
  kete kancil tadi telah ditahan oleh
pakcik2 polis yang buat speed trap kat depan tu...
kemungkinan ada polis yang nampak kot 
 kete kancil itu memotong tadi...
 mama hanya memandang pemandu tu seperti mana die buat  
kat we all masa memotong kereta mama tadi...
ahhh kan dah kena sape suruh memotong ditempat yang salah,
 kan dah kena saman begitulah jadinya
  pada orang2 yang kurang berhati2 dijalanraya dan tidak
sabar semasa memandu kete....
oleh itu berhati-hatilah dijalan raya k..

Gambar hiasan jer..


Thursday, July 21, 2011

Traffic Light V Undang-Undang.....

SALAM 1 MALAYSIA

 Cuba kita bayangkan kalau negara kita x ada undang-undang
apa akan jadi agaknya kn?
mama dok terfikir masa dalam kete tadi bila
keadaan dijalanraya jadi tunggang-langang dek  
hanya kerana traffic lightnya yang rosak...
 Cuba fikirkan betul2,tu baru traffic light jer
  yang rosak keadaan dah jadi macam hilang kawalan...
Masing2 sibuk nak jalan dulu,hinggakan keadaan jadi x terkawal jadinya
bila mama dah dapat melepasi keadaan begitu tadi terasa
begitu melegakan,begitulah agaknya keadaan bagi orang2 yang
melepasi masalah undang2 atau lari dari undang2
bila mereka telah melakukan kesalahan...
Keadaan macam tu akan jadi lebih teruk lagi
agaknya kalau semua traffic ligat kat Malaysia ni jem...
aduh parah agaknya...
manusia dah x boleh nak ikut undang-undang lagi dah
ikut kata hati sendiri jer la jawabnya...
Marilah kita semua dok renung2kan akan segala
masalah yang akan berlaku jika manuasia tak 
mengikut undang-undang yang sedia ada.



BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER !

SALAM 1 MALAYSIA




Hari ini jom kita join segmen Ben Ashaari
kalau ada blogger yang baru jom join
untuk promosikan blog kita...
mama pun baru juga...
Ini adalah satu segmen yang Ben Ashari adakan buat
blogger yang baru..
jom join k...nak tahu lebih lanjut klik kat sini
Kita sebagai blogger baru kat alam maya ni 
haruslah join segmen begini barulah blog kita akan ada
ramai follower atau lebih senang kekawan kat alam maya ni...
mama harap dengan join segmen Ben ni bolehlah nanti
ramai yang akan jenguk blog mama yang tak seberapa ni...
Yer la mamakan baru dalam dunia blogging ni tapi
bukan apa kekawan kat alam maya ini pun boleh meningkatkan
ilmu pengetahuan kita selain kita dapat mengetahui
kisah2 yang x pernah kita tahu atau
 pun berkongsi kesedihan n kegembiraan bersama-sama juga...
pengetahuan dari kawan2 yang baru..
Jomlah kita join segmen ini dan  jadilah follower mama
dan sesamalah kita meneruskan menjadi kawan
dan mama akan tetap meneruskan menulis apa yang
mama rasa suka-duka,sedih,gembira 
dan semuanyalah di blog mama ni..
Itulah mama yang baru dalam dunia blogging ini dan mama
berharap semua dapat menyokong mama dialam maya ini
marilah kita sama-sama 
membantu antara satu sama lain...
Jom lawat blog mama dan jadilah follower mama k...
Thanks u all...



Lelaki Tukar Wanita Apa Nak Jadi Men Or Women....!!!

SALAM 1 MALAYSIA

 Mahkamah dah memutuskan tidak membenarkan 
MOHD ASHRAFF HAFIZ ABDUL AZIZ
menukarkan statusnya dari lelaki ke perempuannya..
kononnya masalah terjadi apabila dia menggunakan status 
asal untuk memohon kemasukannya ke Universiti ditolak...
 Beliau memohon menggunakan nama dan statusnya
ALEESA FARHANA (nama perempuannya)
didalam kad pengenalannya...
namun semua itu tidak akan menjadi kenyataan 
kerana permohonannya
untuk menukar nama dan status jantinanya
terpaksa ditolak...
 Pertukaran jantina dari lelaki ke perempuan
dan sebaliknya adalah haram disegi agama Islam...

Gambar beliau setelah pertukaran jantina


Wednesday, July 20, 2011

Arggggggrrrrrrr!!!!!!!!!!! Bengang....Bengang!!!!!!!!!

SALAM 1 MALAYSIA 



Pagi-pagi jer dah buat mama angin hari ni...
Mama pergi Majlis Perbandaran Johor bahru
pagi tadi atas sebab urusan peribadi la..
Parking kat situ penuh pusing2 dah 
berkali pusing masih x de parking...
jadi mama berhenti tepi sambil tunggu kalau2 ada someboday yang akan kuar
memang nasib mama baik ada seorang pakcik nak kuar dari park tu
mama kira mama nak parklah kete kat situ
bila pakcik tu dah kuar 
boleh plak seorang mamat ni terus jer masuk
tempat parking tu dengan selambanya...
apa lagi anginlah satu badan mama..
menyirapnya darah mama tadi
mama bunyikan hon pada dia, die boleh dengan muka x bersalah 
dan selamba die kuar dari kete terus je blah...
kurang ajar betul manusia yang macam ni
x kira orang ada ke x main bohhh jer....
die ingat mama perempuan boleh je suka2 wat macam tu....
argggggrrrrrrrrrr!!!!!!!dah lah kepala mama memang tengah bengang
lagilah bertambah2 bengangnya....
 bengang n sakit hati betul manusia yang mcm ni
kat muka bumi Allah...
pada blogger2 janganlah berkelakuan macam mamat bodoh tadi
buat orang menyampah n menyumpah die jer...


Teruja Sangat Sebab Ben Ashaari.....

SALAM 1 MALAYSIA


Hari ini mama happy sesangat coz mama tak sangka betul
blogger terkenal n famous macam
sudi jadi follower mama yang ke 238 di alam maya ini.
Memang2 tak percaya mama bila terlihat gambar
 Ben Ashaari kat kotak follower mama
semalam....
Wah!!!! betul ke blogger terkenal ni ????
Ya betul la... mama rasa begitu teruja sangat
 sebab Ben Ashaari seorang blogger
terkenal ni sanggup nak jadi follower kat blog mama
yang tak seberapa dan serba kekurangan ini...
Terimakasih buat Ben Ashaari 
mama ucapkan semoga Ben Ashaari 
jadi seorang blogger yang istimewa
dikalangan blogger2 di Malaysia ini.
Semoga hasil penulisan Ben akan sentiasa jadi sebutan 
dikalangan blogger-blogger semua dan makin ramai followernya yer...



Tuesday, July 19, 2011

Layan 4 Movie Sekali Gus....Percaya Or Tak?????

SALAM 1 MALAYSIA


Semalam mama dan family menonton wayang gambar (movie)
sapa sangkakan mama n the gang menonton filem
sampai 4 movie sekali gus...
ada sesiapa yang pernah buat x?
 biasanya kalau nak menonton wayang
tu sekali masuk dah cukup
kuar nanti rasa dah macam lama bebenor dok kat dalam panggung tu.. 
tapi mama sekeluarga rasanya sekali x cukup kot
jadi kite orang tonton 4 movie sekali gus
maksudnya lepas abis satu filem
tonton plak yang seterusnya..
aja le memang buat kerja giler ni...
tapi sebenarnya mama rasakan lebih baik macam tu
cepat-cepat tonton dan habiskan jadi bila  anak-anak
dok cite pasal cite filem tu filem ni,
x lah mama macam orang yang
tercanguk2 sbb x tahu  jalan citenya....
ada masa terluang apa lagi tonton movie la kebetulan
minggu ni nak langsaikan hutang ganti pose jadi  amik
kesempatan  la...
Nak tahu cite movie apa yang mama tonton semalam
mula-mula mama n the gang tonton


''3,2,1 CINTA...''
best jugak jalan citenya mengisahkan budak perempuan
tomboy yang ingin mencari seorang kekasih hati
dan bermacam-macam cara dilakukan untuk memikat si teruna ni...
pelakon lelakinya Farid Kamil,Pieare Andre dan pelakon pompuannya
alamak lupa plak namanya...
x payah lah mama nak citekan just bagitahu sikit2 jer okaykan...
Filem kedua selepas tu adalah filem


"SEKALI LAGI"
Jalan cite ni pun best pelakonnya juga best
Lisa Surihani dan Shaheizy Sam
cite ni sedih sikitlah
sebab watak dalam filem ni iaitu "Arman"
berubah jadi budak kecil berusia dalam 5 atau 6 tahun disebabkan
 pembedahan tumur di otak yang dilakukan
 Kemudian dia berjumpa dengan anaknya...
rasanya ada yang dah tonton filem ni jadi pada
sesiapa yang x tahu gi lah tonton filem ni yer 
kalau nak tahu jalan citenya
yang sebenarnya...

Filem ketiga ialah filem yang menjadi kegilaan remaja
iaitu cite...

"NUR KASIH"
Cite ni lagi sedih sebab citenya yang berkisar tentang agama,
cinta,kekeluargaan,kematian semuanya ada lah
jadi sesiapa yang dah tonton mesti dah tahu jalan citenya
sebab filem ni adalah penyambung dari drama yang disiarkan
di televisyen...
pelakonnya Tiz Zakiah,Fizz Fairuz,Remy Ishak dan ramai lagi...
Semua orang mesti dah tahukan bila sebut jer title filem ni...
memang sedih dan menyayat hati pada sesiapa
yang menontonnya...
Berkisah tentang Nur Aminah yang berkahwin dengan Adam
dan mengalami berbagai-bagai dugaan di dalam hidup
keluarga die orang...
jadi pada yang belum tengok pi lah tonton cite ni best punyer...




 "RAPUNZEL"
And last cite we all tonton adalah cite carton
best jugak sekali-sekala tonton cite carton ni enjoy betul..
jalan citenya macam biasa sesiapa yang dah tahu
jalan cite rapunzel mesti dah tahu macamanakan..
cite tentang puteri raja yang dilarikan oleh ahli sihir
ketika kecil...
ahli sihir tu membela puteri tu sehingga dewasa
dan diletakan dimenara yang amat tinggi
puteri tu mempunyai kuasa sakti dirambutnya yang amat panjang....
kalau nak tahu lagi pi dowload kat internet n tonton k...

Sebenarnya mama bukannya menonton di pawagam cuma
 kami semua menonton filem tu di rumah jer...  
Anak-anak yang downloadkan filem tu dari internet dan bila ada
kelapangan mama n the gang akan menontonnya bersama2...
Sebenarnya hubby mama x suka menonton di pawagam
jadi begini jerlah caranya mama n anak2 dapat menonton
filem2 yang baru...
Sedihkan x boleh tonton di pawagam tapi mama x kisah pun 
sebab dah tahu perangai hubby tu macam mana...

Okay nanti kita  jumpa lagi sbb banyak lagi
cite yang mama nak bagitahu
 semuanya dah didowloadkan tapi x tonton lagi..
Jumpa lagi Bye...



DUIT TABUNG