JIRAN TETANGGA

Thursday, June 30, 2011

Hari Ini Internet Lembab Giler....Frust betul!!!!!!

SALAM 1 MAlAYSIA


Aduhhhh apa hal lah ari ni internet lembab betul....
mungkin disebabkan hujan ni ker? ntah la
bosan giler nak tulis entry pun x boleh
nak tunggu die loading pun sikit punyer lama
ni kan nak tulis entry...
Bosan2 ari ni dok layan tv je cerita korea...
kat channel astro 393.
Berkemas rumah dulu seperti biasa,
biasalah housewife buat kerja2 rumah jer la...
harap2 esok internet ni dah ok bolehlah
dok melepak2 kat depan lappy ni jadi
esok kita mulakan dengan entry baru dan bulan yang baru jugak...
bulan Julai muncul kembali...
sekejap je masa berlalu dengan begitu pantas sekali
semoga semuanya berjalan dengan lancar..
okay esok kita jumpa lagi yer dengan entry yg baru
Bye2 semua...

Tuesday, June 28, 2011

Sedapnya Dapat Makan Ais Krim Vanetta ni....Apa Lagi Jom Bedal La....Nyummmmmm

SALAM 1 MALAYSIA




Short je entry petang ni sebab nak layan makan ais krim 
dengan my angel...kalau nak join jom lah....
Mari-Mari kita makan ais krim Venetta petang2 cam ni...
best nyer dapat makan ais krim Vanetta ni sedap giler weiiii....
Nape x caya kalau tak caya beli sendiri 
pas tu rasalah mesti best punyer...
Baik Punyerrrr!!!!(Ikon Dafi)
 Jom Layan..!!!!!Nyummmmmmmmm



Segmen:Let's Learn From The Best

SALAM 1 MALAYSIA



Jom  marilah kita join segmen ini 
yang penuh dengan segala panduan dan sunah-sunah dari 
Rasulullah S.A.W Junjungan besar kita...
 Segmen ini telah dianjurkan oleh
blog The Garden Of  Love 
Marilah kita join bersama-sama okay...
Hadis saya yang akan saya postkan disini adalah
*
*
" KEBURUKAN SOMBONG"
*
*
 Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan masuk Syurga orang yang ada kesombongan
sebesar biji sawi dalam hatinya dan
ada tiga perkara yang menyebabkan binasa iaitu
terlalu bakhil,mempertaruhkan hawa nafsu dan menyombongkan diri."
*
*  
Apa yang dapat kita fahami dari hadis ini 
adalah janganlah kita hidup di dunia ini
berbekalkan kesombongan.
Sombong itu boleh menghilangkan keutamaan 
dan bahkan dapat membawakepada kehinaan,
akibat tidak mahu mendengarkan akan 
nasihat ataupun menerima teguran.
Segala kesombongan itu tidak akan kekal kekuasaannya 
ianya akan hilang dek kerana
kesombongan itu sendiri.
Tidak akan dapat mencium bau syurga bagi orang yang 
mengamalkan kesombongannya hanya 
hidup bertemankan hawa nafsu yang 
membinasakan diri mereka.
Oleh itu janganlah kita hidup di dunia ini 
mengamalkan sikap sombong bongkak 
ini semua hanyalah hasutan dari syaitan
 yang ingin menyesatkan kita 
dari mengikut pada jalan yang diredai oleh ALLAH.
Renung-renungkan dan selamat beramal....


Monday, June 27, 2011

Sekolah Memandu Dulu Dan Sekarang....Banyak Perbezaannya Tapi Cara Belajar Bawa Kete On the Road And Parking Tetap Sama.....

SALAM 1 MALAYSIA


Kenapa plak tetiba kuar idea nak tulis bab sekolah memandu 
atau dalam kata orang putihnya "Driving School" ni...
ntahlah mungkin hari ni ternampak banyak sangat orang belajar bawa kereta
n test memandu kot...
Biasalah kat tempat saya ni memang tempat orang belajar memandu 
dan tempat laluan die orang test dengan JPJ...
Jadi setiap hari Isnin n Rabu memang ramai bebudak,orang dewasa pun ada 
dah berumur pun ada jugak yang baru nak belajar bawa kereta..
x kisahlah tu biarkanlah die orang
janji boleh dapat lesen daripada bawa moto n kete tanpa lesen
 kene saman lagi susahkan....
Banyak jugak perbezaannya belajar memandu sekarang 
dengan dahulu (teringat masa belajar memandu dulu seksa jugak la)
Dulu nak amik lesen L kena dalam manual
kene tandakan jawapan yang betul macam ambil peperiksaan
kat sekolah...
Terpaksa menunggu lama,nak tahu samaada kita lulus ke tidak
sebab JPJ terpaksa tandakan jawapannya satu persatu..
Kalau dapat tahu lulus gembiralah tapi yang tidak pasti balik
dengan perasaan kecewa...
Tapi nasib saya baik, sekali je amik test dah lulus...
Sekarang lagilah senang guna komputer je x payah susah-susah 
tandakan jawapan cuma klik kat komputer tu...
dulu nak kena sediakan pensil,pemadam kalau x susah...
Dulu sekolah memandu agak jauh dari tempat kita nak buat ujian
baik ujian lesen L mahupun ujian memandu...
Kerana dahulu pihak JPJ menyediakan tempat ujian mereka sendiri
tapi sekarang banyak sekolah memandu telah menyediakan tapak ujian
di Pusat Memandu itu sendiri dan pihak JPJ hanya di jemput hadir pada
hari ujian memandu tersebut.
Sekarang semuanya akan mencari sekolah memandu yang 
berdekatan dengan rumah dan kos belajar yang murah.
Semuanya mahu yang senang, mudah dan murah.
Dulu saya terpaksa duduk dari pagi hingga ke petang berada 
di Jabatan Pengangkutan Jalan tu menunggu turn kita dan bila
kita dah berjaya dalam ujian tu semuanya terpaksalah menunggu kawan2
yang lain habis baru boleh balik sama-sama 
sebabnya sekolah memandu tu jauh dari JPJ letaknya
di Bandar Baru Bangi dan bila membuat ujian memandunya pula 
 terpaksa pula ke Petaling Jaya Selangor, bayangkanlah berapa jauhnya...
 Sekolah memandu sekarang bagus dapat menyediakan kereta Kancil
atau kereta Viva untuk test memandu tapi dulu 
bermacam2 jenis kereta ada untuk test
yang paling saya ingat adalah kereta "Toyota Datsun" 
kerana semasa ujian memandu kereta itulah yang saya gunakan untuk test...
agak menyeksakan terpaksa gunakan kereta jenis lama2 ni macam2 ragam...
Ada yang signalnya rosak terpaksalah guna tangan,cluthnya tak boleh masuk,
hand break terpaksa kena tarik tinggi kalau x kete mesti berjalan sendiri apa nak buat begitulah kisahnya....
Apa-apa pun okaylah tu sebab lulus dan dapat
jugak lesen memandunya walaupun test terpaksa menggunakan 
kereta lama2 ni...Lesen saya pun dah 18 tahun lamanya 
dah pro pun bawa kete sekarang (cewahhh perasan plak)
pro-pro jugak bawa kete kena berhati-hati kang ada dok sondol
bontot kete orang plak...
mari kita lihat gambo kat bawah ni...

 Kereta Viva digunakan untuk belajar dan ujian memandu sekarang



Kancil
 pun digunakan masa ujian memandu sekarang


 Kereta Datsun macam ni lah masa saya kena ujian memandu dulu...
kereta ni pun cantik masa ujian dulu lagi teruk dari ini
  

 Lesen memandu saya yang dah berusia 18 tahun lamanya
mula tahun 1993 hingga sekarang
Gambo tu yang tak menahannya muka masa muda2 dulu

 
masih dalam tempohnya lagi


Sunday, June 26, 2011

Kenduri Kawin Kawan Along....(Fahmi & Fahimah)

SALAM 1 MALAYSIA


Story hari ni short je kerana sibuk nak 
ke majlis kenduri kawin...
Kami sekeluarga pergi ke majlis kenduri kawin 
'FAHMI DAN FAHIMAH"
di Bandar Baru Kangkar Pulai,Skudai.
Majlis kenduri kawin ini sebenarnya belah pihak lelaki
 kiranya majlis bertandanglah ni...
Pengantin lelakinya adalah kawan sekelas anak perempuan saya 
semasa mereka belajar di Politeknik Melimau dulu..
Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin
semoga jodoh kamu berdua kekal hingga hujung nyawa yer...
Mari kita lihat gambar di majlis tu tadi... 

 Dah nak balik siap bawa balik buahtangan lagi...

 Inilah pengantinnya

Baru lepas makan perut pun dah kenyang ...

My angel along,adik n caney

 Adik ngan kak anna (kawan along)sebelah tu tunangnya

 Pasangan pengantin makan beradap bersama family

Bergambar dengan pengantin
Ain n Anna





Thursday, June 23, 2011

Laksamana Cheng Ho kembali ke Malaysia.....

SALAM 1 MALAYSIA




Berita tergempar Laksamana Cheng Ho datang ke Malaysia....
ini yang buat saya teruja sangat nak tengok macamana lah rupanya
Laksamana Cheng Ho yang memang terkenal sejak zaman dulu lagi zaman
kesultanan raja Melaka hinggalah sampai sekarang 
masih teringat-ingat lagi sejarahnya...
Kalau nak tahu marilah ikut saya melawat 
"LAKSAMANA CHENG HO"
yang sedang melawat Malaysia sekarang....
Mari kita tengok.....


Ini dia Laksamana Cheng Ho dengan Maharaja China
Hahaha...(acah je)

Laksamana Cheng Ho di Malaysia ...
sebenarnya inilah pameran pengembaraan Laksamana Cheng Ho 
yang diadakan di Sutera Mall Jay Bee...
teruja dapat tengok semuanya, asal-usul Laksamana Cheng Ho
dan keturunannya...

Permainan yang ada di dalam kapal Laksamana Cheng Ho

 Mahjung pun ada


Replika Loceng Laksamana Cheng Ho

 Anak-anak Laksamana Cheng Ho
atau Puteri Hang Li Po....

replika kapal di lautan pedagang-pedagang china belayar 
kalau tengok sendiri kapal tu akan bergerak berpusing


 Barang-barang antik yang dibawa didalam kapal Cheng Ho


 Dapur yang terdapat didalam kapal


 Makanan yang disediakan di dalam kapal tu..


Tembikar-tembikar yang dibawa sekali untuk dagangan di Asia

Alahai!!!!Puteri Hang Ain dengan adiknya Puteri Hang lynn
duduk di tandu Puteri Hang Li Po

Maharaja Hang Zull dengan Pemaisuri Hang Mas....
kahkahkah....(Gelak besar)


Maharaja Hang Zull dengan puteri-puterinya
Puteri Hang Ain...Puteri Hang Lynn...Puteri Hang Caney


Contoh replika kapal Laksamana Cheng Ho..



Wednesday, June 22, 2011

Hapy bornday to me!!!!!....Hubby belanja makan kat Pizza Hut....

SALAM 1 MALAYSIA


Eppy besday to me..
Eppy besday to me...
Eppy besday to me..
nyanyi sendiri je kat sini yer.... 
saya yang tulis entry ni saya lah yang nyanyi sendiri bantai je lah
apa-apa pun hari ini genaplah usiaku yang ke......(rahsia kot malu)
sapa2 yang dah tahu tu diam-diam je yer...
bukan apa malu jer dah tua rupanya,
 opssssss...... bukan tua otai jer tapi
jiwa tetap kekal maintain jiwa remaja...
mama vogue hehehe....
Hari ni hubby nak belanja, ajak saya n anak-anak keluar lunch 
tapi x jadi ada hal keje, jadi plan bertukar ke malam la plak ...
 kat mana yang sedap agaknya nak makan yer tak tahu lah...
pusing2,fikir2 dah tak tahu nak gi mana
tanya anak-anak kita makan piza je boleh x,die orang ok jer janji dapat makan
 okaylah kita layan Pizza Hut kat Jaya Jesco Taman Universiti je n
anak-anak pun suka juga dapat makan kat Pizza Hut
jom kita layan gambo2nya k... 


hubby n me

say chesss....!!!!!

ngah nak order yang mana n masih sempat posing lagi

makan yer jangan tak makan

seriusnya makan .....senyum la sikit...:)

silakan makan yer...

Dah clear dah pun....kenyang perut senang hati semua

 Lepas makan boleh plak dok urut badan kat kerusi urut ni...


Tuesday, June 21, 2011

Bukan Kedekut Tapi Jimat........Kongsi Tip Beli Barang Keperluan Dapur.....:)

SALAM 1MALAYSIA


Bila nak berbelanja tu ingat-ingatlah ya kawan 
jangan terlebih berbelanja sudahlah...
kekadang kita ni sebagai seorang perempuan 
juga surirumah (yg dah kawen je yg lum kawen pun boleh)
haruslah pandai berjimat-cermat bila nak berbelanja tu
 bukan apa takut benda yang masih ada pun kita beli juga...
kn membazir namanya tu...
oleh itu bila nak keluar membeli barang-barang keperluan 
sediakan senarai barang yang perlu kita beli sahaja 
jadi tak lah terbeli yang tidak perlu dan penting...
kalau dah ke pasar raya tu memang banyak benda
 yang buat kita rasa nak beli tapi kawal nafsu boros tu
 jangan sampai terpedaya dengan hasutan 
akal fikiran kita sendiri elakkan dari pembaziran dalam berbelanja...
Kalau rasa troli membuatkan kita boleh berbelanja besar
 apakata sebagai ganti gunakan bakul atau beg kitar semula
 ketika membeli barangan keperluan asas..
selain dari itu kita hendaklah mengubah gaya hidup 
dan sesuaikan dengan pendapatan yang dijana setiap bulan....
Dibawah ini kita marilah kita kongsi bersama-sama 
info membeli barang-barang keperluan dapur rumah kita...
*
*
1-Selalu praktikkan bila keluar membeli-belah sediakan senarai
barang yang perlu bagi mengelakan 
pembaziran yang tidak perlu.
*
*
2-Bagi yang berkeluarga senaraikan menu mingguan untuk keluarga.
Jika bukan sepanjang hari cukup sekadar menu makan malam.
Dengan cara ini kita dpt merancang barang2 mentah dan
makanan yang perlu disediakan.
*
*
3-Bila berbelanja kita memang memerlukan bajet,
jangan melebihi bajet yang telah ditetapkan 
dan jika tidak berbelanja melebihi had akan berlaku.
*
*
4-Simpan resit perbelanjaan untuk membuat bajet bulan
dan ia juga berguna untuk perbandingan harga.
Setiap tempat mempunyai harga yang berlainan
gunakan sebagai rujukan dan maklumat .
*
*
5- Jangan terputus bahan mentah dan tunggu hingga habis.
Sebagai contoh jika tisu atau telur makin berkurangan
segera senaraikan sebagai bahan yang perlu dibeli.
*
*
6-Bawa bekal makanan ke sekolah atau tempat kerja
beli makanan yang mudah dibawa seperti snek kesihatan 
dan jika ada makanan malam yang masih ada, eloklah digunakan
sebagai sarapan atau makan tengahari.
*
*
7-Selalu peka lah dengan jualan murah dan segera beli ketika itu.
Namun ingatlah kekadang jualan murah tidaklah
semurah yang disangka dan ketika inilah kita boleh merujuk
kembali resit pembelian yang lalu sebagai perbandingan.
*
*
8-Jangan membeli makanan yang tidak menyihatkan,
lebih baik pergi membeli-belah sendirian iaitu ketika
anak-anak bersekolah atau tinggalkan mereka bersama pengasuh
 bagi mengelakan kita membeli makanan yang tidak baik
untuk kesihatan.
*
*
9-Keluar membeli pada waktu bukan puncak dan dapatkan
bekalan bahan mentah seperti ayam,daging,ikan
dan sayur-sayuran di pasar borong yang menawarkan
harga yang lebih murah,elakkan membeli sayur yang
cepat layu.
*
*
10-Amalkan kitar semula merangkumi beg plastik,kertas atau tin
minuman yang boleh dikitar semula.
Bawa beg plastik kitar semula ketika keluar membeli belah 
selain menjimatkan ia dapat mengelakkan pencemaran alam
sekitar.
*
*
Diharap info di atas sedikit sebanyak dapat mengelakan kita 
dari melakukan kesilapan
yang sering terjadi sewaktu kita keluar membeli belah.
Rancanglah segalanya dengan berhemah
dan itu akan membuatkan kita lebih 
berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian.


Gambar hiasan ikhsan dari Mr.Google



Monday, June 20, 2011

Father Day Special "Lunch At Johnny Restaurant Stimboat"....

SALAM 1 MALAYSIA


Wahhh!!! 
bestnya dapat lunch kat Johnny Restaurant Stimboat
sempena hari bapa....
tak pe lah sekali-sekala kan apa salahnya 
makan macam ni...
tapi ingat yer besday mak dah dekat ni 
nanti nak belanja makan kat mana plak????
hehehe jangan buat-buat lupa yer 
wahai cik abang sayang dan anak-anak daraku....
 okay2 tak payah lah nak cite panjang2 
jom kita layan gambonya...

 Baru sampai n mangkuk,chopstik,
 tisu tersusun rapi lagi

sempat bergambo dulu sebelum makan...
hubby n me..

  bersedia mulakan operasi makan kita
tiga dara pingitan tak sabo nak makan stimboat..

Wah!!!banyaknya bahannya kat depan mata ni tapi masih
boleh sempat posing lagi

jom makan stimboat ngan kami...
sedapnya...

 Cepatnya..!!!
periuk stimboat pun dah licin isinya

Dah licin pinggan tinggal kulit udang nyer je....
meja dan semuanya dah bersepah


Saturday, June 18, 2011

Eppy Father Day Sayang...!!!!!

SALAM 1 MALAYSIA


"Hepi Father Day"
 Bapa,ayah,daddy,papa,waliq,ayahanda..
ucapan itu adalah buat semua 
yang dah menjadi bapa,bakal menjadi bapa
dan yang akan menjadi bapa...
semoga semua bapa-bapa di dunia ini bahagia
dan gembira di samping keluarga tersayang...
*
*
Di sini saya juga ingin menyampaikan rasa kasih dan sayang
pada bapa saya yang berada di kampung semoga
beliau sihat dan ceria di samping ibu tercinta...
tiada kata-kata indah yang dapat saya ucapkan
hanya doa seorang anak buat ayahanda tercinta...
 Hanya doa pengganti rindu buat ayahanda...
 rindu di angin lalu
dari anakanda jauh di mata dekat di hati selalu...
*
*
Selamat Hari Bapa 
juga buat sayang saya yang telah menjadi seorang
ayah yang baik,tegas,penyayang,bertanggungjawab
pada anak-anak kita selama 25 tahun ini ...
Segala yang sayang lakukan untuk keluarga 
selama ini amat  bermakna bagi kami dan segala penat dan lelah
sayang itu begitu bererti semuanya  
saya mendoakan supaya rasa kasih 
dan sayang pada anak-anak kita itu
akan kekal buat selama-lamanya...
sayang abang selamanya
 kerana telah menjadi seorang ayah 
 yang baik pada anak-anak kita selama ini
love u selalu... 
*
*
"Kasihnya ibu membawa ke syurga"
"Kasihnya ayah sepanjang masa"
"Berkorban nyawa tanda kasihnya"
"Iklas dan rela tanda binasa"

  Sayang saya yang sihat n montel juga
seorang ayah yang penyayang...






Thursday, June 16, 2011

Tekak ni teringin nak makan macam-macam petang2 gini....!!!!!

 SALAM 1 MALAYSIA


Aduhhhh!!!nape tekak ni terasa nak makan itu nak makan ini je hari ni....
 terasa nak makan bermacam-macam gayanya
rasa nak makan Big Mac,rasa nak makan donut Big Apple,nak makan Pizza Hut
Haii!!!!macam2 je lah tekak ni nak kuar pi beli sendiri kete plak x ada,nak suruh hubby gi beli
dia plak outstation ke Melaka...
Aduh...!!!!sabar je lah wahai tekakku yang kemaruk ni...
Daripada memikirkan nak makan tu nak makan ni baiklah gi hadap lappy n tulis entry
yang gila2 ni....pastu letakkan gambo yang best2
supaya hilang sikit rasa kemaruk tu dan buatkn keinginan tekakku ini dapat dikurangkan
layan je gambo makanan keinginan ku ini...

Wowww...sedapnya kalau dapat makan n 
minum petang ngan donat Big Apple ni

 Burger Prosperity ni time nak Tahun Baru Cina je baru kuar..
ni pun best jugak...


Wahhh!!!! nak burger Big Mac ni 


Wednesday, June 15, 2011

Bersediakah Kamu Untuk Menjadi Seorang Bapa....??????

SALAM 1MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Sempena kita nak menyambut plak"Hari Bapa" pada hujung minggu ini,di sini mama ada menyediakan satu kuiz untuk bakal bapa,akan menjadi bapa, yang dah jadi bapa apa2lah janji kaum lelaki sahaja....

Pada sesiapa juga cubalah jawab kuiz yang mama sediakan di bawah ini dan lihat jawapannya adakah anda sudah atau belum bersedia menjadi seorang bapa dalam usia anda sekarang...Kuiz ini khusus buat jejaka di luar sana yer dan untuk yang bakal bergelar  bapa dan bagi wanita yang ingin bertanya pada suami,kawan atau kekasih boleh jugak janji anda dapat jawapannya selamat mencuba dan happy selalu....!!!!
*
*
*1-Bagi kamu,perkara utama untuk membina keluarga ialah...
a-Persefahaman di antara pasangan
b-kejujuran dan kesetiaan
c-Isteri yang cantik luar dan dalam
d-Perancangan jangka panjang
*
*
*2-Aspek terpenting dalam berkeluarga?
a-Kerja yang menjamin masa depan kamu sekeluarga
b-Restu kedua belah keluarga
c-Tahu urus keluarga
d-Komitmen pada keluarga
*
*
*3-Pada kamu,apakah 'kerja' seorang suami?
a-urus kebajikan keluarga
b-mendidik anak-anak
c-jadi ketua keluarga,yang lain serah pada isteri...
d-selesaikan apa saja masalah dalam keluarga
*
*
*4-Pada pendapat kamu,apakah penjagaan paling utama utk bayi?
a-nutrisi yang seimbang
b-elakkan dari perutnya meragam
c-pastinya tidurnya cukup
d-pemilihan susu tepung yang betul
*
*
*5-Langkah pertama yang perlu kamu ambil tahu bila bayi meragam?
a-periksa lampinnya 
b-mungkin kerana si comel lapar
c-alah dengan debu
d-kembung perut
*
*
*6-Kelahiran bayi yang matang adalah ketika...
a-37=42 minggu
b-35=57 minggu
c-sembilan bulan
d-Tak pasti
*
*
*7-Cara terbaik untuk membesarkan bayi?
a-komunikasi
b-menerusi pembacaan
c-pemerhatian
d-semua di atas
*
*
*8-Apakah perkara yang paling sukar dalam menjaga bayi?
a-pakai lampin
b- saat memandikanya
c-cara pemakanannya
d-semua diatas
*
*
*9-Kamu cukup senang sekiranya kamu menjaga bayi...
a-tak kisah bayi lelaki atau perempauan
b-bayi perempuan kot
c-bayi lelaki
d-tidak banyak ragam
*
*
*10-Pada kamu,pada usia berapakah seseorang itu bersedia
menjadi seorang bapa?
a-25 tahun ke atas
b-30 tahun ke atas
c-bergantung pada persediaan seseorang
d-tidak pasti
*
*
*Dibawah ni jawapan nya!!!!!!!
*
*
Banyak A- PAPA OH PAPA!!!
Jika kamu memilih banyak A nampaknya kamu sememangnya
mengetahui dan sudah bersedia untuk menjadi seorang bapa.
Walau usia kamu masih muda kamu mengambil berat soal apa
 yang perlu kamu lakukan apabila bergelar bapa nanti.
*
*
Banyak B- BOLEH BELAJAR
Kamu masih boleh belajar mengenai apa yang perlu dilakukan bila bergelar bapa muda nanti.Apa yang penting ambil tahu 
dan belajar apa saja...
*
*
Banyak C- HANYA BILA PERLU
Kamu banyak memilih C pula boleh dianggap sebagai
"becoming papa" yang hanya belajar sesuatu bila perlu.
Sepatutnya kamu sudah bersedia belajar dan peka terhadap
perubahan hidup kamu apabila sudah berkeluarga.
*
*
Banyak D-TERLALU TERIKAT
Akhir sekali bagi yang banyak memilih D,kamu mungkin
seseorang yang realistik.Tetapi bila sudah berkeluarga dan memiliki cahayamata kamu seharusnya terus
belajar sama ada soal penjagaan
bayi dan pengurusan keluarga.Jangan
terlalu terikat pada perkara yang kamu telah ketahui.




Gambar hiasan seorang bapa dengan bayinya

GRANDMA ON PAPER

GRANDMA ON PAPER