SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum .......
Satu lagi review filem buat kengkawan semua yer...filemnya adalah "Aku Bukan Tomboy"...wow kalau tonton filem ni mula-mula macam biasa jer tapi lama-kelamaan jadi best plak tahniah buat
pengarahnya Syamsul yusof....Filem ni memang best penuh dengan watak-watak yang menarik sekali pada semua pelakon yang menjayakan filem ni tahniah dan syabas buat mereka yer...watak skema yang dipegang oleh Syamsul Yusof sebagai Harry amat2 menarik begitu juga watak Isha yang dilakokan oleh Scha amat berkesan sekali.Tahniah buat semua pelakon
yang menjayakan filem ini.


Sinopsis cerita ni adalah mengisahkan seorang gadis yang bernama Farisha atau Isha yang 
berpewatakan tomboy yang telah dibesarkan oleh bapanya sejak kehilangan ibunya sedari kecil lagi....keadaan yang dialami di sekolah menyebabkan dia menukar perwatakan dirinya 
kerana sering diusik oleh pelajar 'pengkid' antaranya Bell dan Sam.....itulah yang  menyebabkan
Isha berperangai kasar dan agresif hinggalah semasa Isha bekerja sebagai seorang budak
penghantar piza.Dalam pada itu 'pengkid' Bell dan Sam pun mula berebutkan Isha untuk dijadikan pasangan mereka tetapi Isha tidak menyukainya.


Farisa berkawan dengan seorang jurujual bernama Burn mereka menjadi kawan baik sehingga
lah Isha bertemu dengan Harry seorang Eksekutif Junior di syarikat bapanya.Pertemuan mereka bermula apabila Harry melanggar motor Isha semasa Isha hendak menghantar piza.


Bermulalah dari itu mereka mula menjadi baik dan itu membuatkan Burn cemburu...Harry ingin
menjadikan Isha pasangan hidupnya dengan membawa Isha bertemu dengan ayah dan ibunya
tapi telah dihina oleh ibu Harry.Siapakah pasangan yang akan dipilih oleh Isha?mama rasa 
cerita 'Aku Bukan Tomboy' ni mesti ada part yang ke 2 nyer kerana Isha masih belum membuat
pilihan antara Burn atau Harry....



p/s pas ni mama nak tengok 'Ombak Rindu' plak....