SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum kengkawan mama semua.....
Hari ini mama nak buat satu n3 buat blogger ini Kancil8349 kerana beliau merupakan pengomen terbanyak di blog mama ini....nama blog beliau terhasil dari nama kereta Kancil beliau sendiri dan terhasillah blog Kancil8349 ini..... sebenarnya mama dah lama nak buat n3 ini tapi tak juga dapat ditunaikan dan sekarang ini mama ingin menuliskannya di sini...


Sebenarnya blogger Kancil8349 ini berasal dari Kampung Bukit Sakong,Daerah Semporna klik sini dan beliau juga adalah seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan St.Patrick Tawau Sabah dari Mac 2011 hinggalah sekarang ini.Kancil8349 adalah seorang blogger yang telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata.... beliau memang seorang blogger yang ramah dan rajin melawat rakan2 bloggernya yang lain...beliau juga sering mempromosikan blog blogger2 yang lain juga.....

Di dalam blog beliau ini terdapat banyak n3-n3 yang menarik ada cerita tentang keadaan beliau disekolah,cerita tentang pengalaman2 beliau,kisah tauladan dan yang paling bestnya tentang blogger ini adalah dia tak pernah menolak jika dipelawa untuk menjoinkan diri dalam segmen atau sesuatu contest, sudah pasti beliau akan turut menjoinkan diri dengan segera.Beliau juga pernah menulis tentang blog mama juga klik sini ....


Mama berharap blog Kancil8349 ini akan terus berjaya di masa-masa akan datang dan semoga bertambah-tambah lagi follower beliau....pada kengkawan mama yang dah mengenali blogger ini pasti dah tahukan tapi pada yang belum mengenali blogger ini klik sini dan bolehlah menjadi follower seterusnya untuk blogger ini....moga blog Kancil bertambah maju dan mama juga berharap jangan la lupa selalulah datang melawat mama kat alam maya ini dan jadilah pengomen tetap di blog mama yer...hehehe...