31 December 2011

Cinta Pada Yang Satu

December 31, 2011 14 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua....
Setiap manusia didunia ini pasti ingin memiliki cinta yang sebenar2nya....hanya manusia saja yang tidak tahu menilaikan erti cinta itu sebenarnya.Cinta itu akan menjadi lebih indah dan ianya amat-amat menyenangkan hati jika kita tahu mengharmonikannya dan juga tahu menghargai hati pasangan kita.Carilah cinta yang sejati sesungguhnya ketenangan hati dan kebahagiaan
 sejati adalah sebesar-besar nikmat yang Allah sediakan buat kita.


Cinta kepada Allah adalah cinta yang sepatutnya lebih banyak diutamakan tapi selalunya manusia lebih ghairah memburu cinta yang murahan...manusia sering menjadi korban cinta
kerana dek ingin memiliki cinta pada harta,pangkat dan kemewahan.Sering juga kita dengar cinta kepada Allah sanggup dikorbankan hanya kerana cinta-cinta yang lain termasuklah cinta 
suami isteri padahal cinta suami isteri itulah juga perlukan landasan cinta Ilahi.


Allah jua lah yang telah memberikan rasa cinta di dalam setiap hati semua manusia di dunia ini
Dia juga memberikan manusia itu rupa,darjat dan keturunan serta mengikat dua hati itu menjadi satu.Rasa cinta ini juga akan lebih mendalam kerana masing-masing berkeyakinan dan sama
sehaluan untuk mendapatkan cinta yang tulus dari Allah.Nikmat kemanisan,ketenangan hati dan kebahagiaan sejati adalah nikmat yang Allah berikan pada mereka yang benar bersungguh-
sungguh mencintaiNYA.


Cinta kepada Allah sebenarnya tidak akan memutuskan cinta sesama makhluk tapi ia akan lebih menyuburkan lagi cinta itu kerana cinta suami isteri,cinta ibu anak dan cinta yang lain tidak
akan bersalut kepentingan diri bila ianya benar2 berlandaskan aturan Ilahi dan ajaran islam.
Oleh itu kejarlah cinta pada Allah moga dengan izinNYA cinta yang kita bina bersama akan lebih indah dan lebih bermakna lagi di tahun baru ini dan seterusnya....InsyaAllah


 "Cinta pada manusia,manusia akan mati tapi cinta pada Allah akan kekal selama-lamanya"




p/s selamat menyambut tahun baru 2012

30 December 2011

Review : Aku Bukan Tomboy

December 30, 2011 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum .......
Satu lagi review filem buat kengkawan semua yer...filemnya adalah "Aku Bukan Tomboy"...wow kalau tonton filem ni mula-mula macam biasa jer tapi lama-kelamaan jadi best plak tahniah buat
pengarahnya Syamsul yusof....Filem ni memang best penuh dengan watak-watak yang menarik sekali pada semua pelakon yang menjayakan filem ni tahniah dan syabas buat mereka yer...watak skema yang dipegang oleh Syamsul Yusof sebagai Harry amat2 menarik begitu juga watak Isha yang dilakokan oleh Scha amat berkesan sekali.Tahniah buat semua pelakon
yang menjayakan filem ini.


Sinopsis cerita ni adalah mengisahkan seorang gadis yang bernama Farisha atau Isha yang 
berpewatakan tomboy yang telah dibesarkan oleh bapanya sejak kehilangan ibunya sedari kecil lagi....keadaan yang dialami di sekolah menyebabkan dia menukar perwatakan dirinya 
kerana sering diusik oleh pelajar 'pengkid' antaranya Bell dan Sam.....itulah yang  menyebabkan
Isha berperangai kasar dan agresif hinggalah semasa Isha bekerja sebagai seorang budak
penghantar piza.Dalam pada itu 'pengkid' Bell dan Sam pun mula berebutkan Isha untuk dijadikan pasangan mereka tetapi Isha tidak menyukainya.


Farisa berkawan dengan seorang jurujual bernama Burn mereka menjadi kawan baik sehingga
lah Isha bertemu dengan Harry seorang Eksekutif Junior di syarikat bapanya.Pertemuan mereka bermula apabila Harry melanggar motor Isha semasa Isha hendak menghantar piza.


Bermulalah dari itu mereka mula menjadi baik dan itu membuatkan Burn cemburu...Harry ingin
menjadikan Isha pasangan hidupnya dengan membawa Isha bertemu dengan ayah dan ibunya
tapi telah dihina oleh ibu Harry.Siapakah pasangan yang akan dipilih oleh Isha?mama rasa 
cerita 'Aku Bukan Tomboy' ni mesti ada part yang ke 2 nyer kerana Isha masih belum membuat
pilihan antara Burn atau Harry....



p/s pas ni mama nak tengok 'Ombak Rindu' plak....

Review : Misteri Jalan Lama

December 30, 2011 12 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Hari ni mama nak review filem "Misteri Jalan Lama" plak yer....cite ini adalah arahan Afdlin Shauki genrenya bercorak drama keluarga tapi ada unsur2 mistik sikitla...not bad gak jalan cite nyer tapi ada gak scene2nya yang agak nampak macam tak logik la senang cite...pada mama cite ni boleh ditonton buat tontonan seisi keluarga...Afdlin Shauki sebenarnya kreatif orangnya 
dalam membuat filem ni ianya menarik dan mengujakan juga bila menontonnya tapi jalan cerita
itu harus difahami betul2 kerana setiap plotnya berhubungkait dan jika tertinggal satu scene mungkin agak memeningkan kepala kita untuk mengikuti jalan cerita yang seterusnya...

Ramai juga barisan pelakon yang mantap berlakon dalam cite ini seperti Datuk Ahmad Tarmimi Saregar,Hans Isaac,Que Haidar,Vanida Imran,Afdlin Shauki,Liyana Jasmay,Nasil Bilal Khan,
Adam Corrie,Namron dan ramai lagi pelakon yang lain.


Sinopsis cite ini adalah mengisahkan tentang perbezaan hidup dua adik beradik iaitu Indra dan
Ilya....Indra adalah anak Iskandar yang merupakan seorang pelumba kereta profesional tetapi kuat berjudi dan selalu meminjam wang dari ah long dan disebab itulah hidupnya tidak aman
kerana diburu oleh gangster2 ah long....Manakala IIya adalah anak angkat Iskandar yang diberi
oleh seorang yang misteri 25 tahun yang lalu ketika dia sedang melalui sebuah jalan lama.
Iskandar sangat sayang pada IIya kerana dia seorang anak yang baik dan membantu Iskandar
dalam menguruskan perniagaannya dan itu jugalah yang membuatkan punca Indra tidak puas
hati dengan Ilya.

Setelah kematian Iskandar Indra yang telah lama tidak menjejakkan kaki ke pejabat ayahnya
terpaksa datang ke pejabat ayahnya untuk mengambil wasiat yang telah ditinggalkan untuknya.
Indra diminta dalam wasiat ayahnya membawa IIya pulang tapi dalam perjalanan mereka telah
dikejar oleh gangster dan membuatkan Indra terpaksa mengikut haluan ke jalan lama dan tiba2
mereka telah memasuki satu 'dunia lain' dan asing bagi mereka.Banyak kejadian2 aneh dan mengasyikkan yang terjadi pada mereka.Apakah yang terjadi pada mereka berdua dan siapa
IIya yang sebenarnya?Siapakah makhluk2 yang selalu menganggu dan apakah misteri jalan lama itu?

Pada yang ingin mengetahui lebih lanjut tontonlah sendiri filem "Misteri Jalan Lama" ini dan 
nilaikanlah sendiri bagaimana jalan citenya.Cerita ini banyak menggunakan kostum dan kesan2
khas tapi ada juga diselitkan dengan scene2 yang mengelikan hati juga.Ada juga sebutan2 dari
ketua Puak Ghaul yang kurang jelas jadi pada yang ingin mengetahui bagaimana jalan citenya
yang sebenar dan ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya tontonlah cerita ini yer...
Selamat menonton semua....


Petua Dapur Lagi....

December 30, 2011 22 Comments
SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum kengkawan mama...
Hai semua sekejap jer kan masa berlalukan dah nak akhir bulan 12 dah esok lusa kita akan menempuhi awal tahun 2012 macam mana dengan azam tahun 2011 dah ada yang dpt ditunaikan kalau belum tu forwardkan jer ke la ke tahun 2012 ni yer.... masa berlalu dengan begitu pantas sekalikan dan usia kita pun semakin meningkat juga oleh itu kejarlah masa yang kita ada untuk melakukan sesuatu yang berfaedah dan menambahkan pahala buat bekalan kita nanti... 

Okaylah hidup ini tetap harus kita teruskn juga walau apa punkan jadi di pagi Jumaat ni mama nak bagi lagi la petua2 buat semua buat pengetahuan kita seharian yer...
1 - Atasi Mata Pedih
     Bagi mengelakan mata pedih ketika menghiris bawang merah cara untuk mengelakkan 
     mata berair letakkan bawang merah ke dalam peti ais selama semalaman kemudian 
     mayang ia seperti biasa kita akan dapati mata tidak akan pedih lagi.selamat mencuba yer.


2 - Mengenakkan Nasi Lemak
     Nasi lemak adalah makanan yang biasa kita makan tidak kira masa jadi pada sesiapa yang
     ingin menyediakannya ikut petua ini.Masukkan sesudu majerin atau minyak kelapa sedikit 
     gula ke dalam santan yang telah dimasukkan hirisan halia dan bawang merah terlebih dahulu
     Jangan lupa masukkan secubit garam ,daun pandan pasti aroma nasi lemak lebih enak.


3 - Sayur Tidak Layu
      Membeli sayur dalam jumlah yg banyak akan menyebabkan ianya cepat layu.Jadi untuk
      mengelakkannya layu rendamkan sayur tu ke dalam air sejuk yang disimpan di dalam peti
      sejuk.Biarkan selama 5 minit dan sayur akan kembali segar.


4 - Cili Kisar Tahan Lama
     Cara untuk memastikan cili yang dikisar tahan lebih lama ialah dengan merebus cili kering
     tanpa membuang bijinya terlebih dahulu.Kemudian kisar cili kering bersama sedikit garam 
     hingga bijinya hancur masukkan di dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk lazimnya
     ianya boleh tahan selama 1 bulan insyaAllah dan selamat mencuba yer...



29 December 2011

Last Sekali Ke KLCC....

December 29, 2011 21 Comments
SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua jumpa lagi.....
Last sekali masa ronda2 KL terus pergi KLCC...punyer la ramai ribuan manusia pada hari tu kat Suria KLCC dah macam ada pesta plak tapi bila difikir2kan balik masa mama pergi hari tu adalah hari cuti dan kebetulan esoknya nak Krismis patutla ramai orang sesangat kat sana...kat
KLCC ni sebenarnya banyak tempat boleh pergi tapi disebabkan dah malam kami sekeluarga
hanya round2 jer kat situ...nak pi Petrosains dah malam,nak pi MPO pun dah malam jadi x dapatlah nak masuk Petrosains ke apa ke...apa yang boleh dibuat lagi jejalan dan amik gambo jer la.... lain kali kalau ada kesempatan boleh la datang lagikan....

 sempat posing kami sekeluarga...


ramai orang berehat di luar Suria klcc 


 posing ngan hubby plak...

 petrosains pun dah tutup...


 nasib beli cepat kedai pun dah tutup...


 banyak coklat n candy dijual di sini semuanya sedap2 belaka...

 dapat juga beli coklat n candy tu...

Isetan pun dah tutup..

Ronda KL n Shopping Di IKEA....

December 29, 2011 24 Comments
SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
Cuti Krismis lepas mama ke rumah anak mama yang baru berpindah tempohari di Serendah...
saja je datang melawat ke rumah baru die dan melihat keadaan beliau selepas kawen dapat juga melepaskan rindu mama padanya.....alhamdullilah mama tengok mereka gembira dan bahagia....

Semasa berada di sana along membawa mama sekeluarga berjimba2 di Kay El dan destinasi yang mama rasa nak pergi adalah IKEA dan KLCC tapi hari ni mama buat first n3 ke IKEA dulu yer....dalam perjalanan ke Damansara kami singgah sekejap di Taman Layang2 Kepong 
sebab hubby mama sibuk nak menaikkan lelayangnya sebentar tapi hampa sebab angin tak ada hari tu jadi x boleh la bermain lelayang just jejalan jer sekejap kat sekitar taman tu...



Kami bertolak semula menuju ke IKEA...di Ikea barang2 keperluan semuanya menarik perhatian mama darilah set dapur hinggalah ke barangan perhiasannya semuanya serba-serbi 
lengkap 'macam-macam ada'.........Di Ikea ni jika kita berkenaan dengan sesuatu barang tu kita just tulis jer kat kertas n pencil yang telah disediakan tulis jer nombor sirinya...berapa kuantiti yang kita nak dan harganya lihat gambar list tu kat bawah ni.........bila masa nak membayarnya barulah diambil barang2 tu...


Mama bukannya shopping apa pun hanya satu dua barang jer yang berkenan.......saja nak berjalan2 dan menemankan anak mama yang sibuk nak mencari sedikit barang2 keperluan di
rumah barunya.....

 masa baru sampai nak masuk ke IKEA

  ini masa nak keluar sempat lagi posing semuanya....

 dok menunggu menantu mama ambil kereta kat parking

 banyaknya barang dalam troli tu tapi bukan mama punyer pun...

  ada yang berkenan terus angkat jer


Anak mama yang kedua dan yang ketiga lagi la lain kerjanya habis semua dalam tempat display Ikea tu di snapnya....... minah dua orang ni memang ni lah keje nyer kalau pi ke mana-mana asyik ngan kamera dan posingnya...seorang tukang amik gambo sorang lagi jadi modelnya...










28 December 2011

Honda Terpaksa Musnahkan....

December 28, 2011 33 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua....
Syarikat kereta terkemuka dunia Honda terpaksa memusnahkan kereta buatannya di Thailand disebabkan banjir tempohari.Tindakan itu terpaksa dilakukan untuk menyakinkan semua pelanggan2nya bahawa tiada kereta yang rosak akan dijual kepada mereka.Kilang Honda ini terletak ditengah2 wilayah Ayutthaya dimana ianya kawasan yang ditenggelami air pada 
awal Oktober lalu.Kalau kengkawan ingin mengetahui ceritanya lebih lanjut klik sini dan gambar-gambar semasa banjir tempohari tekan sini






27 December 2011

Johor Premium Outlet Part 2...

December 27, 2011 18 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua.... 
N3 sambungan yer.........Semuanya ada di sana dan terdapat banyak restoren di sana untuk pengunjung berehat sambil menjamu selera,food court pun ada disediakan,Atm,pondok polis pun ada....pada yang teringinsaksikan sendiri semua outlet2 tu datanglah ke sini dan semua 
barangan berjenama dijual dengan harga yang berpatutan dan sambil berjalan boleh juga membeli belah...jom kita tengokgambar-gambar yang mama ambil semasa mama sekeluarga 
berjimba2 kesana...kalau ada yang teringin nak ke sana jom la....












Outlets 'Coach' yang paling ramai pengunjung sampai beratur tunggu giliran nak masuk ke dalam kedai ini...








Tapak parking kat sana memang banyak disediakan kawasan parkingnya yang luas,parking yang banyak..... jangan risau la memikirkan tempat letak kereta bila sampai ke sini  pasti ada banyak lot-lot parking yang disediakan....

lot-lot parking kereta yang banyak dan luas...

mesin parking yang canggih...