04 November 2011

# info agama

Keistimewaan Makkah Al-Mukarramah....

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
Tidak beberapa hari lagi kita semua umat islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha plak...seronokkan kalau dapat menunaikan ibadat haji ke tanah suci Mekah....pada yang mengerjakan ibadah haji pada tahun ni pastinya sudah berada di Mekah untuk melakukan semua perkara yang perlu disana....


Makkah Al-Mukarramah adalah kota suci tempat turunnya wahyu Ilahi kepada Nabi Muhammad SAW.Di sinilah terletaknya Masjidil Haram dan Kaabah yang menjadi tanda kebesaran Allah.....banyak keistimewaan dan rahsia bumi Makkah ini sebenarnya...


  Abdullah Bin 'Adi bin Al-Hamra meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW
bersabda.maksudnya:

"Demi Allah! Kamu (wahai Makkah) adalah tanah Allah yang terbaik dan yang sangat dicintai
oleh-Nya.Andai kata aku tidak diusir dari kamu,aku tak akan berpisah (daripada kamu)"
(Hadis riwayat Ahmad,Ibn Majah dan Tirmidhi)


   Ibn Abas pula berkata: Rasulullah SAW bersabda:


"Betapa tempat yang indahnya kamu! kamu adalah tempat yang paling aku cintai! Sekiranya
orangku tidak mengusirku daripadamu, aku tak akan berpisah (dari sini) untuk hidup di sana tempat yang lain"


Betapa Rasulullah amat mencintai bumi Makkah melihat daripada sabdaNya kita dapat mengetahui bahawa Rasulullah begitu mengasihi dan begitu istimewanya tanah suci Makkah Al-Mukarramah itu kepadaNya tidak sanggup baginda hendak berpisah dari situ.....daripada Hadis diatas menunjukkan bahawa Makkah amat istimewa dan  amat dicintai Allah dan Rasul-Nya....Allah telah memilih Makkah sebagai pusat bumi serta mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang tidak ada pada kota yang lain di dunia ini....


Di antara keistimewaan Makkah ialah:
1- Tempat dibangunnya Rumah Allah (Baitullah) sejak dari zaman Nabi Adam AS lagi.


2- Tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW iaitu Rasul yang terakhir.


3- Tempat beribadah para hamba2 Allah serta adanya kewajiban atas mereka yang  
     mengunjunginya baik dr jauh mahupun dekat ( Haji dan Umrah)...


4- Tempat yg tidak boleh seorang pun masuk ke dalamnya kecuali dengan kerendahan hati,
    kusyuk. kepala terbuka (bagi lelaki) dan meninggalkan segala bentuk pakaian dan perhisan 
    dunia.


5- Tempat yang Allah SWT telah pilih sebagai kota suci yang aman yg tidak boleh ada 
    pertumpahan darah.


6- Tempat yang Allah SWT syariatkan kepada manusia untuk bertawaf di Kaabah.


7- Tempat di mana kiblat manusia seluruh dunia dan tidak ada sejengkal bumi  pun yang 
    Allah wajibkan hamba2nya untuk menghadap dan melambaikan tangan kecuali Kaabah,
    Hajar Aswad dan Rukun Yamani.


8- Tempat yang Allah SWT pilih utk sesiapa yg ingin menghapuskan dosa2 yang lalu.


9- tempat yang mustajab doanya.


10- Tidak ada tempat di muka bumi ini yang Allah SWT pilih sebagai wajib bagi org2 yang 
      mampu mengunjunginya.


11-Tidak ada di muka bumi ini suatu masjid pun di mana orang bersolat di dlmnya pahalanya
     akan dilipat gandakan.


12-Tempat yang dilarang oleh Allah untuk menghadap atau membelakanginya pada waktu
     buang hajat.


13-Allah bersumpah dengannya di dalam Al-Quran iaitu dilarang sesiapa yang memasukinya
     membawa senjata termasuk larangan atas orang2 kafir yang ingin memasukinya.


14-Tempat yang Allah akan memberikan balasan bagi sesiapa saja yang berniat jahat,
     walaupun belum melakukannya.Barangsiapa yang melakukan kejahatan maka balasannya
     akan dilipat gandakan.Ini kerana dengan melakukan kejahataan di Tanah Suci lebih besar
     dosanya jika dibandingkan di tempat lain.


15-Tempat yang dijaga oleh para Malaikat sehingga Dajjal pun tidak diizinkan Allah untuk
     masuk ke dalamnya.


Itulah kesemuanya yang menjadikan Tanah Suci Makkah begitu istimewa kepada Rasulullah
SAW kita....Sebenarnya banyak lagi yang menarik tentang Tanah Suci Makkah ini dan segala sumber itu semuanya mama petik dari buku yang mama baca....pada sesiapa yang berhajat 
ingin mengetahui lebih lanjut pergi jer kat kedai buku, carilah dan baca isi kandungannya.... buku ini terdapat banyak di pasaran...



12 comments:

  1. Salam AidilAdha mama~

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...entri yg sangat bermanfaat mama...

    ReplyDelete
  3. Teringin nak ke Mekah,InsyaAllah suatu hari nanti..Aminnn

    ReplyDelete
  4. insyaALLAH..
    suatu hari nanti akan smpai

    ReplyDelete
  5. insyallah...moga kita diberi kesempatan utk jejakkan kaki di bumi Makkah! amin...

    ReplyDelete
  6. salam aidiladha kak mas ;)
    moga moga kita dapat menjejakkan kaki ke tanah haram satu hari nanti..insyaAllah..

    ReplyDelete
  7. salam kenal..

    insyaallah pe yang dihajati akan tercapai jua..sama2 kite doakan agar dipanjangkan umur dan dmurahkan rezeki nak kesana..

    ReplyDelete
  8. moga kita dipanjangkan umur dan murah rezeki menunaikan rukun islam ke-5..

    ReplyDelete
  9. entry yang sangat berguna . menggigil membaca keistimewaannya . semoga kita semua berpeluang menjejakkan kaki ke sana =) insya Allah

    ReplyDelete
  10. entry yang sangat berguna . menggigil membaca keistimewaannya . semoga kita semua berpeluang menjejakkan kaki ke sana =) insya Allah

    ReplyDelete
  11. begitu beso nye keistimewaan mekah ini kan

    aduhai
    bile nak p sane ni

    cm x saba..hehehehe.. =]

    ReplyDelete