SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Kanta lekap(contect lens)adalah salah satu kegunaan yang kerap digunakan sekarang memang menarik bila kita dapat memakainya...sekarang ini ramai yang menggunakan kanta lekap ini....pada yang bekerja ataupun semasa keluar berjimba dihujung minggu pasti ada yang menggunakannya pada yang dah biasa tentu tidak ada masalah untuk memakainya tapi pada yang belum biasa pasti akan merasa sukar untuk memakainya....marilah kita ketahui segala2nya tentang kanta lekap ini dan mama ingin berkongsikan semua info ini pada kengkawan semua yang mana info ini mama dapati dari pembacaan mama dalam majalah wanita....


Pada sesiapa yang mempunyai masalah penglihatan kaca mata jalan penyelesaiannya yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah pada pemakaian kaca mata tapi agak merumitkan terutama pada mereka yang aktif dalam urusan seharian...dengan adanya kanta lekap ini masalah tersebut dapat kita atasi malah boleh juga bergaya dengan pelbagai corak dan warna kanta lekap itu...


Terdapat beberapa jenis kanta lekap,kanta lekap korektif (corrective contact),kanta lekap kosmetik (cosmetic contact) dan kanta lekap terapeutik (therapeutic contact).Kanta lekap korektif digunakan untuk mengatasi gangguan penglihatan seperti Myopia, Hypermetropia Astigmatism dan presbyopia.


Tip untuk memakai kanta lekap...
1 - Pastikan selalu membasuh tangan sebelum memakai kanta lekap.Bersihkan ia setiap kali selesai digunakan dan simpan di dalam tempatnya bersama larutan khususnya.
2 - Pemakaian kanta lekap dilakukan sebelum anda merias wajah dan jika menggunakan semburan rambut pastikan menutup mata terlebih dahulu atau menyembur sebelum memakai kanta lekap.
3 - Gunakan larutan khas untuk membersihkan kanta lekap berwarna dan jangan sekali memakai larutan dari bahan berasakan peroksida dan jangan menggosok kanta lekap tersebut kerana ini boleh menyebabkan warnanya rosak.
4 - Jangan sesekali menukar atau berkongsi kanta lekap dengan orang lain walaupun sekadar mahu mencuba untuk melihat kesesuaian dengan mata anda.
5 - Jika anda jenis yang sering memakai kanta lekap pastikan anda menggantikan larutan pada tempat menyimpan kanta lekap sekurang-kurangnya satu kali seminggu.
6 - Jangan memakai lensa kontak lebih dari 8 jam dalam sekali waktu bagi memastikan mata anda terhindar dari sebarang masalah atau jangkitan.
7 - Jika mata merah disebabkan iritasi,pandangan kabur dan sensitif terhadap cahaya biarkan mata berehat seketika atau anda boleh menggantikan kanta lekap dengan pemakaian kaca mata.
8 - Biasakan diri memeriksa keadaan kanta lekap bagi memastikan ia tidak mengalami sebarang kerosakan atau masalah lain yang boleh menyebabkan jangkitan pada mata.
9 - Jika kanta lekap terkena sabun atau cecair berulang kali dengan larutannya sehingga sisa sabun tersebut hilang.
10- Sekiranya ada benda asing yang memasuki mata anda cepat2lah tanggalkan kanta lekap itu dan gunakan kapas keluarkan benda asing itu.Bagi yang menggunakan ubat titis untuk jangkitan pada mata sebaiknya tanggalkan kanta lekap sebelum menitiskan ubat titis itu.