SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Selamat sudah anak mama menjalani majlis konvo nyer semalam
hari ni dok beristirehat kat rumah jer sebab kepenatan semalam
belum reda lagi...
okayla berbalik pada tajuk mama kat atas tu, sebenarnya mama bukan nak
mengata kaum lelaki tapi n3 ni sebagai pengetahuan semua
dan dari pengalaman apa yang mama dengar dan lihat semalam...

Seperti biasalahkan kalau dalam majlis konvokesyen ni ibubapa 
dok sebelah menyebelahkan antara satu sama lain 
dan sepatutnya dalam keadaan senyap dan suasana yang santai...
Nak jadi cite la bila dalam dewan tu kedua2 bapa pelajar ni dok berbual
sesama mereka macam2 cite la yang dibualkan ada cite tu ada cite ni
tapi yangkat bawah ni antara cite2 yang mama dpt dengar... 
nama2 pelajar n nama2 bapa mereka pun jadi isunya
bila MC menyebut nama pelajar dan nama bapa mereka yang pelik mulalah
buka citenya...
kalau la bapa pelajar tu dengar apa yang dibualkan oleh kedua2 pakcik
tu pasti menjadi isu sensitifkan...

komen 1
BAPA A : "alamak baju budak tu tu ronyok betul"
BAPA B : "ntah la jenis malas nak gosok la tu"
BAPA A : "budak2 sekarang ni semuanya mak bapa nak siapkan kalau x macam tu la"
BAPA B : "ye la mak nyer x bagi tahu manalah anak tu nak buat"

komen 2
MC : "Siti Salmah Binti Botak"
BAPA A : "hahaha...ada plak nama bapak dia botak"
BAPA B : "ye la tak ada ker nama lain yang sedap nak dibubuh"
BAPA A : "orang tua2 dulukan memang macam tu bubuh jer apa2 nama
asalkan ada"
BAPA B : "apalah atuk nyer nama botak tu juga jadi pilihannya"

komen 3
MC : "Mohd Khiri Bin Mohd Jackie"
BAPA A : "alamak nama bapak dia mcm kenal jer..hehehe..."
BAPA B : "ala macam nama pelakon cite cina tu sape ek..."
BAPA A : "oh ye la JACKIE CHAN"
BAPA B : "hahaha...jackie jadi tambahkan chan je "
BAPA A : "ahhhhh jadilah JACKIE CHAN"
BAPA B : "JACKIE CHAN kat Melaka"
BAPA A n BAPA B : "hahahahahaha..."

Itulah antara cite2nya yang dapat mama dengar dr barisan depan ibubapa itu...
mengalahkan orang perempuan la pakcik ni,
isterinya makcik yang dok sebelah senyap jer dan x sibuk pun nak berbual
selalunya kaum perempuan yang dok sibuk tapi ni sebaliknya...
Entahlah apa-apa pun syabas pada ibubapa yang hadir kerana
dapat mendidik anak2 mereka hingga berjaya dalam pelajaran...

Gambar hiasan x ada kena mengena dengan n3 diatas