SALAM 1 MALAYSIA


Hari ini adalah hari yang ke 14 kita semua berpuasa
semoga kita dapat menjalani ibadah puasa hari ini
dengan sabar dan penuh keredhaan...
 Orang yang dapat menjalani ibadah berpuasa hari ini mempunyai akhlak
yang terpuji yang ada di dalam diri kita kerana
kita dapat membentuk akhlak itu dengan mulianya...
Akhlak itu umpama buah pada pokok iman,akar tunjang pada pokok 
itu adalah persoalan imannya.
Batangnya pula adalah rukun islam, dahannya persoalan fardu kifayah
dan rantingnya umpama amalan-amalan sunat manakala akhlak adalah buahnya...
Sesungguhnya akhlak inilah yang dinantikan
oleh manusia kini.
Hanya dengan inilah kemajuan teknologi dan ketinggian zaman
 akan dapat menjamin kesejahteraan hidup manusia pada masa akan datang.

Allah berfirman yang bermaksud:"
 sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
(surah Al-Inshirah 94: 5-6)Maka


Kita ibarat sebatang pokok 
belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pokok.
Pohon yang besar itu mampu menahan ribut dan taufan kerana ia
mempunyai batang yang kukuh dan kuat.
Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat
akarnya, menjadi sebatang pohon yang kuat ia belajar
menahan teriknya matahari,kuatnya angin,dinginnya hujan dan
gangguan daripada manusia juga haiwan.
Setelah melalui semua itu biji benih yang kecil tadi telah menjadi tunas
dan mula bercambah membesar menjadi pokok yang besar.
Marilah kita menjadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana
seperti ikan dilautan masin meskipun di dalam air masin tapi dagingnya
tetap tidak masin.


p/s serius plak  n3 mama hari ni....