28 August 2011

SELAMAT HARI RAYA SEMUA....

August 28, 2011 14 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Salam Ramadhan ke 28...
Sebelum mama bercuti bersama keluarga, disini mama
ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin"
pada kekawan blogger mama semua..
Semoga tahun ini lebih bermakna dari tahun2 yang lalu ye...
Di harap semua berayalah dengan gembira dan ingat2lah
teman2 kita yang di dalam kesusahan...
Berhati-hatilah semasa memandu kenderaan di jalanraya untuk
pulang beraya di kampung dan
ingat-ingatlah orang yang tersayang ye...



27 August 2011

Doa Buat Blogger Iffah Afeefah Sihat Dan Selamat....

August 27, 2011 19 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Ya Allah Ya Tuhanku terkejut mama bila mendapat berita ini
seorang blogger yang selalu mama dok komen dengannya iaitu 
telah mengalami kemalangan jalanraya dan keretanya terbakar sewaktu pulang
ke kampung halamannya tadi...
Mama pun baru dapat tahu akan berita ini selepas berbuka puasa tadi.
Berita itu mama dapati dari blogger
Diharap kekawan semua dapat mendoakan akan
kesejahteraan Iffah Afeefah yer...
Iffah dikatakan telah dimasukkan di Hospital Tengku Jaafar,Seremban
Wad 8B pada blogger yang berdekatan Seremban tu diharap dapatlah 
mengunjungi beliau, memberikan sokongan
dan semangat pada Iffah ya...
IFFAH AFEEFAH mama akan sentiasa mendoakan kesihatan Iffah
bertambah pulih yer....
Mama berharap kekawan blogger semua mendoakan 
kesihatan Iffah yer...
Kuatkan semangat dear, mama dan semua blogger sayang Iffah 
semoga kita akan bertemu lagi di alam blogging...


Bijaklah Berbelanja Pada Musim Raya Begini...

August 27, 2011 26 Comments
SALAM 1 MALAYSIA


Kalau nak ikutkan shopping ni adalah salah satu 
aktiviti yang paling mama suka sekali, 
apa tak nya beli je apa yang kita suka 
hinggakan lupa segala masalah yang kita hadapi.
Lagilah sekarang ni shopping time nak raya memang membahayakan
kerana tidak terasa duit yang keluar dari beg tu..
sedar-sedar dah kosong...
Masa shopping memang kita tidak teringatkan apa-apa masa tu,
tapi belum cukup bulan dah terasa yang kocek dan beg duit dah terasa kempis.
Masa itulah baru terfikir nak budget takut tidak sampai cukup bulan duit betul-betul dah kering nak makan pun terpaksa dicatu, dan yang paling mudah sekali maggilah jalan penyelesaiannya murah dan jimat.

shopping mall

Tapi bagi mama kira okey juga la sebab dapat menahan  nafsu berbelanja ini, 
hanya yang mama betul-betul perlu saja akan mama beli ketika waktu sale ini.
Kalau ikut hati mati jadinya nanti...
Biarlah kita berbelanja ikut kemampuan sendiri dan tidak mengikut nafsu orang lain.


Kekadang ada juga kekawan yang menjadi penghasutnya pantang je ada sale kita diajak sekali dan dipaksa untuk mengikut jejak langkah dia untuk membeli-belah.
Kalau ada kawan yang sebegini jauhkanlah bukan apa bagi tahu keadaan sebenar diri kita secara lembut apa jadinya kalau kita mengikut jejak langkah dia berbelanja.
Biarlah kita dengan cara kita sendiri tanpa dipaksa-paksa.


Lagi-lagi sekarang ini jualan musim raya katakan,
pantang nampak je kain rentang kat mana-mana,
semuanya nak pergi "Jualan Murah", 
"Jualan Hebat", 
"Jualan Harga Runtuh",
 "Jualan Penghabisan Stok",
Jualan Kembali Ke Sekolah" 
kini sudah banyak menghiasi gedung-gedung beli belah seluruh negara.
Ia seolah-olah mengamit kedatangan pengguna khususnya wanita.

 lelaki 
juga pandai bershopping bukan wanita je


Selalunya wanitalah (wanita juga yang kene) 
yang kerap tidak dapat mengawal nafsu ketika tiba 
masa jualan murah begini kadang-kala memudaratkan diri sendiri 
dan berbelanja diluar kemampuan apatah lagi yang membayar menggunakan kad kredit.
Jika kita berbelanja tidak mengikut kemampuan sendiri tanpa dibendung
kelak diri sendiri yang akan rugi dan segala perbelanjaan pasti akan terjejas.
Janganlah kita bermegah-megah memiliki kad kredit yang banyak 
kelak keluarga yang akan porak-peranda
 apabila kita terjebak dalam masalah hutang yang banyak setiap bulan.
Sudah menjadi kebiasaan penggunaan kad kredit ini 
banyak mencetuskan budaya hutang tanpa disedari.


 slot je kad kredit tu tapi beringat-ingat selalu jangan terlebih penggunaannya kelak 
memakan diri kalau terlebih penggunaannya.
Sememangnya budaya hutang ini menjadikan manusia itu lupa akan segala-galanya
 lalu terjebak dalam masyarakat yang yang gemar berhutang
 dan meniru gaya hidup yang lebih tinggi daripada kemampuan.
Janganlah mudah tergoda dengan sepanduk jualan murah
 yang selalu kita nampak di setiap shopping centre dan
 di mall-mall yang mengadakan jualan murah itu.
Membazir itu adalah salah satu amalan syaitan dan
 kita hendaklah sentiasa berfikiran positif akan tabiat ini.
Hakikatnya bijak berbelanja menjadikan kita pembeli yang bijak,
berekonomi,beretika dan berperibadi. 


Panduan berbelanja guna wang atau kad kredit.

1.Hadkan jumlah kad kredit dan 
tentukan sendiri had perbelanjaan bagi setiap kad yang kita miliki

2.Tinjau dulu harga barangan sebelum membeli.
Ini membolehkan kita membuat perbandingan harga yang ditawarkan.

3.Ketahui keperluan, senaraikan nama dan 
harga lebih kurang barang-barang yang hendak dibeli.
Ini dapat mengekang nafsu berbelanja.

4.Jika tidak boleh mengawal diri seelok-eloknya 
bawalah kawan-kawan yang boleh mengawalkan
 kita untuk membuat pilihan yang bijak. 

5.Gunakan bakul jika barang yang dibeli tidak banyak,
elakkan menggunakan troli kerana ia memancing kita 
untuk membeli yang bukan-bukan.

6.Pastikan berbelanja barang keperluan mencukupi
 untuk mengelakkan kita dari selalu ke pasar raya 
kerana ia akan menjejaskan budget kita.

7.Untuk mengelakkan kita dari 'tergoda' 
usah berlegar-legar ditempat barang yang tidak
 perlu tapi terusk menuju ke tempat barang yang diperlukan sahaja.

8.Catatkan setiap perbelanjaan kita agar kita tidak berbelanja berlebih-lebihan.

Tips jimat duit gaji 

1.Lindungilah gaji anda yang akan datang 
dengan mengambil polisi insuran yang berpatutan.

2.Buka akaun 3 dalam 1 iaitu satu akaun yang mempunyai ciri-ciri akaun simpanan biasa,simpanan tetap dan akaun semasa.
Ini akan membolehkan kita membiasakan diri dengan penggunaan cek.

3.Mulakan satu sistem simpanan paksaan 
dengan menyimpan secara auto debit setiap kali mendapat gaji.

4.Tentukan semua hutang yang perlu dibayar contohnya pinjaman pelajaran.

5.Tentukan semua belanja minimum yang mesti ditanggung contohnya sewa rumah,pengangkutan, utiliti, telefon, pakaian dan makanan.

6.Jangan terburu-buru membeli kereta,
kumpulkan wang ke satu tahap sehingga anda benar-benar mampu.

7.Semak semua potongan yang patut dilakukan oleh
 majikan secara undang-undang contohnya caruman 
KWSP dan SOCSO telah didaftarkan.

8.Berikan jumlah tertentu gaji anda contoh 10 peratus
 kepada masyarakat mengikut garis panduan agama
 dan kepercayaan masing-masing.

Duit sepuluh ringgit Malaysia yang lama

Pemenang "CELEBRATE ANNIVERSARY"...

August 27, 2011 6 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Berpuasa hari yang ke 27...
Semoga semua kekawan mama sedang riang gembira
untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi...

Tempohari mama ada buat satu contest iaitu
"CELEBRATE ANNIVERSARY"
tapi mama hampa sebab x ramai yang join contest ni
mungkin kekawan mama ada yang x sempat n ada yang
x ada gambar yang sesuai...
Tapi x pe tarikh tutup contest tu dah berakhir dan
di sini mama nak bagi tahu peserta yang telah berjaya
memenangi contest mama ini. 
Pemilihan pemenang itu dibuat secara rawak kerana
penyertaan kurang memberansangkan...

Mari kita review pemenangnya
pemenangnya ini bernama Pn.Aznani binti Jailani 
isteri kepada En.Zamri Ali Hasan,beliau seorang ibu
kepada 3 orang cahaya mata seorang lelaki dan 2 orang perempuan.

   Beliau juga merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan
 baru menjinakkan diri dalam dunia blogging ini.
Mama berharap agar kekawan dapat menjadi follower
Pn.Aznani ini dan kalau kekawan nak follow ibu muda ini jomlah

Mari-mari kita ramaikan follower ibu muda ini...
Dan buat pengetahuan semua, ibu muda ini akan menyambut
ulang tahun perkahwinannya yang ke 11tahun pada 11.11.2011 ini.
Mama dan kekawan blogger di sini ingin mengucapkan
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 11 tahun kepada mereka
dengan ucapan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
 juga semoga jodoh mereka kekal hingga hujung nyawa
 Amin

 
Inilah gambar yang dipertaruhkan dan berjaya...
Di harap semua yang telah bersama-sama mama menjayakan 
contest ini mama ucapkan ribuan terimakasih atas penyertaan...
semoga kita akan bertemu lagi di lain contest ye...
Kepada pemenang ini mama berharap dapat meninggalkan jejak
pada facebook mama klik sini
supaya hadiah dapat diberikan dengan segera...



26 August 2011

Photo Editing Contest By Eien Razak & Dayah Jelita

August 26, 2011 22 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Hari ini mama nak join satu lagi contest dari 2 orang blogger manis ini...
Jom ada sesiapa yang nak join juga
pastu dah boleh join ikut arahan seterusnya....

Mama nak pertaruhkan gambar ini sebagai menandakan mama 
dah join contest ini...
Okay kita tengok gambarnya yer...


Gambar 1...Lokasi Bandar Dato Onn

Gambar sebelum diedit

Gambar selepas diedit


Gambar kedua....Lokasi Majlis Perbandaran Pasir Gudang

 Gambar sebelum diedit

Gambar selepas diedit

Terapi Air Rawat Penyakit....

August 26, 2011 12 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Hari ke 26 berpuasa.
Dalam tekak mama sakit2 ni masih sempat lagi nak ketuk2 lappy ni 
nak tulis n3 ni buat panduan semua yang kurang sihat
 mama dah pun makan ubat dan lepas ni nak berehat sekejap
semoga berkuranganlah sedikit tekak ni...
Okay hari ini mama nak berkongsi info sihat je
bukan ada cerita apa-apa pun....sebab diri sendiri pun tak sihat....

Air yang kita guna seharian itu sebenarnya banyak kegunaannya selain untuk kita mandi, mencuci pakaian, membasuh kereta, menyiram pokok bunga
dan sebagainya namun ramai dari kita tidak tahu bahawa air dapat membantu penyembuhan sesuatu penyakit.
Contoh mudah yang kita sendiri alami, ketika badan kita terasa letih dan lesu, kita akan berasa amat segar dan sihat apabila kita dapat mandi bukan?
 Itu lah satu contoh yang mana air dapat melegakan badan ketika kita lesu dan tak bermaya. Mandi air panas atau sejuk dapat membantu menyembuhkan penyakit yang dialami.

1.    Mandi air panas boleh menimbulkan rasa relax dan tenang
serta dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan lenguh-lenguh.
Biasanya bagi yang mengalami demam bolehlah
 ditambah dua atau tiga gelas garam laut di dalam air mandian.

2.    Mandi air sejuk biasanya mengejutkan sistem saraf kita
dan tubuh akan terasa lebih segar dan relax tapi
 janganlah berendam terlalu lama kerana
 kesannya dapat selesema, masuk angin dan tidak selesa.

3.    Minum air hangat dengan garam sebagai pembersih juga amat membantu.
Amalan begini jika diamalkan pada waktu yang sesuai dapat mengurangkan ketegangan jantung dan organ lain di dalam badan kita.
Bagi yang sihat tidak disarankan mengamalkan meminum air hangat bersama
 dengan garam secara berlebihan agar tidak menimbulkan kesan sampingan.

4.    Berendam dalam air panas dan air sejuk adalah sebahagian bawah tubuh kita manakala tubuh di atas tidak boleh dikenakan air.
Rendaman air panas dan sejuk secara berganti-ganti boleh membantu pesakit.
 Caranya cukup dengan berendam air panas antara
 5-10 minit manakala berendam air sejuk pula tidak boleh melebihi satu minit.
Biasanya cara begini tidak disarankan bagi
yang mengalami masalah di bahagian bawah tubuh.

  Terdapat juga penyakit yang tidak boleh menggunakan air panas
atau air sejuk terutamanya penyakit kulit seperti ekzema,
penyakit jari dan kuku yang disebabkan oleh virus dan cacing.  Cara terbaik adalah dengan melakukan perawatan kesihatan tubuh secara menyeluruh.
Ikutilah juga program diet yang baik, berjemur dan sebagainya.
Makanlah buah-buahan untuk kesihatan badan kita
 kerana ia adalah salah satu program diet yang baik.
Mama dah cuba terapi ini alhamdulilah semakin sihat dan diharap
cepat sembuh sebab hari raya bakal tiba tak lama lagi....
                                                                                                                                                                                                                         
                  
  Gambar hubby mama berendam di dalam air....
     merendamkan badan yang lesu pasti menyegarkan
                                                                       

p/s gambar hubby berendam semasa kami sekeluarga berkelah di Air Terjun Chemor Perak tahun lepas...


                                   

25 August 2011

Mengawal Perasaan Cemburu....

August 25, 2011 35 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Ramadhan ke 25 hari ini...
N3 mama hari ni nak bagi tips pada kekawan macammana
dan bagaimana nak mengawal perasaan cemburu...
"Cemburu"
semua orang kat di dunia ini memiliki sifat cemburu ini tidak terkecuali mama juga. 
Tapi hari ini mama tiada perasaan cemburu pun dengan sesiapa hanya nak berkongsi tips bagaimana nak mengawal emosi apabila cemburu itu datang melanda kat kita semua.
Cemburu ini adalah salah satu perkara yang amat kita risaukan sekali apabila kita mempunyai pasangan yang terlalu kuat cemburunya.
Oleh itu sesiapa yang mempunyai pasangan yang ada sifat-sifat cemburu ini atau kamu sendiri yang mempunyai sifat cemburu ini 
berhati-hatilah dalam segala perilaku kita supaya tidak terjadinya sesuatu hal yang tidak menyenangkan dan mengakibatkan pergaduhan.




Tips Mengawal Pasangan Yang Cemburu
1- Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu,jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu dan kamu tidak perlu untuk menjawab setiap soalannya,lebih baiklah kamu berdiam diri daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2- Terima hakikat bahawa kekasih kamu atau sesiapa pun tidak berniat untuk melukai hati kamu,mungkin ini sifat semula jadinya dan janganlah kamu ambil hati akan kata-katanya.

3- Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri,pujilah kekasih, tunang, suami atau isteri kamu jika perlu.Mintalah nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu pada orang yang kamu sayangi itu.

4- Janganlah kamu suka berpoya-poya dengan wanita/ lelaki lain.Ini hanya akan membuat situasi lebih sukar,apa yang perlu bagilah sokongan yang berterusan padanya.

5- Berbincanglah dengan pasangan kamu tentang perasaan cemburunya secara perlahan-lahan dan pilihlah waktu yang paling sesuai sekali.


Atasi Sifat Cemburu
1- Hormatilah perasaan pasangan kamu kerana dia juga mempunyai hak untuk menilai kcantikan wanita/lelaki lain.

2- Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya.Jika kamu seorang yang kuat cemburu,usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

3- Tuliskan apa juga perasan kamu apabila kamu merasa cemburu.Marah? Tidaktentu arah?Menangis? Geram? Rasa malu?Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.

4- Cuba fikirkan bagaimana sifat cemburu kamu itu meledak.Adakah adil kamu menyisihkan pasangan kamu daripada orang lain?Bukannya sesuatu yang teruk andainya pasangan kamu senyum dengan orang lain.Kajilah dari segi yang positif supaya kamu tidak melayan perasan cemburu itu seterusnya.

5- Bina keyakinan diri dan kita mungkin akan rasa lebih selamat dari bergantung pada pasangan kita saja.Luaskan persahabatan kepada orang lain juga.

Kesan Positif Cemburu
1- Mengelakan si dia curang kepada kamu.
2- Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3- Sentiasalah menjaga hati kamu.
4- Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu.


Kesan Negatif Cemburu
1- Si dia akan cepat bosan bersama dengan kamu.
2- Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan yang lain.
3- Selalu berlaku pergaduhan kerana sifat curiga dan cemburu itu menjadi semakin    
     melampau.
4- Pergerakan sentisalah diawasi seperti orang yang bersalah.


24 August 2011

Dah Kena Cium Ni......

August 24, 2011 15 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Semakin Hari semakin menghampiri Bulan Syawal dan akan
meninggalkan bulan Ramadhan yang mulia ni...
Berpuasa hari ke 24 sedih rasanya Ramadhan akan meninggalkan kita
semua dan semoga kita akan berjumpa lagi di tahun hadapan...

Hari ini cite sedih...Bacalah yer...
 Bila dah kena cium baru lah mengelabahkan
dah tak boleh cakap apa dah
 terpaku,tergamam,terdiam,ternganga mulut tu bagai apa jer....
Abang kalau dah cium tu kenalah bertanggungjawab
 cikit jangan main nak lepas tangan je yer...
jom kita pergi rumah tok kadi...
aiyarkkk napa plak rumah tok kadi ni?????? ....
jangan salah tafsir fikiran kuning plak...
 bukan apa kasi gempak sikit jer...hahaha....
bila dah ter...cium tu lah jadinya
gelabahlah orang yang mencium
takutttttt.....
yang kena cium senyum je...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
bukan ada apa2 pun tapi tengok je lah
gambar kat bawah ni...
ni lah dia 

"U KISS U PAY"



nasib lah kecederaannya sikit aja 
kalau tidak angin juga satu badan di buatnya...
yang nak kiss tu tak nampak ke 
ada kete nak kuar parking ke apa ke
cubalah bagi tahu bunyikan hon ni tidak main jalan je
 ikut suka mak bapak dia
tak boleh ke nak tunggu sekejap dan bersabar....
Bila dah tercium barulah mengelabah...
apalah pemandu sekarang ni tak bertimbangrasa langsung
ikut rasa hati... tu sebab ramai yang 
mati dalam kemalangan jalanraya.....


"IKUT HATI MATI IKUT RASA BINASA"







23 August 2011

Kad Raya Soly Solicious....Mekacih Soly....

August 23, 2011 15 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Hari ni mama dah dapat kad raya dari blogger
Soly Solicious color pink cantik n kreatif lagi
terimakasih mama ucapkan buat soly ye....
Di sini mama ingin mengucapkan selamat hari raya pada Soly
dan teman2 semua berbanyak-banyak maaf mama hulurkan sepanjang
perkenalan kita kat alam maya ini dan jika ada salah silap dan tutur kata  
mama yang menyakitkan hati semua..
"SELAMAT HARI RAYA SOLY DAN SEMUA TEMAN2 BLOGGERS"



Kasut Pelengkap Lelaki....

August 23, 2011 10 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


 N3 sebelum ni mama bagi tahu info untuk wanita kali ni mama nak kongsi    
satu lagi n3 menarik tapi kali ini untuk lelaki pula.
Bolehlah kita berkongsi bersama-sama n3 yang menarik ini  yer...
 N3 ini amat menarik perhatian mama juga kerana ia telah disiarkan dalam
salah satu majalah "Maskulin" .. 
Kasut merupakan pelengkap gaya seorang lelaki seperti pakaian,
terdapat stail atau jenis kasut yang selalu dipakai lelaki.
Stail ini bolehlah dibahagikan pada dua kategori iaitu 
'Blaucher Lancing' dan 'Balmorals Lancing' 


Perbezaan utama antara dua jenis kasut ini terletak pada bahagian lidahnya.
Blaucher lancing adalah bahagian lidah yang terbuka, 
manakala Balmorals lacing bahagian lidah tertutup dan selalunya berbentuk 'v'.
Kasut berpotongan lace-up menjadi pilihan sesuai untuk penampilan yang formal.
Potongan kasut loafers tidak bertali adalah pilihan lain bagi kasut formal.
Walau bagaimanapun loafers diklasifikasikan kurang formal berbanding kasut yang bertali.
Sesetengah kasut potongan ini sesuai untuk majlis yang formal.
Selain mudah dipakai, loafers lebih versatil dan ringkas dalam gaya klasik.
Jadi loafers sesuai dipadankan dengan pakaian formal mahupun kasual.
Antara jenis kasut yang sesuai dan biasa dipakai ke pejabat adalah Cap-toe Oxford, Plain-Toe Oxford, Wing Tips, Buck Oxford, Split-toe ,Tassle Loafers dan Plain Loafer.



Suai padan dengan pakaian
Ramai lelaki tertanya-tanya tentang soal ini.
Bagaimana menyuai padan kasut dengan sut atau seluar.
 Apakah warna kasut paling sesuai?Hitam atau coklat?
Tidak kira apa warna sut atau seluar yang dipakai,
pemilihan kasut berwarna hitam atau coklat tidak menjadi masalah.
Dua warna ini mudah dan sesuai dipadankan dengan sut atau seluar berwarna kelabu gelap,biru tua mahupun sut kelabu.
Ini kerana dua warna ini adalah paling asas untuk kasut kulit lelaki.
Soalan utama perlu ditanya pada diri sendiri sebelum menyuaikan padankan kasut dengan pakaian adalah sejauh mana gaya formal yang mahu ditampilkan?
Kasut kulit hitam biasanya lebih formal berbanding kasut coklat.
Tetapi warna hitam didatangkan dalam bentuk berkilat atau biasa (tidak berkilat)  Formalnya sepasang kasut bergantung kepada tahap kilauannya.
Oleh sebab itu,pakaian tema formal memerlukan anda memadankannya dengan kasut berkilat.


Tahap Formaliti
Bagi stail kurang formal tetapi tampil bergaya ialah dengan suai padan kasut coklat dengan pakaian anda.
Kegelapan warna coklat menentukan tahap formaliti.
Ini bermakna, kasut coklat gelap lebih formal berbanding coklat lembut.
Bagi urusan pejabat secara kasual,
anda disarankan memakai kasut coklat lembut atau cerah.
Kecerahan warna tersebut di bahagian kaki 
menampakkannya dengan sut atau seluar formal berwarna gelap.
Jika seluar kelabu gelap dan biru tua dipakai dengan hitam,
keseluruhan penampilan akan teradun baik dalam warna monokromatik atau gelap.
Manakala kasut coklat gelap akan memberikan kontras yang bergaya.
Akhir sekali dan paling penting, 
pastikan sentiasa memakai tali pingang dalam warna yang sama dengan kasut.
Kasut hitam dengan tali pinggang hitam,kasut coklat dengan kasut coklat.




Itulah serba sedikit yang dapat mama kongsikan segala yang mama tahu pada anda semua,
dan diharap segala infomasi yang mama berikan dapat memberitahu kita bagaimana memilih kasut yang sesuai bagi lelaki.
Kekadang bagi kita wanita harus tahu bagaimana kasut yang sesuai dengan suami kita atau tidak sesuai, 
dengan cara yang betul untuk memilih sebab kekadang ada suami kita yang tidak pandai memilih kasut yang hendak dibelinya jadi 
kitalah sebagai isteri yang tahu serba sedikit haruslah memberikan panduan yang baik agar kita dapat menolong suami memilih kasutnya dengan cara yang betul.
                                     
                     

Hand Bag Bantu Penampilan Mu....

August 23, 2011 16 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Wah sekejap betul masa berlalu mama rasa baru semalam 
kita semua mula berpuasa tapi rupa-rupanya sudah hari yang ke 23 hari ini   
Alhamdullilah mama bersyukur kerana tahun ni
 mama dapat berpuasa dengan selesa 
kerana tiada simtom gastrik sejak mula berpuasa lagi.

Hari ini mama nak tulis n3 tentang beg tangan 
dan juga mama nak kongsi tips tentang beg tangan
sebab semalam mama ada terbaca satu aktikel
 kat majalah mengenai beg tangan.
 Ini yang mama nak kongsi pengetahuan tu kat 
anda semua yang mana tentu ramai yang 
bercadang ingin membeli beg tangan untuk 
hari raya yang bakal tiba nanti.  


Beg tangan sememangnya sinonim dengan golongan wanita.
Tidak hairanlah dari remaja hinggalah ke peringkat berusia,
semuanya ingin tampil bergaya menggayakan beg tangan.
Apatah lagi jenamanya pula sering dijadikan 
perbandingan ekoran produknya pastilah lebih berkualiti. 
Namun dalam kamu sibuk untuk memilih beg tangan untuk keperluan diri,
pernahkah kamu terfikir beg tangan yang bagaimanakah 
sesuai dengan bentuk tubuh kamu???

Mungkin ada yang tidak menyedari bahawa 
beg tangan mampu mempengaruhi penampilan dan gaya kamu.
Penting untuk kamu ketahui beg tangan yang 
bagaimana patut kamu gayakan agar sesuai dengan 
bentuk tubuh kamu supaya penampilan diri tidak tenggelam.
Di bawah ini mama sertakan sekali tip 
yang boleh kamu jadikan panduan sebelum mengambil keputusan membeli beg tangan.

Rendah dan gempal 
 Sekiranya kamu di dalam kategori ini cuba elakkan 
membawa beg tangan yang besar atau tali beg yang panjang.
Biarpun dapat melindungi bentuk tubuh yang gempal 
itu tetapi hakikatnya ia membuatkan penampilan kamu lebih pendek.
Paling cantik gayakan beg tangan yang bersaiz kecil 
dan terletak cantik di tubuh untuk tampak lebih tinggi.
Rendah dan kurus
  Bagi yang bertubuh rendah dan kecil mereka ini 
seharusnya mengayakan beg tangan bersaiz kecil atau sederhana
 untuk menyerlahkan diri mereka.  
Sebaiknya elakkan menggunakan beg tangan yang besar
 kerana ia akan membuatkan diri kamu seperti budak-budak.
Untuk tampil kelainan golongan ini boleh memilih beg tangan jenis sandang,
ianya nampak lebih unik dan menarik,
tetapi jangan sesekali silangkan tali beg  
pada payu dara kerana ia akan membuat kamu nampak seolah-olah berisi. 



Besar bahagian atas
Jika tubuh kamu jenis yang berisi atau besar
 pada bahagian atas berbanding bahagian lain,
pilihlah beg tangan bertali pendek supaya kamu tidak perlu menyandangnya di bahu,
ini boleh membantu mengimbangi penampilan kamu.
Ataupun kamu boleh pilih beg tangan bertali panjang 
yang jatuh antara pinggang dan pinggul sekurang-kurangnya
 dapat menutup sedikit kekurangan pada tubuh

Tinggi dan kurus 
Untung bagi mereka yang kurus dan langsing,
mereka boleh menggayakan hampir keseluruhan jenis beg tangan.
'Clutch',beg sandang dan beg tangan besar sebenarnya 
paling cantik digayakan oleh golongan tinggi lampai ini.
Elakkan menggunakan beg tangan bersaiz kecil
 kerana ia membuatkan kamu nampak lebih tinggi dan kurus.


Beg tangan 'Clutch' biasanya digunakan untuk 
majlis makan malam.
Pemilihan beg tangan jenis ini sebenarnya 
memberikan daya tarikan kepada si pemakai.
Pilih yang sedikit besar dan panjang sekiranya
 kamu bertubuh besar dan yang kecil molek jika kamu bertubuh kecil.


Elakkan mengepit beg tangan genggam di ketiak
 kecuali tubuh badan yang sederhana dan kurus.
Perbuatan ini membuatkan kamu nampak lebih gempal.
Sebaiknya genggam beg tangan itu dengan tangan lurus ke bawah.
Jika kamu risaukan rupa perut dan pinggang,
bawalah beg tangan itu rapat ke perut dengan bersahaja dan
 penuh anggun secara tidak langsung ia 
boleh menutup dan menyorokkan perut kamu itu


Tip pilih beg tangan 
Pastikan kepentingan atau keperluan untuk memakai beg tangan itu.
Setiap beg tangan mempunyai ciri-ciri tertentu,
sama ada untuk ke pejabat,majlis makan malam dan santai.
Contonya beg tangan ke pejabat mestilah daripada bahan yang kuat dan tebal.
Bagi kamu yang mempunyai banyak barang,
kamu boleh pilih beg tangan jenis berpoket. 
Namun harus diingat perlu penutup yang kuat dan 
selamat supaya beg tangan kamu tidak 
menampakkan 'isinya' atau barang tidak tercicir keluar.
Paling penting beg tangan itu dapat diangkat dan dipegang dengan 
selesa supaya penampilan tidak terganggu.
Jangan lupa periksa juga keadaan luar dan dalam beg tangan.
Bahan yang diperbuat daripada jenis nilon,wool,vinyl atau kulit lebih tahan lama.


Semuga segala info ini berguna dan dapat membantu, 
bila kita semua terasa ingin mendapatkan sebuah beg tangan yang baru....
Carilah beg tangan yang bersesuaian dengan citarasa dan personliti kita.


PETUA
   Bila kita membeli beg tangan atau kasut di dalam beg tangan 
atau kotak kasut tu pasti ada diletakkan dengan
 ubat alahan daripada kulat.
Oleh itu ubat itu janganlah dibuang begitu saja kerana 
ubat alahan itulah yang akan menjaga beg tangan atau
 kasut kita itu daripada terkena alahan barangan kulit.....