gaya hidup

Teringin gak...!!!! Tapi hampa....

Monday, March 28, 2011 Mas Zull 0 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Teringin jugak nak memilikinya apakan daya tangan x sampai.....bukan tangan je yang tak sampai duitnya
pun tak sampai jugak...betul x kelakar juga bunyinya tapi bagi kita yang tak mampu hanya mampu
tengok je lah tapi kalau yang mampu dan ada rezeki lebih apa salahnya...boleh jugak nak pakai asalkan berkemampuan no hal lah!!!!
Selalunya bila lalu depan kedai ni suka betul tengok kereta sport ini siap letak tanda harganya 27K rasanya kalau fikir memang murah giler harga kereta sport yang begitu 
(macam tak caya plak)
masih tak puas hati lagi tu sampai suruh hubby berhenti dan tanya sendiri dengan tokey tu harganya....
mungkin tokey kedai ni saja je nak bagi pelanggan kagum dan singgah untuk tengok kereta sport ni kot tu yang letak harganya 27K....
memang lawa giler beb dengan colornya yang berwarna merah,
sporty,
 bumbungnya boleh dibukakan kira semuanya memang sporty giler kalau memandunya
jangan kata tak tengok aku ngan hubby teringin jugak nak gi tengok kereta tu tapi tak berkesempatan jadi
bila ada masa singgahlah sekejap janji dapat tengok dari dekat dan dapat ambil gambo jadilah....
Aku tak nak kuar kereta(malu konon datang nak tengok kereta sport)tengok dari dalam kereta cukuplah
hubbyku je yang dipaksa kuar tengok dan tanya harganya sekali....
Hubbyku pun bertanyalah dengan tokey kedai tu berapa harga on the road kalau2 nak beli...
(cewahhhh macam nak beli je rupanya siap tanya harga on the road )
saja-saja je tanya kalau mampu bolehlah kalau tak biarkanlah
 (x de maknanya)
angan tinggal angan je...angan-angan mak jenin la katakan hehehe.....
Lama juga lah mereka berbual kat depan kete tu...
aku hanya dok memerhatikan mereka dari dalam kereta je
bila dah selesai hubbyku mula beredar dan menuju ke kereta dan dia mulalah beredar....
Aku dengan perlahan bertanya :

Aku: "Abang.. nape lama sangat bincang ngan tokey kedai tu,jadi beli ke kereta sport tu?

Hubby : "Memanglah lama kenalah tanya berapa hargnya kalau tidak macamana nak beli?

Aku: "Wah... betullah harganya 27K...."

Hubby: "Mana ada murah kereta jenis BMW tu...tanda yang dia letakkan tu bukan harganya tapi jenis kereta tu...Harga sebenarnya RM 110,000.00...."

Aku: "Yer ke...!!!Hampas.... kurang asam tokey tu letaklah jenis kereta plak bukan harga kereta ...dia betul-betul saja je nak suruh orang
singgah kedai kereta dia la tu....(perasaan bengang)kena tipu la ni....hehehe....(padan muka aku)...."

Hubby: "Lupakanlah je kereta tu ,kereta sekarang pun okay lagi apa, masih boleh guna lagi bukan ada rosak kat mana-mana pun...."

Aku:"Betul la tu.....pakai je yang mana ada.janji kita dapat pergi kemana-mana pun...."


"Jangan disangka apa yang kita ada tidak baik dan nampak yang lain lebih  baik apa yang kita ada sekarang ini sebenarnya adalah lebih baik dari apa yang kita nak di luar sana "

Inilah keretanya yang ku idam-idamkan
InsyaAllah kalau ada rezeki mesti dapat merasa memandunya nanti...
(kalau ada rezeki)

0 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita,

Tahniah!!!! bagi yang berjaya dalam keputusan SPM semalam

Thursday, March 24, 2011 Mas Zull 0 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Keputusan SPM dah pun kuar semalam...
macammana dengan adik2 yang mengambil keputusan tu puas hati x akan keputusan yang diperolehi....
Akak harap pada adik2 yang berjaya ucapan tahniah dari akak dan yang kurang berjaya janganlah berputus asa yer....
boleh berusaha lagi jika adik2 masih mahu mengulangi peperiksaan utk tahun hadapan....
Anak jiran sebelah rumahku pun mesti telah berjaya agaknya...
(masih x berkesempatan untuk berjumpa jadi x tahu berapa A anaknya perolehi).....
semalam sewaktu mereka keluar
rumah untuk ke sekolah awal2 lagi ucapan tahniah wat anaknya telah ku hulurkan memandangkan sudah pasti kejayaan tu memang miliknya....
(berapa A x tahu la) yg pasti mesti lulus punya...(anak2 yang bijak semuanya).....
Bagi anak saudaraku pun masih x tahu berapa keputusannya yang dia dapat....
semoga dia berjaya hendaknya....
Apa-apa pun semoga semua yang mengambil keputusan peperiksaan SPM semalam berjaya .
Gementar juga bila anak2 kita akan menduduki peperiksaan yang besar begini...
Aku dah pun mengalaminya apabila anak2ku yang pertama dan yang kedua dulu....
Ibubapalah yang terlebih excited sangat bila anak2 yang mengambil peperiksaan dan satu lagi apabila keputusan peperiksaan keluar,
pagi2 lagi ibubapalah yang awal2 bersiap untuk mengikut anak2 ke sekolah.
Itulah ragam sebenarnya bila waktu peperiksaan dan 
sewaktu keputusan peperiksaan keluar.
Teringat semasa zaman persekolahan dulu itulah kenangan terindah yang tidak dapat di lupakan sampai bila-bila pun.
Biarlah ia menjadi memori terindah didalam hidup ini.
Sekarang ini menghadapinya dengan kerenah anak sendiri pula...
Akhir tahun ini anakku yang bongsu pula yang akan menghadapi peperiksaan PMRnya.Semoga dia berjaya dalam peperiksaan itu nanti....

Gambar ambil keputusan UPSR

0 000 jiran datang mendoakan mama:

gaya hidup

Kesilapan yang menyakitkan hati....

Wednesday, March 23, 2011 Mas Zull 0 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Wah!!! dah lama betul blog aku ini tidak dikemaskinikan dah naik bersawang rupa-rupanya...
kesian betul aku tengok... 
tapi x pa la hari ini proses pembersihan dah pun dimulakan dan operasinya sedang dijalankan... 
(hehehe nak buat lawak plak)
Dalam 2 hari ini aku bengang betul dengan stesen TV berbayar 
(nak sebutkan tapi tak payah la, kang kena bang plak jadi faham2 sendiri je la yang mana stesen TV berbayar kat Malaysia ni).... 
atas sebab tertentu siaran tv berbayar aku telah disekat dan x dapatlah aku nak menonton siaran faveret kami sekeluarga (Channel One HD Korea)...
faham-faham je la kekadang ada tunggakan bil sebulan yang belum dapat dijelaskan pun dah kena sekat...
bengang juga kerana beberapa episod yang baru tidak dapat ditonton...
Cerita x dapat tengok tu bukan masalah besar sangat2 tapi yang jadi betul2 bengang 
  sebabnya adalah kerana pembayaran bil tu dah pun dibuat tapi bahagian penyambungannya masih tidak buat kerja,
cas penyambungan tu berbayar (terus dimasukkan ke dalam bil ) bukannya free pun tapi itu pun masih lagi lambat melakukannya....
bengang sesangat pergi je buka laman web stesen tv tu dan buat complain terus,bila kita call untuk pusat penyambungan semula jawapan yang kurang menyenangkan je yang kami dengar makin bertambah benganglah jadinya....
Itu yang buatkan kesabaran sesiapa pun boleh hilang tapi nasib baik la hubbyku bukan jenis orang yang begitu kalau tidak memang dah kena sound habis-habisan siapa yang bertugas hari itu.....
Sebenarnya  proses pemasangan semulanya x lah sesusah mana pun tapi dek kerana salah 
prosesnya masalah tu jadi lama dan memakan masa yang panjang iaitu selama 3 hari baru boleh di on kan semula....
boring...boring betul jadinya....
Bila kena complain dalam laman web barulah semuanya mula ambil tindakan dan mohon maaf atas segala kelambatan dan kesilapan yang terjadi (pandai plak telefon balik minta maaf takut la tu)...
Kalau x buat macam tu sampai la sekarang masih tiada lagi siaran dan masalah penyambungan siaran tu pun x dilakukan.....
bila dah kena bang dan complain barulah semuanya bergegas dan buat kerja....
Kita sebagai pekerja ni haruslah melakukan kerja yang diberi tu dengan ikhlas dan
janganlah melakukan kerja yang telah kita sandang tu semata-mata ikut hati dan 
perasaan
lakukan kerja tu dengan budibahasa yang cukup menyenangkan pada pelanggan-pelanggan yang bertanya pada kita.
Janganlah berlagak sombong dan angkuh bila berdepan dengan
pelanggan-pelanggan anda...
Apa-apa pun terimakasihlah pada mereka yang telah membuat penyambungan semula siaran tv berbayar tu dan permohonan maaf tu juga kami terima...
Harap semuanya dapat melakukannya dengan lebih sempurna dan diharap juga perkara sebegini tidak akan berlaku lagi....
-Terimakasih-

"TUGAS ITU SATU IBADAH"



0 000 jiran datang mendoakan mama:

nasi goreng

NASI GORENG KAMPUNG

Tuesday, March 15, 2011 Mas Zull 2 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Sarapan pagi ini "Nasi Goreng Kampung"kita tengok resepinya di bawah tu...Pagi-pagi dah makan heavy macam ni siap ngan telur mata kerbau lagi,jawabnya masak untuk tengahari di tundakan ke petang la,perut pun dah kekenyangan, hubby pun tengahari ni x balik makan jadi masak untuk makan malam sekali la nanti.....


BAHANNYA:
Nasi putih
ikan bilis
cili padi
bawang putih
daun bawang/daun sup
kangkung (x letak ari ni)
bawang goreng
telur
garam
serbuk perasa


CARANYA:
Ikan bilis di goreng dan goreng telur mata kerbau terlebih dahulu asingkan.Ambil bawang putih,cili padi dititikkan sedikit tumis dalam kuali,biarkan garing sedikit pastu ambil nasi masukkan kedalam kuali dan gaulkan semuanya kalau suka boleh tambah telur.Goreng nasi sehingga garing,masukkan sayur kangkung,ikan bilis yang telah digoreng terlebih dahulu tadi dan bubuh perasa dan garam secukup rasa.Setelah siap letakkan dalam pinggan dan hiaskan dengan bawang goreng,daun sup/bawang dan telur mata kerbau.Siap untuk di makan...Nyummmm


Inilah Nasi Goreng Kampung yang siap untuk dimakan
macam kat kedai plak

2 000 jiran datang mendoakan mama:

gaya hidup

Lembab Betul Beruk Ni....

Monday, March 14, 2011 Mas Zull 0 Comments

SALAM 1MALAYSIA
Assalamualaikum...
  Beruk ni lembab betul hari ini mungkin hujan jap 
tadi kot tu yang lembab semacam jer....
nak loading gambar nak tulis n3 pun susah...tension betul...arghhhhhh
rasa nak buang je beruk  ini memang patutlah orang panggil beruk....
Aduh apa hal lah macam-macam hal timbul....
  nak loading gambar pun x siap-siap asyiklah dok menunggu depan lappy ni
mata dah mula kelat-kelat ni
Tolonglah cepat loading aku dah mengantuk ni..!!!!!
Linenya jap ada jap hilangn boring betul mama... 
Kalau macam ni nak tambah speed yang laju pun was-was kang 
masalah yang sama pasti ada juga...
Tolonglah oh beruk  janganlah buat hal time ni aku nak cepat 
dah jauh malam ni mataku dah mula kecik
dan dah mula stim....
arghhhhhh mulut dah mula menguap mata dah mula mengantuk
mama nak out dulu mata dah mengantuk ....
esok jer lah sambung balik....
alamak esok terpaksa bawa ayahanda ke hospital....
pada kekawan mama yang datang n singgah
nanti mama lawat balik yer tinggalkan link kat shoutbox tu yer...
Okay....Bye

Broadbandku yang lembab hari ini

0 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita,

Kenapa ekk orang bercinta sekarang kalau bercakap di telefon suka tutup muka....nak feel lagi ke?????

Friday, March 11, 2011 Mas Zull 2 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Apa benarkah pasangan bercinta kalau jawab telefon mesti dok jauh2 dari kawan,
kalau kat bilik atau kat mana-mana tempat yang ada bantal mesti tutup muka dengan bantal kenapa ekk????
Mungkin x nak orang dengar kot 
perbualan mereka,malu atau apa-apalah...
 itu yang berlaku di depan mata saya sendiri 
(anak saya yang sedang bercinta sape lagi) contoh terdekat.....
Saya ni suka menyibuk betul nak tahu apa sebab mereka
berkeadaan begitu lantaklah janji dia orang x kacau dan tidak menyusahkan saya sudah...
saja je saya nak tahu al-maklumlah...
kalau cakap jiwang-jiwang depan orang malu,lebih-lebih lagi depan mak ngan ayah faham-faham sendiri sudahlah,
kita pun pernah bercinta juga dulu x kan masih x faham2....
masa saya bercinta dulu masih kurang orang menggunakan handphone ni, 
jadi mungkin x tahulah
 bagaimana caranya bercinta bila bercakap kat hp tu....
ketinggalan zaman betul.....
hehehe geli hati bila teringat kisah masa bercinta dulu...
Kalau zaman saya bercinta dulu handphone ni bukanlah alat yang jadi penghubung percintaan saya dengan hubby
tapi masa tu kami masih lagi menggunakan MR.POSMAN untuk menghantar surat-surat
cinta kita orang....
Bila nak bercerita atau nak melepaskan rindu kami tulis je dalam surat (Surat Cinta apa lagi)...
suratlah  
jadi penghubung antara saya dengan hubby dulu....
masa tu nak tulis jiwang karat macamana pun tulis je lah kat dalam surat cinta tu...
melepaskan perasan cinta dan rindu padanya hanya dalam surat je tanpa dapat melihat rupa paras kekasih hati kita....
Teringat waktu bercinta dulu-dulu selang dua hari surat cinta dari hubby mesti sampai dan pastilah MR.POSMAN yang bekerja tu hantarkan sampai depan rumah....
 siap boleh setkan hari waktu tu bila surat cinta tu akan sampai ke rumah...
Kekadang surat-surat tu punyalah panjang lebar citenya,
tebal plak tu dan kekadang juga surat tu juga berbau wanginya...
sampaikan MR.POSMAN yang menghantar surat tu pun boleh tahu bahawa surat tu dari kekasih hati saya...
malu juga masa tu tapi buat cam biasa je....
tulah kaedahnya kalau dah x boleh berjumpa macam-macam cara nak buat 
surat tu menarik perhatian si pembacanya agar asyik teringat kat si penulis surat cinta tu...
Tapi sekarang zaman dah canggih x payah lagi nak tulis,
 terus je tekan no dan bercakap pada 
orang yang tersayang,
senang betul budak-budak sekarang...
kalau nak tulis pun masih menggunakan handphone (SMS je)kira 
canggihlah tu tapi x bolehlah nak tulis panjang lebar macam tulis kat dalam surat cinta....
boleh dengar suara orang tersayang melalui handphone,
 nak cakap panjang 
lebar atau berjam pun boleh tapi topupnya kenalah lebih juga...
 tapi dulu nak dengar suara pun susah
hanya gambar dan surat je yang dapat ditatap untuk melepaskan rasa rindu dihati
Itulah perbezaannya percintaan orang zaman dulu dengan zaman sekarang yang serba-serbinya
sekarang terlalu canggih manggih.....
  

 Surat Cinta Penghubung Cinta Zaman Percintaan
Dulu
Telefon penghubung cinta zaman moden sekarang

2 000 jiran datang mendoakan mama:

blog

Belajar Edit Blog Sendiri....

Thursday, March 10, 2011 Mas Zull 0 Comments

SALAM 1 MALAYSIA


Sehari suntuk dok menghadap lappy ni sebab nak belajar mengedit blog....
aduh susah betul!!!!!
tengah dok belek2 ada je keje yang x siap lagi,kenalah tinggalkan jap pastu sambung balik bilalah nak siap blog aku ni....
akhirnya proses mengedit pun siap juga mata pun dah mengantuk
kiranya proses mengedit ni sememangnya betul2 susah.....
patutlah anak-anakku kalau dok bab mengedit blog mereka
mestinya berjam-jam depan lappy rupa-rupanya
memang susah...
kiranya proses mengedit ni aku belajar bab n bahagian 
yang senang je kalau kena bab
yang susah tu pening juga kepala otak yang 
dah beku ni....
godek punya godek jadilah macam ni ....x tahu cantik ke x, tapi kira ok juga la.....
inilah hasil kerjaku yang masih dalam belajar2 mengedit blog ni....
kira berjaya juga lah aku wat sendiri....
puas hati dapat belajar sendiri tukar color,tukar gambar,tukar tab yang baru kira ok la....
hepi betul boleh wat sendiri....
ada lagi yang aku nak belajar lepas ni tapi kena buat slow2
step by step
semoga berjaya melalu proses pembelajaran seterusnya...
Inilah dia proses budak baru belajar....
hehehe....bukan budak yang baru belajar
tapi mak budak.... 
malu!!!!
nak jadi orang celik IT ini kenalah belajar kalau x 
macam mana nak pandai....
macam pantun kat bawah ni....


"Buah cempedak di luar pagar"
"Ambilkan galah tolong jolokkan"
"Saya budak baru belajar"
"Kalau salah tolong tunjukkan"


Ok lah dah letih mata ni asyik dok pandang lappy ni ni dah masa tido
Bye semua...Gud Night....



0 000 jiran datang mendoakan mama:

pengat n bubur

PENGAT PISANG TANDUK

Wednesday, March 09, 2011 Mas Zull 0 Comments

SALAM 1MALAYSIA

Menu minum petang semalam "Pengat Pisang Tanduk"....Dah lama juga tak buat pengat pisang ni tapi semalam teringin plak tekak ni nak makan, jadi apa lagi carilah pisang tanduk kat kedai...kebetulan tinggal dua ulas pisang tanduk apa lagi capai je....Beli santan dan gula merah je sagu biji dah ada dalam stok jadi x payah beli lagi....jom kita lihat.....




BAHANNYA:
Pisang tanduk dua ulas
santan
gula pasir sedikit
gula merah sedikit
sagu biji
daun pandan


CARANYA:
Pisang tanduk dipotong-potong dan tepikan.Sediakan periuk masukkan gula merah sedikit dan gula pasir sedikit cairkan di atas dapur.Setelah cair tapiskan gula itu dan masukkan ke dalam periuk, masukkan santan,daun pandan dan letak di atas dapur,kacau selalu agar santan tidak keluar minyaknya.Setelah didih sekejap masukkan sagu biji yang telah direndam terlebih dahulu ke dalam periuk tadi.Kacau dan akhir sekali masukkan pisang tanduk yang telah di potong tadi ke dalam periuk .Kacau, biarkan didih dan pisang menjadi empuk atau lembut.Bila pisang dah lembut tutup api dapur dan bolehlah dihidangkan dengan air panas untuk minuman petang.Selamat mencuba....!!!!

0 000 jiran datang mendoakan mama:

cerita,

Teringin Nak Makan Durian Tapi Hampa Jadinya....Tak Ada Rezeki Namanya...

Tuesday, March 08, 2011 Mas Zull 0 Comments

SALAM 1 MALAYSIA

Sedih!!!sedih!!!! apa nak buat dah tak ada rezeki....
dapat menyamah sikit je isi durian tu,sakit hati betul dengan si penjual durian tu
ada ke bagi durian yang x elok jual kat orang....menyampah betul.....
teringat dulu masa kat kampung bila musim durian x pandang pun buah durian ni...
  sememangnya aku dulu allegik betul dengan buah durian ni...
ceritanya panjang tapi biarlah ku pendekkan cite
 kenapa aku x suka betul dengan buah durian ni...

masa kecik dulu kat kampung aku sebenarnya suka makan buah durian ni 
dek kerana ada peristiwa
yang sedih (x la sedih sangat acah je)
selepas kejadian yang menimpa tu aku mula jadi 
x suka langsung nak makan buah durian ni....bukan 
apa masa kecik dulu makan buah durian ni 
memang dah menjadi kebiasaan bila tiba
musim durian...
ya lah dulu kalau nak tunggu musim durian 
terpaksa tunggu setahun baru dapat makan
buah durian ni....sbb dulu musim durian ni hanya setahun sekali je...
jadi bila sampai
masa musim durian, 
makan buah durian tu x ingat-ingat dunia....
kemaruk berbeno ...

aku melantak buah durian bagai nak rak macam 
dah tak boleh tunggu hari esok lagi
bila dah malam badan dah mula rasa semacam je...
semalaman aku x dapat tido sebab mengalami demam 
panas yang amat teruk sekali hinggakan
terpaksa dimasukkan ke hospital selama lima hari....
sedih betul akibat makan durian yang berlebihan diri dapat demam panas 
yang melampau-lampau lalu aku kena tahan n dok kat hospital.....
semenjak dari hari itulah aku jadi x suka dengan buah durian 
sampaikan bau buah durian tu pun aku x suka
hingga lah sekarang ini...

kesian kat hubby dan anakku yang kedua sebab mereka suka 
sangat makan buah durian ni,
bila mereka
terasa ingin nak makan buah durian,
mereka akan makan kat tempat penjual durian tu je kerana kalau hendak 
di bawa balik mesti di reject punya....
Tapi hari tu hubbyku tetiba plak bawa balik buah durian
ke rumah sebab teringin nak makan katanya nak makan sendiri 
kat tempat penjual durian tu 
x best plak jadi dia pun beli dan bawa balik....
sampai je kat rumah terus je buah durian tu di kopek 
dan kelihatanlah isinya yang menyedihkan....

tekakku tetiba terasa plak nak makan buah durian tu dek kerana 
baunya  dan mungkin juga aku dah lama sangat  
x merasa keenakkan buah durian tu.... 
tu yang bersemangat sekali nak menjamah semula
buah durian yang di beli oleh hubbyku tu.....
tapi yang sedihnya bila dikopek buah durian tu 
rupa-rupanya buah durian tu tidak elok plak isinya
dan aku hanya dapat merasa juga walaupun sedikit....
penipu betul si penjual buah durian tu ada ke patut jual 
buah yang tidak elok kat orang...
sungguh 
x elok perangai si penjual buah durian tu....
bila pergi balik ke tempat tu dah x ada lagi 
orang yang menjual buah durian tu kat situ.....mungkin semalam
nasib x baik sebab terbeli durian yang busuk dan
 bukan rezeki juga nak dapat makan buah durian tu 
namanya...Sabar je lah....

Inilah buah durian yang busuk tu

0 000 jiran datang mendoakan mama:

library.buku

Ubat Penenang Jiwa

Monday, March 07, 2011 Mas Zull 0 Comments

SALAM 1MALAYSIA




Dalam duduk diam fikiran jauh melayang memikirkan masalah negara...cewahhh macam perdana menteri lah plak nak fikir pasal negara....
Masalah negara biarlah orang yang tertentu yang menyelesaikannya tapi kita ni yang jadi rakyat pun punya masalah sendiri terpaksalah kita sendiri yang hadapinya.....
semua manusia dimuka bumi Allah ini ada masalah mereka sendiri tak ada seorang manusia pun yang terkecuali dari menghadapi masalah hidup mereka seharian...orang gila je yang tak ada masalah yang nak difikirkan.....
Aku pun begitu juga banyak betul masalah yang berlaku sejak kebelakangan ini ada saja situasi yang kurang menyenangkan berlaku tapi ku gagahi juga untuk meneruskan hidup demi menghadapi hari-hari mendatang.....
Pada zahirnya memang seperti tiada apa yang berlaku tapi bak kata pepatah melayu 
"BERAT LAGI MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL"
Besar sungguh dugaan yang terpaksaku lalui ini,aku bersujud dan memohon padaMU ya Allah hanya KAU yang Maha mengetahui segala-galanya....
(dah over plak ni)
Tapi bagi kita manusia normal memang tak lepas dari semua masalah baik yang kecil atau pun masalah yang besar dan yang paling pentingnya hadapilah semua masalah dan dugaan itu dengan hati yang redha...Mungkin ada hikmahnya atas apa yang berlaku semua ini dan semoga segalanya berlalu dan dapat diatasi segera.
Setiap masalah itu pasti akan ada jalan penyelesaiannya jika kita benar-benar menyelesaikan semua masalah itu dengan cara yang betul dan Allah akan sentiasa membantu dan memberikan kita petunjuknya untuk kita menuju ke jalan yang benar.
Dalam buku yangku baca ini banyak memberikan kita petunjuk bagaimana segala masalah yang kita hadapi dapat kita settelkan dengan cara yang baik.
Buku yang bertajuk "PENENANG JIWA" ini mengandungi banyak isi-isi penting yang dapat kita jadikan panduan dalam hidup kita seharian.
Cara-cara pengubatan dan rawatan juga terdapat di dalam buku ini dan apabila kita membaca akan isi kandungannya terasa jiwa kita begitu tenang dan relax sekali.
Terdapat juga terjemahan dari ayat-ayat suci Al-quran,hadis-hadis dan sedikit sebanyak dapat membawa dan memberikan kita ketenangan hati,jiwa dan minda kita.
Banyak isi kandungannya yang begitu menarik perhatian,terdapat 111 bab di dalamnya dan buku setebal 437 mukasurat ini begitu seronok untuk dijadikan bahan bacaan kita di rumah di waktu jiwa kita di landa masalah dan sedikit sebanyak kita akan mendapat ilmu dari pembacaan kita sekeluarga.
Carilah jalan penyelesaian masalah kita dengan cara yang sebaik-baiknya janganlah kita terlalu bongkak dengan Allah Maha Pencipta,mencari jalan penyelesaian masalah dengan cara yang salah dan hina,carilah jalan penyelesaian yang sempurna dengan berpandukan Hadis dan Al-quran

Rasulullah SAW bersabda:
"TIDAK ADA SUARA YANG LEBIH DISUKAI ALLAH DARIPADA SUARA RINTIHAN HAMBANYA
YANG BERDOSA LALU BERTAUBAT DAN BERKATA."YA TUHANKU!"LALU TUHAN BERKATA,"BAIKLAH WAHAI HAMBAKU,MINTALAH APA YANG KAU MAHU.KAU HAMBA-KU SEPERTI SEBAHAGIAN MALAIKAT-KU.AKU DI KANAN,KIRI DAN ATASMU.LEBIH DEKAT DARI ISI HATIMU.HAI MALAIKAT SAKSIKAN AKU TELAH MENGAMPUNINYA"


Allah Itu Maha Pengampun Dan Maha Mengasihi



0 000 jiran datang mendoakan mama:

resepi masakan

Resepi Mee Bandung Muar

Saturday, March 05, 2011 Mas Zull 0 Comments

SALAM 1MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ini dah tak tahu nak masak apa untuk menu tengahari jadi anak bongsuku suggestkan buat mee bandung kerana dah lama tak makan katanya....Boleh jugalah janji boleh dimakan jomlah kita lihat resepinya dibawah ini dan diatas gambar "Mee Bandung Muar"menu tengahari tadi yang telah berjaya dimakan....Nyummmmm.....


BAHANNYA:
1 kilo mee kuning
1/2 kilo daging
udang geragau
cili kisar
fish kek/ball
sedikit sayur sawi
daun bawang n daun saderi (utk hiasan)
bawang goreng (utk hiasan)
cili merah hiris (utk hiasan)
telur
tauge
garam n serbuk perasa
sedikit tepung jagung (utk memekatkan kuah)


CARANYA:
Mee kuning dibasuh dan dicelur sebentar.Rebus daging sehingga empuk dan kemudian dihiris nipis-nipis.Air rebusan daging tadi jangan dibuang boleh dicampurkan kedalam kuahnya nanti.Ambil udang geragau,basuh toskan kemudian kisar campurkan dengan cili kisar tadi.Panaskan minyak dalam periuk tumiskan bawang yang telah dihiris dan bahan yang telah dikisar tadi.Setelah garing masukkan air rebusan daging tadi  dan tambahkan air secukupnya biarkan sehingga mendidih.Setelah mendidih masukkan fish kek,fish ball,sawi dan daging yang telah dihiris nipis.Biarkan sebentar masukkan garam,serbuk perasa dan gula secukupnya.Akhir sekali masukkan tepung yang telah dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuahnya.Bila dah masak bolehlah di hidangkan.Selamat mencuba!!!!!!

0 000 jiran datang mendoakan mama:

family,

Ambil Alih Tugas Di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor Di Pontian

Friday, March 04, 2011 Mas Zull 5 Comments

SALAM 1MALAYSIA



Orang kata sambil menyelam minum air itulah yang sebenarnya berlaku....sambil my hubby ke Pontian ambil alih pos kawalan kat
"Kolej Matrikulasi Teknikal Johor" aku pun apa lagi ambil peluang untuk ikut sekali sambil boleh tengok-tengok apa yang menarik kat sana....
Sebenarnya kolej ini dulu adalah "Sekolah Teknik Pontian" dan telah diambil alih dan ditukarkan namanya dengan nama"Kolej Matrikulasi Teknikal Johor"
tapi pelajar kat sini tidak berapa ramai la sebab buat permulaannya, pihak pengurusan menghadkan pelajar kat sini hanya seramai 200 orang sahaja kalau tidak silap aku...
Hubbyku telah berjaya mendapatkan tendar Kawalan Keselamatan kat kolej ini berkuatkuasa pada 1hb Mac tempohari....
Tendar selama 2 tahun telah berjaya diperolehi jadi hubbyku terpaksalah mengambil alih pengurusan pos itu daripada syarikat kawalan keselamatan yang lama.Penat jugalah menunggu sehingga selesai semuanya....
Setelah semuanya selesai kami semua ke Bandar Pontian untuk mencari makanan untuk mengisi perut yang kebetulan perut kami memang tengah berkeroncong waktu tu....
Kami diberitahu ada gerai menjual murtabak yang sedap kat Bandar Pontian jadi kami rasa nak test juga makan murtabak yang dikatakan orang sedap tu...
Bila dah makan rasanya sama je macam murtabak yang biasa dijual ditempat lain mungkin orang di sini je kot yang rasa murtabak tu sedap sangat pada aku biasa je...
ye lah lain orang lain rasanya.....
Tapi sayang terlupa plak nak amik gambarnya kalau tidak boleh juga aku letak kat blog ni....












5 000 jiran datang mendoakan mama:

Doa rezeki

Murah Rezeki...

Thursday, March 03, 2011 Mas Zull 0 Comments

SALAM 1MALAYSIA

Terasa agak lama juga saya tidak update entry kat blog ni....dah bersawang jugalah blog ni sebab dah lama ditinggalkan sepi....
Oklah tak ada apa entry yang menarik pun cuma hanya ingin mengisi ruang-ruang kosong di sini, sambil melepaskan apa yang jejari ini ingin lakarkan, 
luahan hati dan perasaan....
Allah itu sentiasa ada  untuk kita semua di dunia ini,terpulanglah pada kita semua bagaimana untuk merasakan akan keujudanNYA...
Allah yang membukakan pintu rezeki kepada kita sehingga kita dapat hidup bernafas di muka bumi,beroleh kerjaya yang baik,dapat memberikan keluarga makan pakai dan dapat pula menyumbang pada orang lain.
Namun, sebagai hamba Allah kita juga harus menyempurnakan beberapa perkara agar rezeki terus murah melimpah-ruah.......


1-Bertakwalah kepada Allah,iaitu dengan beriman bersungguh-sungguh,melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan.Allah berfirman dalam surah an-Nahl: 97 yang bermaksud,

"Sesiapa yang beramal soleh,sama ada dari kalangan lelaki dan wanita, maka sesungguhnya Allah akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas yang lebih baik daripada yang mereka kerjakan."(SURAH AN-NAHL: 97)


2- Bersyukur kepada Allah atas segala kurnia-Nya.Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Ibrahim: 7 yang bermaksud,

"Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar,sesungguhnya azab-Ku amatlah berat."


3- Bertaubat,membanyakkan istighfar,memohon keampunan kerana itulah yang menyebabkan kita akan dikasihi Allah dan seterusnya dibukakan lebih pintu rezeki.


4- Melazimkan diri membaca surah al-Waqiah yang terdapat dalam juzuk 20.Surah ini mengenai kejadian hari kiamat,mengenai tiga puak manusia di sana,iaitu puak kanan yang beroleh bahagia,puak kiri yang dimasukkan ke neraka dan puak tiga yang mendahului dalam kerja kebajikan yang beroleh kedudukan mulia di sisi Allah,Rasulullah bersabda yang diriwayatkan al-Baihaqi daripada Ibnu Mas'ud,

"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam,nescaya tidak ditimpa kemiskinan selama-lamanya."


SENTIASALAH INGAT PADANYA HANYA PADANYA LAH TEMPAT UNTUK KITA MENGADU..

0 000 jiran datang mendoakan mama: