Salam 1 Malaysia
Entry hari ini adalah mengenai filem yang baru aku tonton semalam iaitu
"Damping Malam".Jalan ceritanya not bad juga lah boleh tahan,bolehlah kalau nak tonton seisi keluarga.Sekarang ini manusia suka bebenor menggunakan amalan syirik dan amalan yang amat-amat ditegah oleh agama kita.Kenapalah bomoh dicari untuk melakukan perbuatan syirik atau mengekalkan keharmonian rumah tangga dengan berbomoh?
Entahlah sekarang ini macam dah menjadi satu trend plak kalau ada masalah dalam rumahtangga bomohlah tempat yang ramai orang cari untuk berubat....Sepatutnya kita hendaklah berdoa kepada Allah dan sujud kepadaNya supaya kita diberikan petunjuk ke jalan yang diredhaiNya dan dapat keberkatan,ketenangan dalam hidup ini bukannya mencari "Tok bomoh"yang bergurukan syaitan dan iblis.
Benda-benda itu semua boleh membawa kita ke jalan kesesatan dan berlakulah
 kemungkaran didalam hidup seharian kita.Bila kita sudah membuat perjanjian dengan syaitan kita tidak akan boleh melarikan diri lagi semuanya haruslah mengikut segala kesesatan.
Begitulah apa yang berlaku dalam filem "Damping Malam"ini bila sudah membuat perjanjian dengan syaitan kita terpaksa akur dan jika ingkar akan berlakulah sesuatu yang tidak diingini,semua kehendak syaitan itu harus diikuti jika tidak salah seorang ahli keluarga pasti akan menjadi mangsanya.
 Oleh itu janganlah kita mencari bomoh dan membuat perjanjian dengan syaitan bila kita di dalam kesusahan hanya pada Allah sahaja tempat untuk kita mengadu dan hanya padaNya jua tempat kita mencari segala ketenangan di dalam diri.

Sinopsi cerita ini mengisahkan sebuah keluarga yang sempurna Wadi seorang usahawan muda dan isterinya Kulira akhirnya musnah akibat mengamalkan amalan pendamping.Isterinya menemui bomoh untuk mengambil pendamping kononnya untuk mengekalkan rumahtangganya dari hancur.
Sikapnya yang tidak mempercayai suaminya yang membuat Lira mencari pendamping hinggakan anak tunggalnya Aiza yang menjadi mangsanya.Kulira membuat perjanjian dengan pendampingnya dan jika perjanjian itu dilanggar maka salah seorang ahli keluarga Kulira akan menjadi mangsa.
Akibat sikapnya itu Kulira kehilangan anak tunggalnya.Itulah akibatnya terlalu mengikut perasan dan hasutan kawan-kawan agar menggunakan amalan bomoh yang syirik.

"Dan bahawanya sesungguhnya adalah amat salah perbuatan beberapa orang dari manusia
menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan daripada ketua-ketua golongan jin kerana dengan pertolongan itu,mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat"
(surah Al-Jin ayat 6)

Keseluruhan cerita ini menarik dan dia memberikan pengajaran pada isteri-isteri agar selalulah mempercayai suami-suami mereka dan janganlah mengunakan amalan yang amat memesongkan akidah kita semua.Di harap semua ini dapat memberikan pedoman pada kita agar selalu meminta, berdoa dan memohon petunjuk dari Allah Yang Satu.