JIRAN TETANGGA

Tuesday, November 30, 2010

khasiat buah-buahan....:)


Belek punya balek kat suratkabar Metro terpandang aku akan satu slot yang amat menarik hati(pada aku la)...'Buah turunkan Berat Badan'...patut la badan aku sentiasa kurus je tak naik-naik agaknya asyik makan buah je kot..hehehe (perasan plak)....tapi tak apa lah kurus pun kurus la janji badan aku selalu sihat....Mulai hari ini marilah kita mengamalkan memakan buah-buahan untuk kesihatan dan diet pemakanan seharian kita.Sesiapa yang rasanya nak diet dan nak menguruskan badan mulakan dari sekarang memakan buah-buahan yang tertulis di bawah ni....(tapi aku rasa kalau nak makan tak kira lah buah apa pun janji makan buah-buahan) tak semestinya buah yang tertulis kat bawa ni je....

Buah-buahan ini sebenarnya mengandungi serat yang tinggi,air dan nutrsi sehingga mampu membuatkan perut kita sentiasa kenyang je...patut la doktor menasihatkan hubby aku hari tu agar dia selalu makan buah-buahan rupa-rupanya itu adalah satu cara pelengkap hidangan dalam diet harian kita.....Selain senaman baik untuk kesihatan buah-buahan juga dapat mengurangkan rasa lapar pada seseorang dan ia adalah diet pemakanan yang baik.

Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai buah,ada beberapa jenis buah yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang,oren, epel, beri, tembikai dan anggur.
  • Limau gedang - kajian mendapati buah limau ini mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.
  • Oren - oren pula mempunyai kandungan serat paling tinggi,serat yang ada dalam buah oren ini adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat(nasi)
  • Epal - seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan atau makanan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.
  • Beri - Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metebolisme tubuh.
  • Tembikai - Buah ini mengandungi 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut teransang.
  • Anggur - Kandungan antioksidan di dalam buah anggur ini mampu mencegah gula di   dalam darah menjadi lemak.Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.
beli buah-buahan



menyelerakan...
                                                              
                                                         
                                                    
                                                      nyummmm...

                                                     



    Sunday, November 28, 2010

    bersenam...:)

    Hari ini keluar opis awal sikit sebab hubbyku nak berjogging di taman.Tamannya bukan la jauh sangat pun depan rumah je....Dulu kalau suruh pergi jogging susah bebenor macam-macam je alasan ....tapi semenjak darah naik tempuhari doktor nasihatkan hubbyku supaya buat senaman...kesihatan kena la jaga kalau tak susah nanti...
    "mencegah lebih baik dari mengubati"
    Bersenam ni sebenarnya baik untuk kesihatan kita...bersenam juga boleh mengurangkan stress, menyihatkan badan dan minda kita senang cite badan sihat la....
    nasib la hubby ku dah berhenti dari merokok kalau tak susah juga...rokok adalah salah satu puncanya ada masalah jantung....
    Stress juga puncanya hubbyku ada darah tinggi tapi nasiblah masih dalam peringkat awal lagi......tekanan darah hubbyku naik hari tu sebab stress dalam kerja...."kerja,kerja juga cik abang kesihatan pun kene jaga jugak,kalau dah sakit nanti siapa yang susah"
    Lepas ni jangan lupa bersenam kesihatan mesti dijaga....
     -selamat bersenam-


    alat senaman yang ada di taman
         banyak kegunaannya semua ada tertulis diatas 

    gunakan alat ini dengan sebaik-baiknya


    - berjogging-
     yang tepi tu tolong teman jer... 


    - alat yang kedua-
    function dan kegunaannya ada tertulis disini


    hubby ku tengah mengunakan alat senaman ini
    hati-hati yer..

    hantaran bertunang part 1 :)

    Jumaat,26 nov 2010
    Hari ini aku ke kedai membuat hantaran perkahwinan (bukan aku yang nak kawin tapi anak sulungku)....pergi kedai ini pun dengan mereka....ingat saja-saja nak tengok rupa-rupanya ada yang berkenan dan terus je la beli....konon nya nak beli bekas hantaran yang dah siap je tapi bila tengok kat tag harga aduhhh punya la mahal.... satu bekas je dah menjangkau 50 ke 80 ringgit tu baru satu bekas kalau 10 bekas dah beratus duitnya..
    pening...pening bila fikir macam-macam nak dibeli susah betul nak buat majlis pertunangan atau majlis perkahwinan ni kalau majlis kawin nanti boleh la buat yang grand sikit guna wedding planner je (tu pun kalau ada budget lebih boleh la kalau tak ada nak buat macam mane ikut kemampuan je...hehehe..)
    untuk majlis bertunang ni buat yang simple sudah janji majlis tu berjalan dengan lancar... ni baru je majlis bertunang dah pening kepala belum lagi majlis kawinnya adusss ....fikir punya fikir aku rasa buat sendiri je la bekas-bekas hantaran tu rasanya lebih jimat dan rasa puas hati tengok hasil kerjatangan sendiri.....rasanya aku gunakan kotak plastik je la pastu bubuh reben,letak bunga mesti hasilnya nanti jadi cantik......
    kotak plastik tu lebih senang nak dibawa lagi pun sebelah pihak lelaki pun jauh, jadi mereka nak bawa balik pun senang tak lah berterabur nanti barang-barang tu....kotak plastik, reben, renda, gun gam, gam,bunga entah apa lagi lupa plak.......asyik je la lupa aku ni kalau macam ni aku kene buat list apa yang penting akan di beli dan apa yang penting nak dibuat kalau tak nanti ada je yang lupa....
     Sampai je kat rumah aku terus bersiap-sedia untuk menjalankan misi....tak sabar-sabar rasanya nak menyiapkan barang-barang hantaran tu...(teringin nak tengok hasil kerjatangan sendiri)...hehehe.....
    kene perli plak dengan hubby ku..."yer la orang nak dapat menantu la katakan tak menyempat-nyempat nak membuatnya... kalau boleh semuanya  tu nak disiapkan cepat-cepat.."hahaha...ketawa besar hubbyku....tak kira la apa yang hubby ku nak katakan janji aku dapat menyiapkan barang-barang hantaran tu dengan cepat....
    sekejap je aku menyiapkan bekas-bekas tu...tapi gambar-gambarnya tak boleh la aku siarkan lagi nanti tak surprise  jadinya...(kalau nak tengok gambar hasiltanganku itu ikutilah sambungannya part 2).... di bawah ini hanya gambar barang-barang yang aku beli di kedai hantaran tadi....
    jangan lupa ikuti sambungannya nanti....
    -"Hantaran Bertunang Part 2"-




                                  
    barang-barang yang digunakan untuk buat hantaran

     

    reben yang di buat sendiri...

    Sunday, November 21, 2010

    ubah suai ruang tamu ku


    Ahad,21 nov 2010
    Hari ini mood aku memang baik rasanya..... hari ini aku nak ubah susun atur perabot
    di ruang tamu rumah ku....rasanya lama jugak tak tukar bosan plak asyik tengok
    perabot tu kat tempat yang sama je....
    ini la satu perangai aku yang agak pelik tapi padaku tak pelik pun biasa je
    alih-alihkn barang tu kan perkara biasa je....kalau tak pelik kira hobi je la senang cite
    hobi yang ku rasa amat perlu aku buat selalu di rumah...
    ade jugak salah seorang anak-anakku yang mengikut jejak langkah ku
    yang satu ni
    mengalih barang-barang dalam rumah...
    tapi anakku ni asyik mengalih susun atur barang di dalam biliknya jer....
    anak la katakn mesti ade yg mengikut jejak langkah ibunya.....
    penat jugak la mengalihkan barang-barang tu tadi terasa sakit pinggangku ini
    tapi nak buat macam mane excited sangat nak mengubahsuai susun atur
    perabot ruang tamu kene la buat jugak...
    tapi hasilnya amat memuaskan hati sebab ruang tamu rumah ku berubah dan susun atur
    perabot pastinya jugak berubah......yipeeee
    itu la yang termampu aku buat untuk melihat perubahan sikit dalam ruang tamu rumah ku
    kalau nak ikut Mr. Eric Leong memang tak boleh.... die buat semuanya cantik-cantik
    dan hasilnya pun cantik la jugak sebab duit dah banyak keluar....
    ....duit pun kene keluar cantik jugak kalau nak dapatkn hasil
    yang cantik....tapi tak apa la pada ku biar la aku buat mengikut kemampuan
    tak tukar perabot ,tak tukar cat pun boleh buat ubah suai jugak janji
    perubahan tetap ade dan rumah ku kelihatan baru dan bersih
    di bawah ini ada photo-photo nya...gambar yang aku ambil tadi banyak
    tapi ada masalah internet lambat nak download jadi ini je gambar yang
    dapat diletakkan di bawah
    dan
    lihatlah hasilnya di bawah ini


    gambar sebelum
    -masih dalam proses pengalihan tengah berselerak lagi-


    gambar selepas
    dah siap susun atur nya yang baru
    -sofa dan tv dah berubah arah-


    Saturday, November 20, 2010

    games yang menyeronokan



    -Sabtu,20 nov 2010-
    hari ni tak ada ape yang menarik sangat tapi tak la terlalu bosan.....balik dari ikut my hubby pergi wat lawatan pos..... sampai di rumah solat zohor pastu anak-anakku dah siap menyiapkan makanan tengahari serta lauk-pauknya telah terhidang diatas meje....
    wahhhh best nya ape lagi kami sekeluarga pun makan tengahari bersama-sama.....
    setelah selesai kami sekeluarga menjamu selera,berehat menonton tv sambil tu makan buah jambu sebagai
    pencuci mulut.....
    relax tak tahu nak wat apa anak-anakku mengajak kami semua bermain carrom best betol
    dapat melapangkan fikiran bermain bersama-sama.....lepas satu game ke satu game kami sekeluarga cuba
    bermain sampaikan games kanak2 pun kami redah je.....tak kira la janji dapat melapangkan
    fikiran and enjoy bersama-sama.....leka bermain rupanya hujan kat luar hinggakan
    baju sidaian pun lupa nak angkat...nasib la hujan tak berapa lebat kalau tak abis baju-baju tu basah
    lecun....
    pas ni ade masa lapang je kami sekeluarga akan bermain games2 ini lagi
    seronok betol...:)
     -dibawah ni gambar-gambar games tersebut-
    -ENJOY-


    Games yang kami main bersama-sama petang tadi...
    BATTLESHIPS


    games BINGO



    games STACK (family game)

    semuanye best giler...
    -FUN-



    Friday, November 19, 2010

    first time dlm hidupku

    Jumaat,19 nov 2010
    Hari ni mood aku kurang baik biasa la dah ujung bulan ne...paham-paham sendiri...( bg yg pompuan je)balik dr opis terus gi kedai nak beli dan cari apa yg perlu....benda ni(senang cite kotex la) opsss....ckp perlahan-lahan malu org dengar....:)
    tiap2 bulan aku kene beli yg besar sekali utk kegunaan ramai(aku n puteri-puteriku)...paham je la org pompuan.....pad ni ade banyak jenama di pasaran kita cuma ikut citarasa sendiri je nak yg mahal ke atau nak yg murah.....padaku mahal atau murah tak jadi hal janji boleh digunakan dan selamat bila memakainya.....
    cita punya cita teringat aku waktu kecil-kecil dulu....waktu tu masih x tahu apa itu dtg haid  dan benda alah apa yg patut digunakn waktu first time dtg haid....tapi masa di sekolah ada jugak cikgu bagi tahu tentang masalah datang haid ni tapi aku masa tu buat dek je tak nak dengar cakap cikgu...bila fikirkan padan dengan muka aku degil sangat tu la jadinya(hahaha kan dah kene muka sendiri).....
    mase tu kehidupan kami tak la senang agak susah jugak la (orang kampung la katakan) :( first time dtg haid aku tak tahu nak buat macam mane menjerit bagai nak giler sbb takut tengok darah tu tapi malu juga la sebab tiba-tiba menjerit waktu tu.... kata mak'' bila dah datang haid itu maknanya aku dah dewasa''.. ....mak waktu tu hanya tersenyum melihat akan gelagat aku seperti kera kene belacan (tak tentu arah)....sedih aku teringat akan senyuman dan wajah mak ku yg telah tiada.....
    hanya al-fatihah buat mak....
    ok la sambung cite kite balik yer... waktu tu mak membawa kuar sehelai kain dan die terus mengunting kain tu menjadi beberapa pecahan dan menghulurkan sekeping kain yg telah siap dilipat memanjang tu pdaku
    "nah pakai"katanye...aku x tahu ape bertanya pada mak "mak nak pakai macam mane benda ni"mak menjawab sambil tersenyum pakai je...."
    aku tak tahu nak wat mcm mane terus je pakai dan terus keluar bermain dengan kawan-kawan...(budak-budak la katakn)...
    nak jadi cite(malu plak nak citekan peristiwa ni) sedang aku asyik leka bermain kejar-kejar... kain tu sikit-sikit mcm nak terkuar....malu nyer waktu tu bila ade kawan yg mula bertanya padaku.... apa lagi aku terus je berlari menuju ke rumah tanpa menjawab akan pertanyaan tu....
    (malu ngan kekawan la katakn) sampai di rumah aku menangis memeluk mak sambil menceritakn ape yg berlaku tadi.....
    ku lihat air mata mak mengalir bila mendengar cite ku tapi aku x tahu kenapa mungkin mak sedih kerana x dpt memberikn aku kehidupan yg lebih sempurna pada mase tu.....
    selepas kisah tu mak telah membelikan aku sekotak pad berjenama Sanita dan die telah mengajarku cara memakai benda alah itu.....
    selepas seminggu kejadian tu aku bermain seperti biasa dengan kawan-kawan tanpa merasa ape-ape pun....
    sehingga sekarang peristiwa tu telah menjadi kenangan dalam hidupku dan kisah tu lah yg membuat aku sedar kesusahan itu mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya....
    Teringat aku akan kesusahan yg pernah aku alami dulu bersama -sama dengan ibu n ayah yg x pernah mengenal penat lelah membesarkan aku dahulu :(
    -terimakasih mak dan abah kerana telah membesarkan ku-
    -Al-fatihah-
     


    -pad pertama yang mak belikn untuk ku dulu-
    -teringat kembali-





    jenis jenama sekarang(kegunaan setiap bln)
    skg kene la beli sendiri...:)

    Monday, November 15, 2010

    anak2 kecil ku...:)

    Isnin,15 nov 2010
    Malam tadi kedua-dua ekor anak-anak ku mengiau-giau sbb stok
    makanan dah abis...klinik x bukak sbb ari minggu....wat sementara waktu aku belikn
    ikan bilis je untuk sampai keesokkn ari...."kembang,baby bikut dah abis tau mama bagi mamam ikan bilis dulu sok pg mama belikn bikut tau"(ckp ngan kucing)kene ckp ngan mereka jugak apa sbb makanan dah abis biar faham dan x bising....Faham plak tu apa yang aku ckpkn...waktu pagi baru die bising kat depan pintu bilik...yer la dah janji nak belikn biskut kene lah aku bangun jugak pas solat siap2 pastu jam 9 pg baru kuar umah sbb klinik Dr.Kow bukak kul 9.30 pg....
    kat bawah ni gambo
    anak2 comel ku bila aku dah balik dari beli makanan die tadi...


    makanan berkhasiat bagi anak2 kecik ku......makanan yg kurang garam mengelakkn dr terkene stone(kucing jantan jer ye)nasihat dr Dr.Kow thanks dr.....


    kemaruk n kelaparan bila bau makanan menusuk hidung....''dap nyer dap nyer''(ckp ngan kucing).....:)


    Saturday, November 13, 2010

    Hubby sakit ❤

    12 Nov 2010 (8.00 pg)

    Ke Pontian bersama hubbyku untuk menghantar invois sekolah ke Pejabat Pelajaran Pontian sbb ada sedikit kesilapan teknikal.....dalam perjalanan balik hubby ku mengadu sakit dada n tangan die terasa kebas..... nyaris2 die x tersondol bontot lori yg berada di hadapan .... terpaksa la driver di tukar.... kuasa pegang stering bertukar tangan apa lg berdesup la....sampai kinik no ditekan n kad diletakkn hingga no tadi dipanggil....Masuk bilik doktor terus wat medical check-up...terkejut doktor sbb tekanan darah hubbyku tinggi dan jika jatuh boleh pengsan n mungkin boleh kene strok....dinasihatkn admit kat Hospital Besar tapi hubbyku x mahu.....oleh sbb x nak masuk wad dinasihatkn minum banyak air dan kene check b/p selang sehari selama seminggu.....pada 25 nov kene datang semula doktor akan check balik tekanan darah tu....jika tekanan darah masih tinggi terpaksalah kene admit jugak kat hospital....



    Daftar masuk dapat nombor 1122 cantik jugak no nyer....


    amik no n daftar masuk letak kad rawatan tunggu dipanggil nurse jap lg...


    pastu bayar kene lah bayar 1 inggit 1 Malaysia bagi kakitangan swasta kakitangan kerajaan x payah bayar


    masuk jumpa doktor bila no dipanggil
    doktor wat check-up pastu dapat mc 2 hari


    doktor bg jadual wat check b/p selama seminggu selang sehari


    akhir sekali kene la pegi kaunter ubat amik ubat yg diberi oleh doktor




    Belajar buat blog sendiri (。❤‿❤。)

    12 Nov 2010 (9.30 mlm)........Aku masih baru dalam laman blog ne nak cuba-cuba belajar buat semua benda ini harap pas ne dpt belajar banyak lagi dan buatnya dengan lebih baik lagi semuga apa yang aku buat ini dapat menghilangkan hari2 yang membosankan dan meluahkan segalanya dalam blog ku ini.....Terimakasih pada anak-anakku kerana menolong menyiapkan dan mengajar bonda mu ini bagaimana nak melayari laman blog ini.Thanks my sweet princess '
    -NURUL AIN,NURUL AZLIN AND NURUL SYAZWANE-

    GRANDMA ON PAPER

    GRANDMA ON PAPER